Archive for the Agamaku..Hidupku.. category

Sanggupkah Kau Heret yang Lain ke Neraka?

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Anak-anak kecil masih belum mengerti, apakah fungsinya tiga batang lilin ini kunyalakan. Mereka merasakan tiada signifikannya kehidupan mereka yang terlalu hijau itu dengan lilin yang menyala di hadapan. Aku cuba menarik perhatian mereka.

Adik-adik…

Tiada balasan. Mereka masih lagi bergelak ketawa, bersenda gurau dengan rakannya sebelah menyebelah. Beginilah halnya tika mentarbiyah anak-anak kecil, mengekalkan fokus mereka sepanjang slot adalah cabaran terbesar bukan sahaja buat kami, malah guru-guru dan ibu bapa juga menghadapinya. Sila klik untuk habiskan bacaan.

Bagaimana tidak mudah digoda wajah yang cantik?

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Aku bercita-cita ingin menghebatkan lagi tulisanku dengan dakwah yang realistik. (Ya, aku sangka ia realistik dan efisien, sedangkan situasi kamu lagi berbeza-beza, bukan?). Apabila aku menuliskan entri ini, beberapa perkara aib tentang diriku terbongkar pula. Atas nama dakwah, kutuliskan jua dengan berat hati, mudah-mudahan ada ibrah yang bisa diceduk teman pembaca. Maafkan andai entri ini menggegar nostalgia kalian.

****************************************************

Tamparan dan Cubitan Tok Aki

Pertama sekali, aku ingin ceritakan pengalaman hidupku sendiri. Di bangku sekolah, hal cinta monyet itu memang biasa berlaku di mana-mana. Lebih alami, jika tidak bercinta, perasaan jatuh cinta juga lumrah dunia. Aku sendiri mengaku pernah juga ada TERminat dengan beberapa gadis tertentu.

Setiap kali ada gadis yang aku minati, pasti berlaku situasi ini. Iaitu semasa bertemu arwah Tok Aki, dia menumbuk dan mencubit pehaku dengan sakit sekali. Aku dengannya memang biasa bertepuk tampar, cuma kali ini cubitnya paling menyakitkan. Klik untuk sambung membaca

Saat Terpetik Kenangan Lampau

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Saat lampau seorang anak remaja adalah kisah kanak-kanaknya. Bagi belia dewasa, zaman remaja dan kanak-kanaknya adalah kenangan lalu. Bagi si tua, sedari kanak-kanak itulah rakaman hayatnya yang terdahulu. Begitulah manusia, hari semalam itu ibarat nostalgia, hari esok bagai mimpi-mimpi yang baru.

Pengalaman indah, manis, dan baik-baik, mudah saja kita mainkan kembali memori itu. Sebaliknya, kisah negatif yang pernah berlaku pada diri kita, jarang sekali terpetik di minda. Pasti mustahil andai kita dengan duduk-duduk begitu saja, berjaya mengingat kejadian buruk itu. Siapakah kita, andai kenangan pahit itu berjaya dilupakan?

Kecuali dengan satu cara. Iaitu, apabila kau berpijak pada tanah yang menjadi saksi akan kejadian tadi. Atau dengan tiba-tiba kau bertentang mata dengan insan-insan yang bersangkutan dengannya.

Kemudian, kita konon berlagak, mendabik dada seraya mengaku,

Aku sudah lupakan hal pahit yang dulu-dulu.

Sedang di dada masih terpuruk rasa malu dan benci, mengapa ia pernah berlaku pada diri sendiri?

Kerana itu, aku cukup menghindar daripada berada di lokasi, atau menyerempak dengan mereka yang berkait nostalgia terburukku. Melainkan, saat aku sudah cukup tua,  cukup fikir yang ranum, cukup tenung yang dalam. Biar uban berebutan di kepala, atau rambut berkejaran cabut dari akarnya. Waktu itu aku pasti kan cukup kuat mengenang kesemuanya.

Adakah saat itu, aku bakal digelar makhluk Tuhan paling lewat? Mungkin, ya. Namun, biarlah…

Asalkan, saat terpetiknya kenangan lampau, istighfarku dibalut syahdu yang mencengkam. Pipiku dihujan permata yang mahal. Khusyukku pada Dia moga mencapai tangga yang meloncatkan. Dahiku biar kejung, legam, mencium sahabatnya, sejadah. Tanganku bersalam teman yang sering mengingatkan.

