Aku dan sastera
Sebenarnya aku juga tidaklah terlalu minat dengan sastera. Tapi, bilamana aku kesepian, aku terasa ingin menulis berat-berat. Aku gemar bercakap sendiri melalui tulisan. Di SangPelangi, tujuan asal adalah untuk bacaan sendiri.
Kamus bahasa Melayu begitu tebal, aku khuatir ada istilah yang bakal diluput zaman kalau tak diamalkan. Memanglah sesebuah perkataan tak berdampak besar terhadap manusia sejagat, tapi agak sayang bila ada satu istilah yang pupus. Sangat memalukan, bila ada orang asing yang menuntut di tanah kita dan menuturkan bait-bait indah dengan bahasa kita. (Ada orang asing menyanyikan lagu puisi Melayu di Youtube, pergilah cari.)
Selain buku-buku, sebenarnya aku dipengaruhi ibuku, Ama, yang bahasa Melayu sehariannya agak tinggi darjatnya. Tika dimarah, habis keluar segala patah kata pelik yang memeningkan. Kalau memuji pun begitu juga. (Kamus Dewan di rumah sudah lusuh. Alhamdulillah Al-Quran juga bernasib sama.)
Contohnya, bila tak menepati masa, kami digesa dengan ungkapan “Deras!!!” oleh Ama. Berbanding perkataan “Cepat!” atau “Laju!” yang biasa kita dengar, istilah yang Ama gunakan itu membawa kesan yang lebih mendalam. Kami adik-beradik yang mendengarnya pasti bertambah cepat luar biasa. Ada banyak lagi istilah sastera Melayu lain yang Ama gunakan. Ama mengajar kami mem’baca’ alam dan bertindak menterjemahkannya ke dalam perkataan.
Ada satu amalan kami yang menarik di rumah. Kami selalu bermain pantun. Lebih-lebih lagi bila selepas makan malam bersama. Adik tak mahu kalah biarpun cuma dengan pantun dua kerat. Contoh pantun, “Dian Teluk Mas, siapa kemudian dia kemas”. Ada juga unsur sindiran yang aku kira baik tujuannya. Contohnya bila ada antara kami yang makan tak henti-henti, akan terkeluarlah ayat ini, “Hujan ribut, ada hentinya.” agar yang sedang seronok makan itu beringat-ingat. (Sunah kan berhenti sebelum kenyang).
Sudahnya, di sekolah bila berbual dengan kawan, tanpa sengaja terpacul istilah pelik yang pasti diketawakan rakan. Contohnya, aku pernah terucap satu istilah, iaitu ‘kelabut’, lantas disahut gelak golek oleh sahabatku, Faiz Sulaiman dan kawan-kawan. Dia menuduh aku menggabungkan ‘kelam’ dan ‘kabut’ menjadi satu. Aku yang tak berpuas hati, terus mengkaji dan menemukan bukti dari Kamus Dewan, bahawa perkataan ‘kelabut’ itu betul wujud. Itupun digelak juga. (Faiz, apa macam? Haha. Macam-macam.)
Lucukah aku? Aku dipanggil Encik Kacang, kerana aku dikatakan suka berjenaka dengan bermain kata. Aku digelar Si Penglipur Lara, kerana menyebabkan 21 orang sahabat tidur di bilik yang sempit, dek terkesan cerita seram yang aku bawa. Aduh. Selagi ia bisa merapatkan persahabatan, aku memang sangat berterima kasih kerananya. Hehe.
Tak sangka sejak akhir-akhir ini, kedatangan pengunjung ke SangPelangi agak mendadak, membuatkan aku ingin menulis sesuatu yang bisa difahami semua. Aku tak ingin dikata blogger yang kejam, mendera pembacanya dengan istilah pelik (entahlah, aku tak pernah menganggapnya pelik. Orang yang merasa pelik itulah yang memelikkan.)
