Betulkah Bahasa Jiwa Bangsa?
Mengapa aku bermati-matian memperjuangkan bahasa Melayu, adalah kerana pengalamanku sendiri di bumi Jepun. Aku melihat anak-anak Jepun sangat bersahaja dalam membaca buku bertema berat seperti nuklear, satelit, psikologi dan sebagainya sambil bergolek-golek di atas katil. Aku merasakan alangkah indahnya kalau anak-anak kita di desa nun jauh di sana bisa menikmatinya bersama.
Aku pernah menyatakan ayat itu di dalam entri sebelum ini untuk menjawab pertanyaan melalui emel dari sahabat SangPelangi. Hari ini, aku nyatakan sekali lagi, demi memberi respon terhadap penulisan seniorku, Ibnu Alwi di blognya.
Ilmu teknologi mesti melalui asas pemahaman yang tegap. Ini memang kelemahanku di sini. Bahasa Jepun kejuruteraan agak lain dengan bahasa Jepun sehari-hari. Aku perlu bekerja lebih untuk memahami ilmu kejuruteraan mereka. Membuka kamus Jepun-Inggeris, kemudian Inggeris-Melayu pula jika istilah Inggeris itu jarang didengari, sungguh membebankan. Walhal dalam masa yang sama, kami pelajar asing mesti berlari sama pantas dengan orang Jepun lainnya. Setiap hari adalah setiap kamus baru untuk kita, pelajar Malaysia di sini.
Kita sudah lali dengan perbandingan Malaysia dengan negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan beberapa negara lain yang maju melalui bahasa mereka. Mereka itu adalah negara penjajah. Negara mereka tidak berbilang kaum dan tidak perlu memikirkan kesepaduan rakyat kerana ia lahir sendiri atas kesamarataan bangsa.
Jepun sendiri, sejak sistem pendidikan mereka diwujudkan, rakyatnya 90% berbangsa Jepun. Tidak boleh tidak, bahasa Jepun menjadi keutamaan. Sehingga kini pun, masih ke paras 80% walaupun kadar kelahiran rakyat Jepun kian menurun tahun demi tahun.
Malaysia negaranya berbilang kaum. Perlunya kita mencapai kata sepakat untuk mewujudkan suasana harmoni dalam negara. Kendatipun sistem piawai pendidikan kita dibentuk penjajah (sedangkan kita sudah merdeka, masih terikut-ikut dengan acuan lama), aku merasakan tiada salahnya jika setiap bangsa mendalami bahasa kaum mereka. Kita tidak boleh seperti “satu negara” itu (kalian pasti sedia tahu) yang memaksa semua rakyatnya menggunakan bahasa negara asal, menyebabkan hilang jati diri rakyatnya, lupa asal-usul dari mana nenek moyang mereka datang.
Secara peribadi, aku menganggap negara Jepun maju adalah hasil ciplakan (andai saya boleh guna istilah itu) dari negara lain. Menariknya mereka ini, ilmu baru yang dibawa masuk itu diterjemahkan kepada bahasa mereka, membolehkan anak muda mereka menjamah, mengunyah, lalu ditelan bulat-bulat. Tidak setakat itu, mereka mengembangkan lagi ilmu itu jauh lebih baik dari sumber asal kerana pemikiran kritis yang kini menjadi budaya dalam hidup mereka.
Sebagai contoh, siapa yang mencipta lampu diod (LED) pada asalnya? Pastinya bukan orang Jepun. Tapi, penemuan LED berwarna biru oleh seorang rakyat Jepun bernama Profesor Nakamura, hampir-hampir merangkul anugerah Nobel kerana hasil penggunaannya yang bakal menyumbangkan kemajuan tamadun manusia. Sumber di sini.
Sedikit berbeza dengan era kegemilangan Islam dahulu kala (oh itu cuma tinggal kenangan belaka). Kebangkitan pengajian ilmu ketika itu tiada kaitan dengan aspek penjajahan. Islam tidak menjajah, tetapi berkembang. Jangan kita lupa, setelah terbinanya sebuah empayar Islam, berbondong-bondong pendeta ilmu sibuk menterjemahkan ilmu itu kepada beberapa bahasa lain agar ilmu dapat dihadamkan oleh seantero pelosok dunia. Ilmu dari negara lain juga dibawa masuk dan diterjemahkan semula ke bahasa negara sendiri. Tidakkah dapat ia menjegilkan mata kita lagi? Adakah pengajaran bahasa asing yang menjadi keutamaan? Tidak sekali. Itu kerja orang bahasa. Orang sains kerjanya memahami asas ilmu.
Aku masih ingat lagi ketika Jalaludin Hassan menanyakan soalan “Bahasa manakah yang paling ramai dituturkan di dunia?”, di dalam rancangan “Who Wants to be A Millionaire” tahun 2002 kalau tak silap saya. Jawapan peserta adalah bahasa Inggeris dan ternyata salah. Jawapannya adalah bahasa Mandarin. Tapi, pembetulan jua buat sesiapa yang menganggap bahasa Mandarin itu sebagai bahasa bertangga wahid di dunia.
Ulasan oleh Jalaludin Hassan, bahasa Mandarin paling meluas pertuturannya kerana ramainya rakyat China yang merantau jauh ke pelosok dunia. Jawapan asal memanglah bahasa Mandarin, tapi masih belum dianggap nombor satu, kerana bahasa Inggeris masih tetap digunakan oleh banyak negara untuk urusan rasmi dan ada pengajian khas untuknya.
