Ramadan 1
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
*Weng.. Weng… Weng..
Siren bertempik. Oh, tona baru. Biasanya cuma deringan loceng. Bingit seluruh Numazu. Sesi latihan gempa bumi jam sepuluh pagi hari ini benar-benar menguji Ramadanku yang pertama. Hari ini juga bermulanya sambungan sesi kuliah setelah sepurnama berlibur musim panas.
Dalam barisan mengikut kelas, pelajar menderas ke tanah lapang. Terkawal. Entah kenapa sesi latihan kali ini kami tidak diberikan topi keselamatan. Walhal di kepala setiap pensyarah terpasang kemas. Boleh jadi, kepala mereka lebih mahal dari kami yang masih mentah agaknya. (Itu syak wasangka namanya. Haha. Jangan ditiru.)
Terik 33 darjah semestinya membuatkan kening semuanya berkerut. Aku berdiri di belakang sekali, diam-diam. Sebenarnya sedang mengawal suhu tubuh yang dari tadi langsung tidak dihembus angin. Pandang atas, sinar mentari. Pandang bawah, pasir berterbangan. Pandang ke kiri, oh dugaan mata. Ada si cantik manis. Dua orang. Nak baca lagi? Klik sini.
Gula-gula berharga senyuman.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Memerhati satu persatu pohon-pohon bergerak melepasi gerabak dari dalam. Membuatkan kepala semakin berat. Sesekali bahan rujukan dibelek sebagai persediaan. Dengan pena marker di tangan kanan, sambil tangan kiri menahan helaian tafsir Quran, aku terlalu asyik merenung setiap patah kata yang tersusun indah. Sehinggakan aku tidak sedikit pun menghiraukan siapakah dia yang duduk bersebelahan denganku. Malah selang setiap jam, bersilih ganti orangnya.
Perjalananku atas perjuangan menuntut ilmu wahyu ke Ibaraki, mengunyah waktu sepanjang lima jam perjalanan dengan keretapi. Beberapa kali aku bertukar tren dan kematu punggung menahan duduk.
Tiba-tiba, muncul dua butir gula-gula di atas kitab tafsir yang sedang terbuka. Aku menoleh ke kanan. Sepasang mata milik seorang wanita tua sedang merenung jauh menerobos mataku. Dengan berbaju compang-camping, dan bertopi kebun, lusuh. Namun, senyumannya sudah cukup menenangkan jiwa.
“Douzo” (Silakan), pelawa wanita tua itu sambil tersenyum.
Akhirnya, membuat aku berhenti dari menelaah, lalu duduk bersandar sambil mengoyakkan gula-gula hadiah darinya. Read the rest of this entry »
Tags: 2008, camp, Ibaraki, ilmu wahyu, Jepun, perjuangan, saiful islam, summer, ustaz hasrizal
keutuhuan Masjid Kobe
Posted by Al-Irfan | Filed under Agamaku..Hidupku.., Aku di Jepun
Artikel asal sebenarnya adalah bertarikh 8 Ogos 2006. Ia telah digubal semula sesuai dengan objektif utama saya iaitu melalui SangPelangi, semoga dapat memartabatkan bahasa ibunda saya.

Pasti ramai sedia maklum bahawa Masjid Baiturrahman di Banda Acheh tetap berdiri kukuh walau setelah dilanda Tsunami.. dan adakah rahsia di balik sejarahnya dilihat semula dengan mata hati? Persoalan ini harus sering menjadi pemanis dalam siri merenung diri. Fikirkanlah sebaiknya. Ada juga cerita yg sama berlaku di Masjid Kobe yang akan aku ceritakan kali ini.

Lawatanku bersama rakan-rakan yang lain (Halim, Aizat, Amir, Azizol, Idris) ke situ, pada dasarnya cumalah secara kebetulan dan tidak dirancang. Ia seperti diatur Tuhan agar kami perlu mencari sesuatu dalam pengembaraan santai di tanah Sakura. Read the rest of this entry »
Rajuk yang tertangguk.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun, Monolog Sendiri
Maafkanku wahai Sang Pelangi, setelah lama kubiarkan kau di langit tanpa sebarang contengan buat ingatan. Tiada lagi karangan hati buat menghias dirimu ini, melainkan berbatil rajuk yang melecunkan hati. Terkadang, seperti ingin dikuburkan saja Sang Pelangi tidak bernisan, kerana aku benci akan kenangan pahit yang jadi ukiran.
