Azam tahun baru cuma ritual.
Bagaimana bisa kusimpulkan tajuk di atas dengan begitu total? Baiklah. Aku mengaku tiada satu azam pun yang aku persiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, aku berkongsi rasa dungunya aku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang, bersama semua rakan di Sahabat SangPelangi melalui emel di minggu yang lalu.
Mengejutkan. Berani kunyatakan angka ini, 98% daripadanya adalah sama sepertiku juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas mahjong lalu ditampal di dalam kamar). Dari semua maklum balas, rata-rata dapat aku simpulkan:
1. Percayakah kalian, sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata? Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu lakukan nanti walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.
2. Esok biar lebih baik dari hari ini. Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimain kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang.
3. Kategorikan azam mengikut tingkat. Bermisi jangka pendek dan panjang bukan petanda seseorang itu teliti yang melampau. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Aku merancang berumah tangga sebelum umur menjejak 25. Telitikah aku? Haha
4. Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri. Maka hasilnya, bertandanglah rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam sebelum tiba waktunya. Oh, apa yang perlu dirisau, buku tiga lima kan ada. Baki azam tahun lalu masih boleh dibawa ke tahun depan, bukan? Tapi, jangan pula sewenangnya memasang riba’ yang berbentuk hukuman pada diri sendiri, kelak azam itu berstatus hutang lapuk pula.
5. Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal upaya diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan dilupa. Mengatasi kelemahan diri itu suatu jihad. Cumanya sasaran itu jangan dipisahkan sejauh bulan dengan bumi. Kita kan punya akal yang bijak bestari.
p/s: Idea menulis entri kali ini, 100% bukan milikku. Segalanya aku simpulkan menjadi satu dari para Sahabat SangPelangi yang sudi membalas mesejku tempoh hari. Sebentar, biar kuangkat topiku ini sebagai tanda hormat, dan terima kasih. Selamat Tahun Baru.
















puding caramel berkata,
December 11th, 2008 at 11:43 am
wahh..sekadar ritual? hmm tak kisahlah..asalkan kite merancang hidup supaya diurus dengan baik. tak sure aku golongan yang mana sangpelangi simpulkan.
puding caramel telah menulis tentang untukmu teman. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 5:08 pm:
Oh, aku tidak menyimpulkan siapa perlu masuk ke golongan apa. Asalkan semua orang harus berfikir sebaiknya.
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
December 11th, 2008 at 12:41 pm
peace=)
selamat Tahun Baru
ainiaziz telah menulis tentang Rumah Ehsan FMS trip... Mari baca!!
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
December 11th, 2008 at 2:54 pm
Ritual tahunan yang menjadi ikut-ikutan. Supaya dada sama boleh didabik, hingga terkadang lupa menilai kemampuan diri, terlupa akan hutang azam yang tidak terlunas. Hutang azam walau boleh di bawa ke depan, tetapi kekadang tetap mengusik hati.
Setahun masa berlalu, namun masih ada azam yang terbengkalai, adakah aku sekali lagi kufur dengan nikmat masa yang telah tuhan beri, sedang mati menuntut janji di muka pintu.
nasuhanurani telah menulis tentang nilainya aku?. Mari baca!!
Balas komen ini.
anissa berkata,
December 11th, 2008 at 3:05 pm
betul kata mu irfan….aku sendiri masih tidak mampu melunaskan azam ku pada tahun ini sedangkan penghujung tahun telah tiba…
masih ku ingat ketika aku berpeluang berada di rumah ketika 1 januari menjelma…ibu ku akan menanyakan azam tahun baru pada setiap anak-anaknya ketika kami bersarapan pagi bersama…aku yg masih belum memikirkan azam tahun baru ku cuma memberikan jawapan:
‘along akan tunaikan azam tahun lepas..’
adakah aku yg tidak maju kerana setiap tahun masih menunaikan azam tahun-tahun lepas nya??
hahaha…
biarlah aku memikirkannya sendiri….
anissa telah menulis tentang cEk..cEk…bUnYi bApAk cIcAk…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 5:13 pm:
Bagusnya si ibu bertanya macam tu pada anak-anaknya.
