Tok Aki Bertarung dengan Ular Laut
Jam menunjukkan 2.30 petang. Sebentar aku lalai dengan “dunia” ku yang satu lagi itu. Macam biasa, aku dengan makanan ruji ku, “Red Alert: Tiberian Sun”, hasil pemberian Pak Mahid sempena pembelian PC dengan PERKESO Abah. Tak sedar sudah 1 jam aku menghadapnya sedari pulang dari sekolah.
Jangan lupa, Abah kau lambat balik hari ini. Kau kena jalan kaki.
Peringatan Tok Aki selepas kenyang dengan santapan. Santai benar dia bersandarkan kerusi kegemarannya.
Alahai. Kalau tahu lebih awal, tak adalah Ifan akan terperuk di depan PC tadi.
Aku mengeluh, agak kesal nada itu. Lantas mencapai tuala. Berlari ke bilik mandi. Cuma 5 minit sahaja prosesnya. Mengapa? Jangan tak tahu, gosok gigi, sabun, syampu, bilas, kesemuanya serentak menjadi satu. Itulah aku. Bukannya mandi yang semacam kerbau itu, tapi “mandi kerbau” yang bersabun dan bersyampu.
Aku ke beranda, terus duduk di anak tangga. Terkocoh-kocoh mengikat tali untuk Pallas, kasut rasmi ke kelas agama. Tiba-tiba.
Nnnggg……
Berdesing telinga kiri aku tak semena-mena.
Eh, ada orang meninggal agaknya di belah kiri ni.
Bermonolog sendirian. Biasalah, cakap orang-orang tua, cuma prasangka tiada fakta. Banyak sungguh petua orang tua, ada yang benar jangan taksub padanya. Ada yang salah, jangan dientengkan pemikiran mereka.
Siap semua. Tak sabar rasanya ke kelas Cikgu Salbiah. Sejak pagi aku tertunggu-tunggu, menanti subjek kegemaran ramai di kelas agama. (Sebab subjek Munakahat hari Selasa, hehe).
Sambil memandang Casio di lengan kiri. Telinga ini reaktif kembali.
SSSSsssst…
Sesuatu bunyi seakan berdesir seperti suara kentutan lembut. Secara automatik, kepala ini terpusing 40 darjah. Mata ini terceruk ke sudut meja. KAKU.
Tubuhku sekeras batu. Jantung ini seperti terhenti detiknya. Aku kini sedang merenung sepasang mata yang sangat tajam. Kecil. Panjang. Lurus. Hijau bersalut biru kecairan. Sesekali tersilau mata ini disinar cahaya Zohor yang terpantul di tubuhnya. Itulah ular laut, yang aku ingat wajahnya pernah terpampang di ensiklopedia. Aku ingin menjerit. Tapi lidah ini seperti dirantai kejutan jantung.
Selepas 15 minit aku sebegitu,
Atok!! Ada ular! Atok! Ular!
Aku menjerit semahunya. Terkeluar juga suara ini yang dari tadi duduk tersorok di dalam mulut.
Mana? Mana?
Kelam kabut Tok Aki dibuatnya. Hentakan tapak kaki Tok Aki semasa berlari boleh didengar dari luar beranda.
Jaga-jaga. Sebelah pintu. Jangan keluar.
Aku memberi amaran. Terpacak kepala ular itu setinggi sehasta. Seperti keadaan bersedia “menyerang” aksi ular itu di balik pintu rumah. Namun, Tok Aki memekik dari dalam rumah.
Aku nak keluar ni! Kau jaga-jaga. Bagi aku ruang!
Degil. Itulah Tok Aki yang aku kenal sedari kecil. Ada sahaja perintahnya. Sudah kuingatkan dari tadi yang ular itu di balik pintu. Aku segera mengalih bangku kayu yang menghalang laluan. Perlahan-lahan. Kemudian, aku mengangkat ibu jari. Sebagai isyarat tanda bersedia kepada Tok Aki di dalam rumah.
