SangPelangi » Aku di Jepun
Ke mana selepas ini aku dicampakkan?
Persoalan di tajuk itu, kononnya berbau nasib kita sejurus ditarik nafas oleh Yang Punya Nyawa. Ke neraka, atau ke syurga? Kalau ke neraka pula, di lapisan yang mana? Sama halnya andai ke syurga.
Ya, boleh juga persoalan itu dipandang begitu.
Selepas ini, ke mana pula aku dicampakkan?
Ah, aku tidak sekali lupa, saat ayat ini pertama kali merasuk ke pemikiranku.
Ketika itu, aku bersama teman-teman seperjuangan lain bermusafir ke sebuah tanah dingin di utara Jepun. Kami berjuang buat kali yang terakhir bagi mendapatkan tempat di Universiti Muroran (kejuruteraan aero-angkasa ada diajar di situ). Muroran, tanah terutara dan tersejuk pernah kujejaki di pulau Hokkaido. Ia adalah destinasi terakhir kami, musafir terjauh dan terkesan di dalam diri.
Masing-masing di antara kami memegang rekod tersendiri. Aku sendiri sudah lima buah universiti yang kucuba nasib. Sahabatku lain lebih hebat, ada yang mencecah tujuh dan lapan buah universiti.
Bayangkan pula belanja membeli borang penyertaan saja sudah berharga ratusan ringgit. Belum lagi yuran menduduki satu peperiksaan kemasukan sahaja memerlukan lebih kurang seribu ringgit. Jaraknya pula ratusan (malah ribuan) kilometer di antara ke semua destinasi ini. Maka, dicampur pula dengan penginapan, makan minum, dan belanja hal-hal lain.
Segala tambang itu tidak pernah ditaja sesiapa. Segalanya adalah hasil tabungan yang sudah kami jangkakan, hasil nasihat dari senpai-senpai (senior). Jumlah belanjaku ada kira-kira RM15 000 kesemuanya. Sahabatku ada juga yang mencecah RM30 000. Itulah nilai-nilai yang kami bakarkan demi mencapai cita-cita itu.
Kami menyeberang gunung-ganang, melangkau pulau-pulau, menongkah lembah dan sawah. Dengan galasan beg seberat puluhan kilo, kami berkongsi teksi, keretapi, kapal terbang, malah dengan feri juga (kerana lebih murah, tetapi lembap). Dari satu destinasi ke satu destinasi, tidak dilantik secara rasmi, namun ada saja di kalangan kami yang bertindak sebagai ketua musafir. Sang ketua, masing-masing punya jadual perjalanan yang disiagakan. Andai terjelopos pelan rangkaan, maka tidurlah kami di mana-mana stesen keretapi sehingga subuh menjengah.
Berbantalkan buku-buku dan baju sejuk yang sehelai dua, berselimutkan helaian nota dan soalan-soalan universiti dari tahun-tahun yang lepas. Biar mandi kami pernah juga dengan tuala atau tisu basah, namun nikmat solat itu paling manis yang pernah kami dapatkan. Bayangkan kami berjemaah di ceruk-ceruk kesibukan dunia. Terasa benar perjalanan kami bagai sepasukan tentera ke medan perang. Adakala diawasi polis peronda dan khalayak ramai, kerana hairan dengan perkumpulan kami.
Sepanjang perjalanan itu, sedang sahabatku sendiri tidak tahu akan doaku kepada Dia cuma satu:
Ya Tuhan, temukan kami dengan hamba-hamba-Mu, yang bertemu dan berpisah kerana-Mu.
Tika destinasiku yang terakhir, saat dalam perjalanan pulang kembali ke Numazu (tempat asalku di sebelah Fujisan), emosiku menyentuh di poin paling rendah yang pernah dicapai dalam hidup ini. Saat itu, aku seperti menjangka akan gagal buat sekelian kali, lebih-lebih lagi dalam perjuangan yang terakhir ini.
Aku pura-pura memandang ke luar tingkap bas, menyembunyikan terjunan air mata yang laju sekali. Ketika itu juga, sahabatku yang paling akrab menggenggam bahu kananku dengan tangannya. Aku berdegil tidak menoleh. Lalu, dia mencapai tanganku dan bersalam dengan genggam juga. Gigil tubuhku menahan sendu tidak terbendung. Pernahkah kalian alami syahdu yang diserabutkan lesu?
Aku menoleh ke arahnya, terlihat matanya juga penuh permata. Kata-kata ini terluncur dari lidahku tanpa bersinggah ke otak,
Selepas ini, ke mana pula kita dicampakkan?
Dalam serak yang tersekat-sekat, sahabatku yang bernama Idris Che Mahzan, membalas soalanku dengan menuturkan bait ini, penuh hati-hati, perlahan,
Irfan… Orang hebat, jalan hidupnya tak pernah sunyi. Tahniah kepada kita.
Jawapanku tidak dengan kata-kata lagi. Kami berpelukan erat dan menangis di bahu yang sama-sama kami pinjamkan. Kami saling berjanji, perjuangan kami tidak sekadar di atas kertas semata-mata. Sejak detik itu, aku mengulang-ulang doa yang sama. Walau dalam solat yang diimamkan olehku, ada doa yang kusenyapkan bagi menanamkan ia dalam-dalam.
Ya Tuhan, temukan kami dengan hamba-hamba-Mu, yang bertemu dan berpisah kerana-Mu.