Pendek kata, tak perlu dikejar bahasa yang menjadi gunaan utama di bumi ini. Yang perlu dikejar adalah gaya pemikiran yang kritikal, budaya membaca yang mantap, dan semua itu mesti melalui satu bahasa yang sungguh dekat di hati manusia; iaitu bahasa kita seharian di rumah.
Aku tidak menghalang kepada usaha mempelajari sesuatu bahasa. Tapi, selagi mana bahasa itu menjadi wadah penyampaian, gunakanlah ia sebaiknya. Jangan dicarik luka apa saja bahasa yang kamu guna.
Bahasa bukan saja jiwa bangsa, tapi nyawa peradaban manusia, dan pertalian roh sesama kita.
p/s: Aku jamin entri ini tiada siapa yang mahu komen. Panjangnya berbatuk-batuk nafas, dan menyentuh soal sensitif pula. Hihi. Aku mohon ribuan keampunan jika memakan waktu kalian.

















Imran berkata,
October 22nd, 2008 at 9:36 am
Memang betul bahasa tempatan tu penting..batu bersurat Terengganu pun takde kalimah Allah, tapi digantikan dengan Dewata Mulia Raya agar difahami orang tempatan ketika itu
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:06 pm:
Ya, itulah strategi dalam berdakwah oleh ulama zaman itu. Bayangkan rakyat ketika itu tidak mengenali langsung perkataan “Allah”, bisa beriman dengan Tuhan yang satu.
[Balas komen ini.]
Far East berkata,
October 22nd, 2008 at 9:37 am
Kalau nak ikotkan..mahu je aku menambah2 lagi kesensitifan post ini.
Tapi..mana mungkin dapat aku temui buku2 pasal nuklear, satelit, psikologi dalam bahasa ibunda kita. dan mana mungkin subjek sains dan matematik akan diajar dalam Bahasa Ibunda kita sendiri…
alkisah…
Far East telah menulis tentang Y!OS for Expend Services. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:07 pm:
Keluhan demi keluhan.. tak tahu apa yang boleh kita perbuatkan sekarang..
[Balas komen ini.]
izzy berkata,
October 22nd, 2008 at 10:32 am
sebenarnya, banyak yang boleh dikomen mengenai post ini.
1. kekurangan utama bahasa melayu ialah sistem penterjemahan yang sangat lemah di negara kita. cuba bandingkan negara kita dengan negara jepun, tak terkata lajunya negara jepun bertindak untuk menterjemahkan buku2 dan ilmu2 yang baru. tidak perlu memandang terlalu jauh hingga ke jepun. sbenarnya indonesia juga laju dalam prospek penterjemahan jika dibandingkan dengan negara kita.sebenarnya, penterjemahan ini penting.
2.kekurangan budaya membaca. saya pon tidak tahu mengapa budaya membaca masyarakat malaysia SANGAT2 membimbangkan. bukan hanya menuding jari kepada orang lain, saya sedar saya juga kurang membaca (terutamanya bhan ilmiah memandangkan saya amat gemar membaca novel dan majalah). budaya ini nyata amat berbeza dengan masyarakat yang mempunyai kadar kemajuan yang tinggi.
3. ok, mengenai pelbagai kaum dan bahasa di negara kita, pendapat saya, menjadi tanggungjawab rakyat malaysia untuk menguasai bahasa melayu tanpa mengira kaum. walaupun sekarang saya mengambil kursus b.ED TESL, saya akan pastikan anak2 murid saya nanti berjaya menguasai bahasa melayu selain bahasa inggeris.
sebenarnya, terpulang kepada kita untuk menghargai dan menilai kaca dan permata. dan sesungguhnya memang bahasa merupakan jiwa, nadi dan permata bangsa kita.
izzy telah menulis tentang jika dan hanya jika.. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:13 pm:
1. Bidang kejuruteraan dan ekonomi sangat berkait rapat dengan kesusasteraan bila mana penterjemahan dilakukan. Maka semua aspek boleh bergantungan.
2. Itu patut difikirkan kita semua. Bertindak dari kita sendiri. Membaca novel tiada salahnya, asalkan ia tulisan yang berkualiti dan bukan bertema cinta klise murahan.
3. Bagus usahamu itu.
[Balas komen ini.]
yatie berkata,
October 22nd, 2008 at 11:16 am
Teringat pada sebuah lagu ms aku zaman sekolah2 dulu.
lagu yg perlu dinyanyikan setiap kali perhimpunan selama sebulan sempena
“bulan bahasa”
lagu: Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa.
marilah mari rakyat semua
buktikan taat setia
dengan satu bahasa
maju bangsa dan maju negara
megahkan bahasa kita
bahasa jiwa bangsa
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:15 pm:
Macam mana lagunya? Boleh nyanyikan untuk saya? Haha..
[Balas komen ini.]
mollek berkata,
October 22nd, 2008 at 12:04 pm
setelah sekian lm aku x komen… tertarik pula nk komen tentang isu yg satu ini..
Memang Malaysia sangat lembap dalam proses penterjemahan.. mungkin disebabkan kekurangan penterjamah kot.. aku pun tak pasti.