Seperti kata sahabatku dunia akhirat, Azari Al-Beruntungi,

Setiap bait istighfarmu usai solat, mainkan semula rakaman dosa-dosa yang terdahulu. Nescaya sepanjang taubatmu itu, diakrabi sang airmata (yang dirindu Tuhan).

Kau tanyakan padaku, adakah aku lupa akan kisah pahit itu? Jawapanku, tidak.

Orang asing adalah milik orang asing.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Dahulu, aku sering memperlecehkan orang asing yang bertandang ke negaraku. Mereka merampas peluang ekonomi. Ada juga, teman-teman yang kehilangan bakal isteri/suaminya dek dilarikan orang asing. Orang asing malah kutuduh sebagai penjajah tidak bersenjata.

Itu dahulu. Semasa aku belum kenal apa maksudnya ‘orang asing’. Ketika aku tidak lalui kehidupan sebagai seorang yang asing. Akhirnya, aku akui, hanya orang asing yang mengenal siapakah orang asing itu. Dan orang asing sahaja yang menjadi milik orang asing itu.

Orang asing, berhijrah demi memperjuangkn survivaliti diri dan keluarganya. Orang asing, ke mana sahaja bermodalkan Allah dan rasul-Nya. Orang asing tidak menjadikan dirinya unik, tetapi mereka memperjuangkan apa yang dijuangkan oleh orang asing juga.

Bila kita menganggap diri sendiri seperti orang asing, dan melayani orang di sekeliling seperti orang asing juga, maka itulah yang menyatukan kita.

Ayuh, selami kata-kata sahabatku yang menyihirkan ini: (Baca penuh di link ini. Kalau entri begini dijadikan teks khutbah, pasti menangis jemaah mendengarnya)

We ask Allah that He make you and I among the strangers. We ask that he gives our son and daughters love for the strangers. We ask Allah that whoever that has gone astray will come back to become strangers. We ask Allah, whoever that comes to the masjid will return again to the masjid so that they can pray with the strangers.

Kenapa?

Because when the Muslims in Palestine, in Afghanistan, in Somalia, in Yemen, In Malaysia and when the Muslims wherever they are, they come out, began to pray in the Masjid as strangers, then Allah will give the earth back to them, their Quwwah, the strength back to them. Then Islam will be back.

Tiada hairan, mengapa kita disuruh meramaikan rumah-rumah-Nya bila tiba waktunya.

Pernikahan VS Kematian

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Tidaklah dapat kunamakan pertemuan ilmu ini bersama sahabatku, Firdaus Ariff, sebagai usrah, mesyuarat, ataupun apa. Tiadalah mampu jua kurenungkan, apakah asbab kami berbicara soal pernikahan dan kematian sekadar bualan di kedai makan. Barangkali, rentetan dia yang kerap diundang ke majlis tunang dan nikah daripada jemputan rakan taulannya. Apatah aku pula kerap tanpa disengaja, tergerak hati ke majlis pengebumian saudara seagama yang tidak pernah kukenal langsung. Ah, segalanya kebetulan.

Moga-moga, sepanjang detik yang berlalu, saat lidah-lidah kami menyebut kebesaran Dia yang menemukan kita (nikah), lalu memisahkan (maut), tentera Malaikat-Nya bersama-sama turun mewakili Tuhan mengirimkan rahmat dan mengaminkan permintaan kita. Klik untuk membaca perkongsian berkenaan persamaan dan perbezaan antara kematian dan pernikahan.

Pantai Berubah, Ombak pula Kekal hingga Kiamat.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Tanjung Resang, MersingTangan mereka bersedia dengan pen dan kertas konon-kononnya ada sesuatu yang mereka tunggu untuk ditulis. Beginilah hidup seorang penuntut ilmu agaknya, akrab sungguh dengan alat tulis.

Seandainya 10 tahun dari sekarang pantai ini boleh berubah, tahukah kita apa yang tidak berubah sampai kiamat?

Beberapa peserta cuba menjawab namun perlahan-lahan semuanya sepi. Tiada satu pun telahan mereka yang tepat. Klik untuk membaca lanjut.

Matahari + Rembulan = Masa

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Lewat malam semalam, menempuh kesesakan lebuhraya di Pedas Linggi, aku berdiskusi hebat bersama bapa saudaraku tentang soal masa. Katanya, perkongsian ini dicuplik dari abangnya semasa mereka duduk semeja adik-beradik untuk membincangkannya.