Di sinilah aku dicampakkan, ke PTS. Ke sebuah sarang yang dihuni oleh lebah-lebah Allah yang rajin mengumpulkan manis madu berkualiti buat umat Baginda, Muhammad SAW. Lebah yang dilatih seorang ratu, diajar satu per satu bagaimana meragut butir-butir debunga. Debunga ini bakal ditebarkan ke kebun-kebun yang lain, tidak kira ke mana-mana muka bumi yang ditentukan. Biar pepohon dan tumbuhan di kebunan lain dihias bunga. Tahukah kalian ini adalah hadiah paling bermakna sepanjang aku bergelar manusia?
Ke mana selepas ini aku dicampakkan?
Soalan ini terpacul lagi. Akhirnya aku bersandar dan merenung kembali. Rupa-rupanya, aku tidaklah dicampakkan oleh Allah ke mana-mana. Sebetulnya Dia sedang meletakkan aku perlahan-lahan, cermat, dan dengan manja. Biarlah ke mana saja, aku berserah bulat-bulat. Doaku masih tidak berubah,
Ya Tuhan, temukan kami dengan hamba-hamba-Mu, yang bertemu dan berpisah kerana-Mu.
Untuk menjadi jurutera, tidak semestinya melalui universiti.
Baiklah. Tajuk begini sudah pasti disenangi golongan yang tidak berpendidikan tinggi (tetapi perasan mereka berjaya dengan pengalamannya, sampai sanggup memperleceh golongan ilmuan.) Kedua, tajuk begini dibenci pula oleh bekas (atau sedang bergelar) graduan kerana menidakkan fungsi universiti.  Namun, kedua-duanya bukan misi utama.
Artikel ini sebetulnya ditulis demi menjawab persoalan beberapa orang juniorku akan kepentingan menuntut di universiti. Semakin ramai kenalanku (di kalangan junior khususnya) terkejut bila mendapat khabar bahawa aku yang bergelar graduan robotik memasuki dunia buku. Mereka makin hilang arah melihatkan aku seakan membelot dengan perjuanganku sendiri, kerana selama ini aku sering membantu mereka dengan menjawab permasalahan rekacipta melalui emel. Ingat mereka, aku akan menjadi seorang selebriti robotik dengan ciptaan hebat-hebat. Usah bimbang, adik-adikku. Aku masih menjawab emel sebegitu biar hidupku kini bergelumang dengan buku.
Aku memegang dua prinsip ini.
Satu. Pemikiran ilmu. Aku cintakan budaya ilmu, merujuk majlis ilmu, perpustakaan, kuliah, sesi diskusi, seminar atau konversasi cendikiawan di gelanggang tertinggi. Mana lagi akses paling mudah untuk meraihnya kalau bukan melalui universiti? Jadi, semasa mengisi borang biasiswa dan pemilihan bidang kejuruteraan, awal-awal lagi aku bersedia untuk terjun ke dunia kerjaya yang tidak berkait langsung dengannya. Aku memilih robotik pula adalah kerana sangat menyenangi gaya berfikir sang pembuat robot (bukan gaya berfikir seperti robot). Kompleks, adakala berserabut, adakala tersusun, berteori, berpraktikal dan eksperimentasi. Oh, kritikal sekali.
Dua. Pemikiran bisnes. Tiada satu pun apa yang kulakukan dahulu, sekarang dan selamanya mempunyai agenda yang tersembunyi, melainkan bisnes. Kerana dunia bisnes sesuatu yang tidak  terjangkakan. Risiko, tapi lumayan. Jangan salahkan kerajaan kerana dunia pekerjaan tidak selalu menjanjikan. TAPI, jangan salahkan pula graduan, kerana tidak menyiagakan diri menghadapi alam selepas dunia pendidikan.  Ingat, pemikiran sebegini tidak semesti harus diikuti kerana kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Seperti kata arwah Tok Aki kepadaku, “Kita masih, dan selamanya bertuhan”.
Bagaimana dan bila pemikiran ini dibentuk dalam diriku? Segalanya bermula pada suatu hari aku menaiki bas ‘ting-tong’ (bas pakai loceng) dari Mersing ke Pasir Gudang. Ketika itu, bas pertama sedang menuju ke  Stesen Kota Tinggi kerana aku perlu bertukar bas ke Larkin.  Dalam perjalanan aku duduk bersebelahan dengan seorang lelaki bertopi dan berseluar pendek sedang memegang komputer riba.
Beliau banyak bercerita masa hujung minggunya menunggang kuda. Mulanya aku tidak percaya kerana luarannya tidak semewah anak raja. Mungkin manusia jenis rendah diri barangkali. Bila dikorek-korek, pemuda itu rupanya seorang kontraktor penyedia network internet. Di tangannya selalu terbimbit ke hulu ke hilir sebuah buku tebal bertajuk CISCO, iaitu bahasa pengaturcaraan network. Sedangkan di universiti, beliau seorang penuntut yang menamatkan pengajiannya dalam bidang senibina bangunan (lulusan luar negara, tajaan kerajaan). Ini dua benua ilmu yang jauh.
-Bagaimana seorang arkitek boleh meninggalkan bidangnya untuk menjadi kontraktor network internet?
Jawapanku itu disambut pantas olehnya bersama senyum,
Saya cinta ilmu.
-Tapi, bukankah kedua-dua bidang ini kritikal?