Kelmarin, sewaktu bangkit di subuh hari, sekonyong-konyong kelopak ini dibuka, hati berderum tak keruan. Entah kenapa tiba-tiba menangis bersendirian. Dada seperti dicengkam keluar wayar-wayar uratnya berselirat. Hilang punca. Semalamnya tiada mimpi ngeri yang diputarkan di layar tidur. Rupanya aku cuma udang yang merentak di dalam tangguk semata.
Air mata berderaian lebat menghentam di jeram pipi. Aku cuba duduk bersila sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati ini masih ralat dipujuk. Lalu tangan tergerak mencapai kitab tafsir di sisi katil. Aku menebuk halamannya secara rawak. Ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 64 - 66. Bismillah.

64. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga.
p/s: Kau selayaknya di “kerusi” itu, Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
Summer Camp IPIJ 2008
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun

Akan aku ulas sekembalinya dari Fukui nanti,
tentang apakah maknanya bertemu dan berpisah kerna Ilahi.
Silakan dulu ke laman ini.
Faizal Tahir ke-2 bakal lahir?
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Baiklah, entri ini sedikit ber’bau’ hiburan dan mungkin ini kali pertama aku mencuba-cuba untuk menulis artikel berbentuk berita industri seni tanahair negara (walaupun hati tetap berkata tidak, tapi tangan gatal untuk menaip)
Entri ini ditulis tatkala sedang menempuh peperiksaan kemasukan ke Universiti Fukui selasa ini. Aku disuruh tonton sebuah video di Youtube oleh kawan sekolahku, Hisyam. Lagu M.Nasir bertajuk ‘Apakolips’, dibawakan oleh dua penyanyi (popularkah? mungkin juga) iaitu Faizal Tahir, dan bekas peserta AF5, Aizat Amdan.
Sepanjang menonton, sedikit terkejut bila Faizal menyebut yang Aizat itu sebagai adiknya. Walau aku tahu mereka berdua ber’bin’kan berlainan, aku sudah terbayang sebuah wajah yang mirip-mirip Faizal Tahir di benak yang pernahku lihat sebelum ini. Tapi di mana, ya?
Pencarianku semakin menumpu, setelah menonton sebuah video klip Aizat Amdan. Tertulis nama penulis lagu tersebut, Anas. Tapi lagu “Hanya Kau Yang Mampu” itu ditulis oleh abangnya sendiri, iaitu Anas Amdan. Aku percaya Anas yang berbinkan Tahir mungkin ada sedikit persamaan. Read the rest of this entry »
Tags: Aizat, aizat amdan, Amdan, Anas, anas amdan, East, Faisal Abdullah, Faizal, faizal tahir, Far, Fukui, hiburan, Kau Yang Mampu, Lagu, M.Nasir, mirwana, mstar, Najmee, nasyid, Swansea, Tahir, UTMKL, video klip
Dapatkan Dewan Sastera edisi Julai 2008
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Semalam mendapat forwarded emel tahniah dari Bro Fahd Razy melalui GKLN. Ia berbunyi:
Salam! Nampaknya ada orang telah mula memeriahkan kempen “Jom Tembus Media” sempena cuti musim panas ini! Tahniah kepada Lailati (Mesir) dengan puisi “Kitab Pengalaman” dan Al Irfan Jindullah (Jepun) dengan puisi “Nafiri Sakti” dalam majalah Tunas Cipta Dewan Sastera Julai 2008! Moga banyak lagi menyusul! Jangan lupa nyatakan untuk ruangan Tunas Cipta! Jom Tembus Media. InsyaAllah, kita akan cuba serapkan nama mereka yang berjaya untuk antologi tahun depan (kalau ada)
.
