Belasungkawa Badruzamani. Al-fatihah.
Arwah yang mesra dengan panggilan Bro Zamani, selalu ‘mengganggu’ kehidupan internetku, menceriakan setiap hari-hariku yang murung dan gelap di sini (biasanya, aku, arwah dan Cik Catzer berkongsi ilmu berkaitan bisnes melalui YM). Aku berkenalan dengannya di forum BicaraJutawan yang diasaskan Pakdi.
Tak semena-mena basah pipiku, tika dikhabarkan (di sini) akan kehilangan seorang sahabat mayaku yang paling rapat selama ini. Benarlah bagai dikata, tiada dugaan yang ditimpa pada insan yang tak selayak menanggungnya. Tuhan lebih menyayanginya, walau cubaannya yang bermacam itu, diharung dengan senyuman.
Allahyarham Badruzzamani bin Azmi, memangkin aku untuk menjadi kuat. Aku kuat, adalah kerana ungkapan azimatnya yang menyihirku saban hari. Aku segar, bila dilanda murung, aku melihat seorang insan kurang upaya yang tegar membangkitkan kudratnya.
Kami baru saja merancang untuk bertemu, melawat perusahaan arnabnya kelak. Aku masih ingat lagi, cita-citanya untuk merintis Malaysia Rabbit Breeder Associate, dengan misi memberi kesedaran kepada orang ramai akan khasiat daging arnab yang lebih baik berbanding daging putih seperti ayam dan itik. Strategi, bekalan, pasaran, risiko, dan segala ilmu berkaitannya sempat kurakam.
Anak kepada mantan Mufti Pulau Pinang ini (sumber), adalah orang pertama yang mengucapkan selamat kepadaku pada hari raya yang lepas. Bayangkan, dalam kesepian kusambut Aidilfitri di perantauan, masih ada sahabat yang sudi bertanya khabar, dan menceriakan malamku yang suram itu. Terasa baru semalam kami bermesra.
Antara kata-katanya takkan aku lupa sampai bila-bila.
Zamani Azmi (10/22/2008 10:31:26 PM):
Makan benda yang berkhasiat. Muhasabah diri selalu dan berdoa memohon mardhatillah dari Allah. Dan bersyukur dengan apa yang ada, berusaha mencapai impian yang mulia.
Zamani Azmi (10/22/2008 10:42:32 PM):
Buah mempelam itu manis, pokok rendang. Namun, ia hasil dari biji benih yang lemah dahulunya. Dibaja, disemai, disirami, dicahayai dan memerlukan masa bertahun – bertahun untuk kuat seperti sekarang.
Zamani Azmi (10/22/2008 10:54:06 PM):
Tak salah kalau terjatuh dalam air. Tetapi salah kalau terus berada di dalamnya kerana risikonya adalah mati. Sanggupkah kita bertemu Rabbul ‘Alamin dalam keadaan yang kekurangan dari segi bekalan iman?
Tiada apa yang dapat kubalas, melainkan hadiah sebaik doa dan kalungan Al-Fatihah, aku kukirimkan untukmu, kawan. Semoga hidupmu di alam sana penuh ceria, bersama para pejuang Islam yang kita cinta.

Al-Fatihah. ![]()
p/s: Kalian yang dilahirkan normal, wajar malu andai mudahnya dirimu berputus asa. Kerna ada insan yang kurang bernasib baik darimu, tapi raganya bersalut padu.
Beberapa sahabat lain juga ada menulis, Catzer, dan Bro Zamri.
















Labanon berkata,
February 17th, 2009 at 1:27 pm
Seorang yang baik hati dan tabah. Tidak jemu-jemu belajar mengenai perniagaan Internet dan rasa sangat hiba bila pertemuan di WC gath adalah yang pertama dan terakhir..
Labanon telah menulis tentang Newbie ClickBank – PERCUMA!*. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 17th, 2009 8:11 pm:
Beruntunglah kau Labanon sempat bersua muka. Sebenarnya arwah sendiri tak sedar agaknya, bahawa selama ini dia menjadi sumber inspirasi orang.
Arkh, aku menangis bila melihat wajahnya yang terbaru di blogmu. Arkh. Tidak. Aku lelaki!
Balas komen ini.
Baity membalas pada February 17th, 2009 9:29 pm:
Tiada salahnya seorang lelaki menangis…
Hadiahkan Al-Fatihah buat dirinya…
Anda beruntung mengenalinya ketika hayat…
Cerita yang dicoretkan sangat bermakna.
Baity telah menulis tentang Frederic Kanoute. Mari baca!!
Balas komen ini.
catzer berkata,
February 17th, 2009 at 2:46 pm
Sedih sy mendengar arwah sudah tiada bersama kita, byk cita2 dan impian beliau bawak bersama. Al-fatihah buat arwah dan semoga bertemu di sana kelak.
catzer telah menulis tentang Mini Makan-Makan Geng IEM. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 17th, 2009 8:15 pm:
Itulah Catz. Sangat banyak cita-cita dan harapannya yang tersisa. Catz, kalau dapat kau berikan info, setelah ayah dan ibunya meninggal, aku ingin tahu siapa lagi pewaris yang tinggal.
Balas komen ini.
Newbie Webmaster » Blog Archive » Terima Kasih Abang Zamani berkata,
February 17th, 2009 at 2:56 pm
[...] tersebut banyak nasihat dan kata-kata hikmah dari arwah untuk aku. Dulu diawal perkenalan aku ngan efun dan pian selalu borak2 kat YM bersama-sama dia. Dengan kesibukan masing-masing kadang kala kami [...]
kakeru berkata,
February 17th, 2009 at 5:02 pm
Urmm…tak tahu pun dia oku… Skang baru tahu… AlFatihah…
kakeru telah menulis tentang Impian Terhebat!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 17th, 2009 8:17 pm:
Mungkin kau seorang yang belum tahu. Sebab masa arwah ditimpa masalah tempoh hari, warga WC banyak yang membantu. Alfatihah.
