Baju Melayu belum tinggal kenangan.
Dulu, sejak kecil kami enam beradik punya baju Melayu yang sama corak serupa warna. Setiap tahun, mata Ama pasti lebam dek saking pedih mata Mama menahan kantuk, sehinggakan selalu saja kocek atas bertukar dada. Kadang-kala baju Ama pasti yang terakhir disiapkan.
Masih aku ingat lagi sewaktu aku berumur empat tahun. Ketika itu pertama kali Ama mula menjahit untuk kami anak beranak. Seluar kami adik beradik punya kelengkang besar, dengan kelim tebal pada lengan baju dan hujung seluar. Hinggakan kami terpaksa menggulung seluar di pinggang kerana hujung seluar menyapu lantai.
Aku bersyukur kerana masih punya baju raya untuk bersukaria menyambut hari mulia. Tambah tunduk lebih berterima kasih kerna masih punya ayah dan ibu, yang sanggup membanting tulang untuk menggembirakan hati-hati penghuni syurga (rumahku, syurgaku).
Jadinya, aku tak pernah malu di sekolah bila kawan-kawan mengejek aku serupa “badut” berseluar besar, terutama tatkala sambutan Hari Raya di sekolah. Biarkan mereka bangga dengan limpahan cahaya yang Dia kurnia. Mereka tidak tahu setinggi mana baldi ayah menadah peluh-peluh usaha.
Yang pasti, Aku lebih menangis menatap murung wajah anak yatim piatu di pagi raya. Dengan baju mahal hasil sumbangan “bermusim” yang mereka terima, hari bersejarah itu cuma dikongsi pada tembok-tembok sepi saja. Kalian semua yang beribu bapa, jangan lupa titipkan Fatihah untuk sejahtera mereka di kedua-dua alamnya.
Bajuku yang digelar kawan sebagai pakaian “badut”, rupanya tersimpan seribu rahsia. Kata Ama, baju Melayu itu takkan mengecil sebelum tiba waktu usia menjamah dewasa. Aku masih bisa menyarung baju Melayu pertamaku di usia dua belas. Kalau baju itu tetap mengecil, setiap dari kami akan mewarisi pula pada adik-adik.
Setiap tahun dengan baju baru. Jadi, pasti kalian pusing, apa pula nasib baju Melayu sebelum itu? Sebetulnya, ia menjadi pakaian rasmi setiap hari kami di sebelah malamnya. Mengaji Al-Quran, berjemaah di masjid, “tuisyen kampung” (projek anak desa) dan apa saja kegiatan malam dengan berbaju Melayu. Oleh itu, boleh dikatakan, keabidan kami adik beradik dengan baju Melayu memang tak dapat dipisahkan.
Bila melangkah ke dunia asrama, hubungan itu semakin akrab. Aku di sebelah malam ke kelas persediaan dengan berbaju Melayu. Hatta baju Melayu jua lah sebagai pakaian tidurku. Kemudian, masuk persediaan dua tahun di UTMKL, baju Melayuku tetap menjadi pakaian rasmi di sebelah malam. Cuma kalau baju Melayuku dibasuh, baru aku menyarung kemeja-T.
Tapi, sejak awal menjejak di Jepun, aku sedikit kekok untuk menyarungnya. Mujur ada Hari Raya, jika tidak, apalah nasib baju-baju ini nantinya. Cuma sejak tiga empat hari yang lepas, aku sudah mula berjinak-jinak semula. Mulanya agak kekok bila setiap kali mata sinis mengerling pada pakaian kesayanganku ini. Namunku gagah jua. Kata mereka, aku berkain pelekat memang tak tumpah seperti jejaka menyarung skirt. Corak kocekku ini, dikatanya poket Doraemon yang mendahului zamannya. Sedikit pun hatiku tidak terluka kerana mereka bijak menyusun kata dengan bernada jenaka.