Alhamdulillah. Setelah menanti jawapan dari pihak editor sejak September 2007, “Nafiri Sakti” tersenarai akhirnya untuk edisi Julai 2008 dalam sisipan Tunas Cipta. Penantian yang sungguh menyeksakan, kini berbuah hasil. Walau dinyatakan tiga bulan adalah tempoh yang agak lama, inikan pula sebelas purnama.
Sesiapa di Malaysia, minta tolong ambilkan gambar “Nafiri Sakti” untuk aku. Seberat awanan yang menggendong harapan, terima kasih aku hujankan di tanah kalian.
Kepada sahabat yang lain,
Ayuh Tembus Media!!
p/s: Cadangan untuk usaha dakwah melalui URTV dan Mangga, jujur aku katakan ia tindakan yang bijak. Kita pusingkan antena stesen mereka 180 darjah. Aku sedang berkira-kira untuk ke sana pula. Gempur!!
Sekembali dari Jalinan Ukhwah, Asakusa 2007
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Sungguh mengujakan, bila Ustaz Ariffin (kita memanggilnya Ariffin Sensei), membawa bersama beberapa orang muslimah Jepun yang Mualaf dari pelbagai lapisan umur. Memang ada bezanya wajah orang Jepun bila cahaya keimanan terpancar bersinar-sinar. Selamat kembali ke agama asalmu buat kalian.
Apakah cabarannya sebagai seorang Mualaf di bumi Jepun? Ternyata cabarannya bukan sedikit. Pandangan serong rakyat Jepun sendiri memberi kesan implikasinya tersendiri. Ini tidak hairan kerana mereka berpaksikan media yang berkiblatkan Barat. Bila ditanyakan tentang penerimaan keluarga sesudah bergelar Muslim, seperti biasa keluarga menolak keras pada asalnya. Itu sudah menjadi lumrah cabaran hidup bergelar Mualaf di mana-mana. Syahdu sungguh kisah yang diceritakan kepada kami, tentang perasaan, liku-liku hidup bila menanggung nama “Muslim” sepanjang di gurun kafir. Aku terbayang kisah-kisah penyeksaan sahabat Baginda, sedikit keawang-awangan.
Aku sedikit terjelepuk, bila ditanyakan,
Apakah pula cabaran mereka yang dilahirkan muslim?
Bukankah hebat dugaannya untuk mengekalkan, dan memperkasakan tahap keimanan sedia ada?
Di kepala, simbol tanda soal sudah berselirat erat. Itulah yang perlu dimuhasabahkan oleh diri. Read the rest of this entry »
Tags: Asakusa, Cabaran, Hidup, Hokkaido, Indonesia, Jalinan, keimanan, kekeluargaan dalam islam, Malaysia, Mualaf, Muslim, Shizuoka, Ukhwah
Promosi Jalinan Ukhwah: Mari Beriman Sejenak.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Saya memang tak dapat sabar lagi. Pengalaman bersua dengan Mualaf warga Jepun di Tokyo nanti pasti akan terlipat kemas sehingga nafasku yang terakhir. Mudah-mudahan Tuhan memudahkan urusan dan perjalanan kami untuk menggendong kenangan manis ini.
Pihak Ikatan Persaudaraan Islam Jepun tahun ini melakukan satu kejutan besar. Penganjuran Program Jalinan Ukhwah yang akan dilakukan di empat lokasi berbeza serentak di seluruh Jepun iaitu kawasan Kantou, Hokuriku, Tohoku dan Toukai; bertujuan menjalinkan ukhwah sesama kita, selain memberikan perkongsian jiwa dan rasa dalam memahami apakah sebenarnya cabaran sebagai seorang muslim dan apakah di sebalik persepsi orang Jepun terhadap agama kita yang dicintai ini.
Disebabkan saya berdekatan dengan pusat bandar Tokyo, jadi saya dan beberapa orang junior akan menyertai untuk program di Kantou pada 14 Jun 2008 bertempat di Masjid Asakusa.
