Aku nyaris2 dimasukkan ke Wad..kesan Virus INFLUENZA..

Pada January 14th, 2007, ia ditulis oleh Al-Irfan

jam menunjukkan 7am, sepatutnya aku turut bangun mnyertai perhimpunan bulanan di pagi sejuk itu…
.
“Irfan san.. Daijoubu desuka??” (irfan..kau ok ke?) Ketua Aras Blok menggerakkan badan ku yang lemah tak bermaya..
.
“Chotto amari genki jyanaidesuga.. ikanakya ii kana..” (saya mcm xbrape sihat..baik xyah pegi kot?) aku cuba juga untuk menjawab walaupun hampir sluruh tubuhku ini tidak mengizinkan untuk meluahkan kata..
——————————————————————————————–
dipendekkan cerita..aku dibawa ke pjabat oleh Tutor aku…
bjalan jugak lah aku ni terhegeh2 semata2 nak dapat cuti MC..
.
sejurus pintu ofis dibuka..Semua orang terkejut!!!!!
“haa???? IRFAN san mo’??????” (irfan pun??) semua orang terkejut memandang aku yg sedang bertopengkan topeng jerebu tu..
.
aku pun terkejut la jgak…bila aku tengok kat papan hitam kt ofis tu,
“SENARAI PELAJAR PULANG MINGGU INI”
ada 12orang semuanya…SUSPEK VIRUS INFLUENZA….
8 daripadanya masuk Wad..
.
hmm..Virus ini semakin tersebar meluas di Jepun, Media sudah pun memberi amaran kpd semua orang utk berjaga2…
Batuk2 dan demam berlarutan seminggu yang aku hidapi..rupa2 nya adalah kesan daripada Virus ini..
.
aku dikejarkan ke klinik berdekatan oleh Yamamoto San (orang ofis..paling kamceng ngan aku)..untuk mengelakkan dia juga djangkiti..aku memilih tempat duduk di belakang dan aku menutup seluruh muka dengan tuala kecik yg slalu dibawa ke mana2..

Aku disambut oleh seorang Nurse yang memang cun..tengok rupa iras cara senyuman die tuh, aku rs die ade bakat jadi pelakon (siapa bilang gadis Melayu tak menawan…ewahhh…)
.
Die pimpin aku masuk ke bilik kecemasan..cececeh…tp aku wat2 rilek la.. tak tergoda pun..tapi layanan yg diorang beri tu memang HIGH CLASS.. dah mcm klinik utk orang2 kaya plak aku rase…
.
sampai ke meja doktor.. nurse tu x semena2 plak die angkat baju aku.. terkejut gila aku dibuatnya.. tangan aku otomatik tepis tgn die…Ye laa… kalau ye pun, bgtau la dulu…bukan aku xbole bukak sendiri..
hehe..Pakcik doktor tu tersenyum jek tengok gelagat aku…maklum lah kan.. orang Asing yg baru pertama kali datang ke klinik kt Jepun ni..
.
Lepas doktor tu cek jantung, suhu, tekanan darah semua, doktor mintak aku dongak..Awek Nurse tu pgang kepala aku time dongak…die tahan kuat2..ketakutan yg melanda menyebabkan aku sedikit mengigil…
.
Doktor mengambil sebatang lidi yg ada kapas dihujungnya…lalu dijolok jauh ke dalam lubang idung aku…memang sangat dalam dan sangat menyakitkan..
aku sedikit mengerang..airmata tak semena2 keluar dek usaha-usaha aku untuk menahan kesakitan (bukan nangis ye..tapi mmg airmata tu keluar otomatik sebab kepedihan yang wujud..harap maklum..)
.
setelah hampir 2cm panjang lidi tu dimasukkan..die pun tarik keluar perlahan2 lidi tu…PERKH…terasa tulang hidungku beralih sedikit demi sedikit..sekali lagi airmata itu membasahkan pipi ku (cuma setitik dua..bukan sebaldi yang disangka ya..)
.
aku lihat hujung kapas itu penuh dengan darah..lalu sampel darah itu dimasukkan ke dalam sebuah mesin khas untuk diemparkan..(digoncang)…Mesin itu tertulis “INFLUENZA DETECTOR”…aku semakin bimbang..takut2 kesannya adalah positif dan aku bakal dimasukkan juga ke dalam wad…
.
Keputusan akhir..setelah menanti penuh sabar..
SAH… aku dijangkiti VIRUS INFLUENZA…seperti 12orang yang lainnya..aku dikehendaki bersiap2 untuk ke wad untuk dikuarantinkan..
.
Dalam perjalanan pulang, otak aku ligat berputar..mencari helah dan seribu alasan untuk tidak turut sama dalam menempuh hari2 di dalam ruang kebosanan maksimum (iaitu bilik wad).. lalu aku menyusun ayat..menambah bunga dan sedikit perisa untuk memaniskan mulut, memberi 1000 keyakinan untuk melepaskan belenggu ini..
————————————————————————————–
Akhir sekali… aku tidak jadi dimasukkan ke dalam wad..
alasannya?? aku mengatakan bahawa aku masih boleh dikuarantinkan di asrama jika aku tidak keluar bilik sepanjang hari…(macam Logik jugak kan?)
.
p/s: Jika anda dilanda penyakit…sedarlah itu cuma ujian..
Jentikan kecil dari-Nya..untuk membangunkan kita dari tidur yang lena..
Muhasabahlah…

Sudah menjadi ahli Sahabat Sang Pelangi? Ada hadiah bonus, tau. Sila masukkan:

Nama Panggilan:
Alamat Emel:

Sila semak peti emel anda untuk melihat balasan dari saya (termasuk di kotak SPAM). Jika tidak menerima apa-apa, boleh hubungi saya di ruangan kontek di atas, ya?


Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya.
Klik tajuk di bawah.