Bila baca tajuk entri ni, aku teringat peristiwa yg berlaku hari raya lepas.. aku terjumpa dengan seorang pakcik yg sangat3 indah bahasa percakapnnya. setiap butir kata yg keluar dari mulut dia teratur dan penuh bermakna.. masa tu aku ‘termalu’ sendiri…. jauh sgt standard bahasa aku berbanding bahasa melayu dia yang berumur lebih 70thn!.. kami terjumpa dikedai mamak.. memang menarik pertemuan tak sengaja tu. nnt aku cerita di MOLLEK insyaAllah.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:18 pm:
Penterjemah sangat ramai. Jangan lupa rakyat kita bertebaran ke seluruh dunia. Mereka pasti akan rasa dihargai bila terlibat dalam proses ini.
p/s: Saban hari asyik melawat ke Mollek, tapi masih menunggu kemaskininya. Hihi
[Balas komen ini.]
BalQis berkata,
October 22nd, 2008 at 12:39 pm
Salam.
Dua kali saya baca entri ini untuk hadam betul-betul. Sekali sekadar baca, dua kali cuba memahami.
Bila baca-baca lagi, saya rasa ini sudah masuk masalah SIKAP.
Sikap malas membaca, malas menterjemah, malas mencari, suka meniru bahasa negara lain tetapi tidak bangga dengan bahasa sendiri, (alamak, macam terkena batang hidung sendiri =p), tidak percaya dengan kemampuan bahasa sendiri untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa-bahasa negara lain. Terkadang pernah jumpa orang yang berasa jelek dengan bahasa sendiri. Serasa bahasa sendiri itu sangat mengaibkan atau apa? Agaknya lupa pada suatu zaman dahulu kala, Bahasa Melayu itu pernah menjadi bahasa perantaraan di pelabuhan Melaka, malah sekalian pedagang belajar bahasa melayu untuk bertutur dengan penduduk tempatan. Jawi pula tu! Melayu itu lebih dahulu mengenal sekalian rempah dari penduduk dunia yang lain. Wah, tak boleh teruskan, emosi pula.
Di Ukraine, penduduknya masih tidak mahu menerima bahasa luar. Mereka lebih bangga kalau kamu tahu bertutur dalam bahasa mereka. Tidak banyak buku-buku perubatan Inggeris yang diterjemah ke dalam Russian. Tetapi banyak buku-buku perubatan Russia yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Ilmu perubatan mereka amat terkehadapan berbanding kemajuan negara mereka sehinggakan rakyat biasa tahu setiap nama-nama ubat yang ada di pasaran, kalau tak semua pun, hampir semua especially ubat2 common.(siap tahu ngan fungsi2 dia skalik. Ish, suspect betullah). Pulak tu, bersepah jer buku-buku perubatan kat tepi-tepi jalan. Siap boleh lelong-lelong pula. (saya maksudkan Ukraine di sini). Malaysia? Siapa pernah jumpa buku-buku perubatan dalam bahasa melayu, karya orang melayu? Sekurang-kurang bukan pelajar perubatan sahaja yang boleh membaca, adik, kakak, mak cik, pak cik, atuk, opah yang kurang faham bahasa Inggeris juga boleh baca. Tak gitu? Entri ini berjaya mengusik sensitiviti saya, ahaks~
wassalam.
BalQis telah menulis tentang Yang lurus itu, kamu tahu jalannya?. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:22 pm:
Kamu sudah berpengalaman dan merasainya, kan? Betapa indahnya jika semua lapisan boleh menceduk ilmu baru melalui bahasa paling mudah. Walaupun ada tahap ilmu yang tidak sesuai dengan tahap umur tertentu, sekurang-kurangnya ia adalah pendedahan awal. Dapat memanggang semangat inkuiri, menerbitkan cinta ilmu.
[Balas komen ini.]
AiniAziz berkata,
October 22nd, 2008 at 4:37 pm
Apa yang penulis cakap ni, betullah tu.
Sememangnya, bahasa manusia membina peradaban, bahasa manusia mendirikan tamadun. Tak percaya? Betul!
1) Bahasa adalah symbol komunikasi. Monyet ada bahasanya sendiri dan semua haiwan berkomunikasi, tetapi terori mereka hanyalah hutan (tapi, sunnah alam juga lah)
2) Ha, Parrot boleh berkata-kata, meniru bahasa manusia. Tapi, parrot masih terkurung di dalam sangkar. (Ye lah, sebab manusia dijanjikan sebagai khalifah alam, lantas dianugerahkan aqal yang superior dari haiwan).
3) Maka, bersyukurlah dengan adanya vocal cord, respiratory system, mouth, cheek, tongue, hard and soft palate, nose yang membolehkan kita melunakkan suara dan membentuk bahasa dan mencipta komunikasi.:)
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:27 pm:
Erk.. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kedua-duanya bahasa dan simbol komunikasi. Tapi, kurang faham dengan komentar kamu.
Boleh terangkan lagi? (maaf ya, otak sedang tepu)
[Balas komen ini.]
