Awak dari negeri mana?
Entri ini bukan berbau perkauman, tetapi adalah pewangi buat busuk batas-batas perbezaan antara kita. Ideologi kita mampu dipagar besikan. Harta dan tanah bisa ditembok batukan. Tapi, ada satu yang tak tahu boleh diapakan, iaitu semangat kenegerian.
Dengan rasa rendah dirinya, saya mengaku. Bahawasanya saya adalah rakyat yang berasal dari sebuah negeri lain, tidak anti dengan negeri lain. Tidak juga terlalu mengagungkan negeri sendiri. Jika ingin berkawan, saya tidak pernah bertanyakan dari negeri mana orang itu berasal. Bukan bermaksud saya tidak mahu kenal lebih dekat. Saya tahu, ia dapat membuahkan kemesraan antara kami.
Apatah lagi menyebut nama negeri dari mana saya berasal jika tidak ditanya. Bukanlah menunjukkan bahawa saya malu untuk menonjolkan identiti sendiri, atau sudah lupa di tanah negeri mana yang darahku tumpah dulunya.
Ia bertujuan mengelakkan persepsi awal yang bakal berlegar di dalam kepala saya tatkala pertama kali berhubungan dengan sesiapa. Walaupun manusia secara fitrahnya mempunyai tabiat membuat tanggapan awal, atau membuat imbasan secara luaran dari pertemuan asal, bagi saya ia adalah satu kekotoran sikap semulajadi yang perlu dibasuh. Kecuali, dengan penuh sangkaan baik sahaja (jangan terpedaya sudahlah.)
Abah selalu berpesan,
Ifan, lepas salam kedua di bahu kiri, usaplah wajah dengan tangan kanan dengan berdoa, “Ya Allah, jauhkan aku dari sikap syak wasangka dan dengki khianat”.
Pasti ada yang ronyok kepala kepeningan. Apa kaitannya semangat kenegerian dengan syak wasangka?
Umum sedia tahu, bila disebut orang itu dari negeri sekian-sekian, awal-awal lagi kepala kita *(eh, kepala saya sebetulnya) sudah disetkan dengan ciri-ciri orang yang berasal dari negeri terbabit. “Oh, orang itu mungkin begini.. orang itu pasti begitu.” Kenapa ada yang mengajar, negeri begitu kasar orangnya, negeri begini cantik wanitanya, negeri sekian tinggi hidungnya. Aku tak tahu buatan mana kayu pengukur mereka itu.
Jadi, untuk mengelakkan lahirnya tabiat itu, saya akan selalu mengelak untuk bercakap soal negeri.
Kalau saya bertanya sendiri, apakah saya berbangga dilahirkan di negeri saya? Adakah saya bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana ia sebuah negara yang mengagumkan? Jawapan saya pasti tersekat-sekat. Kenapa negeri dan Malaysia yang dipersoalkan? Saya cuma berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan cukup sifat, kasih sayang dan dua manis islam, iman.
Saya rasa begitu tersisih dan dipulaukan, melihatkan kemesraan rakan-rakan yang satu negeri bila bertemu sesama mereka. Tapi, menurut sahabatku, ia cuma wujud bila kita keseorangan dalam majoriti sebuah negeri saja. Kalian pernah rasa?
Di sinilah pentingnya komunikasi. Jangan dibiarkan sahabat kita rasa terasing di dalam kelompok kita. Pertalian berpaksi-x (atau istilah Abu Saif, hubungan horizontal) yang perlu dijaga, dalam masa yang sama memelihara ikatan paksi-y, iaitu antara kita dengan yang di atas.
p/s: Kali ini, cuba menggantikan ‘aku’ kepada ’saya’, kerana sangat takut akan sikap ke’aku’an itu. Draf asal, 23 Mei 2008.
















megat berkata,
November 15th, 2008 at 9:15 am
barangkali sudah lama aku tak kemari. dan selama itu aku tidak menikmati entri-entri menarik disini.
pembentukan kendiri bukan sahaja bergantung kepada pembacaan dan asas pengenalan agama semata tetapi perlu di selak maksud dan kenapa sesuatu perbuatan yang diamalkan dalam islam wujud.
aku juga punyai sikap yang sama apabila melibatkan persoalan kenegerian tetapi dewasa ini aku lebih berpendirian dan berpegang kepada ’saudara seislam’.
sedikit sebanyak entri ini menginsafkan. terima kasih atas pesanan.
megat telah menulis tentang Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 15th, 2008 9:47 am:
Aku pernah menganggap, biar hilang jati diri asal tak lupa siapa yang mencipta kita. Mengikut suruhan dan meninggalkan larangan. Aku tak pasti apakah relevan kenyataanku ini.
p/s: Sedikit masa lagi, aku akan mengangkat kisahmu di SangPelangi. Terima kasih atas keizinanmu tadi.