Ya, ayat terakhirmu itu. Apa-apa pun, kita sendiri juga yang yang mesti berfikir kerana masa depan kita tidak dicorakkan orang lain.
Balas komen ini.
BalQis berkata,
December 11th, 2008 at 3:23 pm
Hurm….
Iya, betullah tu… he…
p/s: Bistari atau Bestari? Mana satu yang betul, ya? Atau kedua-duanya memang wujud?
BalQis telah menulis tentang Buku!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 11th, 2008 5:14 pm:
Sudah dibetulkan. Terima kasih.
Balas komen ini.
syahidah berkata,
December 11th, 2008 at 9:52 pm
Kira-kira dua minggu lagu lagi 2009..
Saban semester ,aku pun berazam.Jarang ikut tahun sebab dalam setiap sidang di kampus ada dua tahun yang terlibat..
Ritual? Ada ya? ermm~Maknanya perlu sediakan
Maaf la aku selalu tukar nama bila masuk blog nih..hehe..lepas ni tak tukar dah…
syahidah telah menulis tentang Siapa Syahidah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 10:05 pm:
Oh, mengikut semestar? Itu perancangan dari segi akademik. Dari segi jalan kehidupanmu sendiri bagaimana?
p/s: Itulah. Susah sistem SangPelangi ini ingin meluluskan komentar oleh penama baru. Nasib baik aku rajin menyelongkar enjinnya. Hehe.
Balas komen ini.
syahidah membalas pada December 13th, 2008 4:08 am:
Perancangan akademik?..Jalan kehidupan?..
Aku sebagai pelajar apa mesti aku buat?
Aku sebagai anak apa mesti aku buat?
AKu sebagai adik apa mesti aku buat?
Aku sebagai kakak apa mesti aku buat?
Aku sebagai kawan apa mesti aku buat?
Aku sebagai? Ada lagi?
Patut la komentar tak keluar..tu yang jadi sampai dua..~..baiklah nama tak ditukar lagi..
ingat tu pengulas-pengulas yang lain..Panduan untuk selongkar enjin tu bagus betul..nanti senang nak kesan..
syahidah telah menulis tentang Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 3 ). Mari baca!!
Balas komen ini.
nahwanNUR berkata,
December 12th, 2008 at 12:23 am
assalamualaikum,
oh begini sebenarnya. ku kirakan apa dahulu.
Ada benarnya kesimpulan kamu. Bertubi-tubi tumbukan mencecah tubuh. Manusia sememangnya begitu, perlu terus diingatkan, jika tidak pastikan terus hanyut dalam langit mimpi sehingga tiada hasil lakaran impi.
apapun, memetik kata-kata Abdullah Ibnu Mas’ud;
‘perkara yang paling sedih saat tibanya tahun baru adalah, umurku bertambah tetapi amalan ku tidak bertambah’.
Moga amal dan iman kita semua sama-sama dipertingkatkan selaras meningkatnya usia. Kerana setiap langkah kita bermaksud kita semakin menghampiri destinasi terakhir.
Wallahua’lam
bittaufiq, fiddunya wal akhirah
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 10:00 pm:
Terima kasih atas perkongsian kata-kata Abdullah Ibnu Mas’ud. Benar bagus untuk kita renungkan gaya pemikiran para cendikiawan Islam.
Seperti doa yang selalu kutitipkan buat guru dan Ama Abah, “Semoga Allah panjangkan umur mereka seiring dengan amalannya.”