Kerana itu, ada entri yang terkandung istilah agak janggal kita jumpa. Ada juga dengan istilah yang biasa kedengaran. Aku sedang melaras tara, antara kemahuan (minat) aku sendiri, dengan kehendak pembaca. Akhirnya aku korbankan kemahuan yang memuncak, agar semua orang bisa menikmati ilmu secara aman. Oh, sedih sekali. (haha. Aku meminta belas.)
Aku sedang berkira-kira untuk menulis dua blog. Satu entri selirat sastera, satu entri biasa-biasa (ah, aku tak tahu, tahap apakah yang biasa-biasa itu.)
Kemaskini 26 November 2008: SangPelangi menyediakan pautan ke ruangan kamus digital untuk memudahkan kalian semua. Harap membantu.
p/s: Sekali lagi memberi penegasan, SangPelangi awalnya untuk monolog sendiri, ya? Untuk bacaan generasi anak cucuku sendiri. Kalau dibaca orang, ia suatu bonus. Kalau difahami dan terkesan, ia adalah mega bonus. Mendapat komentar? Aduh, itu aku rasa hadiah paling mahal buat SangPelangi. ![]()
















HE berkata,
November 25th, 2008 at 9:11 am
tulisan atas kehendak sendiri menjadikan sangpelangi unik, yang itu menjadikan aku mengikuti blog ini..usah menjadi tulisan atas kehendak orang lain kerana ia bukan sangpelangi…tak gitu?
Yang Kurik Itu Kundi
Yang Merah Itu Saga
Yang Canik Itu Budi
Yang Indah Itu bahasa
HE telah menulis tentang Pantun II. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 5:50 am:
Terima kasih bro. Aku pun tak pasti lagi apa sebenarnya identiti SangPelangi. Semoga aku terus menjadi diri sendiri.
p/s: Aku ikuti HE sebab gambar cantik-cantik. Hihi.
Balas komen ini.
umaralfateh berkata,
November 25th, 2008 at 9:18 am
waduh-waduh kamu ni. entry kamu ini membuatkan saya tersenyum.
kamu sungguh menarik..cemburu dengan tarikan kamu yang membuatkan ramai orang bersamamu..ada resepi?..
umaralfateh telah menulis tentang Nilai Tuhan Dalam Beramal. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 5:55 am:
Tak perlu cemburu. Nanti satu masa, SangPelangi pasti akan sepi kembali. Begitulah teori pelangi, cerianya mengikut musim. Semoga tarikan itu tidak merosakkan tujuh jalurannya.
Balas komen ini.
Leokid berkata,
November 25th, 2008 at 9:19 am
Samalah keadaannya dengan Leokid’s Life. Cadangnya mahu menjadi tempat mencoret pengalaman sendiri menempuh ranjau hidup sepanjang perjalanan menjadi dewasa. Agar menjadi tatapan dan pengajaran buat generasi masa depan, serta menjadi peringatan buat diri sendiri agar sedar asal usul diri.
Tapi alhamdulillah, makin lama makin ramai berkunjung dan berminat atas tuan yang empunya diri. Hinggalah diilhamkan oleh Allah – “mengapa tidak dihadiahkan kepada pengunjung, manfaat dan hikmah yang kau dapat sepanjang perjalanan hidupmu ini?”. Bermula dari itulah, aku sering mencari hikmah dalam peristiwa yang berlaku dalam hidupku, agar dapat dikongsi bersama pembaca lain.
2 blog? Sepertimana yang aku telahpun ada. Di wordpress, tempat aku berceloteh mengenai diri aku sendiri serta persekitaran aku. Di domain sendiri, tempat aku berinteraksi dengan pengunjung luar. Semoga kedua-dua tempat bermadah aku ini saling menampung kekurangan antara satu sama lain, serta menjadi manfaat kepada pengunjung dari segenap latarbelakang, inshaAllah.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:01 am:
Hmm. Rasanya kita sejiwa. Mungkin patut dikatakan, menulis blog bermula dari minat, maka kesuramannya tetap tidak mengecewakan. Kerana ia pasti berbalik tujuan asal kita menulis tadi, kembali pada diri sendiri.