Balas komen ini.
aisha berkata,
November 15th, 2008 at 9:19 am
“ia cuma wujud bila kita keseorangan dalam majoriti sebuah negeri saja”
saya pernah lihat situasi begini dihadapi orang yang berbeza. si A yang punya persepsi awal sifat kenegerian tetiba menjadi pasif dan menyendiri dalam kelompok berlainan negeri tetapi lain pula dengan si B yang lebih terbuka, meskipun berlainan negeri dia mampu sahaja bergurau dan berjenaka.
kita sendiri juga patut memulakan langkah daripada mengambil sikap mengasingkan diri. senyum pun sudah cukup memeriahkan suasana =]
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 15th, 2008 9:35 am:
Benar Aisha. Itulah pengajaran yang terbaik pernah aku lalu di Jepun ini. Merasakan diri sendiri terasing, cuma penyakit yang meracun sendiri. Aku MESTI berbuat sesuatu untuk mendatangkan kemesraan itu.
Jarang sekali kita jumpa, pendatang yang dingin dan tak mesra, sebab kalau mereka sedemikian, maka susahlah untuk hidup di bumi asing.
Dua tindakan yang harus diutamakan dalam pergaulan.
1. Bertindak untuk tidak mengasingkan diri
2. Bertindak untuk tidak memencilkan orang lain.
Balas komen ini.
aisha membalas pada November 15th, 2008 2:26 pm:
setuju dengan itu
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
November 15th, 2008 at 10:55 am
namun bagiku Irfan, aku lebih suka bertanya tentang negeri asal kerna aku boleh bertanya tentang negerinya lebih lanjut. malah, aku juga boleh berhati2 memilih perkataan berdasarkan dialek negeri masing2. Takut2 terguna perkataan yang salah. Maksudnya, perkataan yang sama mempunyai maksud yang berbeza, berdasarkan dialek negeri masing2. Aku pernah terlepas kata dan melakukan kesilapan tersebut.
contoh;
puas
-maksud biasa; ia menggambarkan kenikmatan yang amat, memberi kepuasan pada diri.
-ikut dialek kelantan; Ia bermaksud ‘jemu’
Jika ayat, Memang puas berbual dengan kamu. Hampir dua jam kita bersama.
see?
Then,
Kopek
- ikut dialek negeri sembilan (kalau tak silap), ia bermaksud dompet (milik perempuan)
- ikut dialek kelantan, ia bermaksud ___________ (cari sendiri, irfan…hehe)
Itulah sebabnya. Takut salah faham. malu wooo….
Lagi pun aku akan berbangga dengan diriku kerna semakin ramai kenalan dari ruang yang berlainan, lagi aku merasa gembira, berjaya melebarluaskan ikatan silaturrahim…
Just my 2 cents … ^^
cikgu_eya telah menulis tentang .:: Berhikmah Dalam Muhasabah ::.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 15th, 2008 6:29 pm:
Aku rasa perlu juga berhati-hati. Tapi, biasanya orang akan faham situasi kita kalau tersalah guna sesuatu istilah. Kalau salah faham tu, tetap ada tapi kes terpencil.
p/s: Aku nak tambah, kopek dalam kamus bermaksud mengupas bahagian kulit (buah, keruping dll). Cari sendiri maksud kopek dalam bahasal kelantan? Tak mahu cari, sebab kawan-kawan beritahu sendiri!
Balas komen ini.
haz berkata,
November 15th, 2008 at 12:35 pm
Bagiku pula Irfan, isu negeri ini memang sensitif…
Jikalau seseorang itu memperlekehkan atau mentertawakan negeri kita…pasti saya akan terasa hati…
Lantas bila saya membalas, terkadang dikatakan terlalu sensitif…
Lagi2 jikalau fakta yang dikatakan itu langsung tidak relevan…jauh menyimpang daripada realiti…
Hakikat yang sedih tapi itu yang sebenarnya terjadi…perpaduan hanyalah perkataan yang terlalu sering dicanang-canangkan tanpa memahami erti sebenarnya…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 15th, 2008 6:20 pm:
Aku turut menumpang kesedihan kamu. Orang mengatakan kita terlalu sensitif, sedangkan hati kita tidak dijaga. Apa pun, satu formula asas yang perlu dipegang:
“Biar hati kita tidak dijaga, asalkan hati orang jangan sekali dicalar.”
Ia kesinambungan budaya ‘memberi’, supaya kita selesa untuk tidak menuntut hak agar hati sendiri dijaga. Kalau semua orang memegang prinsip ini, amanlah dunia.
Balas komen ini.
june membalas pada January 4th, 2009 8:39 pm:
betul sesangat!!!!!!!! slalunya kami sabahan ni yg terkena. masa gi kursus ke semenanjung tahun 2000 something, adakah ditanya sabah ni malaysia ke? patut ka tu? ketara sgt bodoh geografi. minta maaf cakap. kenapa boleh lagi di tanya kami tinggal atas pokok ? kami mandi pakai sabun ka? mcm2la. masa tu aku mcm mau gigit ja org tu. tapi ku tahan.
kalau boleh, tak salah tanya asal negeri tapi ayat tu kasi ngam, bukan sebarang ikut sedap mulut ja becakap. ampai2 dosa ko dpt. tapi aku maafkan gak org tu. iyalahkan. bukan salah dia bulat2. sebab masa tu jarang bah sabah ditonjolkn dlm tv. jd org luar ndak kenal.
alhamdulillah, skarang ada da rancangan yg perkenalkan tempat,budaya,makanan,kehidupan dan aktiviti kami sini di tayang di tv. tq to media massa kerana usaha anda.
