Berucap di khalayak elit
Petang tadi aku terketar-ketar. Darah sederu kilat menerobos liang pembuluh membuat tubuh bergetar-getar. Di bawah penghawa dingin serasa bak di atas gurun. Berpeluh. Sedari tadi jiwa aku serba tak kena. Di luar dewan, kereta mewah berbaris-baris. Sudah membayangkan situasi yang bakal berlaku.
Aku senyum kelat. Bertentangan, kira-kira 100 orang Jepun berambut uban. Terbongkok-bongkok memegang tongkat. Rata-rata dari golongan pencen yang dulunya elit, kini hidup menghabis duit. Sudah bercucu-cicit, tetap jua gagah menuntut ilmu. Terpegun.
Aku membelek helaian konklusi bancian yang diberi seminggu lalu. Sedikit sebanyak membantu aku mencari data-data, bersedia dengan hujah perisai senjata, takut beku bila soalan pelik yang bakal ditanya. “Mengapa mesti melawat Malaysia?”, begitulah tajuk pembentangan yang dipinta oleh Persatuan Perhubungan Sosial Numazu, Shizuoka.
Selepas pengenalan diri, ada juga yang gatal bertanya, “Status Irfan?”, diselangi hilai tawa seluruh dewan. Entah makcik mana pengubah suasana. Terima kasih kerna beri pecutan emosi. Membuang gemuruh yang sedari tadi belenggu diri. Aku kini sedikit selesa. Sesekali aku hilang punca, beberapa patah kata yang tak dapat ku teka, mujur dibantu Tajikani San yang sejak seminggu lepas menghubungi aku.
Kepingan pamplet dari Pusat Pelancongan Malaysia, helaian poster dan macam-macam lagi. Seperti sedang mengajar kelas orang tua gamaknya. Satu jam aku berucap tanpa henti, diselang-seli soal jawab tak berapi-api. Dari Perlis hingga ke Sabah, satu-persatu keindahan Malaysia yang aku bongkarkan.
Tapi kisah ini buat aku terkejut. Tatkala nama Dr.Mahathir ku sebut, menjadi riuh dewan itu. Dr.Mahathir adalah orang Melayu paling terkenal di sini. “Ooohh.. Mahathir *Sama, dia pemimpin bagus. Saya kagum dengan pandangan dia yang berani,” seorang berkot coklat mencelah. Dituruti hangguk-hangguk kepala mereka tanda setuju.”Dengar cerita Mahathir *Sama sakit, bukan? Macam mana keadaan dia?” Kisah hidupnya jadi tatapan “orang lama”. (*Sama: membawa maksud gelaran yang diberi pada orang yang dianggap sebagai terhormat)
Sejak poin itu, aku membawa mereka ke topik baru. Nampak gayanya mereka minat benar dengan isu “Perubatan pelancongan Malaysia” yang aku utarakan. Bersungguh-sungguh aku menyatakan Malaysia punya pusat perubatan yang membanggakan. Tak lupa kutitipkan siri-siri kejayaan doktor kita di ruang-ruang akhbar. Antaranya kisah kejayaan pemindahan koronari Mantan Perdana Menteri. Tak lupa kisah masalah Hui Yee yang ditangani wira-wira kita. Satu demi satu kepingan wajah-wajah kejayaan kupaparkan di layar skrin. Dari aspek kos murah, sehingga ke aspek lokasi strategik berhampiran pusat pelancongan kita.
Satu lagi isu yang menarik mereka. “Malaysia Syurga Golf di Alam Dunia”. Sengaja aku letakkan tajuk sehangat itu untuk melihat reaksi seisi dewan. Memang dijangka, sesungguhnya sukan golf tak boleh lari dari dunia profesional di mana-mana. Inilah satu-satunya saat kemuncak pembentangan ini. Sehinggakan senarai 63 lokasi golf yang aku bawa menjadi rebutan. Sampai dicetak senarai itu untuk dibahagi-bahagikan.
Dalam hati ini puas, melihat mereka begitu bersemangat. Hari ini satu lagi pengalaman baru yang aku kongsikan. Buat diari SangPelangi yang membawa diri. Turut sama membawa nama-nama lain di belakang IC. (paham ke?)
YEAAHH!!! Biarkan Yen Jepun mereka dibakar di tanah kita!!!! “Uwuwuwuwuwuwuw” (gaya Dayak menyerang musuh). Hahaha..
















Far_east *Sama berkata,
November 3rd, 2007 at 2:50 pm
Oi..Oi..dah jadi orang politik nampak..hehe.antara pakcik2 tua jepon tu takde yang ajak ko maen golf ke?
“Buat diari SangPelangi yang membawa diri. Turut sama membawa nama-nama lain di belakang IC. (paham ke?)” <–sumpah aku tak paham
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
November 4th, 2007 at 2:58 am
Biarkan Yen Jepun terbakar di tanah kita, sejak sekian lama, hati kita di bakar oleh tentera Jepun… Hummm
Balas komen ini.
miso berkata,
November 4th, 2007 at 11:06 am
salam..
sugeiii..mareshiajin toshite..jiman suruhazudanee..:)
Balas komen ini.
kuburan berkata,
November 4th, 2007 at 12:01 pm
power giler mamat ni…. respecto!!!
Balas komen ini.
SoFF-OnE berkata,
November 5th, 2007 at 6:22 pm
uhhh..baru perasan kat perkataan Perdana tu sampai 5 link nya..
chayyok irfan. Nanti bleh jadi Menteri Pelancongan..xpon ambil portfolio penerangan..huhuu
“Uwuwuwuwuwuwuw” <- aku paling suke kat part ni..smpai terbayang dalam kepala..hahahah
Balas komen ini.