AiniAziz membalas pada October 26th, 2008 8:37 am:
hm..mungkin kalau otak otak kamu sudah kurang sedikit ketepuannya, bolehlah menjenguk ke harunyahya weblog.. mengenai “The miracles of human larynx”
dan sesungguhnya lah.. kita akan lebih menghargai jikalau kita mengerti
(kebetulan kena buat assignment islamic input for ORL-HNS posting. Kalau tak, mesti tak bartambah penghargaan terhadap istimewanya manusia dicipta Allah)
–salam..salam..selamat belajar;)
[Balas komen ini.]
anego berkata,
October 22nd, 2008 at 10:10 pm
siapa kata tidak ada yang akan komen entri awak kali ini fan.
mungkin tidak keterlaluan kalau anego katakan yg anego gila dgn jepun kerana keutuhan bahasanya, walau tak belajar disana, walau tak pernah tinggal di sana, cuma sekadar menghidu udara musim luruh dan musim panasnya sekejap saja.
bila isu bahasa diutarakan di arus perdana, seringkali hati bagai ditarik-tarik mengenang nasib bahasa ibunda sendiri, memang benar bahasa inggeris itu global sifatnya, tapi kenapa kita perlu biarkan bahasa kita, yang katanya jiwa pada bangsa kita ini terkontang-kanting.(Wah…macam emosi pulak!). bila dikata bahasa melayu begitu, begini yang negatif sifatnya, semua orang melayu melenting. padahal sehari-hari menyebut perkataan saya pun susah sekali. ‘I’ lagi senang dan standard ujarnya. pelik tapi benar.
mengimbau pengalaman mengajar pelajar kolej sebelum ini, betapa pelajar tidak dapat menghadam ilmu yang disampaikan bila tiba-tiba sahaja semua proses pengajaran perlu ditukar kepada bahasa inggeris. sudahlah kolej itu asalnya dibangunkan untuk membantu bumiputera yang ‘tertinggal’, sudahnya ramai yang ketinggalan.
amboi, luahan rasa lebih panjang pulak dari entri ni kalau diteruskan. moga irfan dan kawan-kawan dapat membawa balik ilmu dari sana untuk diterjemahkan agar kami dapat sama-sama manfaatnya!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:30 pm:
Oh, orang yang menggunakan “I” itu untuk penampilan mereka agaknya. Aku tak rasa ada masalah di situ barangkali?
Ramai yang ketinggalan. Benar. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong apatah lagi.
p/s: Amboi komentar ini berbau emosi.. marah nampak? Hihihi
[Balas komen ini.]
ainul arina berkata,
October 23rd, 2008 at 6:16 am
alangkah bahagianya kalau ada banyak lambakan buku perubatan dalam bahasa Malaysia.. Sebabnya kadang-kadang terasa macam kita susah mengusasai sesuatu perkara tu sebab kurang pemahaman. Kalau mostly buku menggunakan bahasa yang sangat kita faham, rasanya konsep yang sukar pun mungkin akan jadi lebih mudah..
Tetiba terfikir nak wujudkan satu lagi gagasan baru untuk para pegawai perubatan iaitu bidang penterjemahan segala buku perubatan yang ada.. Mungkin boleh jadi satu anjakan paradigma pada negara (owh, tingginya impian..)
Tapi baik juga kaau ramai di kalangan kita tahu pelbagai bahasa, sebabnya karang kalau tak ramai tahu bahasa-bahasa luar, macam mana kita nak naik tarafkan bidang penterjemahan bahasa negara sendiri. Tambahan, boleh jadi satu aspek keselamatan juga —> elak penipuan…
[Balas komen ini.]
BaruKisu membalas pada October 23rd, 2008 9:53 am:
Saya nak join!! Huhu~
BaruKisu telah menulis tentang Yang lurus itu, kamu tahu jalannya?. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:32 pm:
Bagus idea itu. Cuba usahakan dalam kajian rambang, buatkan statistik, lihat berapa peratus doktor yang menyokong. Kita masih memerlukan sebulat suara.
[Balas komen ini.]
mrberett berkata,
October 23rd, 2008 at 6:27 am
irfan..mula-mula sekali aku nak tanya apa maksud kendatipun tu???Artikel ni memang bagus..Aku sokong.Bahasa yang digunakan bukan penentu kemajuan kita.Cara pemikiran yang lebih penting..Sekadar pendapat
mrberett telah menulis tentang Global Peace Festival. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 10:40 pm:
kendatipun = walaupun
Pendapat aku pula, cara pemikiran dibentuk oleh budaya membaca bahan yang mudah difahami (bahasa juga tu).
[Balas komen ini.]
TrisaKti Uni berkata,
October 23rd, 2008 at 7:25 am
salam..Komen yg lewat kerNa baRu ketemu.Saya student m’sia di Trisakti,Jakarta. Ya saya setuju dengan post ni.Kat sini,most of medical text book diterjemahkan ke bahsa Indonesia dan text book terjemahan lebih banyak info yang takde dalam original text book. dan komen dari teman2 yg belajar foundation(pre-medical study) bersama saya kat m’sia dulu kate yang banyak benda n konsep yg diajarkan dulu baru difahami kerna dosen tu ajar dalam bahasa Indonesia proper(yang mana lebih mirip bahasa melayu). Tapi sayng,bila sy kongsi pengalaman dengan a few dr malaysia,mereka agak memandang rendah kerna kami belajar di Indonesia compere dengan Malaysia yang guna bahasa Inggeris.Tapi,Seribu kesyukuran kerna MARA hantar sy ke sini,bukan ke Rusia kerna kat sini,most of my lecturer(90%) adalah pakar dan kat sini banyak patient dan ruang untuk belajar skill banyak.Cuma kami masih menguatkan pemahaman bahasa indonesia yang sememangnya aneh,mempertahan bahasa Melayu dan memperkuatkan bahasa Inggeris kami…
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:40 pm:
Saya tak rasa bahasa Indonesia aneh, tetapi rencam rasa dan unik. Bahasa berkait dengan budaya setempat yang menuturkannya. Nampaknya beberapa doktor telah membawa isu yang sama, iaitu proses penterjemahan. Pasangkan azam untuk membangunkannya.