Balas komen ini.
Hanz berkata,
February 17th, 2009 at 5:12 pm
Bro thanks for the writing really appreciate that, al-fatihah kepada arwah
Balas komen ini.
irshadian berkata,
February 17th, 2009 at 6:41 pm
takziah, ia peringatan buat yang hidup. aku juga ada sahabat OKU yang kuat semangat, selalu aku jadikan motivasi bila aku berputus asa. AlFATIHAH untuk almarhum.
Balas komen ini.
titan berkata,
February 17th, 2009 at 6:50 pm
al-fatihah. beliau antara orang yang aku respek dalam bab buat duit kat internet.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 17th, 2009 8:21 pm:
Beliau banyak mengingatkan aku, akan segala etika dan akhlak sebagai seorang IM yang baik. Baca saja segala tulisannya di WC dan BJ. Tidak ada satu pun yang sia-sia. Al-Fatihah.
Balas komen ini.
En Kid berkata,
February 17th, 2009 at 6:56 pm
Al-fatihah..
Ya, ramai sahaja OKU yang dikenali, tapi jarang sekali diri mahu menilai apa yang tersirat..aduh..lemahnya jiwa ini..
SP, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka-mereka yang banyak memberikan dorongan dan sokongan untuk kita terus menghargai apa yang ada..
En Kid telah menulis tentang Tafsiran tidak Tertafsir. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 17th, 2009 8:31 pm:
Jika merasa susah, fikirkan ada orang yang lebih susah.
Balas komen ini.
WaidaKmy berkata,
February 17th, 2009 at 7:31 pm
Al-fatihah
Moga-moga arwah dicucuri rahmat-Nya..Insya Allah..
Terkejut saya mendengar berita ini semalam dari WC..nampaknya pertama kali dan terakhir berjumpa arwah di WC Gath..arwah adalah antara orang yang saya kagumi..semangatnya dan kata-katanya yang selalu memberikan semangat pada orang lain..saya masih ingat lagi pesanannya yang sungguh mengesankan…lebih kurang begini..
“benih pokok yang baik perlu disirami dan dibajai selalu. namun, jangan terlalu banyak baja dari banyak sumber, kalau tidak benih itu nanti mati”
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 17th, 2009 8:29 pm:
Tak dapat disangkal lagi. Seperti yang aku jawab pada komentar Labanon di atas. Kata-katanya menaikkan semangat kita.
Balas komen ini.
kumb@ng berkata,
February 17th, 2009 at 7:57 pm
Al-Fatihah………
kumb@ng telah menulis tentang Proton Exora. Mari baca!!
Balas komen ini.
Ikhwan al-Faizi berkata,
February 17th, 2009 at 9:23 pm
Al-fatihah…..
Balas komen ini.
suara berkata,
February 17th, 2009 at 10:13 pm
Kak su tak kenal dia dan tak pernah tahu ttg dia. Namun dari segala komen yg ditinggalkan di sini, nampaknya dia memang insan yang patut sekali dikenang dan diingati sebagai sumber inspirasi.
Al-Fatihah buat beliau. Semoga kembalinya dia pada Allah akan dihidang bahagia di atas sana.
suara telah menulis tentang Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 4). Mari baca!!
Balas komen ini.
affuan berkata,
February 18th, 2009 at 1:39 am
tiada apa yang boleh aku ucapkan, aku pun x kenal rapat sangat dengan beliau. sebagai saudara seIslam, aku tutup lagu yang berkumandang di pc ni sekejap, dan sedekahkan al-fatihah.
affuan telah menulis tentang Loading Menyampah!. Mari baca!!
Balas komen ini.
mar berkata,
February 18th, 2009 at 1:58 am
al-fatihah..
Balas komen ini.
Inspirasi Penulis | Kisah pembaca karyaku allahyarham Badruzamani « Motivasi Minda : Blog Penulis Buku di Malaysia :: ZAMRI MOHAMAD berkata,
February 18th, 2009 at 9:52 pm
[...] Sang Pelangi menulis lebih lanjut mengenai beliau. Klik di sini Manakala ini pula catatan Catzar, klik di [...]
Inspirasi | Kisah pembaca karyaku allahyarham Badruzamani « zamrimohamad.com berkata,
February 18th, 2009 at 10:01 pm
[...] Sang Pelangi menulis lebih lanjut mengenai beliau. Klik di sini Manakala ini pula catatan Catzar, klik di [...]
rudy berkata,
February 19th, 2009 at 1:44 am
alfatihah!
Balas komen ini.
catzer berkata,
February 19th, 2009 at 2:49 pm
Saya tgh cuba menghubungi rakan2 rapat beliau yg lain..kalau ada yg mau join bolehlah lawat kubur arwah bersama2 nanti
catzer telah menulis tentang Terima Kasih Abang Zamani. Mari baca!!
Balas komen ini.
nurul nasir berkata,
February 24th, 2009 at 7:06 pm
Erm….buah mempelam 3x,put it in my heart.
al-fatiha~~~.
Balas komen ini.
alif.fa.ya.qof.ha berkata,
February 25th, 2009 at 3:10 am
Salam.
Bro. Terimas berkongsi nasihat yang diperolehi.
Saya pinjam kata-kata arwah, buat bekalan.
Semoga dia ditempatkanNYA dikalangan orang-orang berjaya.
Al-fatihah~
alif.fa.ya.qof.ha telah menulis tentang Diri II.. Mari baca!!
Balas komen ini.