Balas komen ini.
amirperasankacak berkata,
November 15th, 2008 at 1:37 pm
wah dah lama aku tak jenguk blog ang ni..nak kata busy, ntahla..busy kot arah lain kot..lama juga tak dgr kabar ang..lama tak dgr suara ang..lama tak dgr gelak tawa ang..hmm..saikin aku pon jarang nak kontek orang..arap ja online ym..tp berhantu ja..eh,ni bukan komen, ni mesej utk ang..
komen pasal kenegerian..
hmm..skrg tgh pincang bab perkauman di msia,tp ang bangkitkan hal kenegerian..agak bagus post ni..shojiki la aku ckp, aku ni jenis yg takleh buang loghat utara aku ni..bukan susah,tp rasa pelik n nak termuntah dgr org utara ckp kl..bukan nak agung2kan negeri sendiri tp ntahla,rasa nak tergelak..arap2 ni bukan dikategorikan sbg semangat kenegerian..
aku tak penah lagi la terpkir pilih kwn sbb negeri..kalu dia tu ok,tak kesah la dari Negeri Irfan Darul Mazni pon aku kwn..hehe..lawak ja ifan..
aku tak suka org jpn..hidup penuh pura2..semakin lama aku kenal,semakin jengkel aku rasa..rapat mcm mana skalipon ngn member jpn,mesti akan ada rasa yg kurg enak dlm persahabatan tu..ntahla aku sorg ja kot yg rasa..mgkin kita dilahir dan dibsarkan di malaysia,kita lebih senang kawan ngan kwn2 mesia..adakah dah kuar tajuk?atau jadi tajuk baru ni..hehe semangat kenegaraan..
eh dah panjang aku tulis..k la..jumpa lagi ifan..take care bro
wassalam
amirperasankacak telah menulis tentang Sabtu 15hb Nov. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 15th, 2008 6:11 pm:
Rasa kurang enak dalam persahabatan. Aku juga begitu. Akrab memang akrab. Tapi, tidaklah semesra kawan yang sehidup semati. Mungkin sebab kita melihat persahabatan itu untuk hubungan jangka panjang, dan orang Jepun tidak.
p/s: Aku suka berkawan dengan mana-mana orang yang ada dialek. Seronok. (Kau, Anuar, Syamim, Shobri banyak ajaq aku istilah baru walau kadang-kadang aku pelaq loqlaq. Haha.)
Balas komen ini.
mar berkata,
November 15th, 2008 at 4:06 pm
Berdasarkan firman Allah dalam surah Al Hujarat ayat 13 maksudnya:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 15th, 2008 5:36 pm:
Hmm.. Boleh Mar berikan ulasan lanjut berkaitan Al-Hujerat ayat 13 ini? Teringin tahu apa yang Mar maksudkan dengan kaitan ayat itu. Bagi mengelakkan salah tafsir dikalangan kita.
Balas komen ini.
Time Fly membalas pada November 22nd, 2008 5:23 am:
Dr Danial Zainal Abidin juga mencadangkan untuk menjadikan ayat ini sebagai ayat pembukaan ketika mengadakan Interfaith Dialogue ‘Women In the Eyes of God” hari tu. Peserta non muslim nampaknya bersungguh membaca terjemahan di slide tentang ayat ini. Saya kira satu permulaan yang baik bagi mereka untuk mengenal Islam kerana agama kita menekan aspek silaturrahim yang kuat…
Balas komen ini.
MBHM berkata,
November 15th, 2008 at 6:45 pm
Sudah menjadi kebiasaan selepas bertanyakan nama ,aku mahu tahu dari mana datangnya.
Perbualan akan menjadi lebih mesra jika dari tempat yang sama.
Namun ,bagi aku apabila bergaul ketepikan persepsi negatif yang kita dengar sebelum ini.Jangan sampai menyakitkan hati.Berhati-hati.Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Stereotaip ialah satu set karekteristik yang dikaitkan dengan ahli kumpulan tertentu seperti gender ,etnik dan pekerjaan .Karekteristik Barat dan Timur mungkin dapat dilihat dengan jelas.Pengkelasan manusia mengikut kumpulan-kumpulan sebegini kadangkala menimbulkan persepsi-persepsi tertentu yang sepatutnya diketepikan.Mungkin mudah untuk berkata tidak untuk diamalkan.Oh aku pun mesti hati-hati.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 16th, 2008 5:41 am:
Berhati-hati ketika bertutur pilihan yang tepat.
Persepsi salah sukar dikawal dan adakala ia datang sendiri.
Balas komen ini.
En Kid berkata,
November 15th, 2008 at 6:56 pm
Salam buat SP dan semua pembaca-pembaca setia..
Moga sentiasa berada di bawah payungan rahmatNya, jauh dari murkaNya dan insya Allah dekat dengan redhaNya..
Agak lewat mengemukakan pandangan atau komen entri kali ini. Mungkin agak sukar barangkali..
Alhamdulillah, sepanjang kehidupan yang diberi olehNya ini saya diberi peluang untuk melihat, mengenal dan bersahabat dengan rakan-rakan dari hampir kebanyakan negeri di Malaysia ini. Apa yang saya lihat, soal kenegerian ini tidak muncul secara tiba-tiba, sebaliknya bergantung kepada beberapa faktor antaranya persekitaran tumbesaran, didikan ibu bapa, kematangan berfikir dan sebagainya.