Sepantas kilat, Tok Aki melompat terbang ke luar beranda lagak gaya ayam sabungan Raja. Dan tatkala itu juga, ular itu memakok ruang udara untuk menjamah kakinya. Tapi, gagal. Tok Aki terus berguling mencari posisi.
Memang teratur langkah Tok Aki. Dia melompat sejauh lapan “anak kambing” dengan “lompat harimau” (jika diukur dari Seni Gayung). Sangat mengagumkan. Sedang aku, lima “anak kambing” masih terkial-kial berminggu-minggu.
Dia terus kaku. Sambil tangan dan kaki dalam bersedia. Matanya tajam menembak renungan ular itu. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Aku berhimpit ke dinding, naik berpijak atas para di belakang Tok Aki. Dia perlahan bersuara.
Kau pergi belakang. Carikkan aku buluh tua. Ada di balik kolah.
Aku sepantas kilat, melompat ke atas tanah. Terus berlari ke belakang rumah menuju kolah seperti dipinta. Jadi pening. Dua batang buluh tersandar sudah. Yang pendek berhujungkan pisau, yang panjang itu kosong biasa. Boleh kuagak apa maksudnya.
Sudah semestinya yang pendek berhunus pisau paling sesuai. Aku capai buluh pendek itu, kembali mendapatkan Tok Aki di atas beranda.
Atok. Ini…
Sergah aku di ruang tangga. Tok Aki dan ular masih begitu seperti mula. Tidak bergerak, tidak beraksi.
Pengor! Bukan yang ini!
Marah benar nampaknya. Kemerah-merahan matanya. Sumpah seranahnya jarang ditutur. Tok Aki cuma berubah bila barannya memuncak. Aku masak benar keadaannya di waktu begini.
Aku berlari semula ke kolah tadi untuk mengambil buluh yang satu lagi. Panjang. Sepanjang galah penyidai ampaian jemuran. Tebal. Setebal penumbuk lelaki dewasa. Buluh itu nampak biasa. Telanjang tak bermata. Kosong bak galah tua. Pelik dibuatnya. Galah “kosong” dibuat senjata?
Tok! Ambil ni!
Aku lalu mencampak buluh itu dari bawah anak tangga. Dengan sebelah tangan kanan, buluh itu disambar kemas. Sudah lama Tok Aki bersedia. Seakan tidak sabar mahu memulakan serangan.
Bismillah..
Perlahan. Aku kembali ke atas para di dinding belakang Tok Aki. Memerhati dari atas, tanpa berbuat apa-apa. Aku jadi cemas.
DUSHHH…
Buluh itu dihunus pantas ke kepala ular itu. Ular itu mengelak dan terhentak buluh itu di dinding. Ia terus menyusur ke depan. Berdesup ke arah Tok Aki.
Tok Aki melompat ke belakang. Hujung buluh itu ditadah ke depan mengelak patukan ular. Ular itu bergolek ke tepi, lalu terus meluru ke depannya. Tok Aki tepis lagi dengan hujung buluh. Tepat di kepala ular. KENA.
Padan muka.
Getus hati ini. Baru ku sedar motif buluh panjang itu. Untuk serangan jarak jauh rupanya. Untuk keselamatan tubuh dari dijamah ular berbisa. Sudah aku jangka orang tua ini. Entah berapa kilo garam sudah ditelan agaknya. Garam pengalaman dari perguruan Tok Seru. (Aku tak tahu siapa Tok Seru, tapi nama itu sering sahaja timbul dalam cerita-cerita Tok Aki).
Ular itu tercampak ke tepi. Tapi sepantas kilat ia berundur ke belakang menuju pintu masuk rumah di ruang beranda.
Pan, kau jaga pintu depan.
Dia beri arahan lagi. Aku jadi cemas. Ular itu seakan mahu masuk ke dalam rumah. Aku melompat ke tanah. Terus menyelinap ke dalam rumah melalui tingkap di belah tepi. Berkejar ke pintu selaju yang mampu.