Balas komen ini.
ainul arina berkata,
December 12th, 2008 at 3:44 am
owh.. ini entry yang kamu kasitau tu..
erm, tapi saya ada sikit kekeliruan.. Apa maknanya kalau ada hukuman, jadi hutang lapuk…? tak berapa nak faham..
selamat tahun baru.. dan moga azam yang tergaris di atas tu jadi kenyataan,, haha~
ainul arina telah menulis tentang Syndrom Takut Pentas. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 4:38 am:
Menghukum diri sendiri dengan menambah hutang, akhirnya hutang bertimbun, semakin lapuk.
Balas komen ini.
ainul arina membalas pada December 12th, 2008 4:43 am:
ooooowhh….. baru faham…
terima kasih..
ainul arina telah menulis tentang Syndrom Takut Pentas. Mari baca!!
Balas komen ini.
ashaf berkata,
December 12th, 2008 at 5:59 am
ow…mu buat survey dulu sebelm tulis entri kali ni. ehe..
ada benar katamu tu…aku setuju.
cuma…. jgn diperlekehkan sesiapa yang punya azam tahun baru. mgkn azam itu sekadar menunaikan azam tahun lalu, sekurang2nya kesedaran itu ada untuk berbuat yang terbaik.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 6:29 am:
Yup. Seperti nombor empat itu, menganggap azam lama sebagai hutang dan wajib melunaskannya adalah satu tabiat yang baik.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
December 12th, 2008 at 9:29 am
setiap pagi, aku berazam, hari ni aku berusaha sedaya upaya, sampai org hormat aku. hari2 aku berazam thn depan dapat beli kereta, wow.
pcyalah kalau benda yg kita nak sentiasa dlam minda, tanpa sedar kita ke arah tu.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
December 12th, 2008 at 9:44 am
satu lagi, ada tonton satu rancangan reality TV. Nama rancangan tu The Hell Kitchen. Ada seorang ni, tiap-tiap malam dia tak tidur, dia keluar malam-malam dan buat macam ritual bisik-bisik dengan diri dia sendiri, ‘aku mesti menang’, ‘aku mesti menang (lebih kurang macam tu dia bisik).
Pertama, aku menyampah tengok dia. Aku ingat dia ni gila atau terlalu taksub untuk menang.
Tapi, yes dia pemenang akhirnya. Dari situ aku percaya kuasa azam. Berazam lah setiap masa.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 9:44 pm:
Fuhh. Dahsyat. Memang aku akan cari di youtube. Hihi.
Balas komen ini.
kayanne membalas pada December 12th, 2008 11:21 pm:
aku ade jugak tengok cerita tue. mula-mula aku ingatkan die tue sewel, tapi rupenya dialah juara…
memang hebat kuasa azam nie…
kayanne telah menulis tentang Tips to Stay Young ‘n Happy Always. Mari baca!!
Balas komen ini.
En Kid berkata,
December 12th, 2008 at 11:33 am
Salam…
Wah..azam tahun baru ya?..

ya..sudah menjadi ikutan bukan lagi suatu azam yang dipasang dengan penuh iltizam dan keyakinan yang tinggi untuk mencapainya..mungkin perlu dilihat simpulan kedua yang dibuat itu wajar dijadikan amalan harian..pastinya kita akan terkeluar dari golongan yang kerugian itu..
sentiasa ingat..
beramallah sebagaimana kita akan mati pada keesokan harinya..
semoga tahun mendatang memberi lebih ilmu dan input bermanfaat untuk kita sama-sama amalkan dan sampaikan pada yang lain..
insya Allah..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 9:55 pm:
Beramal seperti kita mati esoknya. Allahuakbar. Tiada hairan bila para sahabat asyik membasahkan janggut mereka walau sepanjang majlis ilmu. Indahnya.
Balas komen ini.
En Kid membalas pada December 15th, 2008 12:45 am:
Aduh..
sungguh lemah iman di dada jika dibanding dengan mereka..
Semoga akan tercapai kita darjat yang tinggi itu..segalanya indah di sisi Allah..
En Kid telah menulis tentang Aku Hilang!. Mari baca!!
