Aug
29
Berapa Pantaskah Kita Dicampak ke Neraka. [AUDIO]
Pada August 29th, 2010,
ia ditulis oleh
Al-Irfan
Disebabkan saya tiada berani menuliskan entri ini, jadi saya rakamkan saja buat ingatan pada diri saya, dan kawan-kawan. Selamat mendengar, ya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)
yangterindah berkata,
August 30th, 2010 at 1:25 am
Idea saudara irfan menggunakan rakaman audio memang tepat, kerana orang yang membaca sering tersalah tafsir maksud kita..menganggap intonasi kita berbeza sedangkan kita dalam keadaan sebak..
Dan saya juga bersetuju dengan saudara irfan apabila kita menerima video-video yang membuka keaiban/kesalahan orang lain, tak perlulah kita sebar-sebarkannya..
“…Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nuur: 19)
“Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.”
boleh rujuk: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2894
Balas komen ini.
hazwani berkata,
September 3rd, 2010 at 2:30 pm
Assalamualaikum.
Great method of having this topic audio recorded rather than writing it as a text. At times, messages can often be misunderstood by those around us and thus, when this happen, relationship can easily become fragile.
Anyhow, as a human being, we are bound to make mistakes. But, Allah is the most forgiving and the doors of taubat are always open for us to turn to, InsyAllah.
Jom doakan sahabat-sahabat semoga dilembutkan hati, dibukakan minda. Semoga kita dijauhkan dari azab neraka. Amin.
Balas komen ini.
Pesanan buat diri « Dianah's Blog berkata,
September 21st, 2010 at 5:51 am
[...] daripada blog Irfan di <sini> Comments RSS [...]
amal berkata,
February 3rd, 2011 at 7:48 am
assalamualaikum..
alhamdulillah, selama ini saya mencari hujah penuh hikmah untuk kita semua berhenti berkongsi video di laman sosial.
Balas komen ini.