Merujuk kepada beberapa keadaan yang saya lalui, memang benar wujudnya individu bersifat kenegerian yang mendalam agak ramai berbanding yang melihat kenegerian itu sebagai sekadar identiti dan lebih senang jika negerinya tidak dijadikan parameter peribadinya. Kematangan berfikir lebih memudahkan setiap dari kita melihat individu dari pelbagai aspek dan sudut seterusnya membuang jauh nilai ‘menghukum’ negeri juga syak wasangka itu.
Indahnya Islam bila mana kita digalakkan untuk sentiasa bersangka baik meletakkan yang buruk pada tangga paling bawah.
Insya Allah..moga-moga kita dijauhkan dari sangka-sangka yang kurang menyenangkan itu.
~sekadar bicara dari hati yang sentiasa terumbang-ambing dek ombak duniawi..
p/s: maaf ya SP, terpanjang pula..
En Kid telah menulis tentang Aku Terkedu... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 16th, 2008 5:57 am:
Ya. Nilai ‘menghukum’ dan syak wasangka. Dua elemen yang harus kita awasi sepanjang masa.
Islam itu memang indah, kan? Aku tak jumpa mana ilmuan yang memperkatakan tentang bersangka baik, melainkan di dalam Islam.
Balas komen ini.
En Kid membalas pada November 17th, 2008 1:04 am:
Ya.. mudah-mudahan kita sentiasa bersangka baik dan mengingatkan antara satu sama lain..
Aku pun selalu je terlupa dengan sangkaan ini kerna perkara paling mudah untuk syaitan mencucuk jarumnya melalui sangkaan-sangkaan buruk itu. Cukup menakutkan..
En Kid telah menulis tentang Aku Terkedu... Mari baca!!
Balas komen ini.
chuckiesd berkata,
November 15th, 2008 at 11:32 pm
tak perlulah ader kenegerian sgt…betul entri memberikan aku satu pengajaran yang berguna..tak guna kita ader rase terlalu taksub kenegerian sgt..untuk apa…kalau untuk perjuangan lebih baik perjuangkan Islam…lagi bagus…
chuckiesd telah menulis tentang Saya, Me dan aku.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 16th, 2008 6:05 am:
Itulah. Aku pelik juga. Semangat kenegerian ada kaitannya dengan semangat patriotik. Kemerdekaan yang macam mana ingin kita perjuangkan, menyelamatkan akidah anak cucu kita, atau menuntut hak itu dan ini. Hmm..
Balas komen ini.
Miera berkata,
November 16th, 2008 at 6:44 am
assalamualaikum…
erm, pendapatku pula, aku ingin tahu asal negeri kelahiran rakan2 ku untuk mengenali budaya, adat, makanan dan dialek mereka… tidak pula timbul semangat kenegerian… yang paling aku suka adalah bercerita tentang keistimewaan hidangan atau makanan di negeri masing2… baru boleh mencuba…
ini satu cerita benar ttg sahabatku ketika dia bertandang ke rumah bakal ibu mertuanya di Kedah… sahabatku orang Perak…
ketika itu sahabatku hanya duduk sahaja di hadapan dan berborak bersama teman2nya yan menemaninya ke rumah bakal ibu mertuanya… kebetulan nenek tunangan sahabatku juga ada di situ… dia menegur…
“awat hang ni segan sgt…” (begiitulah lebih kurang maksudnya…)
kawanku ni tersipu2 malu krn menyangkakan nenek tunangannya memujinya “pemalu=segan”, sedangkan di Kedah maknanya “malas”…
ketika itu aku dan rakan2 lain cuma senyum sahaja, cuma seorang rakan kami dari Kedah ketawa kecil… apabila kami pulang, barulah kawan kami dari Kedah memberitahu apa yang dimksdkan oleh nenek tersebut…. (haru sungguh..)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 16th, 2008 8:48 am:
Waalaikumsalam,
Aduhh.. pedihnya..
Balas komen ini.
iliana membalas pada November 17th, 2008 5:09 am:
wahhh~ saya belajar di kedah. nampaknya kena lebih berhati-hati. memang agak mengelirukan apabila
gula-gula jadi coklat
biskut jadi roti
cantik jadi segak
p/s : apa pun, saya suka permainan bahasa. menarik! hehe…maaf, tiba-tiba datang menyelit
iliana telah menulis tentang NYAWA DI HUJUNG PARANG. Mari baca!!
Balas komen ini.
ilham_sufi berkata,
November 16th, 2008 at 6:56 am
macam mana pula situasi yang memang wujud dikebanyakkan kolej@univ sama ada di dalam & luar negara pasti ada badan kebajikan anak2 negeri.. (tak tau la sama sesuai atau tak diajukan di komen ini~~)
selalunya mana2 student akan daftar bawah mana2 badan kebajikan anak negeri utk dapat apa2 benefit dari BKAN ini cth zakat @ pinjaman..so,di sini akan tetap ada semangat kenegerian tanpa disedari…tul tak?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 16th, 2008 9:07 am:
Erk? Itu bukankah urusan dengan kerajaan negeri. Apa kaitannya dengan semangat kenegerian? Salahkah kerajaan negeri mengeluarkan biasiswa dan pinjaman untuk menggalakkan anak negerinya belajar bersungguh-sungguh?