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
December 12th, 2008 at 1:26 pm
erm,,,saya buat azam tiap2 hari heeee (^_^)”,perancangan jangka pendek
Balas komen ini.
irshadian berkata,
December 12th, 2008 at 7:44 pm
Aku merancang berumah tangga sebelum umur menjejak 25. Telitikah aku? Haha
ini contoh azam yang telah dispesifikkan
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 9:46 pm:
#huh. Penat aku pangkah ayat tu. Ada juga orang baca.
Haha.
Balas komen ini.
indrasakty berkata,
December 12th, 2008 at 7:52 pm
Pensyarahku pernah berkata lebih lima tahun lepas, azam yang sepatutnya ialah untuk menjadikan esok lebih baik daripada hari ini.
Nampak logik. Tetapi kalau sudah semalam (atau dua hari lepas) pun lebih baik daripada hari ini, dan esok yang lebih baik itu mungkin sahaja sama dengan semalam (atau dua hari lepas). Makanya tak bergerak ke mana-mana pun azam itu.
Yang jelas, azam atau perancangan patut disenaraikan dengan lengkap, bukan hanya matlamatnya namun berserta dengan rangka kerja bagaimana untuk mencapainya. Satu per satu, dan kalau perlu bersekali dengan Gannt Chart bermula hari ini.
Tapi, mampukah kita seteliti itu? (eg. kalau mahu kahwin umur 25, maka dari sekarang sudah perlu fikirkan simpanan buat melamar anak orang, dan lebih penting simpanan dalam dada buat membentuk anak orang).
Setuju?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 9:53 pm:
Bercakap soal Gannt Chart, aku teringat ibuku, yang menulis perancangannya mengikut tahun dan matlamat bulanan. Susunan misi sehingga 4 tahun ke depan, dan ditampal betul-betul di sebelah televisyen.
Hihi. Nampak pelik.
Nak merehatkan minda sambil menonton pun masih membaca data-data. Nampaknya macam berkesan.
Balas komen ini.
iliana berkata,
December 12th, 2008 at 9:56 pm
aku mengambil pengajaran dari buku ‘La Tahzan”. menganggap setiap hari umpama satu anugerah. maka, bukankah lebih baik jika kita berazam setiap hari? setiap hari nak buat yang terbaik, bila dicampurkan, tahun itu akan jadi tahun yang terbaik. kalau dipasangkan azam itu setiap tahun, aku rasa macam panjang sangat tempohnya. jadi, kita akan selalu bertangguh. (pendapat aku sahaja).
p/s : tetapi, azam kau itu, bukan azam tahunan, azam bertahun-tahun. yang tu nak masukkan dalam golongan mana tu? hehe..gurau je ye tuan tanah..
iliana telah menulis tentang AL-AQSA INGIN DIROBOHKAN. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 10:09 pm:
Setiap hari, setiap anugerah buat kita. Patutlah sebangkit dari tidur wajar kita mengangkat rasa syukur.
p/s: Amboi. Aku ini namanya golongan tak sabar nak kahwin muda. Haha.
Balas komen ini.
Wan Nurul Adila berkata,
December 12th, 2008 at 11:58 pm
Salam untuk semua.
Pernah dengar tak ‘My 101 in 1001’? Dengan kata lain, ianya adalah 101 perkara yang kita nak capai dalam masa 1001 hari. Saya ada terbaca pasal ni awal tahun dulu di blog seseorang. Menarik, jadi saya cuba buat. Sepatutnya kiraan hari tu bermula 1 Januari. Masa saya jumpa benda ni, tarikh 1 Januari dah lepas. Tapi saya rasa tak salah kalau nak mula bila-bila pun. Yang bagusnya bila buat kiraan, hari ke-1001 jatuh pada hari kelahiran saya yang ke-24. (“,)
Mulanya, saya rasa senarai 101 perkara tu tak memberi apa-apa kesan pun. Tapi sebenarnya, ‘subconcious mind’ saya bergerak ke arah melaksanakan perkara-perkara tu. Alhamdulillah, setakat ni dah banyak juga yang tercapai. Sekarang saya tengah ‘review’ balik senarai tu untuk sesuaikan mengikut keadaan semasa saya.