Menariknya tema yang diangkat, adalah berbunyi “Mari Beriman Sejenak” yang dipetik dari ungkapan bahasa Arab “Hayya Nukmin Sa’ah“. Read the rest of this entry »
Tags: Akira Nagai, Asakusa, Association, Hayatus, hokuriku, ipij, Jalinan, Japan, Jepun, jma, Kantou, Mari Beriman, masjid, Mualaf, Muhammad Ariffin, Muslim, muslim association, persaudaraan islam, qiyamullail, Sohabah, Tokyo, Ukhwah
Hari ini hari aku.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Nun di hujung sana, menghadap anime. Seorang di sudut lain dengan dunia permotorannya. Yang berhias segak asyik mengikuti hal ehwal aliran fesyen. Ada juga dua tiga pasang rakan yang berbual hangat. Pendek kata, semuanya membuat kerja sendiri. Mereka tahu kerja rumah pengaturcaraan JAVA itu boleh diselesaikan tak kurang dari 15 minit, jadi ke mana pergi saki 75 minit lagi? Begitulah penyelesaiannya. Hari ini, secara alami seperti Hari Kebebasan Pelajar pula gamaknya. Kerja JAVA dicampak tepi, hal sendiri meraja hari.
Aku? Masih tergaru-garu di makmal komputer, apa yang hendak ditulis di atas kertas ini? Aku tinggal 30jam lagi sedari kini sebelum terlewat. Biasanya Katou-san di sebelah akan menghulur tangan. Apakan daya, dia lebih terpesona dengan lagu-lagu Ikimonogakari. Huh!! Aku tak suka lagu Jepun. Entah. Tunggu saja kemunculan album nasyid di bumi Jepun nanti. Haha. Read the rest of this entry »
Siri Dialog Kritikal #2.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
“Walla.. Huwalam”
Dia cuba mengulang sebut sambil mengangkat kening kirinya,
“Hu.. ‘Alam.. Kau tekan sikit di perkataan ‘alam’ itu”,
aku membetulkan sebutannya.
“Wallahu, ‘alam.. Yess.. dah boleh. Only God Knows. Huhu”
bukan main seronok dia hari itu.
Berani aku katakan, sepanjang jelajah basikal kami, Wong Fei Hung sudah melafaz zikir itu hampir ribuan kali. Sejak kami bertolak, singgah di bank, main boling, sehingga membeli-belah pun, tak pernah terputus ucapan zikir itu. Read the rest of this entry »
Doa yang tak dimakbul Tuhan.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun, Monolog Sendiri
Malam itu sujudku yang berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Melihat yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu. Aku tak punya cahaya lagi. Gelap.
“Mulakan dengan dua rakaat sujud taubat, diikuti dua belas rakaat hajat,”
pesan Ama, ibunda tercintaku yang lebih dulu merasa pahitnya hidup menanggung serangan psikologi. Berani ku kata, kisah hitam Ama yang berhadapan seorang manusia yang berlagak Tuhan di memori lalu, lebih dahsyat dari yang ini.
Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini.
Hari itu, tatkala tempoh makmal kian menuju hujung, Kawafune-san dan Sasaki-san mula berkemas awal. Melihat mereka terkocoh-kocoh, membuat punggungku terinjak-injak. Aku tak mahu ditinggalkan berdua-duaan bersama Funada Sensei. Jika tidak, pasti bertubi-tubi cacian dan makian yang menembak tepat ulu hatiku nanti. Read the rest of this entry »
Tags: Cabaran, detik, dinding, ganbatte, gugur, hajat, Hidup, Jepun, kisah hitam, Maha Melihat, Maha Mengetahui, memori, psikologi, rakaat, Rudy, sujud, tak tahu, taubat, Tuhan
Baju Melayu belum tinggal kenangan.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Dulu, sejak kecil kami enam beradik punya baju Melayu yang sama corak serupa warna. Setiap tahun, mata Ama pasti lebam dek saking pedih mata Mama menahan kantuk, sehinggakan selalu saja kocek atas bertukar dada. Kadang-kala baju Ama pasti yang terakhir disiapkan.