Berkenaan dua blog, aku tersangatlah minat nak menulis hal-hal teknikal berkaitan seni, grafik dan perniagaan internet. Nanti aku usahakan menulis dua.
Dulu aku menulis di satu lagi blog, IrfanReka untuk tutorial grafik, tapi ternyata aku tak dapat nak membuat dua kerja dalam satu masa. Walaupun kedua-duanya adalah minatku sendiri.
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
November 25th, 2008 at 9:47 am
tulis lah mengikut apa yang disukai. itu menunjukkan identiti sebenar penulis.
tapi,
terima kasih sebab utamakan pembaca dan punya niat untuk berkongsi.
puding caramel telah menulis tentang ???. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:05 am:
Sama-sama. Terima kasih kembali kerana masih di sini.
Balas komen ini.
mulabelajarhentimimpi berkata,
November 25th, 2008 at 10:12 am
Kalau entri selirat sastera~perlu ada nota kaki barangkali.Hehe.
mulabelajarhentimimpi telah menulis tentang Berbahasa dengan bahasa. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:05 am:
Cadangan baik.
Balas komen ini.
satini berkata,
November 25th, 2008 at 10:17 am
alahai tiba2 rs bersalah plak mintak irfan kurangkan ayat sastera via emel aritu. Patutla bro kate nk jawab nanti pnjg lebar. sori sangat2 sebab dah kecewakan sebuah impian.
Baiklah bro. Trusss menulis. harap dpt belajar ssuatu. Cara bro fikir agak lain ek?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:07 am:
Tak perlu rasa bersalah Satini, menjadi kewajipan untuk memahami orang lain. Saya pun tak boleh nak pentingkan diri sendiri.
Balas komen ini.
Far East berkata,
November 25th, 2008 at 10:46 am
Salam efun…
weih2…bukan aku sorang aaa yg gelak time tu..ramai lagi aaa..sume org tak caye “kelabut” tu ade dalam kamus dewan edisi ke 3, walaupun ko dah bagitau dengan nada suare dan muka yang sungguh serious seperti seriousnya encik kacang (Mr Bean) <–aik tak tulis kat entry ke en Kacang tu ape..hahaha..
Pasal penglipur lara tu, aku kurang pasti sama ada aku antara golongan 21 org tersebut.haha..adekah itu peristiwa selepas berlakunya peristiwa nie http://www.sangpelangi.com/kenangan-hari-lahir-doa-yang-dimakbul-tuhan.html
Balas komen ini.
cikgu_eya membalas pada November 25th, 2008 12:40 pm:
Masih tak berpuas hati dengan seorang sahabat yang meragui kenyataanku. Sungguh ! Dia tak percaya perkataan mengalan-alan atau mengalan sememangnya ada dalam kamus dewan. Sebelum aku kemukan bukti, dia bertanya ‘Bahasa apa yang kau guna?’
p/s: lebih selesa kau guna gaya bahasamu sendiri. Bukankah itu daya penarik blog mu ini? Jangan kau biar ia sirna. Yang berselirat itu menggamit rasa ingin tahu lantas terus mencari. jangan diberi mudah, terlalu memanjakan minda.
cikgu_eya telah menulis tentang Melihat Dengan Akal I. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:11 am:
Itu yang saya katakan di atas, yang dikata pelik itu, adakah merujuk perkataan, atau tak tahu perkataan itu yang memelikkan? Tapi, bila bahasa Inggeris ada yang tak pernah didengar, tak kedengaran pula suara sumbang. Aduh, bahasa kita dianak tirikan?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:09 am:
Ah, aku tak kira. Maruah lama harus dibersihkan semula. Haha.
Encik Kacang? Aku pun dah lupa apa maksud dia. Ajis yang mulakan dulu. Huh.