Cepat, Pannn…
Suasana makin gamat. Aku sempat sampai di depan pintu di dalam rumah, lalu mengatup daun pintu yang tadi terbuka luas. Dan sesaat itu juga, di kala pintu itu sedang saling merapat, ular itu berjaya masuk ke dalam rumah. Sangat pantas. Tapi, kepantasan aku lebih melangkau jangkaan kerana kepala ular itu sekarang tersepit di celah pintu yang sedang ku tahan.
Kini, kepala ular itu betul-betul di depan mata. Sejengkal jaraknya dengan ibu jariku. Jantung semakin kencang berdegup. Terdengar hentakan-hentakan buluh yang Tok Aki bubuh di tubuh ular dari luar. Ular itu meronta-ronta keperitan. Cengkaman aku pada daun pintu semakin kuat. Sesekali aku menendang daun pintu dengan harapan agar putus kepala ular itu, tapi tak berjaya. Ular itu liat, tangkas, dan gagah.
10 minit sudah berlalu. Entah berapa ratus das hentakan buluh di tubuh ular itu dari luar rumah. Dan entah berapa liter peluh ini menitik sewaktu menahan kepala ular dengan pintu.
Tiba-tiba, Tok Aki menghentikan serangan. Suasana jadi sepi. Ular itu semakin lumpuh tak bergerak-gerak.
Tukk.. Tukk.. Tukk..
Terdengar tiga bunyi hentakan buluh di atas lantai olehnya. Terdengar bisik-bisik suara yang terpacul dari mulut Tok Aki dari luar. Entah “resmi” apa yang sedang dia lancarkan. Aku rasa pertarungan ini sudah berakhir. Tenang semula. Lega. Perlahan-lahan aku membuka daun pintu.
ZZUPPPPPP….
Ular itu terus menyusup ke celah kangkangan aku. Aku terkejut. Rupa-rupanya ular itu masih hidup. Ia berpura-pura mati sebentar tadi. Sepantas itu juga aku melompat ke atas meja makan di sebelah kanan aku. Ular itu akhirnya berjaya masuk ke dalam rumah.
Bodoh! Aku belum siap lagi!
Tok Aki menjerit dari luar. Marah benar nampaknya.
Alah! Mana Ifan tahu. Ingatkan dah habis semua.
Menyesal sungguh aku. Mana kutahu apa yang Tok Aki lakukan tadi. Aku sangka semuanya sudah berakhir. Rupanya ketenangan berupa sementara.
Cepat, Tok! Dia masuk ke bawah sofa. Cepat!
Aku pula yang mengarah Tok Aki dari atas meja. Tak dapat diteka apa sasaran ular itu. Sepertinya mahu ke bilik tengah, bilik Tok Aki yang tersimpan segala khazanah lama.
Tok Aki melompat ke ruang tamu. Masih memegang erat buluh panjang itu. Marah menggila nampaknya. Habis terbalik sofa dilayangkan. Permaidani yang tadinya terhampar indah, kini terdampar di atas longgokan sofa kerusi yang dia alihkan.
Kami tercari-cari bayang si ular. Lesap di dalam rumah. Pelik. Mungkin ular itu sudah mati agaknya.
Aku dan Tok Aki berpandangan. Dia mengangkat dagu berkali-kali pada aku. Aku cuma mengangkat bahu isyarat hairan.
Vrrooommm…
Bunyi bas awam yang berhenti di depan rumah. Menurunkan penumpang yang pulang dari pekan Rengit.
Tok Aki terus duduk di atas lantai. Menggulung-gulung daun nipah kering itu. Mengetik api. Fuhh.. berkepul-kepul asap. Nampak tenang bersahaja. Aku di atas meja perhatikan gelagatnya. Sungguh pelik. Ular laut yang dicari-cari, asap rokok yang jadi nikmatnya.
