Biar Bahasa Apa Pun, Berdoalah!
Musolla yang ada di rumah sakit ini, sejuk, seakan memujuk hamba-Nya bertelingkuh penuh syahdu diteman suara cengkerik yang berlagu. Lagu itu benar mendayu, tapi di hujung rangkap berbunyi sedikit hampa. Mungkin mereka tertanya-tanya, ke manakah makhluk Tuhan yang paling bijaksana ini melata.
Habis salamku yang kedua, terlihat sosok budak lingkungan 7, 8 tahun di ceruk sana begitu ligat bermain jarinya sambil mulut terkumat-kamit. Tatkala dia mengangkat lengannya, aku perlahan mengesot ke belakangnya, siapa tahu ada doa yang bisa diamin bersama.
Suara anak ini tidaklah boleh didengar sesiapa jika tidak dibantu sepinya semesta. Namun, mulus kandungan doanya itu, dalam diam berjaya merebahkan kelakianku untuk berbasah pipi.
Dalam getar, dia meminta;
Ya Allah, Kau berikan rezki pada doktor tadi. Dia dah banyak tolong ubatkan Ibu. Boboi tak ada duit nak bagi kat dia, nasib baik ada uncle yang sedekah tadi. Err.. tolong bagi rezki jugak kat uncle tu, Ya Allah.
Ya Allah, kalau Kau ambil Ibu, Boboi tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni. Boboi tahu Kau paling berkuasa, sebab tu Boboi tak kisah, asalkan Kau masukkan Ibu kat syurga. Takpe, nanti Boboi belajar betul-betul, nak banyak duit, pastu Boboi tolong balik kat semua orang yang susah macam Boboi ni.
Ya Allah, tolong sangat-sangat.. baikkan Ibu.. atau biar Ibu masuk syurga..
Tiada sedar, kolar bajuku sudah lecun. Bila tangan ini menyapu muka, kutoleh ke kanan. Di sebelahku ada seorang berambut sedikit putih bersama pakaian putih juga tersemat tanda nama, turut serta bermandi airmata, mengaminkan doa anak ini yang disulam sendu.
Boboi, andai boleh kita panjangkan doamu itu, mari pintakan Allah agar membuka hati insan yang seusiaku, atau lebih tua, untuk terus melutut rayukan sesuatu pada Tuhan kita. Biar apa pun bahasanya, mudah-mudahan mereka tidak beralasan apa-apa, seperti tak mahir bertutur Arab, atau tak tahu berbahasa Melayu Tinggi, tak cukup masa, atau apa saja. Asalkan pujukan yang dianyam pujian pada-Nya itu masih sudi berlaku.
Amin.
















Mai Mastura berkata,
May 22nd, 2009 at 10:39 am
Situasi nya di hospital ye, bila sebut rumah sakit rasa macam baca blog penulis Indonesia pulak.
Insya Allah semoga Allah makbulkan permintaan setiap hamba-Nya yang berdoa. Yakini Allah dengar setiap bait kata-kata dalam doa.
Dan setiap titis air mata yang gugur di bumi ketika berdoa, di kira tiap satu persatunya..
Balas komen ini.
Mai Mastura membalas pada May 22nd, 2009 10:41 am:
Nak menambah.
Oo mungkin kah saya pembaca pertama entri ini?
Tak kisahla tapi yang pasti saya pemberi komen yang pertama..
Balas komen ini.
bintangtimur membalas pada May 24th, 2009 2:29 am:
mastura,
kau baru perasan ke yang ayat-ayat si irfan ni memang banyak guna bahasa nusantara…. indonesia sangat sebati dengan jiwa dia ( irfan, jangan marah ya. ni bukan tuduhan, cuma penilaian aku je…hehehe..
Balas komen ini.
Balqis berkata,
May 22nd, 2009 at 11:05 am
Bergenang juga mata saya. Doa anak-anak kecil, betapa tulus dan mulusnya, tiada berbahasa, beralasan itu dan ini, berjanji itu dan ini (siapa kita untuk berjanji dengan Tuhan?). Betapalah benar-benar menyentuh hati.
Doanya yang ini – ‘Ya Allah, tolong sangat-sangat.. baikkan Ibu.. atau biar Ibu masuk syurga.. ‘ Betapa simple pemikiran anak kecil ini tetapi bersih hatinya mengulum doa, itu yang dikira! Inikan doa anak yang soleh?
Wallahua’lam.
Balqis telah menulis tentang Facebook quiz: …and how well do you know Rasulullah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
May 22nd, 2009 at 1:51 pm
Aku ingin memiliki hati sebersih anak kecil itu. Proses pembersihan hati yang bersahaja oleh seorang insan kecil terhadap mereka yang faham makna memerhati dengan hati.
