AWAS! Kejahatan di Depan Matamu!
Aku terkedu. Kira-kira 100 kaki dari tancapan mata, ada seorang yang lemah sedang dikeremuni oleh dua orang bertubuh sasa. Mangsa berkaca mata, kukira dia seorang yang lemah daya pemikirannya (baca: down syndrome). Situasi memberitahu, bahawa si lemah itu sedang ingin melepasi satu lorong sempit di belakang sebuah pasaraya ternama di tempatku ini, tapi perjalanannya dihalang.
Tiba-tiba, yang berbaju jingga merampas bungkusan plastik yang dikendong mangsa, tapi dia melawan. Lalu plastik terkoyak hingga isi dalamnya terburai. Gugur sepasang sandal biru, cantik, elegan, yang dibeli tadi dari pasaraya di situ oleh si mangsa. Lantas si baju jingga menyarung kakinya, dan menggantikan selipar buruknya ke dalam ronyokan plastik.
Derap jantungku yang semakin laju mengkehendaki tanganku berbuat sesuatu. Malangnya masih tetap kaku. Kenapa begitu?
Seorang lagi yang berantai besi di leher, menghentak tubuh mangsa ke dinding di belakang mereka. Tangan kirinya mencekik leher mangsa, dan tangan kanannya keawangan seakan meminta sesuatu. Si mangsa sambil menangis menggeleng kepala. Cengkaman tangan di leher mangsa terlihat makin ketat.
PIAPP!!!
Sehelai lempangan hinggap di pipi mangsa. Mangsa masih menggeleng-geleng. Dia menjerit namun tiada siapa yang mendengarnya. Kemudian datang lagi beberapa das lempangan dari kiri dan kanan.
PIAP!! PIAPP!! PIAPP!!
Arkh. Bahagian kepalaku, terasa begitu hangat, terutamanya di belakang telinga. Perasaan ini sangat kukenal. Ia adalah rasa membuak untuk magma marahku terletus. Aku mencapai sebiji batu di lantai, bersaiz penumbuk. Biar tergigil seluruh tubuh, batu itu masih kugenggam erat, sesekali menukar-nukar sudut genggaman sedikit rakus.
Kutegakkan tubuhku dengan dada terangkat. Kulangut dagu ke langit, sambil mataku terpejam bersama tangis yang terpaksa. Dengan bismillah yang berjahit sendu, kuhayun laju tangan yang tergenggam batu.
DUK!!
Perlahan kubuka kelopak mata. Yang tinggal cuma si mangsa terpisut-pisut mendapatkanku, sambil ucapan penghargaannya yang tak putus-putus.
Baiklah, kuakui dalam hal ini aku terlihat dungu. Fikiranku berselirat, kelam-kabut tika membuka satu persatu laci memori. Aku tercari-cari apa kaedahnya merawat manusiawi cara lembut. Apatah lagi mengesan dakwah hikmah yang sewaktu dulu diajarkan kepadaku. Sayang, semuanya terbang ditiup hasut syaitan yang memarakkan amarahku. Batu juga penyelesainya.
Aduh.. emosiku tak terkendalikan. Tuhan, lembutkan hatiku ini untuk hadapi apa pun. Semoga Kau juga melindungi mana-mana hamba-Mu yang lemah, lagi melemahkan dikalangan mereka yang lain.
p/s: Teknik membaling batu sambil terpejam mata, pernah kulakukan sewaktu zaman kecilku dahulu. Masa itu aku sering dibuli, dipukul bertubi-tubi dengan tebu kering oleh tiga orang teman setadika. Akan kuceritakan kisah ini di entri mendatang.
















rudy berkata,
June 21st, 2009 at 3:23 am
tabik dg irfan! berani!
Balas komen ini.
PermataNusantara berkata,
June 21st, 2009 at 4:08 am
kasihan ya si mangsa, bayangkan jika itu terjadi pada adik si pembuli itu sendiri..baru dia tahu rasa sakitnya hati.
wah…berani ya kau irfan…!..
p/s: aku juga pernah menjadi mangsa buli sewaktu darjah satu dahulu….kecewa..huk!