Balas komen ini.
kayanne berkata,
November 25th, 2008 at 10:53 am
aku mula2 tertarik dengan sang pelangi kerana bahasanya yang unik daripada kebanyakan blog-blog yang aku intai. bagi aku trus saja kekalkan ape yang ada kerana itu memang identiti mu. tapi kalau nak buat dua apa salahnya, asalkan diri cukup rajin untuk memantapkan kedua-duanya. walau apa pun, aku tetap akan sokong sang pelangi!!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:14 am:
Itu yang memeningkan ni. Aku susah nak fokus dua kerja dalam satu masa. Aku tak cukup rajin. Tambah blog, alamat bertambahlah tanggungjawab.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
November 25th, 2008 at 12:41 pm
ooohh… maaf far-east, tersilap hantar. Itu komen untuk entry ini.
cikgu_eya telah menulis tentang Melihat Dengan Akal I. Mari baca!!
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
November 25th, 2008 at 1:30 pm
salam..
kerana indahnya bahasa di sang pelangi aku menjadi pengunjung setia..
hurmmm.. jika kerana ‘kelabut’ kamu diketawakan, aku diketawakan dek penggunaan ‘diperkotak-katikkan’ sewaktu aku dibangku sekolah dahulu, dan sekarang acap kali aku dipandang pelik tatkala aku megucapkan ‘waima’.. pelik sangat ke????
nasuhanurani telah menulis tentang nikmatnya belajar. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:29 am:
Waima? (err.. aku pun ingin tergelak juga..
) Guraulah. Tapi, waima jarang kedengaran, ia sudah semakin mendapat tempat oleh pakar motivasi dan penceramah politik. Aku selalu terdengar golongan ini menyebut berulang-ulang kali. Mungkin meninggalkan kesan terbaik di minda pendengar.
Menyedut kata nukilan Andrea Hirata dalam Sang Pemimpi (halaman 162):
*(harapnya aku tak disaman kerana membawa keluar sedikit cuplikan)
Andrea berpendapat, perkataan baru yang diucapkan, jika dihayati betul-betul, mencermin budaya berfikir dengan lebih kritikal. (Bab orang Jawa itu boleh diabaikan kerana ia adalah latar cerita)
Aku khuatir, yang biasa tertawa kerana hal itu, adalah petanda kurang berfikir?
Balas komen ini.
BaRuKisu membalas pada November 26th, 2008 12:37 pm:
Minta maaf, tumpang lalu barang sebentar (tapi mahu menyampuk sebenarnya)
Perkataan waima? Jangan risau, bukan kamu seorang, ayah saya juga acapkali menggunakannya dalam syarahan panjang beliau kepada kami. (Ayah saya lagi, eheh). Tetapi, sebutan ayah saya lebih kepada waimma, ada bersabdu sedikit pada huruf mnya. Maksudnya ‘walaupun‘ bukan? Saya sudah pasti dan pasti tidak akan menggunakan perkataan ini dalam percakapan seharian, kalau tidak terangkat kening dan terbeliak mata rakan-rakan, mungkin saya akan diketawakan.
BaRuKisu telah menulis tentang Terjemahan, Tartar dan Qurban!. Mari baca!!
Balas komen ini.
nasuhanurani membalas pada November 28th, 2008 3:02 pm:
seronok dapat tahu.. ada juga orang lain yang guna, bukan saya sahaja.. hehe..
nasuhanurani telah menulis tentang Budi bahasa dan kita. Mari baca!!
Balas komen ini.
Fakhzan berkata,
November 25th, 2008 at 3:10 pm
Teruskan menulis dengan cara tersendiri!
Owh agak terasa, kerana daya penggunaan bahasa melayu saya sudah menurun dengan drastic, dek kerana tidak mempraktis nya dengan tekun. To write a malay entry beautifully would cost me much, thus I revert to the easiest route for me – English.
Fakhzan telah menulis tentang IT’S SNOWING!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:35 am:
Biarpun kau menjawab dengan bahasa yang bercampur-campur, masih sangat dihargai. Tahniah kerana berusaha. Tak perlu malu pada kekurangan diri, asalkan berlatih membaikinya.