Dia dah balik. Naik bas tadi. Kau tak payah duduk di atas meja tu lagi. Runtuh nanti.
Bersahaja gayanya dengan rokok daunnya.
?????????
Memang aku pelik. Ular lau dalam rumah yang bersembunyi tadi, dah balik ke tempat asalnya dengan menaiki bas? Tak pelikkah kenyataan itu??
Sambil merokok, dia bercerita. Ular itu jelmaan manusia. Dihantar seorang pendengki di Shah Alam. Diutus jauh dari Palembang. Dengar khabarnya, tidak berpuas hati dengan kemajuan butik milik anaknya di Shah Alam.
Pesaingnya gagal merempuh “dinding” butik makcik. Lalu mengalih tumpuan pada “pemasang dinding” pula. Itu motifnya ular itu datang jauh ke selatan negara, untuk memulangkan paku berbuah keras.
Kemudian, Tok Aki menelefon makcik di Selangor.
Kau tutup saja butik tu, jangan ditanya kenapa. Nanti aku cerita.
Cukup ringkas mesej Tok Aki di talian.
Aku? Aku kebingungan. Ular boleh naik bas? Nak panjat tangga bas dengan apa? Kaki?
———————————————————————————————-
Moral:
1. Jangan hisap rokok. Bahaya kesihatan.
2. Selepas ini, dengar cakap orang tua, ya.






adibah abdullah berkata,
April 28th, 2007 at 11:05 pm
salam.
Nak memberi komen yang tiada kaitan dengan cerita.
(eh, ifan anak gayong gak?? mengapa baru kutahu? lime ekor anak kambing? mantap2~ rindu gelanggang bila di bumi asing nih..)
Masih bersilatkah?
meow~
Balas komen ini.
harisNoor berkata,
April 29th, 2007 at 5:50 am
salam.
nak memberi komen yang tiada kaitan dengan cerita gak…
tak sangke ifan bersilat gayong… xleh lah nk kasi komen pnjg2… sbb aku anak silat cekak!!! hehehehe…
blog aku da mula aktif kembali… ade hidangan baru baru! wakakakaka…
bile bace blog ko terase cam bace mastika laks… hehehehe… tp lagi best ar…
Balas komen ini.
ubie79 berkata,
April 30th, 2007 at 4:34 am
Huhuhuhuhuhu, ngeri sehhhh
Balas komen ini.
catz berkata,
April 30th, 2007 at 3:42 pm
erm..ifan…tukar jerk theme blog ni…heheheh..apapun cite yg menarik
Balas komen ini.
siti norbaya berkata,
April 30th, 2007 at 4:06 pm
salam.. irfan citer tul ker ni??? iiissshh apa lima anak kambing tu???
napa kambing?? bkan lembu? unta ker??? tak paham laa…..hehehe..igt tak cikgu salbiah ckp sape tak lulus munakahat tak bleh kawin.hehehe.. takut jgk tak lulus. heehehe..
sakit ati tul la dgr citer ko ni..issshhh..
btul ker ular naik bas? tau ker nk berhenti kat ner??hehehe.. cm ner nk tkan loceng???dah tu ank tok aki tu tutup ker butik dia???
Balas komen ini.
alan_best berkata,
April 30th, 2007 at 5:07 pm
haha..biar aku jelas kan perjalanan idea ko.ko dah start satu cerita atok ko,n dapat komen yg agak best,so ko pon akan teruskan lagi cerita2 atuk ko..hahaha..tapi takper..bagus2..aku dah dgr dah cite ni tapi cam best gak bila baca lagi skali..dgr cita tarik pengunjung friendster baca blog nmpak?(jahat gile aku)hahahaha..best gak klo ader kenalan orang ader `ilmu` cam atuk ko..pe pon..gambare..