[Balas komen ini.]
Miera berkata,
October 23rd, 2008 at 8:09 am
Salam… Terima kasih e-fan atas kesedaran saudara tentang isu ini…
Rasanya ramai sudah maklum sekarang sedang berlangsung Bulan Bahasa Dan Sastera Negara…
Sebagai seorang pelajar Bahasa Melayu Komunikasi Profesional di UiTM kami sering dikutuk kerana apa perlu belajar bahasa Melayu… Sudah pasti tiada pekerjaan untuk kami apabila bergraduan kelak… Begitulah bisik - bisik orang berkata tentang kami…
Tapi walaupun latar pendidikan menengah ku sebelum ini adalah Sains kerana aku mengambil jurusan Sains Tulen sewaktu STPM dahulu, bukan mudah untuk aku mempelajari bahasa Melayu.
Kalau bercerita tentang mengapa sukar untuk mendapat bahan akademik dalam bahasa Melayu (pelbagai bidang) terutamanya bagi kursus - kursus kritikal adalah kerana kelemahan sistem penterjemahan di negara kita.
1. Penterjemah tidak berlatarbelakangkan pendidikan perubatan dan kerja menterjemah bukanlah mudah.
2. Kamus dan tesaurus mengikut bidang masih belum mencukupi sedangkan negara lain sudah mempunyai sistem terjemahan berkomputer. Kita masih jauh ketinggalan..
3. Sejarah ilmu terjemahan sampai di negara Malaysia agak lewat berbanding negara - negara lain.
4. Kurangnya institut yang ingin menjadikan terjemahan sebagai salah satu bidang kerjaya. Harapkan Institut Terjemahan Malaysia, berapa banyak buku dapat diterjemahkan dalam tempoh setahun.
5. Banyak lagi sebenarnya…. Namun buat masa ini, selesaikan yang ada dahulu.
Sekian, terima kasih.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:46 pm:
Bidang penterjemahan aku lihat masih memerlukan bantuan dari semua pihak. Di Malaysia, penterjemahan lebih banyak dikaitkan dengan media yang bernilai komersil seperti drama, animasi dari Jepun, Amerika Latin dan sebagainya. Sepatutnya dokumentari, bahan ilmiah yang dijadikan keutamaan.
Bila tenaga manusia kurang dalam bidang ini, nilai kerja menjadi mahal dan demanding. Jadi, perlu ramaikan lagi penterjemah. Bukan merendahkan paras gaji, tapi melambakkan lagi kerja-kerja tambahan.
p/s: Cuma pendapat aku.
[Balas komen ini.]
MS Rizal berkata,
October 23rd, 2008 at 8:34 am
Salam ukhwah akhi,
Syabas di atas kejayaan melahirkan blog yang mantap ini.
Pastinya topik di atas tidak dapat tidak berkait dengan isu perbahasan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di Malaysia.
Isu ini sebenarnya tidak mendapat tempat sangat di hati saya sehinggalah saya telah disedarkan oleh Puan Ainon-sifu PTS di dalam salah satu bengkel penulisannya.
Hakikatnya, banyak tamadun-tamadun yang tumbuh dan gemilang di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Malah ada di antara tamadun-tamadun berjaya ini tidak tahupun apa itu bahasa Inggeris. Inilah yang disebut oleh Prof Diraja Ungku Aziz tidak lama dahulu.
Malangnya kita tidak pernah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada negara-negara lain yang cuba menggunakan bahasa asing sebagai bahasa ibundanya. Lihatlah India, mereka mungkin berjaya melahirkan ramai golongan cerdik pandai, tetapi mereka juga adalah negara yang mengeluarkan paling ramai golongan miskin tegar di dunia.
Bahasa itu tetap jiwa Bangsa! Kita tak mampu menafikannya….
MS Rizal telah menulis tentang Bukan tiada otak untuk menilai…. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:54 pm:
Setuju dengan kamu. Pintar atau lembap seseorang itu aku rasakan ia berfaktor pada usaha orang itu dan sekelilingnya. Mewujudkan suasana mengejar kepandaian memang perlu, kerana kebodohan itu hampir dengan kemiskinan. Menghapuskan jurang kemiskinan mesti melalui teras pendidikan.
[Balas komen ini.]
umaralfateh berkata,
October 23rd, 2008 at 9:39 am
haa, tajuk yang menarik.
sebenarnya, kita yang berada @ belajar di luar negara akan berasa terpanggil terhadap isu bahasa ini.
rata-rata pelajar yang berada di luar negara yang bahasa inggeris bukan bahasa utama pendidikan, akan merasakan bahawa pengajian dalam bahasa ibunda lebih menjamin perluasan ilmu.