Muadz berkata,
November 5th, 2007 at 6:34 pm
wow
masyaAllah… indah nian susunan kata blogger ini… dwi berganda bahasa .. membuat berasa ok lagi ok…
keep up da guud job my bro… selamat maju jaya.. anda boleh!
Balas komen ini.
alirfan berkata,
November 6th, 2007 at 9:35 am
1. Far_east *Sama :
Pilihanraya nk dekat weh. Ko dah reg blom? dah la ko lahir 1Januari 1986 plak tu.
2. Azhar Ahmad :
Yaa.. hati ini masih terbakar dengan peristiwa silam itu.. Grr…
3. miso :
Jiman pun jiman jugak. Tapi ade soalan lagi membunuh sbnanye… nanti lah aku letak update skit2..
4. kuburan :
Power apenye.. ko tak tgk aku berpeluh bawah aircond..hahaha
5. SoFF-OnE :
Haha.. bagus mata mu.. bole lantik jadi SEO advisor ni.. hehe..
Menter Penerangan tak minat. Nak jadi PM trus.. haha
6. Muadz :
dwi berganda? hak2.. mane ade bro.. BM ayat biase je tu. takdepun sastera2 nye..
Woo.. dah update eh blog bro.. tgh jalan2.. hehe
Balas komen ini.
Azree MH berkata,
November 6th, 2007 at 9:37 am
Pergh. Ni mesti dah hebat cakap Jepun. Kalau tak memang tak bolehlah nak cakap lari daripada teks. Hehe.
P/s: Rasanya makcik yang tanya status hang ni nampak bebeno hang gemuruh kot. Kena ucap ‘terima kasih’ kat makcik tu.
Balas komen ini.
ramzy0 berkata,
November 6th, 2007 at 11:21 am
uikkss, wakil menteri pelancongan malaysia kat japan…mahathir, memang popular di mana2 tempat..huhuhu
Balas komen ini.
jepunis berkata,
November 6th, 2007 at 12:52 pm
Bagus pembentangan yang dibawa. Sesuai dengan pendengar. Kalau tak, sokmo soal makan jer bila bicara bab Malaysia.
Syabas Irfan!!
Balas komen ini.
alirfan berkata,
November 6th, 2007 at 1:11 pm
7 Azree MH s:
Mane ade hebat. Ayat pun berterabur je. Tu pun ikut point2 dari data.
BroAzree, “Risalah VS Cinta” tu menarik!! hehe..saje nk komen kt cni, promote sket..
8. ramzy0 :
Hak2.. best sgt ke jd menteri ni?
9. jepunis :
Pasal makan? Ade ke org present pasal tu? Tak sanggup nk cite makanan Malaysia.
Byk gula – ajinomoto – pedas (menakutkan org jpun) – busuk (petai,durian) – dll..
tapi papehal pon ttap Malaysian food plg sdap dlm dunia..hak2
Balas komen ini.
fajar berkata,
November 6th, 2007 at 2:07 pm
wah, syabas bro!
Balas komen ini.
amira berkata,
November 9th, 2007 at 4:04 pm
hehe! nice experience. klu la sume malaysian promote msia camni.. bgusnye.proud of u.
Balas komen ini.
aliman berkata,
November 11th, 2007 at 3:10 pm
Entri ini mesti menarik jika ada gambar
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
November 13th, 2007 at 8:00 am
Baguslah, sama2 pernah menjadi duta kecil negara. Sekurang-kurangnya kalu satu bas boleh dtg malaysia…berapa banyak tuan dah boleh bagi pendapatan kpd negara. Pahala pahala tu. Toui koto de, itsu mare-shia ni kaeru no kai?
Balas komen ini.
nagamadu berkata,
November 23rd, 2007 at 11:00 pm
wah.. good n syabas. lepas nih dah x bepeluh lagi la..
Balas komen ini.
ahli jiwa berkata,
December 15th, 2007 at 7:44 pm
adakah anda seorang PTD?
Balas komen ini.
sern berkata,
December 17th, 2007 at 6:31 am
hebatla awk ni..bgs2..gambate!
Balas komen ini.
CP berkata,
January 3rd, 2008 at 1:03 am
haha=P, menarik dan licik, truskan usaha anda !
Balas komen ini.
eyeme berkata,
January 15th, 2008 at 3:01 pm
sugeinaaa irfan…. ganbattene…. oensurukara ^_^
Balas komen ini.
soulseeker berkata,
May 31st, 2008 at 11:08 am
“Uwuwuwuwuwuwuw” (gaya Dayak menyerang musuh). Hahaha..
soulseeker telah menulis tentang perasaan ini…. Mari baca!!
Balas komen ini.
vincristine berkata,
November 20th, 2008 at 12:21 am
salam
respect irfan-san..bley ckp jepon in front of public..neway cmne awk atasi mslh darah gemuruh ni
??kongsi tips..
Balas komen ini.
akuzle ayu berkata,
December 9th, 2009 at 1:21 am
salam, adik irfan… kagum betul kakak membaca pengalamanmu ini… besar sungguh jasamu terhadap pelancongan negara (menebalkan poket mereka yg berkenaan dan yang tidak..)…. ‘nama di belakang i/c?’…. kakak rasa kakak faham maksudmu itu…. terima kasih kerana menggunakan metafora (betul ke penggunaan istilah ini, di sini?) yang senang difahami (bagi yang ingin berfikir..)… wasallam…
Balas komen ini.