Bahasa Jawa ; Jerman dalam Bahasa Jepun?

Semalam, pengenalan subjek-subjek untuk semestar ini. Menurut Yu (senior aku), tahun 4 adalah lebih senang berbanding tahun 3 kerana masa kuliah banyak dihabiskan untuk projek robotik.
Subjek kali ni mungkin lebih sedikit jumlahnya, cuma penambahan beberapa subjek baru dan beberapa penekanan dalam subjek pengkhususan tertentu yang lebih mendalam.
“Apa mau susa…you just cari amazing idea for your robot, then 1st prize will be yours maa..”, loghat Mang-lish nya masih bergetah sekelat pisang muda.
“Ala Yu.. you dapat grup rajin memang la best.. tengok grup I semua stok tido dalam kelas.. macam mana nak 1st prize?…”, kelibat Tatewaki dan Funatsu yang sedang tidur tiba-tiba melintas di benak ini. Merekalah antara insan-insan yang sering menjadi senarai terakhir dalam pemilihan ahli kumpulan. Aduhai, malang sungguh dapat kumpulan “ahli-ahli sisa” sebegini rupa..
Bila terasa beban dengan kerja makmal itu, terbayang pula beberapa huruf Roman yang bersimbol pelik. Itulah huruf-huruf yang sering menjadi bahan ketawa di dalam kelas bahasa Jerman tadi.
Sekali-sekala aku terfikir, seperti malu juga belajar bahasa asing begini. Masakan tidak, kalau diperhatikan susur galur keturunanku, memang ada janggalnya. Aku yang berdarah campuran Jawa-Bugis, masih tidak mampu bertutur dengan lancar bahasa ibundaku sendiri (bahasa Jowo). Inikan pula terhegeh-hegeh mendalami bahasa Jerman dan Jepun.

Mahu tahu apa yang buat aku sibuk, walau hanya dengan sehalaman buku Jerman itu?
Aku memerlukan banyak perkakasan untuk tujuan itu. Bila terjumpa perkataan Jerman, ku selak kamus Jepun-Jerman setebal bongkah batu. Bila baca penerangan kamus itu terlalu berbelit (dalam bahasa Jepun), ku tekan pula punat-punat kamus digital Jepun-Inggeris.
Betul kata orang, “nasib baik” takkan selalu menyebelahi kita. Ada juga sesetengah perkataan Inggeris yang agak janggal bagi aku. Al-maklum,aku bukanlah pencinta novel Inggeris, apatah lagi peminat filem mereka.
Senjata terakhir, kamus Oxford itu juga bertindak di saat genting. Terjemahan Inggeris-Melayu itu benar-benar menjadi penyelamat. Hai kamus Oxford.. tak sia-sia ku tolak Maggi ketepi, ku beratkan bagasi terbangan semata-mata keranamu..
Bahasa Jowo dalam bahasa Jepun? Entahlah.. tak pernah pula kutemui buku sebegitu sejak keberadaanku di sini.
Tapi kalau bahasa Jowo yang di bawah ini, memang WAJIB belajar pun. hehe..