Buku ‘kan ada.
Walau namanya sudah aku lupakan, namun pemikirannya masih bertahan di ingatan, sampai sekarang.
Peringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang menuju ke menara gading, belajar sampai habis dan usah berhenti di pertengahan jalan! Persampahkan mentor-mentor yang kamu tampal wajahnya di dinding kerana agungkan tindakan mereka keluar dari universiti untuk mengejar misi. Kerana sesungguhnya, bila kamu tanyakan pada mereka tentang kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta,  jawapan mereka tetap tidak pernah berubah, cuma satu, iaitu;
Tidak menghabiskan dunia ilmu (universiti).
p/s: Maaf. Sistem pendaftaran Sahabat SangPelangi melalui borang kuning di bawah ini tergendala buat sementara. Mohon gunakan borang ‘kontek‘ di atas dengan menggunakan emel dan nama panggilan. Tuliskan di situ, kamu minat untuk menyertai Ahli Sahabat SangPelangi dan saya akan membalas emel kamu.
Adikku, apakah juadahmu hari ini? (revisited)
Nota: Entri asal bertarikh 19 Sept 2007. Inilah yang terjadi bila dah tak ada modal nak menulis. Mental block!
Semalam aku berbuka dengan sebiji gula-gula. Maghribku diselesaikan di bumbung blok. Semuanya gara-gara urusan kemaskini data-data persembahan robot kumpulan aku yang masih lagi bertangguh. Akhirnya, aku orang terakhir yang keluar dari Makmal Robot. Melangkah gemalai ke hostel. Keseorangan. Berjatuhan rintik-rintik hujan di sepanjang jalan.
Selepas mandi, ku selak tudung periuk di atas dapur. Sambal sotong. Lauk rasmi kami sejak zaman-berzaman (aku dan seorang lagi senior). Di sebelahnya ulam kubis dan belacan goreng. Sungguh ringkas juadah berbuka ku untuk Ramadan yang keenam. Mungkin seniorku sudah menjamu terlebih dahulu. Kalau ditunggu lagi, mungkin lepas Isyak baru kami bersua.
Namun, tatkala suapan pertama, tiba-tiba air mata ini berderaian. Terhenti. Tak dapat ku bendung sendu tangis yang menguasai perasaan. Kisah silam itu bergentayangan di benak fikiran. Wajah lesu, genit, comel budak itu takkan pudar dari ingatan. Di mana dikau, adikku? Apakah juadahmu kali ini, adikku? Adakah bubur lambuk semalam yang dikongsi bersama adik-adikmu yang lain? Atau ubi rebus berpinggankan piring-piring yang sumpik, seribu retakan?
Persahabatan kami bermula ketika umurku menjejak 12 tahun. Cuaca waktu itu sungguh terik.  Dek tak tertahankan kekeringan tekak, aku singgah ke kantin. Ketika sekeping 20 sen hendak ku hulur, nun di hujung sana terlihat seorang budak sedang memerhatikan aku. Kulit gelap, tetap manis. Lingkungan sembilan tahun. Tak senyum. Tak pula muram. Berdirinya di tengah panas sambil sesekali menelan tenggorokan.
Aku melambai-lambai memanggil dia. Dia menggeleng. Aku mengunjukkan air sirap tadi, yang gelasnya penuh dengan wap air yang terkondensasi. Dia menggeleng lagi walau mukanya penuh nafsu. Lalu budak itu berlalu pergi, dengan sebiji botol kosong di lengan kiri. Aku perhatikan dia dari jauh.
Budak itu memulas pili paip. Berhati-hati dia mengawal arus air pili itu untuk memenuhkan botol yang dibawa. Sesekali terpercik air di baju putihnya yang lusuh itu dek hilang kawalan terhadap botol yang kian memberat.
“Jom la kita minum kat situ,” aku menegur dia dari belakang sambil tangan kiri menunjuk ke tangga sebelah. Tangan kanan masih lagi ku pegang gelas sirap yang tak terusik sejak tadi. Dia mengangguk dan tersenyum.
“Ok, adik tak payah usik botol tu. Simpan saja untuk sekolah agama petang nanti. Jom kita habiskan sirap ni cepat-cepat. Kejap lagi nak habis waktu rehat.” Aku cuba untuk bergaul dengan cara yang agak berbeza. Seperti sudah kenal lama, walau mungkin itu kali pertama aku melihatnya. Bak musafir yang terjumpa oasis di tengah gurun, budak itu sungguh berselera menghirup air sirap itu.
KRINGGG… Loceng pun berbunyi. (lagi-lagi loceng). Suasana hiruk pikuk sebuah sekolah rendah di waktu rehat semakin tenang. Masing-masing sudah siap beratur di depan kelas untuk pembelajaran seterusnya.”Tak apa, bang. Biar saya letakkan gelas ni kat besen. Abang pergilah jaga,” akhirnya budak itu bersuara. Aku cuma tersenyum. Satu petanda baik. Kemudian, aku pun menyambung kembali tugasku sebagai seorang ketua pengawas, meninggalkan budak tadi dengan dunianya.
Hari demi hari. Persekolahan berselang cuti. Lama-kelamaan, kami semakin akrab. Namanya Ezzat (Izat, Aizat atau Ezat..ah aku pun sudah lupa).  Anak sulung dari empat beradik yang baru kematian ayah waktu itu. Kepada ibunyalah tempat Ezzat mengadu nasib. Ibunya cuma bekerja mengumpul kertas-kertas terpakai untuk sesuap nasi.