Masih aku ingat lagi sewaktu aku berumur empat tahun. Ketika itu pertama kali Ama mula menjahit untuk kami anak beranak. Seluar kami adik beradik punya kelengkang besar, dengan kelim tebal pada lengan baju dan hujung seluar. Hinggakan kami terpaksa menggulung seluar di pinggang kerana hujung seluar menyapu lantai.
Aku bersyukur kerana masih punya baju raya untuk bersukaria menyambut hari mulia. Tambah tunduk lebih berterima kasih kerna masih punya ayah dan ibu, yang sanggup membanting tulang untuk menggembirakan hati-hati penghuni syurga (rumahku, syurgaku). Read the rest of this entry »
Harga sebuah kekuatan diri.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
“Omae bakka,” (kau bodoh!!) herdik Funada Sensei.
“Lupakan hasrat untuk ke Universiti Toyama dan Fukui. Kau tak layak,” entah sejak bila dia menjadi seorang pelabel.
“Omae bakka da yo. Shitteru kai?” (Kau memang bodohlah. Tahu tak?)
Aku diam menunduk sambil jelingan tajam menembak lantai.
“Hoi. Hoi. Kiite iru kai omae? Ha?” (kau dengar tak ni?) sambil jari-jari Funada Sensei mencucuk-cucuk bahuku. Matanya kemerahan; bak kata juniorku, seperti orang kemabukan arak.
Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik gerobok di depan ni agaknya. (istighfar)
“Hait,” ringkas aku menjawab. Read the rest of this entry »
Tags: banda acheh mosque, bururu, gempa bumi, kobe mosque, masjid
Pengetua aku ditangkap rasuah.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Semalam beberapa orang junior yang baru tiba dari Malaysia mendapat sekeping surat rasmi dari pihak pentadbir. Surat itu juga dipaparkan dalam laman rasmi kampus kami di sini.
Ia berbunyi:
Seperti yang semua maklum, pengetua kita telah ditahan atas dakwaan rasuah, adalah sesuatu yang paling memalukan. Kami (sangat) memohon maaf atas kerisaun yang timbul di pihak anda semua.
Mendapat kerjasama penuh dari pihak err.. (macam BPR) sambil menunggu laporan penuh, segala aktiviti pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan memberi kesan.
Kepada semua penuntut dan ibu bapa penjaga, kami secepat mungkin akan memaklumkan kepada anda semua jika terdapat sebarang berita. Read the rest of this entry »
Manusia punya error?
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
“Faham semua?” Jeong Sensei bertanya.
Jeong Sensei, rakyat Korea yang fasih berbahasa Jepun, pensyarah JAVA di tempat kami.
“Faham..” suara yang menyahut boleh dibilang dengan jari.
“Sebelum saya masuk ke topik ‘Interface‘, saya nak ulang kembali apa yang kita belajar tadi.”
“Kawafune. Ada berapa jenis error dalam JAVA?”
“Dua”
“Bagus. Irfan-san, bagi satu contoh?”
“Syntax Error?” aku meneka. Itu pun aku baca di nota di papan kapur bertingkat dua. Aku juga terlelap sebelumnya.
“Ok. Yoshikawa, bagi saya satu lagi contoh?”
“Err..” tak sempat Yoshikawa membuka suara.
“Dame’ ! Dame’ ! Dame’ !” (jangan! jangan! jangan!), Funatsu tiba-tiba menjerit.
Seisi kelas tersentak dan seluruh mata tertancap padanya. Yang diulit mimpi kini membulat mata. Read the rest of this entry »
Minuman Candu. Ya Allah, aku terjebak!!!
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Walau sekebat ringgit setinggi gunung emas yang kau tawarkan, jangankan seteguk, malah setitik pun takkan aku titiskan ke atas lidah. Apatah lagi menghidu aromanya, yang aku bayangkan seperti sebuah paya dari lombong tinggal. Sangat memusingkan. Melainkan jika mata beliung terlekat di leher, mungkin aku akan bermati-matian menggogoknya.
