Bakal terbit, cerpen sulungku.
Kelmarin, ketika beriktikaf di Masjid Fuji, aku tertidur di dalam sejuk. Ketika itu, aku dihampar sebuah layar mimpi ngeri.
Mujur ada pen dan kertas di sebelahku. Sebangkitnya dari tidur, segera kucoret semua rencam objek yang terlibat di dalamnya. Plot, watak, skrip, latar masa, dan segala rinci yang menonjol hingga tiada sepatah kata pun yang kusiakan. Terima kasih atas alamat yang Kau beri.
Setelah membaca semula contengan itu, aku merasakan mimpi yang ditulis semula ini punya susunan plotnya yang sedikit lari dari streotaip perjalanan wayang biasa, dan mainan watak yang sungguh kontroversi. Menyentuh bermacam celah isu sensitiviti yang pasti mengesankan.
Aku persembahkan nanti, sebuah kisah bertajuk “Masjid Berdarah”. Bukan sekarang, atau masa terdekat. Juga bukan di sini. Nanti. Di lain hari, lain lokasi.
p/s: Usah kalian tertunggu-tunggu, kerana entri kali ini sekadar mengingatkanku agar tak lupa menyiapkan tugasan itu. Ya, aku memberi tugas kepada diriku sendiri. Itulah sebabnya mengapa aku perlu membayar sendiri apa yang aku tuliskan. Ia soal disiplin.![]()
















Abqori berkata,
December 9th, 2008 at 5:33 pm
Tak sabar nak tunggu ni! Tapi tengok tajuknya macam seram la pula. Macam cerita hantu. Sebuah tempat yang berpenunggu.

Sebab perkataan ‘Berdarah’ itu agaknya.
Tapi perkataan Masjid itu menafikan segalanya. Mana mungkin sebuah masjid itu berhantu. Tempat ibadat itu kan.
Eh, Abqori pula yang lebih-lebih menakwil tentang tajuknya. Tunggu sajalah sepatutnya kan? Ini lebih-lebih pula. Haha!
Abqori telah menulis tentang I Am A Winter Bug. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 8:22 am:
Ya. Kisah seram. Siapa bilang berdarah itu untuk latar cerita hantu saja? Hihihi. Sabar ya. Kena tunggu aku lepasi program Winter Gathering 2008 terlebih dahulu. Hehe.
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
December 9th, 2008 at 8:23 pm
semoga berjaya! tak sabar nak baca..
puding caramel telah menulis tentang selamat dan selamat..belajarlah bahasa sunda.. Mari baca!!
Balas komen ini.
kN berkata,
December 9th, 2008 at 10:19 pm
selamat meneruskan perjuangan…
kN telah menulis tentang sorry…. Mari baca!!
Balas komen ini.
En Kid berkata,
December 9th, 2008 at 11:33 pm
Salam..
Alhamdulillah..perjalanan kau dianugerahkan sesuatu..sesuatu untuk kau teruskan tanggungjawab memberikan input bermanfaat kepada sekalian ummah. Semoga cerpen itu bakal membawa pengertian kepada kita semua!
Aku menanti!
hehehe…
En Kid telah menulis tentang Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mari baca!!
Balas komen ini.
Hilmi berkata,
December 10th, 2008 at 9:35 am
Tajuk cerpen itu sahaja dah membuatkan aku teruja. Jangan biar kami menanti terlalu lama ya..hehe.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 8:26 am:
Oh, tidak terlalu lama. Mungkin di awal tahun baru nanti. Tapi, mungkin akan aku hadkan untuk bacaan peribadi setiap ahli Sahabat SangPelangi. Kerana aku ingin mendapat maklum balas secara dekat dan langsung. Tunggu ya.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
December 10th, 2008 at 10:52 am
ya…. ya….
Faham, memang blog ini kau tulis untuk dirimu, sebagai peringatan dan kisah hidupmu. Maka, kau sekadar memberitahu dirimu tentang cerpen tersebut. Masalahnya, ia dipublish. Maka, jika kau melarang untuk menunggu, aku tetap tunggu juga. hehe…
Berbalai menunggu, ku harap… ^^
cikgu_eya telah menulis tentang Debat Diraja 2008 Melabuh Tirai. Mari baca!!
Balas komen ini.
MS Rizal berkata,
December 10th, 2008 at 11:11 am
Cerpen adalah salah satu wadah menyampaikan mesej melalui manipulasi cerita. Ianya juga sebagai langkah awal sebelum menulis novel best seller.
Kukira ianya tidaklah terlalu sukar untuk dirimu yang sudah sebati dengan dunia penulisan. Koleksi cerpen yang kuminati adalah cerpen islami yang terdapat di dalam majalah i. Mana tahu cerpenmu juga layak disiar di situ…
MS Rizal telah menulis tentang Andaiku pantas berlari. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 8:29 am:
Novel best seller tak pernah pula aku terfikir akannya. Malah cerpen juga buat aku meliuk lentok, inikan pula novel. Haha. Tak mungkin.
Majalah-I, kau rajin ya membaca di sana. Kalau ada sajakku keluar di situ, kupinta kau khabarkan aku dengan segera, ya? Ada tiga sudah kuhantar ke sana, masih belum terima jawapan lagi.
Balas komen ini.
irshadian berkata,
December 12th, 2008 at 7:54 pm
heheee..suspen mcm preview filem..
irshadian telah menulis tentang Sang Murabbbi Siri II. Mari baca!!
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
December 13th, 2008 at 1:31 am
masjid berdarah tu! nama cerpen dah cukup seram. bagus juga ada pen dan nota ditepi ye. kalo jadi best seller, kan tak sia-sia pen dan nota dibawa merata-rata.
y4ku24 telah menulis tentang Aku ber’Date’ing di Sendai. Mari baca!!
Balas komen ini.
cucutokjanggut berkata,
December 17th, 2008 at 2:06 am
Jarang mendengar orang yang bisa mengimbas kembali mimpinya. Biasanya apa yang dimimpikan akan lenyap dari kotak ingatan.
p/s : petua apa yang kau amalkan untuk mampu mengimbas mimpi ?
cucutokjanggut telah menulis tentang MAUT. Mari baca!!
Balas komen ini.
SyAhiRah^LaLAla berkata,
December 19th, 2008 at 3:19 am
salam.
terima kasih ikut blog saya.
tinggi bahasa kamu ni
SyAhiRah^LaLAla telah menulis tentang Of A Dream. Mari baca!!
Balas komen ini.
shah ezwan berkata,
December 19th, 2008 at 9:02 am
salam perenalanan … aku dr MALIZI bermastautin di Bumi Kenyalang ….harap sihat kau di NIHON
“Masjid Berdarah” … ade kaitan dengan Baitulmaqdis dan Palestinian ke ..
aku tidaklah suka membace sgt ..tp tajuk yg kau terbitkan cukup untuk membuat aku kepingin untuk menjadi tetamu blog kau ini..semoga tidak hilang idea tu yep..harap dpt berkongsi ….
shah ezwan telah menulis tentang Gunung Nuang berjaya ditawan. Mari baca!!
Balas komen ini.
norina hakimi berkata,
January 9th, 2009 at 1:57 am
Salam.
Selamat menulis ‘Masjis berdarah’. Saya tunggu bila cerpen itu akan diterbitkan.
norina hakimi telah menulis tentang Setelah sekian lama…. Mari baca!!
Balas komen ini.
ZAREEN berkata,
December 9th, 2009 at 1:25 am
best juga tulisan sangpelangi ni ye
Balas komen ini.