Nooreena telah menulis tentang Sebuah Travelogi. Mari baca!!
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
May 22nd, 2009 at 5:10 pm
sangat menyentuh perasaan..ameenkan doa boboi dari kejauhan. moga ibunya sihat atau masuk syurga…..
( waaa tulusnya anak kecil itu…
berapa pun umur anak kecil ini, ternyata dia memahami maksud taqdir dan berserah serta pengharapan kepada yang Esa.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
May 23rd, 2009 at 8:24 am
Aduh, ternyata telah ada anak kecil ’sematang’ ini rupanya. Syukur! Semoga kita yang dewasa beroleh ‘ilmu’ dari boboi ini… amin!
SangMentari telah menulis tentang PETUA AWET MUDA, KEKAL REMAJA. Mari baca!!
Balas komen ini.
Sabrina berkata,
May 24th, 2009 at 12:47 am
Mendengar atau mengaminkan doa seseorang yang sedang khusyuk berbual dan memohon daripadaTuhan buat diri kita rasa hiba sangat… lebih lebih lagi kalau memohon untuk ahli keluarga yang tersayang…
Balas komen ini.
bintangtimur berkata,
May 24th, 2009 at 2:26 am
budak-budak kalau berdoa sangat ikhlas, maka doa itu tiada hijab antara dia dan Allah. tapi, orang dewasa lain pula. apabila masa susah je baru nak berdoa. bila doa tak dimakbulkan mula rasa was-was pada Allah.. nauzubillah..
Balas komen ini.
Melayu Boleh berkata,
May 24th, 2009 at 7:50 am
betul tu..
biasanya kalo org dewasa ni bila ditimpa musibah baru dia nak ternadah..
tapi tu lah namanya ujian..
sesiapa yang dapat menerima ujian2 daripada-Nya dengan tabah nescaya ia akan mendapat hidayah yang baik2..
Balas komen ini.
perMYsuri berkata,
May 24th, 2009 at 11:19 am
~tersentuh hati membaca entry kali ini..betapa ikhlas dan jujur doa seorg anak kpd-Nya buat ibunda tercinta~ mudah-mudahan doanye termakbul.aminn.
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
May 24th, 2009 at 1:21 pm
Tulus doa seorang anak kecil memang meruntun jiwa.
Doanya mengetuk hati kita-kita yang dewasa ini, untuk merenung dan bermusahabah.
Moga termakbul doanya. Amin.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
May 24th, 2009 at 11:52 pm
Terkesan dengan doa ringkasnya. Ya, wajahku juga lencun.
cikgu_eya telah menulis tentang Online Meeting : Kesengalan yang CUMIL. Mari baca!!
Balas komen ini.
anego berkata,
May 25th, 2009 at 2:08 am
moga doanya dimakbulkan Yang Kuasa. Aminn…
anego telah menulis tentang misi. Mari baca!!
Balas komen ini.
illy_ena berkata,
May 25th, 2009 at 10:07 am
subhanallah..
andai bisa kita tafsirkan
andai bisa kita kabulkan
namun kita bukan tuhan
moga doa si kecil diperkenankan..
illy_ena telah menulis tentang .:siApA TaHu:.. Mari baca!!
Balas komen ini.
aliff berkata,
May 28th, 2009 at 9:03 pm
Salam,
ipan, kok aku yang membaca catatan ini juga tubir mata bergenangan, namun perlu kutahan kerana duduknya meja kerjaku ini berdepan pintu masuk ke bilik bos.
ah, doa anak kecil dengan Allah SWT amat luas lorongnya kerana hijabnya kurang. semoga Allah SWT mengabulkan doa anak itu.
p/s: membaca blogmu sambil menunggu sistem di pejabat ini sihat semula…hai teknologi adakalanya menyusahkan!
aliff telah menulis tentang Alhamdulillah. Mari baca!!
Balas komen ini.
Emerald berkata,
June 3rd, 2009 at 9:57 am
Salam Ya Allah anak sekecil itu pun tahu meminta memohon pada Allah.Seharusnya kita yang dewasa ini harus lebih insaf kan…bagusnya ibu dn ayah yg mendidiknya…jujurnya saya rasa mcm nk menangis tapi berjaya menahannya huhu..saya doakan semoga adik tersebut tabah dan dgn izin Allah selamat ibunya.
Balas komen ini.
anis berkata,
June 4th, 2009 at 12:27 pm
urm ..
semoga boboi bahgia …
dan berjaya juga.
anis telah menulis tentang orientasi. Mari baca!!
Balas komen ini.
rudy berkata,
June 13th, 2009 at 7:28 pm
di tubir mataku, ada genangan akua.
Balas komen ini.