Balas komen ini.
Mr. K berkata,
June 21st, 2009 at 5:25 am
ini kisah benar atau sekadar teladan?
Mr. K telah menulis tentang Malingsia dan Indonesial. Sampai bila?. Mari baca!!
Balas komen ini.
ibnuyazid berkata,
June 21st, 2009 at 5:27 am
salam,
apa yg terjadi pada si pembuli tu?
adakah bunyi DUK! tu menunjukkan si pembuli tu cedera parah?
hahaha…
apapun, dah rasa tak selamat untuk bergerak ke mana-mana
banyak sangat bahaya di mana-mana
sekarang ini nilai ditimbang dari sudut material..
ibnuyazid telah menulis tentang Point "nape susah nk bangun nih…". Mari baca!!
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
June 21st, 2009 at 5:43 am
Sebagai seorang wanita, ku pasti terpaku membisu jika berada di tempatmu. Teknik itu pasti membantuku dan yang lain.
PS: Dimanakah lokasi kejadian wahai Irfan?
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
June 21st, 2009 at 6:05 am
ahh tak dapat bayangkan sekiranya aku di tempatmu. namun, aku sungguh terganggu dengan apa yang berlaku dengan mangsa yang kau ceritakan. masih kanak-kanakkah dia? atau sudah dewasa?
puding caramel telah menulis tentang selamat hari ayah untuk ayah saya.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Abqori berkata,
June 21st, 2009 at 7:20 am
Salam Irfan.
Bilakah dan di manakah berlakunya kejadian ini? Sangatlah mencemaskan rasanya kalau saya yang menghadapi situasi ini.
Namun, di waktu ini bukan lagi dakwah mulut yang diperlukan. Bukan masanya. Memang tanganlah yang paling sesuai digunakan.
إذا رأيت منكرا فغيره بيدك فإن لم تستطع فبلسانك فإن لم تستطع فبقلبك وذلك أضعف الإيمان
Abqori telah menulis tentang Falsafah Geeky Yang Saya Anuti. Mari baca!!
Balas komen ini.
wan nurul adila membalas pada June 23rd, 2009 7:34 am:
Salam.
Setuju dengan ABQORI. Dakwah mulut rasanya macam tak berapa berkesan dalam situasi sebegini. Masyarakat zaman sekarang…..
wan nurul adila telah menulis tentang Sibuk yang Menyenangkan (",).. Mari baca!!
Balas komen ini.
NorhasnahZ berkata,
June 21st, 2009 at 9:06 am
Oh, jika perkara itu yang berlaku pada diri, pasti ku hanya mampu khabarkan pada sekeliling supaya membantu mangsa kerna terasa diri ini seolah tak mampu untuk membantu dan bertindak seorang diri. >.<
Setidak-tidaknya kamu ada ikhtiar untuk membantu si mangsa. tahniah atas keberanian dan kesedaran yang ada pada diri kamu.
Salam ziarah~
Balas komen ini.
syahidah berkata,
June 21st, 2009 at 10:18 am
salam,
mujur ada yang datang membantu. jika tidak tak tahulah apa nasib mangsa tu.
hmm, awasi diri. kejahatan di mana-mana.
Balas komen ini.
anakmanjoi berkata,
June 21st, 2009 at 10:36 am
Belajar.
belajar dan cube memahami beladiri.
belajar bukan untuk mendongak, tetapi untuk menunduk…
Insya-Allah, mengamal dalam beladiri di samping dipenuhi dengan perasaan rendah diri, dapat memahami erti ‘mempertahankan’ dan ‘mempertahan’…..
berbuah di tangan, tidak semestinya berbunga dalam diri..
~ anakmanjoi =)
anakmanjoi telah menulis tentang bulan Rejab. Mari baca!!
Balas komen ini.
namasayaialahnamasaya berkata,
June 21st, 2009 at 11:47 am
duh,,kenapa tutup mata baling batu?
Balas komen ini.
wan nurul adila membalas pada June 23rd, 2009 7:37 am:
Tu lah kan. Nasib baik kena sasarannya.
wan nurul adila telah menulis tentang Sibuk yang Menyenangkan (",).. Mari baca!!