Aku masih ingat sewaktu dia berulang alik di hadapan koperasi. Entah berapa belas kali die melintas. Sesekali matanya mencuri pandang pada meja kaunter koperasi.”Haa.. kat sini pun Ezzat. Penat abang carik. Kenapa ditenung saja? Jomlah masuk!” Aku menolak Ezzat masuk ke koperasi.
Berbisik padaku..”Bang.. ini pertama kali saya masuk sini tau..”. Telatahnya sedikit jakun. Sesekali bermain-main dengan anak ikan emas di akuarium Koperasi Sekolah.
Kemudian, dia melambai-lambai mengajak aku ke ruang kaunter. Aku menggeleng keletihan (dek banyak tugasan).  Dengan tubuh bersandar pada kusyen empuk, aku memerhatikan Ezzat dari jauh.
Aku angkat kening. Dia angkat bahu. Aku angguk. Kemudian dia datang seraya berbisik. “Nak beli pensel untuk adik ni. Dia dapat nombor satu. Tolonglah pilihkan.”
“Jom..” aku.
Sejujurnya pensel yang menjadi pilihanku diketawakan mereka, penjaga kaunter. Katanya aku tiada “taste”. (Tak jumpa maksud “taste” dalam bahasa). Akhirnya pensel itu dia yang pilih. Berwarna merah jambu, bercorak Garfield.
P/s: Sampai di situ saja ingatan memori ini yang mampu diingat. Tak ada pun entri sedih di sini (aku tak mahu cerita kisah keadaan atap rumah Ezzat.) Tapi, detik-detik bersama Ezzat membuatkan aku sedar, bahawa ‘kesusahan’ pun masih bisa membuat mereka ‘tersenyum’.
p/p/s: Semasa berbuka puasa, bila teringat mereka yang kurang bernasib baik, akan membuatkan selera aku terbantut. Rasa tak sanggup nak makan. Kalaulah boleh aku kongsi bersama dia.
Seronoknya Bersahabat dengan Orang Hebat.
Melalui banyak pertemuan di majlis ilmu, semakin ramai pengikut SangPelangi yang sempat kutentang empat mata, saling berkenalan dan berkongsi ilmu akan hal duniawi ukhrawi. Begitulah cita-cita SangPelangi sewaktu kelahirannya dulu, iaitu untuk menghubungkan dunia realiti dan alam maya, meluaskan jaringan ukhwah, bersimbiosis untuk terus memberi dan menerima.
Kami semakin akrab, saling berutusan berita dalam apa saja acara, tidak kira seilmiah persidangan seminar dan bengkel, atau acara sesantai majlis makan-makan dan sukaneka. Lagi memelikkan, sebahagian pertemuan kami atas dasar kebetulan semata, sama sekali tidak dirancang teliti. Berani juga aku bersumpah, bahawa tiada seorang pun antara mereka yang hadir dengan kepakaran atau bakat yang biasa-biasa, kerana pasti ada saja kelebihan unik yang berjaya kutemukan dalam setiap diri mereka. Maha puji atas kejadian-Mu, wahai Si Pengatur Peristiwa.
Namun, ada SATU persamaan yang sukar kupatahkan dalam persepsiku terhadap mereka semua, iaitu senantiasa merendah diri. Rasa beruntung kerana bersahabat dengan mereka, hingga akhirnya sikap ini makin tercanai kepadaku secara halus, berdikit-dikit. Moga-moga doh keperibadianku ini tidak seliat nafsu atau sekeras amarah lagi. Terima kasih kepada semua.
Benarlah kata-kata ibuku yang ditulis padat dalam kiriman SMSnya kepadaku tempoh hari,
Ama pernah terbaca, jika kita selalu berkawan dengan orang hebat, kita akan jadi hebat. Semoga Ifan juga menjadi hebat sama.
Walaupun begitu, SangPelangi semakin dihimpit tekanan dari sudut yang pelbagai. Tulisanku dianggap luah rasa yang jujur, kerana ada kata yang tak terucap di lidah, lalu di sinilah tempatnya ia tercurah. Maka, orang di sekelilingku sangat berhati-hati dalam bergaul mesra denganku, kerana bimbang hal perilaku mereka akan menjadi cerita dalam SangPelangi ini. Kepada yang berhati-hati itu, usahlah menjadi plastik lagi. Jadilah diri sendiri, kerana itulah tujuannya perkataan ‘sahabat’ dicipta. Lagipula, peringatan di SangPelangi ini adalah tamsilan kepada diriku, juga buat renungan kita semua.
Kemudian, kepada pembaca SangPelangi yang masih sudi berkeliaran di sini, harap ampunkan aku seandainya kamu dahagakan sesuatu saban hari, sedangkan tiada apa yang tertinta. Ada khabar, adalah ceritanya nanti. Aku khuatir termakan janji sendiri.
Keajaiban dalam hidupku, atas pertolongan Dia.
Nota: SangPelangi sedang proses transformasi blog dari bahasa SMS ke tulisan penuh. Tulisan asal adalah bertarikh Julai 11, 2006, 2.44 pagi.