Beliau, seorang pensyarah senibina di pengajian tinggi, sempat melukiskan tanda soal di benakku;

Allah Maha Pandai menciptakan bulan matahari agar kita menyukat masa. Bayangkan pula andai tiadanya bulan matahari. Masih bolehkah manusia menafsirkan apa itu ‘masa’?

Seperti yang dikhabarkan Dia kepada kita, dalam Yunus, ayat kelima;

Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak (punya hikmah). Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.

Namun, biar Tuhan sudi bersumpah terhadap waktu, manusia sering juga lupa beringat-ingat akan kebenaran dan kesabaran. Benar, tapi tak sabar. Sabar, tapi tak benar. Kitakah itu?

Biar Bahasa Apa Pun, Berdoalah!

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Musolla yang ada di rumah sakit ini, sejuk, seakan memujuk hamba-Nya bertelingkuh penuh syahdu diteman suara cengkerik yang berlagu. Lagu itu benar mendayu, tapi di hujung rangkap berbunyi sedikit hampa. Mungkin mereka tertanya-tanya, ke manakah makhluk Tuhan yang paling bijaksana ini melata.

Habis salamku yang kedua, terlihat sosok budak lingkungan 7, 8 tahun di ceruk sana begitu ligat bermain jarinya sambil mulut terkumat-kamit. Tatkala dia mengangkat lengannya, aku perlahan mengesot ke belakangnya, siapa tahu ada doa yang bisa diamin bersama.

Suara anak ini tidaklah boleh didengar sesiapa jika tidak dibantu sepinya semesta. Namun, mulus kandungan doanya itu, dalam diam berjaya merebahkan kelakianku untuk berbasah pipi. 

Dalam getar, dia meminta;

Ya Allah, Kau berikan rezki pada doktor tadi. Dia dah banyak tolong ubatkan Ibu. Boboi tak ada duit nak bagi kat dia, nasib baik ada uncle yang sedekah tadi. Err.. tolong bagi rezki jugak kat uncle tu, Ya Allah. 

Ya Allah, kalau  Kau ambil Ibu, Boboi tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni. Boboi tahu Kau paling berkuasa, sebab tu Boboi tak kisah, asalkan Kau masukkan Ibu kat syurga. Takpe, nanti Boboi belajar betul-betul, nak banyak duit, pastu Boboi tolong balik kat semua orang yang susah macam Boboi ni. 

Ya Allah, tolong sangat-sangat.. baikkan Ibu.. atau biar Ibu masuk syurga.. 

Tiada sedar, kolar bajuku sudah lecun. Bila tangan ini menyapu muka, kutoleh ke kanan. Di sebelahku ada seorang berambut sedikit putih bersama pakaian putih juga tersemat tanda nama, turut serta bermandi airmata, mengaminkan doa anak ini yang disulam sendu. 

Boboi, andai boleh kita panjangkan doamu itu, mari pintakan Allah agar membuka hati insan yang seusiaku, atau lebih tua, untuk terus melutut rayukan sesuatu pada Tuhan kita. Biar apa pun bahasanya, mudah-mudahan mereka tidak beralasan apa-apa, seperti tak mahir bertutur Arab, atau tak tahu berbahasa Melayu Tinggi, tak cukup masa, atau apa saja. Asalkan pujukan yang dianyam pujian pada-Nya itu masih sudi berlaku.

Amin.

Hujan itu Isihati Dunia

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Filem ini hebat bukan main. Berjaya merenggut perasaanku, untuk membenarkan air di mataku, hangat membasahkan pipi.

Tahun 1904, tatkala Pang Laot, dan isterinya, Nyak Bantu sedang letih memikirkan kesihatan sang serikandi, Cut Nyak Dhien yang kian tenat. Ditambah ancaman serangan Van Daalen di Tanah Gayo.

Dengar.. Dengar.. Kalian dengar bunyi rintik hujan itu? Aneh. Mengapa kalian tidak mengerti petanda seperti ini?

Tak perlu Sang Pencipta sendiri yang datang ke kubu kita. Hujan tu telah datang, dan beritakan kepada kita semua tentang keberadaan dan kebesaran-Nya.

Kalian memang tidak pernah mengerti apa isihati dunia,  bila kalian tidak mengerti hubungan antara hujan dengan penciptanya.

Si Penyair, yang dikata orang kata-katanya tergantung di langit dan ditiup angin, rupanya putar geliga akalnya. Strategi perangnya itu, di luar jangkaan semua.