Artikelku kali ini, bertujuan menyeru diriku sendiri dan kawan-kawan untuk membersihkan sangkaan buruk terhadap sesiapa, bukanlah mencari di mana silapnya. Perlunya kita perbetulkan CARA kita melihat, bukan apa yang kita lihat.
Balas komen ini.
amalina berkata,
November 16th, 2008 at 8:00 am
aku datang dari negeri yang agak kuat semangat kenegerian nya.
yang tu,aku no comment.
tapi tang persepsi orang yang bukan dari negeri aku terhadap orang negeri aku ni,datang dari mana?
dah biasa sangat aku dengar `jangan cari kekasih orang negeri sekian sekian ni` ke
`mak tak mahu kau dengan die sebab dia orang negeri sekian-sekian` dan lain-lain.
-pengalaman sendiri-
aku pun fikir,apa salahnya aku lahir kat negeri ni.still rakyat malaysia juga.dan ada jugak yang cakap,negeri aku jauh.
jalan raya lebuh raya pun dah lawa.flight kerap.tak jauh.
kenegerian tu satu.
kemalaysian tu lagi satu.
amalina telah menulis tentang cinta tiga segi WTF. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 16th, 2008 9:14 am:
Aku biasa dengar kenyataan itu dari sesiapa saja. Aku hampir-hampir juga terpengaruh. Aku bernasib baik, semua kawan yang aku kenal dari serata negeri membuktikan segala persepsi itu salah.
Biarkan mereka dengan labu-labunya.
Kita teruskan mendayung sampan.
Balas komen ini.
ieqa zainol berkata,
November 16th, 2008 at 10:04 am
salam..
terasa kekok menggunakan bahasa baku…
Tapi ianya satu pengajaran buat kita semua yang perlu menyedari bahawa bahasa itu lah yang sebenarnya penting untuk berkomunikasi antara satu sama lain…(luar topik la pulak kan??patot laa selalu dapat A2 exam)hahaha
>>Saya amat menitikberatkan soal kenegerian..Dari mana asalnya seseorang itu mencerminkan persepsi seseorang.Saya agak memilih untuk bersahabat..
Mungkin dari sudut positif,ada benarnya mengapa mereka menganggap saya terlampau memilih..Hakikatnya,itulah diri saya yang sebenar..Tidak gemar bergaul dengan orang-orang yang agak biadap bahasanya..Ramai yang mengatakan negeri seperti tut tut(hehe) bahasanya agak kasar,kurang sopan,dan selalu menyombong.
Tidak kira berjantina lelaki atau perempuan.Semuanya hampir sama..Bagaimana harus saya menghakis tabiat itu atau membuang prasangka buruk terhadap seseorang yang lahir dari sesebuah negeri yang di maksudkan(tut tut).. huh~
P/S:mmg memilih giler bab kawan niey~sampai ade orang yang memandang serong terhadap diriku ini…hehe..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 17th, 2008 6:19 am:
Mungkin akan sampai satu peringkat, di mana kau tak ada pilihan lagi waktu tu.
Ketika itu kau akan tahu, betapa pentingnya kita menerima kekurangan orang lain. Jika kau terus berdegil dengan prinsip itu, alamatnya hidup kau pasti akan bermasalah.
Balas komen ini.
nurul0505 membalas pada November 17th, 2008 10:05 am:
assalammualaikum….setuju ngan cakap bro.
Saya berpegang pada prinsip, setiap orang berbeza kerana setiapnya memiliki hati masing-masing.Apa yang ada dalam hati individu itu yang membezakan antara setiap orang.Dapat ke kita baca hati orang?
Urmm Allah sebaik-baik Hakim,siapalah kita nak menghakimi orang? Inikan pulak yang baru sehari dua kenal
salah silap…minta maaf
Balas komen ini.
misoshiru berkata,
November 16th, 2008 at 10:17 am
salam..
saya pula lain halnya..
setiap kali jumpa sesiapa yg baru dikenali..
lepas tanya nama..belum sempat saya tanya lebih-lebih ttg org tu,
dia dah lebih dahulu teka saya asal dari negeri mana..
tgk muka pun dah tau org negeri mana..huhu..
dah ade mindset “tokuchou setiap negeri” kat org2 kita..huhu
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 17th, 2008 7:53 am:
Oh. Senang dikesan? Maknanya kau rakyat negeri sejatilah. Syabas!
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
November 16th, 2008 at 11:58 am
salam SP..
Terima kasih untuk entri ini.
Bak kata ust Hasrizal, “menulis bukan untuk memberi tahu, tetapi mencetus mahu..”. Ku kira pengucapan ini besar kesannya kalau cuba di’amali’kan.
Lantas, ku cuba merenung, mengimbas, mengadunkan entri kamu ini.. maka membawaku membuka buku mencari tafsiran bangsa apakah aku..
..bangsa..hm..Melayu..
Tak..tak.. satu-satunya bangsa yang pasti menyatukan semua umat manusia –> MUSLIM..
ya..Muslim. Kalau ku cedok dari “Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb, dalam tajuk AKIDAH:Rupabangsa Muslim, Islam =membentuk Muslim = maka menjadi Muslim = dasar tali penghubung yang menghubung manusai dgn Tuhan, dan semestinya menyatukan manusia.”