Petang tadi adalah hari bermakna dalam hidupku. Ujian Judo yg diadakan dalam bentuk pertandingan itu benar membuatkan semua rakan sekelas makin tertekan. Entah ke mana melayangnya hilai tawa sesama kami sepanjang sesi latihan selama ini. Kini, kedut dahi yang mencerut, alur bibir yang terherot, adalah simptom-simptom keseriusan tahap tinggi yang terpamer di wajah semua.
Gayaku waktu itu usah diteka. Mana mungkin insan selemah aku bisa senyum kambing di ceruk sana. Tambah-tambah, acara ini diisytihar mengejut, buatkan nadiku terus-terusan memecut. Andai kutahu hal ini sehari dua, pasti petang-petang sudah kuhayun balak melatih jiwa. Biar kental. Biar urat kawat berselirat tegang. Sayangnya..
Dua puluh orang dari kuliah Digital, dua puluh lagi dari kuliah Mekanikal, digabung menjadi satu angkatan besar. Satu demi satu nama dipanggil ke depan untuk ditimbang berat, lalu masing-masing menyahut dengan jerit HAITT!! yang paling gerun.
Terasa ingin melontar seranah saat namaku dicampak ke kumpulan F. Dianggotai jejaka berbadan gempal, tinggi menunjang. Rata-rata punyai lengan setebal peha dan berketul-ketul. Ahli dalam kategori ini, yang paling rendah beratnya adalah 68 kilo, paling tinggi adalah 102 kilo. Siapa tak ‘angin’ kalau yang paling ringan di situ adalah kita sendiri! Aduhai.
Pemarkahan ujian Judo ini sudah dikhabarkan akan direkod, lalu dihimpun ke dalam poin prestasi semester hadapan. Andai gagal kuraih markah tertinggi, untuk menyaingi tangga Kawafune-san di dalam kuliah pasti tinggal mimpi.
Satu lawan satu, versi ‘kalah mati’. Pertarungan berlangsung ikut giliran, di tengah dewan yang berlantaikan Tatami (anyaman jerami padi) yang disokong ribuan spring. Di sinilah bunyi-bunyi hentakan tubuh yang terhasil sepanjang sesi latihan, hingga bisa didengar dari sebatu jauh. Di tengah dewan, tersiap gelanggang yang sudah ditandakan, kini dikerumun semua peserta.
Peringkat demi peringkat acara dilaksanakan. Satu demi satu nama dicabut, demi tentukan lawan di dalam medan. Sambil menunggu giliranku menjengah waktu, aku masih tetap di bucu dewan, duduk bersila. Terkadang merukuk kemudian bersila semula, menahan kecut perut yang menggila. Ketaran tubuhku ini rasanya sudah menendang spring di bawah lantai berkali-kali.
Tiba saatnya, dari tengah gelanggang, seorang pengadil bertubuh sasa menjerit namaku penuh girang,
“Grupu Efu, Irfan-san to, Sasaki-san! Douzo maeni kite kudasai!” (Grup F, Irfan dan Sasaki, silakan tampil ke depan.)
Sasaki?? Hampir meletup dada mendengarkan nama itu. Berat badanku yang paling kecil, bakal melawan berat tubuh yang paling besar di antara kami. Sasaki adalah sahabatku yang paling besar di situ. Bekal makanannya setiap hari adalah daging belaka. Biar tubuhnya gempal, dia juga digelar Tangan Besi kerana lemparan bola lisutnya yang menggerunkan.
Longgar sungguh rasanya engsel lututku ini saat melangkah ke tengah. Biarpun namaku diseru ramai berkali-kali, tapi kedengarannya semacam angin lalu,
“Irufan! Irufan! Ganbare! Makeruna!  (Irfan! Irfan! Berusahalah! Jangan kalah!)
Awal-awal lagi aku merangkakan beberapa helah, sekadar untuk kekalkan seri. Mana mungkin meraih menang kalau lawanku bukan calang-calang.
“Kalau takut berhadapan seseorang, bacakan Al-Insyirah. Tiupkan di mukanya, atas niat hatinya melembut salju. Mudah-mudahan kau ditolong Allah.”
Pesan arwah Tok Aki sewaktu sebelum kulangkah masuk ke meja temuduga JPA sewaktu dulu. Masih terngiang-ngiang. Kuturuti amalan itu, diiring doa yang berbunyi,
“Sesungguhnya bukan menang yang kumahu, melainkan semata-mata kerana ilmu”
“HAIT….HAJIME!!!!” (mula…)
Sasaki lincah menerkam lengan bajuku terlebih dahulu. Kaki kanannya menghayun dari sisi melanggar lututku. Aku elak. Kemudian aku rentap lengan kirinya dan menghayun ke kanan, sambil kakiku sempat mencelah di kelangkangannya untuk menarik keluar kakinya. Tiada kesan. Struktur kekudanya sekukuh akar banir yang mencengkam bumi. Kali ini, kakinya yang membentes. Mujur sempat kutepis. Aku pula yang membentes, lalu ditepis dia. Begitulah pergelutan berulang-ulang.
Pertarungan kian hangat. Satu minit, terasa satu jam lamanya. Sokongan penghuni dewan seakan sedang memihak padaku (mungkin atas sebab tubuhku yang kurus lagi ringan, dan Sasaki sebesar bas sekolah. Sudah pasti yang lemah jadi pilihan.)
Tidak semena-mena, secara MENDADAK!! Mana mungkin energiku bertahan lama. Sasaki memaut kedua-dua lenganku, lantas ditendang kaki kiriku yang kian melemah. Oh tidak! Seakan duniaku berakhir di situ. Aku pasti kalah!