Selamat menonton, kawan. Filemnya ada di sini. Memang sesuai dengan gelombang politik negara kita yang penuh dengan pengkhianatan. Allahuakbar!

Ingin tahu siapa Cut Nyak (atau dikenal Tjoet Njak Dhien), silakan ke laman wiki ini.

Sehelai Baju dari Israel.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

israel1

Membelek ratusan pakaian sukan yang bergantungan di dalam gedung di Gotemba Premium Outlet, tanpa terlihat di mata kasar ribuan setan bertenggekan atasnya, bisa membuatkan seseorang yang lemah imannya (seperti aku) terlupa akan masuknya waktu solat. Mujurlah resam manusia itu sememangnya saling mengingatkan.

Sepanjang langkahan kaki di saat-saat akhir, sempat juga mata terkunci  nun di bucu sana. Bayangkan dalam lautan baju, tetap ia tertonjol entah sinaran ajaib apa yang memanah pandanganku.

Lihatlah hasil tangan Israel, manusia paling kreatif di muka bumi. Bilangannya cuma sekelumit, andai dinisbahkan kekuatan seorang Israel, beratus kali ganda dari manusia lain barangkali. Sayang sekali makhluk yang terpintar ini rupa-rupanya sedungu sapi, oh atau lebih teruk. Sedangkan sapi itu rajin berzikir sambil meragut rumput.

Ingat ya kawan. Sehelai baju dari Israel ini, nilainya puluhan dolar. Sekeping dolar bisa mengirim peluru yang tertusuk di tubuh saudara kita.

p/s: Gencatan senjata? Piirah.. itu alasan nak berehat untuk tampung kekuatan yang tak setanding tentera Tuhan. Klik sini untuk melihat penuh, corak depan dan belakang baju dari Israel

Kata-kata seorang Yahudi.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Aku dikirim sebuah video lagu kebangsaan negara tanah curian Israel oleh Mak Kucing. Aku bergelak golek-golek bila habis menghadam ayat terakhir dalam salah satu komen di situ, yang berbunyi: (baca dua kali ya ayat terakhir selepas koma)

This video brought a tear to my eye, and also reminded me if any ignorant Jew hater dare come at me with false theories of Israel, who we are as a people, our hearts, our passions, our intellect, our humor, our creativity, and lastly, our faith in Hashem, if ANYONE dare tell me some little Palestinian dying is my fault, simply because his/her own people don’t care to make a better life as we have with our own people, I will hold myself back from destroying them on the spot, because I’m a Jew.

Kemudian, aku baca lagi sekali ayat tadi, membuat aku menangis semahu-mahunya.

his/her own people don’t care to make a better life as we have with our own people

Ya Tuhan! Kau buat kusendu akan dampak perpecahan di kalangan kami.

Aku, kamu, kita dan wudhu’.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Ajarkan aku wudhu’, Ifan. Aku tidak pernah semarah ini.

Bermula perjalanan kisah makhluk yang paling ingkar diciptakan dari api, memanjat tujuan keturunannya dikekal hayat ke gerbang akhirat, aku cuba menyelongkar bagusnya wudhu’ dari perspektif kita kepada sahabatku yang ahli kungfu itu. Ditambah penjurusan minatnya pada hukum alam, dari binaan cas ion dan hingga segala teori manusia yang aku muntahkan, agar bualan kami bukan sekadar cakap kosong di warung kopi. Misinya mencapai maksud, bahawa wudhu’ bisa mengebah amarah.

Sepanjang keberadaanku di sini, berencam ilmu sempat kukutip yang berkait wudhu’, seperti khuf, tayamum dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada teman-teman, yang tidak membiarku bersama keasyikan dunia yang penuh nista. Seperti kata sahabatku, yuran pengalaman itu tidak ternilai walau dengan matawang asing. Mari baca lanjut dengan klik di sini.

Sejahtera itu, di mana manisnya?

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Harus kukenal apa maknanya sejahtera. Sejahtera itu aman dan sentosa. Keselesaan bukanlah tika menikmati enaknya tilam atau sejuknya penghawa dingin. Sejatera adalah rasa senangnya hati bila dijulang semarak jiwa yang menjerang merdeka. Akhirnya mengalunkan sepoi-sepoi bahasa lenggok udara kesyukuran. Mengasyikkan. Lantas melemahkan segala sendi siku dan kaki, untuk berlutut sendiri, kerana berterima kasihnya aku pada yang memberi perasaan ini. Maaf, aku terpaksa memancung artikel ini, semata-mata untuk menapis pembaca berkualiti. Sila baca dengan sepenuh perasaan.