Aku menggeleng-geleng kepala sebaik kaki menjejak tanah berpenghuni mata sepet. Di mana-mana saja minuman ini terjual. Bermacam bekas aneka harga. Ya. Maksud saya TERjual itu adalah “habis dibeli”. Tempoh luput paling lama adalah 9 hari dan dalam tempoh itu sering saja ditukar ganti. Aku mula membenci Jepun. Read the rest of this entry »
Nasib seekor anjing.
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Lampu merah menyala. Kaki sebelah kiri ku tongkat senget, jemari tangan masih menggenggam hulu. 1654. Agak sibuk juga mereka di waktu petang begini. Yang gagah ada berlarian. Tua membongkok masih lagi kuat menyorong roda. Yang muda berbaju sekolah di sana sini. Tak kurang juga yang seperti aku, mengayuh basikal menyedut udara senja.
Aku asalnya mahu mengejar mesin berhantu itu. Entah kenapa dari dulu nombornya asyik menurun. Cuma sebulan sekali menaik. Itupun nantinya kan turun lagi. Mesin itu kali ini lebih angker. “Tiada dalam perkhidmatan”. Arkhh.. Tekanan.. Tekanan.. Terpaksalah lupakan saja niat berbelanja dapur hari itu.
3 batang *Onigiri yang ku sambar tadi. (kalau mesin puaka tu elok, pastinya tujuh.. Hoho..). Ketiga-tiganya berperisa *Natto. Kalian kenal Natto? Kalau kau bukan anak Jawa, aku beri amaran, jangan sesekali kau sentuh Natto. Apatah lagi nak memandangnya. Rupanya yang agak meloyakan bisa membuat kalian terluah belalah. Namun,sebab rasanya seenak Tempe mentah, aduhai.. nikmatnya Natto mencair dalam tenggorokan. Rindu pada Tempe terubat jua. Read the rest of this entry »
Erti Perjuangan.
Posted by Al-Irfan | Filed under Agamaku..Hidupku.., Aku di Jepun, Habuk Sajak..
Lambungan ombak api menyimbah cakaran-cakaran langit itu. Semuanya tenggelam ditimang bahang cairan logam pekat. Aku panik. Aku panjat tangga ke tingkat atas dan memijak keping-keping bumbung. Bangunan itu meruntuh laju. Aku berlari ke hujung genting, lompat ke bangunan lain. Arakian gugur jua ia seperti lainnya. Dan di bangunan terakhir, aku terduduk. Pasrah. Tersedu-sedu aku menangis berdoa meminta petunjuk untuk menyelamatkan diri.
Aku terbangun.
Istighfar sepanjang nafas bersedut hembus. Habis lecun bantalku dengan air mata dan tubuh bermandi peluh. Aku bermimpi rupa-rupanya. 0230. Sepertiga malam. Sesejuk wudhu’ masih belum membilas peluh. Sepanjang minggu aku termangu termenung. Apa gerangan semua ini? Apa sebenarnya yang ingin Kau tunjuk Ya-Rabbi? Read the rest of this entry »
Adat bertemu dan berpisah..
Posted by Al-Irfan | Filed under Aku di Jepun
Sekian lama aku tak menjengah ke sini. Rindu pada SangPelangi bertandang lagi. Benar kata seorang teman, andai sekali kau terjebak ke kancah persuratan, ia bakal menjadi candu dalam hidupmu. Warkah tetap berhantu. Walau nyawa direnggut, kenangan mungkin boleh dilupa, tapi tulisanmu kan tetap boleh dibaca.
Dalam gigil jemari mengetuk kekunci, aku terlihat helai-helai kertas yang tergantung di tepi. Angka 2008 seperti membawa semangat baru. Gelak tawa teman sehati rakan sejiwa masih berngiangan di benak otak. Seperti baru semalam kita bertemu, tapi kini mulai sepi, masing-masing menuju misi.
Sesungguhnya, aku benci adat ini. Mengapa diciptakan perpisahan, sedang pertemuan itu memang indah. Kita mungkin buta, dihijab dosa yang menghalang mata, dari melihat hikmahnya perpisahan ini. Tapi, percayalah, setiap suratan itu terlipat jua gulungan rahmatNya..
Rakan seperjuanganku, semoga berjumpa lagi.
.
3 batang *