Siapa sangka ajaib bertandang tidak diduga. Saat tubuhku terhumban ke lantai, jemariku tergenggam kedua-dua lengan bajunya sekali. Paling erat yang sukar disukat.
Apa lagi? Tanpa membuang masa, aku mengguling ke lantai dengan tangan yang masih mencengkam. Kedua-dua kakiku saat itu benar-benar terletak kemas di perutnya. Tenaga disumbat ke hujung kaki. Pinggang mengeras menahan pinggul.
ZUPPPPP!!
Kakiku menolak perutnya, lalu tubuh Sasaki terbang keluar ke arah kepalaku (aksi ini pernah dipelajari di dalam siri latihan terdahulu)
Pengadil menjerit.
“HAIT!!! IPPONG DESHTA!!!” (ippong= 1 batang. Tapi di dalam judo bermaksud menang mutlak.)
Mengikut syarat, untuk menang, peserta harus tumbangkan tubuh lawan ke lantai dan menguncinya dalam masa satu minit. Atau, menghayun tubuh lawan hingga anggotanya menyentuh luar garisan. Seperti dalam kes ini, aku tidak ditumbangkan. Malah menumbangkan diri sendiri untuk mencampak lawan keluar kawasan gelanggang.
Seisi dewan menjerit kegembiraan. Tepukan para penonton menggegar dewan gelanggang judo, mungkin yang paling gemuruh dalam sejarah pembinaannya. Kata-kata pengadil tiada sekali akan kulupa,
“Kono shiai wa, ichibang omoshiroi to omotta” (bagi saya, ini perlawanan yang paling menarik)
p/s: Sebenarnya, terasa sangat ringan tubuh Sasaki saat perutnya kutendang keluar. Maha Benar, ia memang satu keajaiban. Dia pasti beri petunjuk pada masa tertentu, biar tanpa kita disedari. Dengan kesyukuran saja yang mampu kubayar semula.
Emosi Itu Bak Bom Jangka
Seperti biasa, kami bertiga pasti sibuk dengan kerja masing-masing. Aku dengan Wolfram Mathematica, Kawafune dengan ‘Gimp‘nya, dan Sasaki dengan TEX Editor. Biasalah, dalam waktu di penghujung tahun akhir yang tersisa, pastilah bertimbun-timbun tugasan yang ditimpa oleh Funada Sensei.
Ktuk.. Ktuk..
(Lagi-lagi bunyi pintu. Macam dah tak ada bunyi lainkah? Huhu).
Masuk seorang penuntut dalam belasan tahun. Kuagak dia tahun dua. Langsung berbual-bual mesra dengan Funada dengan bergelak ketawa. Membincangkan kertas laporan yang entah untuk apa. Kurang jelas, lagipula aku bukannya pandai ‘menguping’ (istilah Jawa. Cari sendiri maknanya ya. )
Selang dua minit, tona suara Funada berubah lain macam. Kini bukan lagi manusia, tapi seekor singa lapar yang letih berpuasa. Tiba-tiba saja budak itu ditengking. Alasannya, budak itu tersilap tulis tarikh pada jilid yang ingin dihantarnya. Masakan hal sekecil itu boleh menukar emosi?
Sedang aku merapatkan telinga ke dinding pemisah makmal, sempat juga kutoleh ke belakang. Kawafune dan Sasaki sudah di pintu belakang. Cis, macam pelesit.
Cepat, Irufan! Bom nak meletup!
Aku pun apa lagi, terus berkemas pantas. Nanti tak pasal-pasal, tempias pula api letupan. Selamat tinggal, Funada. Kami cabut dulu. Hihi.
p/s: Aku dah kata di tajuk tadi, emosi itu bak bom jangka, tahu?
Malaysia seperti perahu pecah.
Aku tidak kisah kalau sesiapa pun ingin menjawab Ya, atau Tidak. Tapi untuk menjawab kata “Tidak Kisah”, aku kira manusia inilah yang aku golongkan sebagai bertenggek di atas pagar.
Itu sekadar kata mula, hasil bancian setakat ini yang kuceduk dari sebuah laman web akhbar di negara kita. Sebenarnya, semalam aku sudah melanggar sumpahku sendiri, untuk tidak lagi menyentuh bahan-bahan yang meracunkan pemikiran. Sudah berbulan-bulan aku tidak menyentuhnya bermulanya era pilihanraya yang lalu. Aku pernah juga menulis tentang hal ini kira-kira dua tahun lepas. (baca tulisanku di bawah tajuk “Bila akhbar cuma indah khabar dari rupa”)
Untuk situasi negara kita yang tak ubah seperti perahu pecah, biar aku kembalikan semula nostalgia Paus Besi untuk dinikmati sekali lagi. (silakan baca komentar untuk sajak itu di sini)
Paus Besi.
Gelombang China Selatan melonjak,
diterajang angin ribut 13 Februari.
Nakhoda tua menghunus keris menitah,
“Kau, kau, kau.. Terjun!”
“Itu, itu, itu.. Campak!”
“Kayuh! Kayuh!” jerkah si pengawal angkuh.
Sahaya bertubuh birat luka,
kaki dibelenggu, dikerah hayun.
Paus Besi gah membelah ombak.
Gelora kian meninggi,
langit semakin hitam.