Apa yang saya nak katakan di sini, menanam azam itu perlu. Ini pendapat saya lah. Bila masanya tu bukan isu utama. Ada orang yang berazam setiap kali hari lahirnya tiba. Ada yang ikut suka hati dia saja nak bila. Itu atas kehendak masing-masing lah. Yang penting, kena ada azam BERTULIS. Azam yang hanya difikirkan dalam kepala akan hilang. Itu dah macam angan-angan kosong jadinya.
Sebenarnya untuk lebih praktikal, berazam ni ada tatacara dia. Kena tulis lah, kena letak dekat tempat yang senang nampak lah. Kena baca tiap-tiap hari lah. Macam-macam. Memang ada banyak perincian untuk perkara ni, tapi ambillah yang mana rasa sesuai. Pandai-pandailah tokok tambah supaya lebih efektif untuk diri masing-masing.
Satu perkara yang saya nak kongsi di sini, pasal kaedah ‘SMART’ ni.
S = Specific
M = Measurable
A = Attainable
R = Realistic
T = Timely
Penerangannya di sini:
http://www.goal-setting-guide.com/smart-goals.html
Maaflah terpanjang pula. Sebenarnya nak tulis lagi, tapi cukuplah rasanya. Semoga respon ini mencetus idea sesiapa sahaja yang sudi membacanya. (“,)
p/s: Pekara yang kecil dan nampak remeh, bila dibuat dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh kadang-kala boleh mengubah hidup seseorang!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 13th, 2008 4:53 pm:
Wah sungguh lengkap komentar ini ditaip, ya. Berserta link rujukan lagi.
Harap pembaca semua tidak baca sekali lalu saja tulisan kamu ini.
Terima kasih Wan Adila, lebih-lebih lagi untuk SMART itu. Menarik.
Balas komen ini.
arynet berkata,
December 13th, 2008 at 7:30 am
Selamat tahun baru.. lamo benor tak komen sini..
Azam, terletak kepada diri sendiri dan sejauh mana usaha ke arah itu.
Setiap saat, minit, jam, hari, minggu, tahun – adalah anugerah dari illahi.
renungkan isi tersirat.
arynet telah menulis tentang Haji Dan Umrah – Takrif Dan Pensyariatan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nur_syahadah berkata,
December 13th, 2008 at 7:44 am
Salam..setiap kali masuk tahun baru,soalan pertama ditanya mestilah azam apa yang bakal disemat..walaupun sebetulnya azam lama belum dilunasi.. Pernah tak kita mendengar azam tahun baru adalah untuk menggiatkan amal ibadah?mungkin ada tp kes terpencilkan..tapi bukan salah sesiapa,terpulangla pada diri sendiri..da sesetengah tak perlu dizahirkan. Cukuplah untuk semangat pd diri sendiri..wallahualam
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:34 am:
Betul. Ada yang tak perlu dizahirkan. Antara kita dengan Tuhan. Itu sebabnya kita merasakan ia sebagai kes yang terpencil.
Kalau ditulis pun, biarlah kita sendiri yang membacanya.
Balas komen ini.
MS Rizal berkata,
December 13th, 2008 at 11:14 am
Kutulis azam baru ku tahun lepas, di dalam halaqah atas suruhan murobbi. Katanya itu amanah yang aku tulis sendiri. Disuruh buka penghujung tahun..oh, sekarang dah sampai hujung tahun ya?
Lalu aku buka… Ternyata azam tinggal azam. Maka masukkan aku sebagai salah seorang ahli orang yang berhutang pada diri sendiri. Kuharap azam ini tidak berbau lapuk.
Selamat tahun baru….