Misi Aku 10 Tahun dari Sekarang :
1. Lancar bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab. (maksud saya bahasa Arab yang diguna dalam Al-Quran ya.)
2. Bertutur Bahasa Mandarin (dapat asas pun jaaaadi lah)
3. Berinteraksi selaju air dalam bahasa Jowo. (Cabaran dari Abah aku)
p/s: bahasa Jowo memang dah mula sejak tahun lepas. Dah hafal separuh kamus Wak Jaman
mohdismail berkata,
April 17th, 2007 at 8:02 pm
berkenaan bahasa Arab… mungkin kau berminat untuk baca artikel ini…
http://didats.net/page/377/bahasa-arab-dan-islam-adalah-hal-yang-berbeda/
Balas komen ini.
ubie79 berkata,
April 17th, 2007 at 9:03 pm
hahahahahha… bahasa Jowo…. Hehehhehe… aku tau sikit Nihongo, a lil bit Deutchland Sprachen…..
Ich liebe du, hahahahahhahahah
Balas komen ini.
alirfan berkata,
April 17th, 2007 at 10:19 pm
mohdismail :
http://didats.net/page/377/bahasa-arab-dan-islam-adalah-hal-yang-berbeda/
Untuk artikel itu, ada sebahagian yang aku kurang bersetuju, dan sebahagiannya aku setuju.
Untuk belajar bahasa Arab dan menggunakannya tidak semestinya menunjukkan orang itu ingin menunjukkan keislamannya sahaja. Tetapi bergantung pada niat mereka. Dan tujuan belajar bahasa Arab yang baik adalah untuk memahami sendiri sedikit sebanyak pengertian ayat-ayat suci di dalam al-Quran, kerana membacanya saja tak cukup. Memahami al-Quran juga adalah satu tuntutan.
Yang aku setuju dengan artikel itu, bahasa Arab memang akan disalahgunakan oleh seseorang yang mempunyai agendanya tersendiri.
Wallhualam.
ubie79 :
hahaa.. ubie.. boleh jadi geng la camni… giv me 5… hehehe..
Balas komen ini.
pakdi berkata,
April 18th, 2007 at 5:36 am
bangkitlah orang-orang jawa.
sesungguhnya bahasa inggeris menciplak penggunaan bahasa jawa.
macam “was” – asalnya adalah “wes”
macam “moving” – asalnya adalah mubeng
macam “old” – asalnya bodol
kesuwon.
Balas komen ini.
iily membalas pada January 24th, 2009 8:58 am:
haha,,betulkah pakdi?
wes mangan pakdi?
kabare?hehe
Balas komen ini.
mohdismail berkata,
April 18th, 2007 at 10:30 am
haih pakdi, kau orang Jawa gak ke?
sekufu la kita… he he
Balas komen ini.
alirfan berkata,
April 18th, 2007 at 11:25 am
pakdi :
Jepun menciplak Jowo pun ada jugak..
macam “Kabeh” tapi dalam jepun bermaksud “dinding”…
Jepun ciplak Melayu plak..
Macam perkataan “kurma” dijadikan maksud “kereta” (cuba baca kat bawah ni) http://sangpelangi.wordpress.com/2006/10/06/kurma-dlm-bhs-jpun-bermakna-kereta/
mohdismail :
haha.. mari kita bergabung wahai Joworian smua..
tak ku sangka ya..hihi
Enyong teko sekak Palembang..hehe..
Balas komen ini.
muniranis berkata,
April 20th, 2007 at 5:15 am
abang ifan..bley mintak email x??
Balas komen ini.
kumb@ng berkata,
April 20th, 2007 at 12:11 pm
ifan…rupanya ko ngan aku sekapal…sejawa sebugis…hehe
Balas komen ini.
pakdi berkata,
April 22nd, 2007 at 2:15 pm
aku orang jawa. dan aku tak kisah parti mana menang election, asalkan dia orang jawa! hoho..
aku terasa seperti menanam semangat racism pulak. hahaha
Balas komen ini.
amira berkata,
April 23rd, 2007 at 1:06 pm
mmg rugi xphm n xblaja bhs jawa. bhs ni berseni.kalau org tua2 speaking jawa sesame dorang,,, dorang ada bhs halus kn.aritu, aku jg nenek kat hspital,bl ada geng2 jowo yg melawat..they all speaking jwa.yg aku ni.. duk melongo + syum2 je.. sbb xphm.rugiiiiiinyeeee………
Balas komen ini.
Nazliah berkata,
October 15th, 2008 at 1:47 am
hei..saya tahu mandarin, dulu sek rendah kt sek cina. hehe
Nazliah telah menulis tentang Office?Kerja?. Mari baca!!
Balas komen ini.
azah berkata,
October 24th, 2009 at 3:19 am
ekceli mmg dari dulu kalau ckp jawa org kata ‘speaking jerman’.
zmn sklh rendah dulu pun selalu konfius antara ‘japanese’ dgn ‘javanese’.
pernah gak dulu saje try ckp jawa dgn kwn (w/pun tunggang langgang) pastu member sblh tegur….’mcm ckp jepun la plk…’
skrg ni plk mmg tgh bljr b.jepun & ntah kenapa tetiba rasa mcm Jawa, Jerman & Jepun smmgnye berkait…
are~
Balas komen ini.