(al-an’aam:153)
TQ Sp.;)
ainiaziz telah menulis tentang ..seSuaTu tentanG perKahwiNan II... Mari baca!!
Balas komen ini.
Wan Nurul Adila berkata,
November 16th, 2008 at 10:49 pm
Assalamualaikum w.b.t
Warna-warni kehidupan.
Persepsi salah itu biasa. Stereotaip itu pula mungkin kebiasaan. Perpaduan itu yang luar biasa. Manusia, memang normal untuk menjana hipotesis tatkala pertama kali berkenalan. Mungkin benar, dan mungkin juga salah sama sekali. Tapi indahnya di situ, kita kena lah buktikan kebenaran hipotesis tu. Bagaimana? Explore! Peraturan dalam ‘permainan’ ni senang saja. Berlapang dada.
p/s: Kadang-kadang rasa lawak dengar rakan-rakan ajuk dialek negeri tertentu.
Balas komen ini.
SangPelangi membalas pada November 17th, 2008 5:25 pm:
Berlapang dada, menerima semua kekurangan dan kelebihan sesiapa.
Balas komen ini.
suara berkata,
November 17th, 2008 at 1:01 am
Salam irfan,
“Oh, orang itu mungkin begini.. orang itu pasti begitu.”
Persepsi yang biasa muncul bila hati berprasangka. Membuat kesimpulan yang mudah untuk menjelaskan pendapat dan pendirian berdasarkan sedikit cerita dan pengalaman.
Kita tak mampu nak mengawal orang lain berfikir dan bertanggapan ttg diri kita, tapi kita mampu mengawal pemikiran kita dari memikirkan sesuatu yg tak sepatutnya tentang orang lain. Itu yg selalu kak su sematkan dlm fikiran.
suara telah menulis tentang Berbicara dengan DIA… fahamkah kita?. Mari baca!!
Balas komen ini.
SangPelangi membalas pada November 17th, 2008 5:30 pm:
Setuju itu, Kak Su. Kalau bukan bermula dari kita sendiri, dari siapa lagi, kan?
Balas komen ini.
abrar berkata,
November 17th, 2008 at 1:11 am
dalam kes ini mata hati dan zahir perlu cekap melihat.Biar akal mengadilinya..
abrar telah menulis tentang sahabat. Mari baca!!
Balas komen ini.
mollek berkata,
November 17th, 2008 at 9:21 am
hm.. sejujurnya, aku sendiri selalu menilai orang dari sebuah negeri ni sebagai ‘orang yang suka cakap besar’ dan aku memang anti dengan mereka ni.. tapi aku setuju bila kau kata, kita perlu elak syakwasangka tu. dan satu lagi, kita perlu belajar menerima orang lain seadanya..
Apabila kita beri peluang kepada diri untuk mengenali mereka yang kita sudah ‘mindsetkan’ sebagai tidak ok, kita pasti belajar sesuatu…. dan salah satunya, kita akan dapati yang mereka ni tidaklah seteruk mana dan mereka juga pasti ada kelebihan tersendiri.. cubalah!
mollek telah menulis tentang Kaset Rosak. Mari baca!!
Balas komen ini.
Guru Hujung Dunia berkata,
November 17th, 2008 at 11:38 am
Sebenarnya semangat kenegerian ini dinamakan ASOBIYYAH/ Kebangsaan..
Semangat Assobiyyah ini positifnya bila:
1. Sanggup berjuang demi maruah bangsa
2. Menimbulkan kecintaan untuk memajukan bangsa
3. Memelihara Agama Islam yang menjadi anutan bangsa tersebut
Semanagat Assobiyyah ini menjadi hina dan dimurkai Allah:
1. Menzalimi dan mengenepikan hak bangsa-bangsa lain
2. Mengetepikan hukum Islam
3. Menganggap bangsa lain hina
4. Menutup kejahatan dan kebrobokan bangsa sendiri
Ada satu haduth Nabi SAW yang maksudnya lebihkurang : Di akhirat nanti setiap kamu akan menuruti (mengikuti) golongan yang kamu percaya.
Ulasan : Saya tak mau mengikut satu organisasi atau kumpulan negeri yang zalim kerana dalam syurga tiada kezaliman walau sebesar zarrah..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 12:01 am:
Hmm. Saya merasakan agama dan bangsa itu dua benua yang berbeza. Melindungi agama Islam sebagai anutan bangsa, membimbangkan akan wujudnya anggapan bahawa Islam itu “agama warisan”, bukannya “agama pilihan” yang kemanisannya perlu dicari.
p/s: Semoga kita dapat membezakan makna antara Assobiyah dan ukhwah.
Balas komen ini.
nahwanNUR berkata,
November 17th, 2008 at 11:53 am
Assalamualaikum.
manusia memang selalu membuat persepsi. Namun, agak tidak tepat untuk berdiri dengan persepsi umum tanpa menilai sendiri terlebih dahulu.
Ana setuju kalau mengatakan fahaman assobiyyah kenegerian ni mampu menggugah suatu ukhwah. Namun itu realitinya, ramai juga yang mementingkan kenegerian. Memang perlu ada perubahan di sini.