MS Rizal telah menulis tentang Ayam yang menemani subuh. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:38 am:
Ini boleh dianggap baik. Sekurang-kurangnya ada yang memantau azam-azammu itu selain dari kita sendiri. Ucapkan terima kasih kepada Murabbimu itu.
Balas komen ini.
kN berkata,
December 13th, 2008 at 12:37 pm
azam…
aku tak pernah menulis azam aku dimana-mana. setakat disimpan di minda saje…
azamku juga sering datang apabila melihat sesuatu yang menarik…
kadang-kadang aku tak dapat bezakan antara azam dan impian, atau kedua-duanya memang tiada perbezaan?
kN telah menulis tentang What Is Your Blood Type?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:41 am:
Sering datang bila melihat sesuatu yang menarik. Kau mudah terkesan dengan trend semasa, barangkali?
Balas komen ini.
izzy berkata,
December 14th, 2008 at 1:20 am
dari dulu, setiap kali tahun baru mesti buat azam baru. tapi rupanya, buat list azam tak semudah nak jadikan kenyataan tau. haha! teruk sungguh.
izzy telah menulis tentang THAT hard?. Mari baca!!
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
December 14th, 2008 at 1:03 pm
jangan salah beza lakukan sesuatu dalam keadaan dipaksa dengan lakukannya di dalam tekanan…kerana tekanan itu kekadang membuat kerja kita lebih kalut dan serabut….sedangkan manusia sendiri kekadang dipaksa-paksa untuk bangkit sebelum dapat menyahut panggilan Tuhannya….fikir2kan…slm
SangMentari telah menulis tentang SYUKUR KAU MASIH MENYAYANGIKU. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:44 am:
Oh. Boleh jadi begitu. Tak sangka dua situasi itu rupanya berbeza, walau terlihat sama.
p/s: Kata-katamu persis seorang booster semangat anak muda. Aku suka! Hihi.
Balas komen ini.
iedALova berkata,
December 15th, 2008 at 10:33 am
Saya juga setuju bahawa kita mesti berbuat sesuatu mengikut keupayaan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.
Selama ini jika ada yang bertanya apakah azam saya pada tahun baru, saya akan membalas dengan mengatakan
” Semoga kehidupan saya lebih baik dari tahun2 yang lepas”,
kerana setiap hari saya mahu menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya. Kita manusia biasa dan mempunyai kelemahan sendiri. Bagi saya kebaikan atau kejayaan yang mungkin saya perolehi adalah dengan berusaha, berdoa dan sebagainya. Oleh sebab itu saya suka mencari ilmu & pengalaman, dua perkara yang akan mematangkan seseorang dan membezakan beliau dengan orang lain.
Saya tidak mahu terlalu pasti dan yakin bahawa saya akan mencapai sesuatu perkara pada satu tahun itu. Maka saya lebih senang merangkakan azam/matlamat saya sebagai matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. Jika tercapai awal, Alhamdulillah.
Balas komen ini.
najmiuddeen berkata,
December 15th, 2008 at 10:33 am
hehe..aku pun begitu..azam umpama hangat-hangat nasi lemak..
najmiuddeen telah menulis tentang Bilakah dapatku bernikah jika begini..ya Allah..
Mari baca!!
Balas komen ini.
julia juliana berkata,
December 16th, 2008 at 12:30 am
salam..
saudara irfan, nampaknya komen yang lalu telah di simpulkan…adakah aku berjaya membuka ikatan simpulan nya???erm…apa-apa pun persoalan mengenai ‘AZAM’ telah membuatkan aku tersedar seketika…terima kasih atas peringatan,akan ku lunaskan azam tertangguh (^_^)
Balas komen ini.
amalina berkata,
December 16th, 2008 at 1:26 am
saya lebih suka buat azam jangka pendek dan jangka panjang. dimana saya ingin berada 2 tahun akan datang,dan siapa saya 10 tahun akan datang. biasa,kalau buat azam tahun baru pun,sampai februari atau kalau bagus sampai mac.huhu.
saya jenis orang yang kena ada arah dan tujuan.kalau satu-satu arah dan tujuan itu putus ditengah-tengah,ha ha ha,macam layang-layang putus tali la
terima kasih sebab tulis entry ni.saya tengah 絶望 sikit.saya suka dengan idea `berhutang dengan diri sendiri` yep,I am in debt with myself….
terima kasih skali lagi……
=)
amalina telah menulis tentang Nota untuk diri sendiri. Mari baca!!