Aku menganut, bukan kerna nama.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

“Izdihar, nanti Mama nak keluar. Cuaca dah mendung, jangan lupa angkat jemuran, ya?”

Si ibu memberi pesan kepada anak daranya yang seorang.

“Baik, Ma.”

Dia menjawab ringkas sambil mengangguk.

Dengan berkereta, si ibu dan ayah pun bertolak ke sana. Memenuhi jemputan walimatul urus di hujung kampung, rumah si Mak Bedah.

Kali ini si ibu dan ayah terpaksa meninggalkan anak dara mereka keseorangan di rumah. Kerisauan mula timbul kerana sebelum ini Izdihar tidak pernah melakukan kerja rumah sendirian. Selalunya kerja seharian mereka ditolong oleh pembantu rumah. Apakan daya, pembantu mereka baru saja pulang ke tanah seberang untuk berjumpa suaminya yang kahwin lagi satu.

Selesai menyaksikan ‘makan beradat’, si ibu cepat-cepat mengajak suaminya pulang ke rumah. Hatinya meronta-ronta kegelisahan. Entah apa yang terjadi di rumah itu. Selepas mencapai ‘bontrot’, sepantas kilat si ayah memandu laju.

Sekembali di rumah, alangkah terkejutnya mereka. Klik sini untuk sambungan.

Ramadan, mengingatkan aku pada apa?

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Ramadan, mengingatkan aku pada entri lalu yang dicoret tika diri diselubungi sedih sendu.

“Aku pernah menangis beberapa kali bila membaca catatan SangPelangi. Kisah nasib adikmu membuat aku terbayang-bayang hingga ke meja makan. Syahdu.”

Emel yang aku terima dari seorang pengikut sepi SangPelangi. Terima kasih atas luahan rasa yang kita kongsi bersama. Sesungguhnya, kau bisa menjiwai setiap patah kataku yang tersusun rapi. Ternyata, menulis tika emosi menguasai diri bisa memberi impak pada pembaca juga.

Hmm.. harus berjaga-jaga, bimbang amarah akan me”rosak”kan adab penulisan kita.

Baiklah. Kembali ke pokok bicara. Ramadan, mengingatkan aku pada apa? Kalau ada masa, klik sini untuk terus membaca

keutuhuan Masjid Kobe

Artikel asal sebenarnya adalah bertarikh 8 Ogos 2006. Ia telah digubal semula sesuai dengan objektif utama saya iaitu melalui SangPelangi, semoga dapat memartabatkan bahasa ibunda saya.

Pasti ramai sedia maklum bahawa Masjid Baiturrahman di Banda Acheh tetap berdiri kukuh walau setelah dilanda Tsunami.. dan adakah rahsia di balik sejarahnya dilihat semula dengan mata hati? Persoalan ini harus sering menjadi pemanis dalam siri merenung diri. Fikirkanlah sebaiknya. Ada juga cerita yg sama berlaku di Masjid Kobe yang akan aku ceritakan kali ini.

Lawatanku bersama rakan-rakan yang lain (Halim, Aizat, Amir, Azizol, Idris) ke situ, pada dasarnya cumalah secara kebetulan dan tidak dirancang. Ia seperti diatur Tuhan agar kami perlu mencari sesuatu dalam pengembaraan santai di tanah Sakura. More

Mereka itu Si Hijau

Semalam, telinga aku menghangat hebat. Bukan kerana kari kambing Pakistan, atau kebab ala-Turki yang jadi santapan. Tapi darah mudaku sepanas Kilimanjaro menanti lopong lohong untuk memuntah marah. Terima kasih teman, atas redaanmu. Kemahuanku memberontak. Punggungku ini tak bisa ditahan lagi. Aku mesti melangkah kaki lari dari dunia yang penuh tipu daya dan bertuhankan kezaliman.

Aku bukan si hipokrit, yang bisa duduk semeja dengan mereka. Apatah lagi untuk berpura tertawa pada jenaka, yang aku kira lebih rendah kualitinya dari Raja-raja Lawak kita. Aku terkial-kial. Masih belum biasa dengan jubah barat yang menjadi pakaian tema urusan rasmi mereka. Aku makin pening dengan lagu sudu garfu yang jadi mainan di meja makan. Tak ubah seperti bunyi hunus pedang di medan perang.