Bilis Kayu yang dibuang tadi,
termuat tubuh kecil berjiwa wira,
kini selamat tiba di pulau abadi.
Khabar Paus Besi ditelan angin sepi,
Ke manakah pergi? Disedut pusaran laut, mati?
Barangkali.
Irfan Jani,
080224 Numazu,Shizuoka.
p/s: Oh ya, satu lagi sajak bertajuk Jerung Retak. Baca juga di link ini, ya? ;p
Taktik Baru Si Pencuri di Jepun.
Seorang juniorku telah hilang seluar kesayangannya di ampaian baju. Puas banyak purnama dihabiskan untuk mencarinya. Agak mengejutkan, bila terlihat ada seorang budak Jepun (berjawatan tinggi di dalam kolej) dengan berani, memakainya di khalayak ramai. Sudahlah dicuri, dipakai pula di depan mata pemilik asal seluar hijau ala askar itu. Hal ini diadukan pada pihak atasan, dan kedua-dua pihak dikehendaki tampil untuk mendakwa dan membela diri.
Tersirap amarah tatkala mendengar jawapan si pencuri,
“Seluar ini kubeli di kedai terpakai di pekan.”
Walhal seluar itu asalnya dibeli di Malaysia. Lagipula budak itu tiada bukti resit, dan juniorku juga tiada bukti bertulis. Mujur, juniorku masih menyimpan sebiji klip khas di tepi seluar yang tertanggal sebelum seluar itu hilang. Tika sesi perdebatan di hadapan pihak atasan, klip itu dibawa sebagai bahan bukti, lalu dikenakan pada perumahnya. Tap! Kemas! Maka terbuktilah siapa pemilik sebenar seluar itu.
Alhamdulillah, kasutku yang dicuri beberapa minggu lalu, berjaya ditemukan. Begitu beraninya si pencuri (orang yang berbeza) memakainya di hadapan mataku. Tapi, lain pula dengan kes aku. Melihatkan protokol yang dilalui juniorku tadi (kita nak bernikah pun tak guna borang sepanjang itu), jadi aku lupakan hasrat untuk membawa kes ini ke atas.
Si pencuri juga mengaku membelinya di kedai terpakai berhampiran. Akhirnya, aku berikan soalan cepumas pada dia,
“Kasut ini buatan mana?”
Dia menjawab buatan Jepun. Tanpa segan silu, aku terus menyambarnya sambil membalas senyum.
“Salah! Buatan Indonesia.”
Sampai sekarang, aku berjanji takkan lagi pakai kasut itu di sini. Hehe.
p/s: Ada orang kata, undang-undang dicipta oleh manusia yang pintar melanggarnya. Betulkah?
“Doa senjata kami!” jerit pahlawan
Doa senjata kami!
Jeritan Ustaz Ramadhan sebagai semboyan mula untuk perang kali ini, telah menyempitkan pembuluh darahku yang konon soldadu.
Dengan kepalan salji sebagai peluru, kami cuma bersenjatakan tangan untuk membedilnya. Lupakan zirah besi bala tentera Muhammad Al-Fateh, apatah cekal bahu yang memikul armada. Bermimpi sungguh untuk mewariskan semangat mereka ketika menakluk Constantinople.
Program anjuran IPIJ selama yang kuikuti, tak pernah mengecewakan pesertanya setakat ini. Simpulan memori yang takkan sekali aku leraikan, pastinya sebuah permainan perang yang seakan kebudak-budakan. Biarpun ‘perang’ olok-olok itu langsung tidak sengsarakan tubuh, namun siapakah bisa menyangkal, turun naik injap jantung, sederu derapan kuda yang berlari.
Pihak musuh sibuk mengumpulkan peluru berbantukan alat khas. -Gambar adalah sumbangan Azhar Gifu (berkaca mata). Terima kasih, ya.
Aku dikesan sebagai ‘senjata’ berbahaya, lantas diserang dua musuh sekaligus. KEJAM!
Musuh pulang kecewa usai Bro Luqman (bulatan) berjaya membawa ‘kunci’ ke so called ‘Bukit Uhud’. Kau memang cekap, bro!
Pusingan kedua: Berbincang untuk memasang perangkap. Strategi kali ini membiarkan musuh masuk tanpa diganggu. Walau panglima kami, Yeh mati awal (kasihan dia), kemenangan tetap milik kami!
Masih kuingat segar Summer Camp 2006 di Myoukou, adalah detik terawal kurasa manisnya linangan air mata anak-anak Palestina. Selembar demi selembar tirai sirah diselak, termasuk buruk pinta yang diberitakan ke telinga kami. Segunung syukur kudaki atas pertemuan kami yang beralas nama-Mu, ya Ilahi.
Bersama sebahagian penggerak IPIJ, ketika Summer Camp 2006. (Atas dari kiri, Akhi Mokh, Zul, Yeh, Aku dan Halim. Bawah dari kiri, Bro Fallah, Akhi Khiaq, Bro Luqman dan Boss.)
Sewaktu program, paling tak lupa saranan dari Bro Helmi (kalau dia masih ingat lagi ),
Biasakanlah diri bertanya, “Ada yang boleh kubantu?”
Taklimat sebelum perang. Senjata ketika itu adalah belon berisi air. Lihatlah hutan belantara di belakang kami. Bayangkanlah keseraman perang ketika itu.