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
December 16th, 2008 at 7:43 am
Nama pun azam, berazam untuk melunaskannnya. Tapi dewasa ini, azam itu sekadar di bibir, tidak betah menyempurnakannya. Tapi itu melihat kepada diri juga, bukan?
Azam yang dibisik ke telinga saban hari bisa menjadi satu mindsetting serta merobah perjalanan harian dalam mengejar azam tersebut.
Kenapa perlu kita menzahirkan doa? Adakah dengan membuat lintasan di hati, Allah tidak mengetahui keinginan kita? Mengapa pula perlu meminta dan bersuara?
Kerna doa itu boleh menjadi satu indoktrin harian untuk kita mengejarnya. Jika hari2 kita berdoa untuk rajindengan sendirinya indoktrin rajin akan membenam dalam hati, terpasak ke jiwa maka dengan mindsetting itu kita akan menjadi rajin.
Sungguh mendalam hikmah perintahNya yang hanya akan terlihat bagi mereka2 yang berfikir. Maka tanamkan azam, sebut azam dan paparkan pada mata hati setiap hari, baru benar ia bergelar azam. Bukan sekadar hangat2 tahi ayam, penghias tirai pembukaan tahun baru…
p/s: Islam ada doa tahun baru, penukaran buku tahun baru, itu indoktrin azam yang Allah tekankan namun diabaikan oleh sesetengah manusia jahil. Lalu kita menganggungkan pihak lain yang gah mendabik kata itu dari tamadunnya. Jahil, kan kita yang kadang terpedaya?
cikgu_eya telah menulis tentang Debat Diraja 2008 Melabuh Tirai. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara berkata,
December 16th, 2008 at 9:38 pm
Salam Irfan…
Erm… tentang azam tahun baru ye? Azam utama kak su tak bermula pada 1 Jan, sentiasa segar, tak mungkin lapuk, sebab tak ada expiry date. Ops… ada expiry date. Errr… Bila hembusan nafas telah berakhir, maka itulah tandanya azam dah expired.
suara telah menulis tentang Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 2). Mari baca!!
Balas komen ini.
Az berkata,
December 17th, 2008 at 10:25 am
Salam kenal…
Saya baru berkunjung ke blog ni.
Azam…
TErlalu banyak yg tak dirancang berlaku pada saya pada tahun 2008.
Saya tak berazam tinggi sangat…cukuplah kalau saya letakkan ingin menjadi lebih baik lagi dan tidak mensia2kan apa2 yg baik di depan saya.
Az telah menulis tentang Cikgu..cikgu….. Mari baca!!
Balas komen ini.
mrberett berkata,
December 17th, 2008 at 1:14 pm
bagus artikel ni irfan..bermotivasi
mrberett telah menulis tentang Nelayan dan Harga Minyak. Mari baca!!
Balas komen ini.