Cuma, satu sahaja, dalam mendalami ilmu, bahasa lain juga sangat diperlukan dalam memahami selok belok ilmu yang dipelajari.
saya suka bahasa melayu.
pelajar-pelajar jepun pasti sudah mahir 3 bahasa : Bahasa jepun, inggeris dan bahasa arab (bahasa alquran).
Moga selamat nanti dalam mendidik bangsa di kemudian hari.
umaralfateh telah menulis tentang Pembangun Jiwa Bangsa. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 23rd, 2008 5:57 pm:
Pendirian ini termasuk juga rakan-rakan kita di Malaysia sana. Orang yang di lapangan ilmu lebih merasai kepentingannya. Termasuk kamu yang mahir berbahasa Rusia juga, kan? Hehe. Moga selamat juga kepada kamu.
[Balas komen ini.]
suara berkata,
October 24th, 2008 at 12:12 am
Kalau nak tulis ttg tajuk ni mmg banyak sangat yg kak su nak luahkan. Tapi tak boleh nak tulis dlm blog kak su sbb tema tulisan kak su agak ringan. Jadi, kak su lepaskan segalanya di sini. Tak pe kan?
Pelajar yg terlalu banyak di suapkan dengan bahasa Melayu semasa belajar di IPTA (macam kak su. huhu) memang menghadapi masalah besar bila terjun ke alam kerjaya (terutama syarikat swasta) yang kebanyakannya memerlukan penggunaan bahasa Inggeris yang baik terutama pertuturan.
Yang belajar di luar negara mungkin tak terasa, tapi pelajar universiti tempatan ni (bukan semua, tapi mmg ramai), nampaknya begitulah. Kecuali yg mengambil bidang profesional seperti perubatan dan kejuruteraan.
Kerana itulah juga, ramai pelajar yang resultnya baik (contohnya spt pelajar Bussiness, Acct dan Administration), tapi masih gagal mendapat kerja. Kadar pengangguran bertambah dan kebanyakannya adalah pelajar Melayu yang belajar du universiti tempatan! Semuanya berlaku kerana tak mampu menampilkan penguasaan bahasa yg baik semasa interview. Kak su dulupun lemah amat dlm bahasa Inggeris pertuturan, sampaikan bila nak interview kak su akan sediakan script jawapan untuk soalan yg mungkin di tanya! Huhu… Bila dah kerja, dan dikelilingi oleh mereka yang tak tahu berbahasa Malaysia, barulah tak rasa gabra sangat bila nak bercakap dlm B.Inggeris. Belajar dan perbaiki bahasa Inggeris sbb terpaksa.
Apapun, syukur alhamdulillah… setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya.
Kembali pada cerita ttg bahasa dan kerjaya. Peritnya nak mencari kerja akibat perbezaan antara sistem pendidikan yang mementingkan bahasa melayu, dengan alam pekerjaan yg amat memerlukan penguasaan bahasa Inggeris, buat kak su tak membantah sangat bila kerajaan mewajibkan pengajaran Math dan Sains dalam bahasa Inggeris. Dan sekarang ni, banyak company yg mensyaratkan pemohon kerja mestilan tahu berbahasa Manderin atau Kantonis.
Itu masalah untuk pelajar yg baru nak cari kerja.
Yang dah kerja pula, susah nak naik pangkat kalau tak mampu nak tampilkan kebolehan bercakap dan buat presentation dlm bahasa Inggeris dgn baik, walaupun kerjanya amat bagus dan punya disiplin yg tinggi.
p/s: Penah baca n3 berkenaan bahasa juga di blog Tawel. Tapi tak ingat yg mana satu. Antara n3 bahasa yg menarik yg kak su buat kak su sengih sakit perut menahan ketawa ialah ‘Bila bahasa kawin campur
suara telah menulis tentang Demi Kameelah…. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
hidayah berkata,
October 24th, 2008 at 8:08 am
salam
isu bahasa dan bangsa.. memang kritikal
dulu saya pernah terbaca artikel dalam suratkhabar tentang Dr. mahathir menyuruh setiap orang MENULIS.
siapa yang patut menjadi PENTERJEMAH?
pada pandangan saya, individu yang
mengambil kos @ belajar secara ekstrim @ sederhana @ yang berminat
tentang satu subjek tu yang perlu merasa BERTANGGUNGJAWAB terhadap penterjemahan bahan kepada bahasa ibunda. Selepas kita memahami sesuatu, seharusnya kita cuba memahamkan orang lain juga.
kolaborasi antara individu diatas dengan institusi bahasa juga sangat penting. pekerjaan menulis itu bukan hanya terletak pada bahu penulis, tapi semua orang perlu menulis.
jika kita hanya mengharap penulis yang bukan dari aliran mereka contoh penulis yang mengambil jurusan bahasa melayu di universiti, adalah tidak sesuai sekiranya kita membebani mereka untuk menterjemahkan bahasa-bahasa sains yang sarat dengan mekanisma dan pemahamam yang berlapis.
Seharusnya kita berganding bahu bersama mereka menghasilkan buku dalam bahasa Melayu.
“Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan sering menghadapi kekurangan buku teks dan bahan-bahan rujukan dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan buku teks dan rujukan yang ada diperingkat universiti adalah dalam bahasa Inggeris. Ini merupakan satu keadaan yang tidak begitu sihat dan memuaskan sebab tanahair kita telah mempunyai 7 buah universiti dan bahasa melayu telah pun terbukti sebagai salah satu bahasa ilmu yang setanding dengan bahasa lain” -Dr. Tan Soon Chye, UKM 1990
bayangkan itu adalah keluhan seorang pensyarah hampir 2 dekad yang lalu yang menerbitkan buku biokimia.
dan sehingga sekarang ..bagaimana? adakah keluhan ini mahu diutarakan 2 dekad mendatang?
sama2 kita melihat isu ini secara kualitatif dan kuantitatif .
mari kita tulis ,cetak dan edar…
[Balas komen ini.]
Miera membalas pada October 26th, 2008 9:01 pm:
salam…
hamba bersetuju dengan pendapat kamu hidayah…
selain daripada golongan yang mempelajari ilmu terjemahan sendiri, seharusnya mereka yang mendalami sesebuah ilmu dan mempunyai kesedaran boleh menulis supaya ilmu itu dapat dikongsi bersama…
kalau dilihat sejarah terjemahan di dunia juga tujuannya adalah untuk perkongsian ilmu…
selamat untuk semua…
[Balas komen ini.]
hidayah membalas pada November 13th, 2008 2:14 am:
Tempiasnya bukan sahaja dirasai kanak-kanak di Malaysia, tapi kanak-kanak di Indonesia, Singapura dan Brunei juga.
Rentetan dari artikel ini aku telah pun menghantar surat ke pihak atasan universiti untuk menggencarkan terjemahan bagi setiap program, tapi aku masih menunggu jawapan dari mereka.
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 27th, 2008 7:24 am:
Wah, itu kata-kata seorang pensyarah Dr. Tan Soon Chye, UKM 1990.
Tiada tokoh cendekiawan yang menyokong bahasa Inggeris sebagai medan perantara bahasa kejuruteraan. Kalaupun ada yang menyokong tegar, mereka bukanlah ahlinya di pentas ilmu. Bertitah di khalayak umpama tanpa sedar dirinya tidak di lapangan sebenar.
Aku bersedia menjadi penterjemah apa saja input dari bahasa Jepun. Baru-baru ini dibantu seorang pensyarah, sedang mengumpulkan silibus robotik untuk anak sekolahan.
[Balas komen ini.]
hidayah membalas pada October 27th, 2008 9:02 pm:
semoga dipermudahkan..
[Balas komen ini.]
iliana berkata,
October 25th, 2008 at 5:25 am
yelah yelah en.irfan…bhs mandrin bkn bhs no.1 dunia. penggunaannya je.
apa pn, adakah isu bhs ni dsbbkn kerendahan rakyat malaysia dlm mencintai bhs sndiri. kurang kesedaran barangkali. kalau nk mahirkn mrk dgn bhs inggeris, hantar ke tadika antarabangsa, terus hilang melayunya. samapaikan ada yg bicara ‘i sound stupid when i speak malay’.
iliana telah menulis tentang BERMAIN DENGAN BAHASA. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 27th, 2008 6:50 am:
Berbunyi pasrah komentarmu ya. Kemelayuan biar hilang agar akidah terjaga, aku rasa itu sudah memadai.
[Balas komen ini.]
iliana membalas pada October 27th, 2008 11:22 am:
ye ke en.Irfan??? takkah risau jika walaupun akidah terbela, tp melayu pupus di dunia? mungkin ada betolnya, sbb kte ni sbnrnya serumpun manusia yg sama shj. utk apa dibezakan atas dasar bangsa.
baru terbaca ttg isu ni di the star 26okt08. ttg isu etika perguruan dan bhs. ada yg menyatakan bhw pkara ini sedikit sbyk sbb guru itu sendiri xreti b’bhs inggeris. hummmm….entoh le…semua nk menuding jari nmpknya.
p/s: pasrah sbb tuan rumah di sini sgt hebat membidas kata. kdg2 x’tercapai akal utk berkata semula. hehehehe…
iliana telah menulis tentang BERMAIN DENGAN BAHASA. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
irshadian berkata,
October 27th, 2008 at 4:31 am
hari tu saya menjalankan latihan mengajar di kawasan luar bandar sabah..mengajar sains dalam bahasa inggeris bukan menjadi kesusahan sangat, tapi yang susah nak ajar pelajar luar bandar yang majoriti bahasa inggeris fail, banyak yang tak reti membaca dan tulis, apa lagi berbahasa inggeris, dan belajar sains dalam bahasa inggeris, belajar pasal pigment=babi lelaki kata mereka
irshadian telah menulis tentang lelaki vs perempuan. Mari baca!!
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada October 27th, 2008 7:14 am:
Aduh, cikgu mesti berbuat sesuatu. Suarakan pendapatmu di ruang akhbar untuk tatapan semua. Kasihannya mereka.
[Balas komen ini.]
cactus berkata,
November 5th, 2008 at 9:10 am
kasihan irshadian…Di harap bersabar untuk terus memberi ilmu kepada anak bangsa. Saya juga menghadapi masalah yang sama.
Sebenarnya, Ini kali kedua saya jenguk sangpelangi.com dan rasa terpanggil untuk berkongsi cerita tentang adik-adik kita disekolah menengah.