Program IPIJ seperti biasa dengan acara riadah yang mesti ada, iaitu War Game, semestinya mempunyai misinya yang tertentu. Ketika dikepung musuh, Tuhan Maha Tahu betapa derasnya gigi terketar. Jauh terpuruk di dalam hati-hati kami, segugus doa yang berbunyi,
Ya Tuhan, kalau begini perasaan saudaraku di medan jihad, sejahterakanlah mereka.
Aku dan sastera
Sebenarnya aku juga tidaklah terlalu minat dengan sastera. Tapi, bilamana aku kesepian, aku terasa ingin menulis berat-berat. Aku gemar bercakap sendiri melalui tulisan. Di SangPelangi, tujuan asal adalah untuk bacaan sendiri.
Kamus bahasa Melayu begitu tebal, aku khuatir ada istilah yang bakal diluput zaman kalau tak diamalkan. Memanglah sesebuah perkataan tak berdampak besar terhadap manusia sejagat,  tapi agak sayang bila ada satu istilah yang pupus. Sangat memalukan, bila ada orang asing yang menuntut di tanah kita dan menuturkan bait-bait indah dengan bahasa kita. (Ada orang asing menyanyikan lagu puisi Melayu di Youtube, pergilah cari.)
Selain buku-buku, sebenarnya aku dipengaruhi ibuku, Ama, yang bahasa Melayu sehariannya agak tinggi darjatnya. Tika dimarah, habis keluar segala patah kata pelik yang memeningkan. Kalau memuji pun begitu juga. (Kamus Dewan di rumah sudah lusuh. Alhamdulillah Al-Quran juga bernasib sama.)
Contohnya, bila tak menepati masa, kami digesa dengan ungkapan “Deras!!!” oleh Ama. Berbanding perkataan “Cepat!” atau “Laju!” yang biasa kita dengar, istilah yang Ama gunakan itu membawa kesan yang lebih mendalam. Kami adik-beradik yang mendengarnya pasti bertambah cepat luar biasa. Ada banyak lagi istilah sastera Melayu lain yang Ama gunakan. Ama mengajar kami mem’baca’ alam dan bertindak menterjemahkannya ke dalam perkataan.
Ada satu amalan kami yang menarik di rumah. Kami selalu bermain pantun. Lebih-lebih lagi bila selepas makan malam bersama. Adik tak mahu kalah biarpun cuma dengan pantun dua kerat. Contoh pantun, “Dian Teluk Mas, siapa kemudian dia kemas”. Ada juga unsur sindiran yang aku kira baik tujuannya. Contohnya bila ada antara kami yang makan tak henti-henti, akan terkeluarlah ayat ini, “Hujan ribut, ada hentinya.” agar yang sedang seronok makan itu beringat-ingat. (Sunah kan berhenti sebelum kenyang).
Sudahnya, di sekolah bila berbual dengan kawan, tanpa sengaja terpacul istilah pelik yang pasti diketawakan rakan. Contohnya, aku pernah terucap satu istilah, iaitu ‘kelabut’, lantas disahut gelak golek oleh sahabatku, Faiz Sulaiman dan kawan-kawan. Dia menuduh aku menggabungkan ‘kelam’ dan ‘kabut’ menjadi satu. Aku yang tak berpuas hati, terus mengkaji dan menemukan bukti dari Kamus Dewan, bahawa perkataan ‘kelabut’ itu betul wujud. Itupun digelak juga. (Faiz, apa macam? Haha. Macam-macam.)
Lucukah aku? Aku dipanggil Encik Kacang, kerana aku dikatakan suka berjenaka dengan bermain kata. Aku digelar Si Penglipur Lara, kerana menyebabkan 21 orang sahabat tidur di bilik yang sempit, dek terkesan cerita seram yang aku bawa. Aduh. Selagi ia bisa merapatkan persahabatan, aku memang sangat berterima kasih kerananya. Hehe.
Tak sangka sejak akhir-akhir ini, kedatangan pengunjung ke SangPelangi agak mendadak, membuatkan aku ingin menulis sesuatu yang bisa difahami semua. Aku tak ingin dikata blogger yang kejam, mendera pembacanya dengan istilah pelik (entahlah, aku tak pernah menganggapnya pelik. Orang yang merasa pelik itulah yang memelikkan.)
Kerana itu, ada entri yang terkandung istilah agak janggal kita jumpa. Ada juga dengan istilah yang biasa kedengaran. Aku sedang melaras tara, antara kemahuan (minat) aku sendiri, dengan kehendak pembaca. Akhirnya aku korbankan kemahuan yang memuncak, agar semua orang bisa menikmati ilmu secara aman. Oh, sedih sekali. (haha. Aku meminta belas.)
Aku sedang berkira-kira untuk menulis dua blog. Satu entri selirat sastera, satu entri biasa-biasa (ah, aku tak tahu, tahap apakah yang biasa-biasa itu.)
Kemaskini 26 November 2008: SangPelangi menyediakan pautan ke ruangan kamus digital untuk memudahkan kalian semua. Harap membantu.
p/s: Sekali lagi memberi penegasan, SangPelangi awalnya untuk monolog sendiri, ya? Untuk bacaan generasi anak cucuku sendiri. Kalau dibaca orang, ia suatu bonus. Kalau difahami dan terkesan, ia adalah mega bonus. Mendapat komentar? Aduh, itu aku rasa hadiah paling mahal buat SangPelangi.