FARIZA KIRANA berkata,
December 20th, 2008 at 3:42 am
salam fan.. hmmtak perlu nak tunggu tahun baru kan,, nak wat azam,, yg penting kerja jalan ngan lancar,, suksess dunia akhirat.. tapi lebih penting ingat tahun baru islam.,,hehheh n baca doa akhir n awal tahun,, huhu selamat berjaya untuk ko juga,, doa2kan aku gak,, wassalam,,
~ihklas dari taiping nursing college
fiza..fariha
p/s: aku guna bahasa rojak,, sori r,,
Balas komen ini.
anego berkata,
December 20th, 2008 at 8:03 am
semenjak anego ‘terpegi’ satu seminar pasal motivasi, barulah tau yang azam kita itu perlulah realistik dan mungkin bisa dicapai tangan andai adanya kesungguhan. yang paling mudah, tuliskan/senaraikan azam2 kita tu dan tampalkan dimana2, lagi elok kalau ada gambar/visual sebab otak kita akan mengingat visual berbanding tulisan. jadi azam2 kita itu akan sering berlegar2 di dalam otak kita dan menghantar isyarat agar kita menuju ke arah itu. macam tu lah lebih kurangnya..nak lebih lanjut boleh singgah ke blog motivator tersebut di sini: http://www.osmanaffan.com/matlamat.htm
p/s: Alhamdulillah dah tercapai azam tahun ni nak menjejak natsu di hokkaido!
anego telah menulis tentang seminggu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 1:07 am:
Terpergi? Hihi lucu bunyinya.
p/s: Alahai Anego tak singgah ke Tokyo pun menjenguk SangPelangi di situ.
Balas komen ini.
TheDreamer berkata,
December 20th, 2008 at 8:56 am
Salam bro! Ape khabar kamu?
Entri ni sangat menarik.Memang betul ape yg SangPelangi ckp tu.
Bagi sy, kite selalunye memang terikut2 bile tibe tahun baru.Mulela nak reka2 azam yang akan dilupakan sebaik saje dah msk tahun baru.
Maybe apabila kite berazam tu membuatkan hati kite tergerak nak jadi lebih baik kn?
So,azam tu relevan or not tu bergantung pada diri sendiri r kn?
Nway,SangPelangi ade ape azam/harapan tertentu ke untuk tahun depan?
TheDreamer telah menulis tentang Champions League 2008 in Japan!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 1:05 am:
Heh. Azam aku tu, memang aku tak beritahu orang. Nanti malu kalau tak tertunai. Hehe. Biarlah aku malu sendiri.
Tapi salah satunya, nak cari duit, nak pinang anak orang. Kehkehkeh.
p/s: Dengar cerita, kau pun berkongsi cita-cita yang sama? Haha.
Balas komen ini.
abrar berkata,
December 21st, 2008 at 4:02 am
akhirnya dapat menyentuh papan kekunci…hendak kongsi satu ungkapan dari tok-tok guru terdahulu..berguru,terburu-buru,tiru-tiru sahaja hidup kita
abrar telah menulis tentang sahabat. Mari baca!!
Balas komen ini.
Ibnurashidi berkata,
December 22nd, 2008 at 1:41 pm
Assalamualaikum..
Ohh..saya merasakan azam saya akan terus berlegar ketika malam menjelma..saat itu pasti akan mengingati tertunaikah azam hari ini..atau tercapai pada esok hari?kerana azam tiap-tiap hari itu amat praktikal sekali..
Ibnurashidi telah menulis tentang Di Ambang Penentuan. Mari baca!!
Balas komen ini.
yazid husain berkata,
December 23rd, 2008 at 6:36 am
selamat tahun baru
yazid husain telah menulis tentang Laila Lounge – Wajah. Mari baca!!
Balas komen ini.
arsaili berkata,
December 25th, 2008 at 6:08 am
salam kenal..azam tahun baru ni bagus juga…sebab kebiasaannya akan kita berazam untuk menjadi lebih baik…..niat yg baik sudah pasti mendapat pahala….walaupun sekadar ikut ikutan…..semoleknya kalau kita berusaha mencapai azam tersebut..selamat menyambut maal hijrah
arsaili telah menulis tentang . Mari baca!!
Balas komen ini.
en_me berkata,
December 28th, 2008 at 6:11 am
salam awal muharram..
Balas komen ini.
Keroncong berkata,
December 29th, 2009 at 10:45 am
Balas komen ini.