Tak kisahlah dari sebab kenegerian, perwatakan, atau apa sahaja asal usul atau identiti seseorang, sepatutnya selagi bergelar manusia, ana rasa kita tiada hak menilai orang sewenangnya apatah lagi memandang rendah atas suatu kelemahan yang sedikit terzahir. Walhal, ada banyak kebaikan yang seseorang lakukan, namun tetap hitam itu yang ketara. Itu fitrah atau budaya pemikiran manusia?
Mabrook for this entry
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 12:08 am:
Fitrah kan kain putih yang suci. Siapa lagi pencoraknya kalau bukan alam sekeliling. Diri sendirilah yang perlu mendalami dan menapis sebaiknya ajaran serong dari luaran.
Kalaupun budaya itu mustahil dilunturkan, mari jadikan bersangka baik itu satu budaya baru.
Balas komen ini.
nahwanNUR membalas pada November 19th, 2008 2:42 am:
na’am. yang penting sebenarnya bagaimana nak husnu dzon dalam setiap perkara
Balas komen ini.
affuan berkata,
November 18th, 2008 at 1:25 am
aku orang kelantan – tempat lahir orang2 gedebe (samseng)
affuan telah menulis tentang Kenapa tiada iklan?. Mari baca!!
Balas komen ini.
amalina membalas pada November 19th, 2008 8:30 am:
saya orang kelantan.
tempat yang paling kurang digemari kaum ibu negeri lain untuk dijadikkan menantu.
hahahahahah
amalina telah menulis tentang WISHLIST!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 8:48 am:
Aduh, ayat kamu ini sejenis doa. Aku kurang enak menjamahnya.
Ketawalah kalian berdua, dalam tangis di hatimu. Bukan begitu?
Balas komen ini.
amalina membalas pada November 19th, 2008 8:52 am:
memang menangis…
nak tulis lagi tapi biar aku simpan aja dalam hati aku.
amalina telah menulis tentang WISHLIST!. Mari baca!!
Balas komen ini.
affuan membalas pada November 19th, 2008 11:39 pm:
er. kenapa nak menangis?
affuan telah menulis tentang Percuma. Mari baca!!
Balas komen ini.
Sumaiyyah berkata,
November 18th, 2008 at 1:33 am
saya juga begitu, apabila di awal perkenalan gemar bertanya
“Asal mana?”
Hmm, tapi lepas baca entri ni terus terfikir,
“Kenapa soalan itu yang kerap diutarakan di awal perkenalan?”
Bila difikir kembali, alasan untuk bagi persoalan saya ialah kerana manusia kerap mencari persamaan antara satu sama lain.. terutama dalam berkomunikasi.. (Based on ape yg saya belajar r)
Jadi, mungkin berpaksikan alasan itu, saya gemar bertanya
“Asal mana?”
Tidak bermaksud mahu bersikap Assobiyyah, tapi mungkin itu salah satu cara untuk berkenalan dengan lebih lanjut melalui mencari persamaan dan perbezaan agar komunikasi itu lebih bermakna..
Just pendapat..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 12:25 am:
Betul juga. Persamaan dan perbezaan dapat merapatkan ukhwah.
Tapi yang memelikkan aku, apakah tidak ada sudut lain yang boleh dilihat untuk mencari persamaan dan perbezaan? Minat, kerjaya, tempat tinggal, pandangan, dan bermacam lagi ruang-ruang untuk mengukuhkan perkenalan.
Biarlah aku tidak tahu, apa yang boleh kita capai setelah kita tahu mereka berasal dari mana. Apa yang penting, teruskan bersangka baik.
Balas komen ini.
dinie berkata,
November 18th, 2008 at 9:39 am
salam..
salahkah aku dilahirkan di melaka?haha
time nak kenal je,besenye org mesti tanye,
“asal mane?”
bile dengar je melaka,mesti dah xde persepsi laen,mesti ckp,
“ko ni mesti mulut lancang je.mulut xde insurans kan”
adoyai..daripada aku bermulut manis ni,lame2 pun leh
jadi lancang kalo sering di’doa’kan begitu..adoi
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 12:39 am:
Aduh. Takkanlah dia sekejam itu? Tak mengapa Dinie, kita boleh buktikan dari sikap. Kita ini bukanlah seperti yang dia sangkakan itu.
Balas komen ini.
Nazliah berkata,
November 18th, 2008 at 10:25 pm
Salam, masa mula-mula di Kedah, saya kecik hati jugak dengan bahasa/cara diorang cakap. Memang straight to the point. Lepas 3bulan dah boleh terima, and dah lima tahun duk sana akhirnya. Tapi diorg ni baik.
Pastu di Sabak Bernam, ramai orang Jawa, ok jugak. Tak ada apa2 yang susah pun. hehe.siap tahu 2-3 words lagi. hihi
Nazliah telah menulis tentang Speed Typing?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 12:48 am:
Straight to the point pun bagus juga. Tak perlu berlapik-lapik, tapi kena lihat tempat jugalah. Kita masuk kandang kambing, mestilah mengembek, tak begitu?