Balas komen ini.
hilwa nurnadwa berkata,
June 21st, 2009 at 4:02 pm
Alhamdulillah kerana si mangsa terlepas dari kejahatan si penjahat.
Alhamdulillah juga kerana balingan Al-Irfan tidak tersasar mengena si mangsa..
Apapun jika kita terlihat akan kejahatan, berbuat sesuatu itu lebih baikkan daripada berdiam diri.. Well done
hilwa nurnadwa telah menulis tentang Berita Gembira dari DPLI. Mari baca!!
Balas komen ini.
wan nurul adila membalas pada June 23rd, 2009 7:38 am:
Hehe. Betul, betul. Nasib baik terkena sasaran. Berdiam diri sambil berdoa dalam hati, boleh tak?!
wan nurul adila telah menulis tentang Sibuk yang Menyenangkan (",).. Mari baca!!
Balas komen ini.
anego berkata,
June 21st, 2009 at 8:12 pm
anego fikir anime saja yang boleh baling batu tutup mata, rupa2nya ini kenyataan. syabas fan!
anego telah menulis tentang dia. Mari baca!!
Balas komen ini.
ainohikari berkata,
June 21st, 2009 at 9:47 pm
Sheikh, apa jadi dengan budak yang buli tue ?
Dah cabut lari ke ape.
Kalau aku kat tempat hang, aku rasa aku pun guna benda yang sama. Baling atau pukul dengan batu tu, hoho. Panas sheikh panas.
Balas komen ini.
wan berkata,
June 22nd, 2009 at 10:20 am
wahh.. sangat berani tapi merbahaya buat diri sendiri…
irfan,harap ko dapat capai ape2 kayu atau besi supaya kalau diserang ko dapat melawan..
Balas komen ini.
Sabrina berkata,
June 22nd, 2009 at 7:15 pm
*sedih* ada rasa sedih masa baca entri ni. Saya ada adik down syndrom. Tak nak kejadian macam ni berlaku pada dia bila dia dewasa.
tak berhati perut manusia manusia bertubuh sasa itu. apa guna bertubuh sasa, berakal sempurna kalau gunanya untuk menganiaya manusia? (Eh, ryhme lah! hehe)
Aku rasa Tuhan menolong kamu Irfan. ketika kamu membaca bismillah, membaling batu sambil tutup mata tu.
Sabrina telah menulis tentang Fathers Day. Mari baca!!
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
June 23rd, 2009 at 7:43 am
Mungkin saya akan rakam aksi-aksi panas mereka tu dan hantar kat mana-mana akhbar. Tak pun, saya buat poster. Tampal kat tempat budak-budak macam tu selalu lepak. Tampal kat pasaraya ke, hospital ke. Harap-harap masih ada sisa saki-baki kemanusiaan dalam diri mereka.
wan nurul adila telah menulis tentang Sibuk yang Menyenangkan (",).. Mari baca!!
Balas komen ini.
aliff berkata,
June 25th, 2009 at 1:13 am
Salam,
Bagus Irfan, berani membela yang lemah!
aliff telah menulis tentang Teh Susu dan Kopi O. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara berkata,
June 26th, 2009 at 9:39 pm
Salam Irfan…
Erkk… kak su tak pernah dipukul, tak pernah memukul… tak pernah melihat org dipukul/memukul secara life… hanya tontonan di TV aje.
Masa sekolah dulu, tak pernah wujud kes buli kat sekolah kak su. Sekarang ni selalu dgr ada kes sebegitu. Aduhai… kesan paparan keganasan yg ditayangkan ditv barangkali. Manusia semakin hilang kemanusiaannya…
suara telah menulis tentang Anugerah di Raudhah. Mari baca!!
Balas komen ini.
mollek berkata,
July 2nd, 2009 at 7:41 am
Lama tak bagi komen di sini.. erm, usaha yang
kau lakukan tu pun insyaAllah, dikira sebagai nahi mungkar..
‘Allah tak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’
Kalau ketika itu, hanya baling batu yang kau mampu, itulah mungkin yang sebaiknya.
Balas komen ini.