Ahh.. Aku benci dunia itu. Sungguh terasing sekali aku rasakan. Yang bersongkok itu nantinya jadi pembaca doa makan. Jubah mereka nanti akan menyilaukan mataku dengan pantulan cahaya jingga dari besi-besi kecil di jubah mereka. Nantinya dunia aku penuh hilai tawa, dengan senda gurau bertepuk tampar sesama mereka. More

Mencintai Suami Orang.

Berfikir aku setanak otak. Tidaklah cuak isu ini membuak-buak. Tapi secubit rasa, lontaran idea dari kalian (pencorak SangPelangi), bisa merungkai rantaian ribut sebelum bencana.

Aku bukanlah tabib cinta. Apatah lagi pakar motivasi hubungan keluarga. Dari sekecil masalah cinta hingga belenggu hidup keluarga, entah kenapa ditembak tembus ke dalam telinga. Aku seperti sebuah pondok telefon. Tempat bergayut sang perjaka meluah masalah tentang cinta.

Terkadang bimbang tutur kata ini menambah duka. Tapi, demi kawan, siapa mahu lihat mereka derita? Tangan ini masih kuat untuk dipaut, teman. Paling tidak, hati kau nanti sedikit tenang. Nanti, kau carilah mereka, “penikmat garam” yang lebih usia.

Maaf, entri ini bukan ku tujukan pada pembenci “madu”. Jika anda antara di kalangan mereka, jauhkan diri dari entri ini, bukan dari SangPelangi. Hehehe.. More

Erti Perjuangan.

Lambungan ombak api menyimbah cakaran-cakaran langit itu. Semuanya tenggelam ditimang bahang cairan logam pekat. Aku panik. Aku panjat tangga ke tingkat atas dan memijak keping-keping bumbung. Bangunan itu meruntuh laju. Aku berlari ke hujung genting, lompat ke bangunan lain. Arakian gugur jua ia seperti lainnya. Dan di bangunan terakhir, aku terduduk. Pasrah. Tersedu-sedu aku menangis berdoa meminta petunjuk untuk menyelamatkan diri.

Aku terbangun.

Istighfar sepanjang nafas bersedut hembus. Habis lecun bantalku dengan air mata dan tubuh bermandi peluh. Aku bermimpi rupa-rupanya. 0230. Sepertiga malam. Sesejuk wudhu’ masih belum membilas peluh. Sepanjang minggu aku termangu termenung. Apa gerangan semua ini? Apa sebenarnya yang ingin Kau tunjuk Ya-Rabbi? More

Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah. (skop pengiklanan)

Salam pembaca SangPelangi.com.

Hari ini saya punya beberapa buah fikiran untuk dilontarkan tanpa selindung balik. Simpang siur jalan dakwah kini semakin mencabar, menuju ke era teknologi canggih dalam dunia kini yang kian tiada pemisahnya. Jalan dakwah perlu dinaik taraf seiring dengan letusan teknologi maklumat. Kebaikan dan keburukan sering bertumbuk terajang mendapatkan perhatian.

Sering kedengaran serak garau suara-suara mereka yang menyebut dakwah mesti diberi percuma. Walhal kita perlu sedar bahawa setiap gerakan dakwah perlukan dana yang pelu dijana. Ekonomi gerakan dakwah tidak boleh bersandar pada hasil sumbangan ikhlas semata-mata. Dakwah bukanlah percuma.

Selusurilah jalan-jalan sirah sepanjang dakwah Rasulullah SAW bersama sahabat. Baginda dan sahabat punya perniagaan mereka sendiri yang hasil keuntungannya diraih untuk memutar ekonomi, mendiri tangan dan kaki, menyuap tenaga menyebar risalah di atas jalan ilahi.. “Sembilan persepuluh keuntungan adalah dari perniagaan”, sudah sedia masyhur. Mereka punya strategi sistematik untuk tujuan ini.

Banyak cara menjana “kertas bernyawa” di alam maya. Sedia maklum, antara yang popular adalah keuntungan yang dicapai dari ruangan iklan-iklan. Jika saya senaraikan satu persatu, boleh memakan masa bertahun-tahun. Hampir setiap hari bakal lahir teknik-teknik baru. Bergelut dengan soal halal haram sangat meletihkan. Bahkan bisa meletupkan perdebatan di kalangan usahawan-usahawan siber dan ahli agama. Buah amal dari pohon ilmu perlu dituai. Kita belajar teknologi bukan untuk urusan dunia semata-mata. More

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.