Balas komen ini.
irshadian berkata,
November 18th, 2008 at 10:52 pm
ya, bosan juga dengan isu perkauman ala kenegerian, kenegaraan
aku ingat semua dah global sekarang, tapi tidak.
terbaru kawanku nak sewa rumah untuk praktikal, kemudian dapat la tinggal bersama penghuni tersebut..
selepas beberapa hari, datang seorang lagi yang senegeri dengan penghuni rumah tersebut. dia diterima. tapi kawanku diusir kerana tidak senegeri dengan penghuni rumah lain.
irshadian telah menulis tentang Musafir Terakhir. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 19th, 2008 1:00 am:
Ish, ish, ish. Sampai macam tu sekali?
Tapi, betul-betul dah tanya sendiri dari hati ke hati kenapa diusir? Aku tak rasa bukan senegeri adalah alasan yang paling lekat. Kalau betul alasan itu disebut sendiri oleh mereka, bermakna sangat kejamlah mereka itu..
Balas komen ini.
anego berkata,
November 19th, 2008 at 1:03 am
isu ni mmg dah dari sejak dulu kan…tapi itulah soalan2 popular untuk memulakan perkenalan…anego ni biasanya suka org teka kalau ditanya asal negerinya. hehehe….kadang2 jawap je, kedah ke, melaka ke mana ke, kita orang malaysia kan?
p/s: anego tidak letakkan link di entri kamu yg lepas atas gangguan teknikal, sebab lain tak de fan. ok lepas ni akan anego link kan ya!
anego telah menulis tentang lambat. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
November 19th, 2008 at 1:41 am
perlu ka di tanya dari hati ke hati?? org dah bagi sign paham2 la kena blah. kalau nak tulis detail di sini mungkin akan salah faham. esok aku aku akan tulis fenomena ini di blog sendiri, sependek dan ringkas sebagai informasi bahawa masalah semangat kenegerian masih utuh di kalangan mereka.
Balas komen ini.
M.tiwol berkata,
November 20th, 2008 at 3:04 am
salam,
kita d malaysia ni kira dah bersyukur. masih boleh berlawak dgn bangsa masing2 dan tidakla “sesensitif” mereka d eropah(mmg smua fikir mcm tu).
itu smuanya bergantung kpd persepsi masing2.hal kenegrian tu mmg takkan pudar sampai bila2..walau dmana pun kt berada..wlpun kt tak fikir mcm tu(kenegrian) tp org lain masih mcm tu.
dan mesti mereka ada sbb masing2 yg mungkin boleh dterima pakai.
kalau free cuba baca link ini…http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/education/600470.stm
then kamu faham maksud sy apa yg berlaku d eropah.
mereka terlalu takut ttg isu bangsa berbanding kenegrian.
stkat negeri d msia,kita masih mampu berusaha..tapi bgmana pula bangsa. jgn kata msia ada 3 bangsa jer..tak termasuk org asli,sabah n srwk. cuba fikirkan….
Balas komen ini.
norina hakimi berkata,
November 21st, 2008 at 1:05 am
Salam.
“Awak dari negeri mana?”
Satu soalan yang selalu kita dengar di awal perkenalan. Bagi saya, negeri tidak melambangkang sifat atau ciri-ciri seseorang yang berasal dari negeri tersebut kerana 2 perkara tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan. Tidak salah jika soalan ini diutarakan tetapi tidak wajar seseorang itu dihakimi berdasarkan negeri asalnya.
p/s: saya tertarik dengan entri-entri irfan. teruskan menulis!
norina hakimi telah menulis tentang Hukum berpuasa hari Sabtu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Leokid berkata,
November 23rd, 2008 at 5:47 am
Err…aku di negeri mana ya?
Dilahirkan di sebuah negeri di utara semenanjung.
Tapi aku dibesarkan di merata-rata tempat. Di utara, di tengah, di timur, di borneo. Maka itu menjadikan aku orang yang jenis mana agaknya? -_-”
Dialek aku bercakap juga bercampur-campur. Jumpa geng “hang-aku”, aku boleh bercakap “hang-aku”. Jumpa orang yang bercakap “kawe-ambo”, aku pun boleh join sekali. Kalau orang yang bah sana, bah sini, aku pun sibuk meng-bah juga. Hehe.
Justeru, aku suka jika orang bertanyakan kepadaku – “Ko asal dari mana?”, maka aku dengan berbangga menjawab – “Aku dari Malaysia!” =)
Balas komen ini.
amir berkata,
November 24th, 2008 at 1:20 pm
lagi skali aku bersua
hehe
tp kan irfan, mmg standard la tanya asal negeri mana
bila dtg dari negeri yang sama, masing2 byk benda nak tanya, kenai dak orang ni, kenai dak cikgu tu,kenai dak awek tu..macam2 lagi la..kira wadai mcm byk la terbit..nantonaku..
tapi, tak semestinya kalau kita tahu org tu asal dari negeri lain dari kita, kita akan terus jauhkan diri..bezanya cuma cara perbualan dan isi perbualan.
tu ja
k ganbarou shiken!
amir telah menulis tentang Syampu. Mari baca!!
Balas komen ini.
nisah@terengganu berkata,
February 11th, 2010 at 7:54 pm
Balas komen ini.
nisah@terengganu berkata,
February 11th, 2010 at 8:01 pm
tak jagak kalau bahasa sms dikurangkan lambat las skit kerja,,,,,lagi satu kena taip panjang2……..campur2lah
Balas komen ini.