Sejak akhir-akhir ini, aku merasa sedikit kesannya. Setiap kali seorang penjawat kuasa di asrama (ingin melaporkan pengumuman penting) tatkala masuk ke kamarku, mereka lebih bersopan lagaknya. Setiap tutur kata diselangi angguk dan budi bicara tersusun jaga. Seorang Jepun junior tahun 1, Tetsuya-san, katanya, “Irfan nampak lebih tegas dan serius bila berbaju itu. Tegas dalam mempertahankan amalan tradisi di celah-celah ramai yang bertuhankan Barat.”
Semalam, aku sudah mula nampak dua tiga orang menyarung pakaian tradisional lelaki Jepun, Yukata. Nampaknya, mereka tidak mahu kalah dengan baju Melayuku ini. Hehe.. ;p
P/S: Sesungguhnya, bukan semangat bangsa dari Baju Melayu yang inginku jaja, tapi sebuah nasihat buat anak muda supaya tak lupa akan asal-usul diri dan ingat pada siapa kita berhutang kasih sayang darinya.
















Miera berkata,
May 7th, 2008 at 1:55 pm
erm… kalau ko pasal baju melayu.. aku kat kolej, org semua pelik aku pakai kain batik… sudah kurang anak gadis yang memakai kain batik… katanya, tak sangka mira still pakai kain batik… tapi aku selesa berkain batik pada waktu malam… lebih mudah membuat kerja rumah… sebenarnya ada simbolik pada pakaian yang kita pakai…
apa pun fan, baguslah… sekurang – kurangnya org kat sana tahu baju kebangsaan Malaysia… kira mcm promosi percuma…
cherioo…~~ huhu.. best gile dah abis exam… tp byk prgram menyusul… cuti sem aku cuma 6 hari…
Balas komen ini.
shaine berkata,
May 7th, 2008 at 3:27 pm
“Kata mereka, aku berkain pelekat memang tak tumpah seperti jejaka menyarung skirt. Corak kocekku ini, dikatanya poket Doraemon yang mendahului zamannya”
kelakar description tu;p.
kat cni lain pula,klu berbaju kurung mmg jadi tumpuan.dlm ramai2 memakai sari,sy berkebaya batik jahitan ibu dlm majlis get-together undergrad+postgrad kat hspital.kena puji senior doctors,*blushing* smpai abes mjlis.ha3
Balas komen ini.
ahib0205 berkata,
May 7th, 2008 at 5:03 pm
hehe.. kalo baju MelaYu dh lupakan, apa lagi la bangsa MelLayu.. tak gitu?
[off topic]hm.. rege kat jepun mahal? nk tempah leh?
Balas komen ini.
anego berkata,
May 8th, 2008 at 3:43 am
uish dah berubah wajah SangPelangi….
Balas komen ini.
fajar berkata,
May 8th, 2008 at 11:09 am
suka dgn baju melayu.
dulu, hampir setiap mlm, pasti akan pakai baju melayu. kalau x pakai, rasa pelik saja.
sini, nak pakai, alahai, terasa sejuk menyelubungi. kena tunggu raya baru pakai. lain la kalau rumah pasang heater 24 jam!
Balas komen ini.
Hasrul Halid berkata,
May 9th, 2008 at 8:42 am
Aku terkesan..! Terima kasih!
Balas komen ini.
titan berkata,
May 9th, 2008 at 9:01 am
Baju melayu aku. Semua kaler biru. Dari biru tua ke biru muda, ke biru lusuh..barju melayu pertama aku dah smpai kat anak2 sedar aku. Semua. dan aku terpaksa gak beli 1 yang baru sebab aku dah takde baju melayu setelah 5 tahun takde baju baru..
Hehe. Apapun. Aku suka post dari japan yang nih..