Balas komen ini.
aku berkata,
May 2nd, 2007 at 11:30 am
itu ular jin ler..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 2nd, 2007 at 2:18 pm
adibah abdullah :
skarang dh tak bersilat la..mcm dah malas..haha..
sbb hobi baru skang hobi tido..
harisNoor Says:
wah2.. bercekak rupanya.. cekak tang mana? cekak hanafi?
(blog mu dalam Inggris..bagus utk ku yg lemah ni..heh)
ubie79 :
oh ya.. ubie.. projek Jakun apa crita ek? dah cetak ke?
catz :
ala..skit2 jek dh la kot.. lgpon kisah mistik ni tak ssuai utk bacaan kanak2..hehe..
siti norbaya :
anak kambing.. istilah utk org yg bersujud secara berbaris.. dan kau lompatlah merentasi “anak2 kambing itu” itu..
wah2.. pantang ada klas Munakahat.. laju jek ko..
alan_best :
ala Lan.. saje nak taip balik.. bahasa mulut dan tangan kan lain..kan? kan?
aku :
oh.. pernah jumpa ke Encik Aku?? uish.. seram mata ular tu; kan?..
Balas komen ini.
aziem berkata,
May 4th, 2007 at 5:11 am
huh….bersemangat cetanye…..sampai terlupa stress aku pas tengok markah test bulan lepas tadi….. tah la manusia ni mcm2….. patutla ular 2 leh tercengang tengok ko 15 mnt…lama tuuuuuuuuu.. aku guna 12mnt abis baca cete ko ni…tererkan
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 11th, 2007 at 8:19 am
aziem :
Wuih..12minit? power tuh.. speed reader.. ni mesti jenis budak bijak ni kan? kan? hehe..
Balas komen ini.
nahle berkata,
May 18th, 2007 at 11:24 am
camna atok aki bley hebat2 bab2 cenggini eh.. blaja apa?
Balas komen ini.
Kaamyl berkata,
May 26th, 2007 at 7:18 am
masyaAllah la your atuk..
nenek org penah bedepan ngan ular (sawa kot) time tgh toreh getah..
tapi beliau cabut lari je..huhu..Alhamdulillah umur de panjang
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 26th, 2007 at 2:51 pm
nahle :
entahlah ye.. yang pasti ilmu tu tak diajar kat skola biasa.. hehe..
nahle nak belajar tak? saya pun nak..tapi tak dapat..hehe
Kaamyl :
wah2..nasib baik your nenek strong nak lari..
nasib baik ular tu tak kejar kan? patutnye tanya dulu.. “kalau ko ular btul, ko diam di situ. Kalau ko ular jelmaan, baik ko pergi sebab aku tak ganggu ko..” (petua orang tua2 la kot) nak senang baca ayat kursi sambil lari..hehe
Balas komen ini.
aiNuL berkata,
May 26th, 2007 at 2:55 pm
bahase tuan umah gune mmg best la..hehe..x bosan bace wlpn pjg2..
Balas komen ini.
hazeemanhazeeq berkata,
June 3rd, 2007 at 7:54 am
hehehe….cite nih dah penah dgr laaa bang efun…kat dalam bilik dlu…crite sebelum tido kami…diceritakan oleh abg mazni…anda sume akan lebih teransang kalo tgk gaye die bercerita….sekian….q:)
Balas komen ini.
-aku- berkata,
November 2nd, 2008 at 3:05 am
aku xde ape nk komen..tp nk tingl jugak komen sbb aku sahabt baru heheh
crite ko ni aku bukan rase seram,sebaliknye aku tergelak2 hahahah
gaye ko lompat,sume aku bayang.,…dh mcm cite misbun sidek ngn wak die tu hahaha
kadang2 artkel santai mcm ni memberi aku lebey mint nk bace blog org hehehe
yoroshikuneh—jejak d tinggl dr nihonkai
Balas komen ini.
qamarun berkata,
December 2nd, 2008 at 3:02 am
suspen betul bace..macam mane la ek boleh lompat sampai
atas meja makan..huhu..
Balas komen ini.