Mengajar tuisyen merupakan option teratas dalam senarai kerja part time untuk menapung kos sara hidup yang semakin membebankan.dan Alhamdulillah saya dapat mengajar tuisyen yang ditaja oleh seorang Datuk untuk pelajar pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar USM Penang. Alhamdulillah,semoga Allah memberkati usaha Datuk ini.
Hari pertama mengajar Matematik Tingkatan Lima membuat saya rasa seperti tunggul. Pelajar lelaki lansung tidak memberi perhatian malah boleh bergaduh ketika saya sibuk menerangkan di papan putih. pelajar perempuan sibuk main handphone berbalas SMS. Tapi ada juga yang betul-betul mahu belajar.
“Faham tak kelas” saya menduga pemahaman mereka walaupun saya tahu tidak sampai 20% yang memberi perhatian.
“Cikgu kami tak faham lah bahasa Inggeris. Pening lah cikgu. satu pun kami tak faham”. Dan ramai yang mengangguk.
Terkedu saya. Silap besar saya kerana meletakkan high expectation kepada mereka kerana menganggap mereka excel dan boleh faham bahasa Inggeris sepenuhnya.
O mereka tak faham bahasa Inggeris.
“Kamu tak faham lansung ke?” saya menyoal meminta kepastian.
“Cikgu, kami cakap kat umah bahasa Melayu, bahasa Inggeris bukan pakai sangat kat rumah.kat sekolah pun bukan cakap sangat”. Balas seorang pelajar lelaki.
“kat sekolah pun cikgu bukan nak ngajar kami. Ye lah,kami ni tak pandai sangat” yang lain menambah.
“Ok saya ajar dalam bahasa Melayu ok dan saya harap kamu beri perhatian sepenuhnya”.
Saya cuba dan terus mencuba mengajar mereka sampai ke minggu minggu seterusnya.
Di sebabkan kenakalan pelajar lelaki yang semakin menjadi, pelajar perempuan dan pelajar lelaki diasingkan. Dan saya “terpilih” untuk mengajar kelas pelajar lelaki kerana semua cikgu lain tak sanggup.
Atas dasar ingin membantu anak bangsa dan mencari duit, saya gagahkan juga hati ini pergi mengajar.
Setelah lama mengajar mereka, saya dapati mereka tidak lah tidak pandai cuma proses pemahaman mereka perlahan dan mereka memang memerlukan bahasa yang mudah untuk memahami semua sub topik.
“Cikgu, saya rasa inilah pertama kali saya belajar Matematik sepanjang saya tingkatan Lima” kata seorang pelajar berketurunan India Muslim kepada saya. Alhamdulillah, mereka bagi respond yang baik. Saya juga terasalucu apabila pernah berkata ” Cikgu,what a simple thing yang cikgu ajar”
[Balas komen ini.]
cactus berkata,
November 5th, 2008 at 9:46 am
Sambung….
Berkata dia dengan bangga setelah memahami apa yang dipelajari. Berulangkali dia berkata begitu. Setelah rapat dengan mereka,saya cuba mencungkil rahsia “malas belajar”mereka di sekolah masing masing.
Dan dapat disimpulkan
1) Proses pengajaran dan pembelajaran Sains Dan Matematik di dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah dan rendah membebankan pelajar(walaupun bukan semua tapi majoriti). banyak term yang mereka susah faham dek pemahaman bahasa Inggeris mereka yang lemah. Bila sudah tidak faham, rasa malas,tidak mahu tumpu perhatian menguasai diri mereka…Tapi bila belajar bahasa Melayu,mereka faham apa yang diterangkan dan mereka lebih dekat dengan bahasa ini dek kerana ini bahasa ibunda mereka. Mereka memerlukan penerangan yang simple dan mudah difahami. Mereka mentah dan mengharap cikgu “mematangkan”pemahaman mereka.
Hal ini disokong oleh Adi Putra, adik genius yang saya pernah jumpa face to face dengan beliau di rumahnya. Walaupun kecil lagi, dia mampu memberi pendapat yang bernas.
Ini just pendapat dan pengalamankerdil saya. Orang Melayu sudah hilang rasa kemelayuan dan jati diri. Mengangkat bahasa lain lebih tinggi dari bahasa mereka. rasa bangga bila berbahasa Inggeris dan terasa tidak standard bila berbahasa Melayu sampai sistem pendidikan terkena tempias “kepentingan” bahasa global. Dan dek kerana bahasa global, anak Melayu ramai terkandas di sekolah melayu sendiri.
Wassalam
Ini hanya pengalaman kerdil saya. Tetapi produk produk sistem pendidikan kita selama batche
[Balas komen ini.]
Al-Irfan membalas pada November 13th, 2008 1:49 am:
Terima kasih atas perkongsianmu, Cikgu Cactus.
“Anak Melayu ramai terkandas di sekolah melayu sendiri.”
ia sepotong ayat yang bakal menghantui aku selepas ini. Pedih, bisa dan sangat menyakitkan. Di manakan aku cari ubatnya?
[Balas komen ini.]
syida berkata,
November 16th, 2008 at 6:06 am
Aduh.Aku ketinggalan topik ini.
syida telah menulis tentang Prestasi baik. Mari baca!!
[Balas komen ini.]