Balas komen ini.
aliff berkata,
May 9th, 2008 at 1:47 pm
salam,
ipan,
saya ada kenangan yang amat manis dengan baju melayu.
sebelum meninggalkan alma mater tercinta, saya hadiahkan sepasang baju melayu hijau firus kepada seseorang.
tahun-tahun selepas itu, kata seorang junior insan itu masih memakai baju melayu yang sama ke masjid untuk sembahyang jumaat.
saya masih ingat katanya dulu
“terima kasih, saya suka, cantik sangat”
budaya dan pusaka, tak lapok dek hujan tak lekang dek panas!
teruskan ipan!
Balas komen ini.
Miera berkata,
May 9th, 2008 at 2:05 pm
wah makin cantik site ni… tahnah… ko ni rajin betul…
baguslah…
Balas komen ini.
kenkyu-kun berkata,
May 10th, 2008 at 11:32 am
wei .. lawa blog . .. besar lak tu ..
Balas komen ini.
alan baik berkata,
May 10th, 2008 at 1:35 pm
tahun lepas masa ada pembentangan pasal Malaysia kat Tokuyama eki,aku bawak baju melayu.Aku suh kairudin bawak gak.Tapi last2 aku tak tukar baju tu masa present.Kairudin sorang2 tukar.Pastu dia bising2 kata aku tipu dia.Haha..Jahat gila aku.Aku pakai jeans pendek ngan t shirt.Haha..Saitei gak ar..Tapi time tu rasa cam segan lak nk pakai sbb tgk bbudak negara lain tak pakai baju kebangsaan diorang.Tahun ni tak tau ar cam ne..nk pakai ke ek??
Balas komen ini.
kak ana berkata,
May 13th, 2008 at 12:40 am
akak bangga sangat dengan ifan, dapat mengenal dunia luar dan tidak melupakan budaya sendiri..akak dulu kat utmkl tak berapa kenal dengan pelajar nak ke jepun sebab mereka tak campur orang, asyik belajar je..tapi akak tau mereka baik-baik belaka macam ifan ni..terus kan usaha mu!
Balas komen ini.
soulseeker berkata,
May 31st, 2008 at 10:54 am
betul tu..kalau bukan kita siapa lagi..
Balas komen ini.
aisyah berkata,
May 1st, 2009 at 6:04 am
kat sini(dai) kadang-kadang pakai baju kurung..tapi xtau plak ape pandangan diorg(org jpn) bile kite pakai mcmtu kat sekolah..
hehe, bile diorg tanye..jwb kibunteki toka..
rase selesa ke..
hehe,sore jya~
Balas komen ini.
namik berkata,
January 28th, 2010 at 12:39 pm
assalamualaikum…
seronok baca ada anak muda kita yang nak lagi pakai baju melayu sampai kat japun nuuu….
tapi penah tak terfikir apa simbolik baju melayu dan baju kurung???
saja2 fashion designer dolu2 wat mcm tuh? tak kot?
sebenarnya baju melayu nie ada simbolik nya… indah dan pandai betui org yang wat baju nie…. cuba tgk balik baju melayu tradisional…. ada 5 butang… ada pesak kat kiri kanan baju … tapi rini aku nak cakap pasai baju melayu jaa…
sbb apa baju melayu ada 5 butang dan ada mcm arrow yg menuju kebawah???
kenapa dia tak wat 3 ja butang? haaa…
sbb… 5 butang mewakili rukun islam yang 5 tuh… dan simbol mcm arrow tu mewakili rukun islam yg 5 tuh harus menjadi isi dada anak muda yg memakai baju tersebut…
dan 6 pesak yang ada kat kiri dan kanan baju tuh mewakili rukun iman yg 6…. menjadi sangkar pelindung tuk anak muda tuh… tgk… ada saja kan simbol2 dia… heee… mmg best pakai baju melayu nie…. tapi lagi best kalau kita pakai dan faham apa yang tersembunyi disebalik baju tersebut…. kan???
~just my 2cents~
Balas komen ini.