Balas komen ini.
ainul arina berkata,
November 25th, 2008 at 4:03 pm
wah, bagusnya kamu masih hidup dalam suasana bahasa kemelayuan yang kuat… sayang kalau yang indah tentang bahasa itu dilupakan.. Mesti kamu banyak masuk acara bahasa-bahasa di sekolah dulu kan? Selalunya yang gemar dan biasa berbahasa skema semacam ini yang mudah dibentuk untuk wakil sekolah.. Haha~ Ini hujah berdasarkan pengalaman..
bagus juga sebenarnya kalau kamu boleh mengajar lebih banyak tentang bahasa di sini. Maksudnya secara tidak langsung ada juga yang boleh mendapat ilmu baru dari . Kan itu uniknya SangPelangi? Bahasa berat tapi masih ramai pengunjung.. Alhamdulillah..
Tapi terpulanglah, idea kamu juga berasas sebab tak semua manusia tahapnya sama. Kena bertolak ansur juga dalam hidup ni.. Yang mana rasa lebih baik untuk kedua pihak teruskan saja.. Bitaufiq (Semoga berjaya!)..
ainul arina telah menulis tentang Teguran dan Kritikan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 7:11 am:
Tak juga. Aku tak masuk mana-mana pergerakan bahasa kerana tiada minat untuk berlumba. Kalau pertandingan sains teknologi atau inovasi, memang berminat nak turut serta. Hehe.
Selamat belajar sesuatu di sini, walaupun aku ini tiada apa pun yang hendak dikongsi.
Balas komen ini.
ibnurashidi berkata,
November 25th, 2008 at 7:31 pm
Salam kunjung dan komen kali pertama..
nampak menarik ya blog ni. Ada cara tersendiri. Saya kadang sukakan sastera kerana dapat vocab baru. Begitu juga dalam bahasa arab, kesusasteraannya begitu tinggi sekali. Pening untuk memahami kali pertama.:)
ibnurashidi telah menulis tentang Imam As-Syafie r.a. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 7:15 am:
Teringin sangat nak mendalami bahasa Arab selepas ini. Apakan daya, semangat sehangat sambal petai. Ada pedas, ada ketagih.
Satu nahu Arab, sampai tujuh, sembilan maksudnya, bukan? Fuhh.. Berpeluh.
Balas komen ini.
yadien berkata,
November 25th, 2008 at 8:18 pm
aslkn ade sedikit ilmu y bguna…kekalkn..klu buka utk blog sastera lagi bagus……pe pn sp mmg best………….
Balas komen ini.
Hasanah berkata,
November 25th, 2008 at 8:39 pm
Salam
Maaf sudah lama tidak memberi komentar. Agak sibuk kebelakangan ini ditambah lagi dengan musim peperiksaan. In the end, I was just one of your silent readers..
Tapi bila membaca entri kali ini, sy tersenyum sendirian.. Mama sy juga menggunakan perkataan ‘Deras’, cuma ditukar ke bahasa Brunei, ‘Daras’. Hmm..tapi lebih membawa kepada maksud yg negatif. Contohnya, pemandu di belakang kereta sy sgt tidak sabar dan terus memotong laju kereta di depan. “Eh..daras jua!” yg membawa maksud ‘tidak sabar’. But of course, it carries a lot of meanings. It depends on the situation
Lagi satu ayat yg membuat sy tersenyum.. ‘Hujan ribut, ada hentinya’. Kalau itu dijadikan peringatan utk berhenti makan, Mama sy pula akan menggunakannya jikalau adik beradik sy sering bergaduh. Dan lagi, ayat itu ditukar ke bahasa Brunei, “Hujan ribut lagi beranti” – apabila saja Mama mengatakan demikian, kami berenam akan berhenti! Hehe.. Ahh..one of those days~
Hasanah telah menulis tentang Revision Mode. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 7:07 am:
Hoho. Satu lagi kisah yang serupa. Nampaknya keluarga aku bukanlah sepelik mana, kan? Hihi. Ada banyak bahasa Brunei yang aku tak tahu lagi. Harap kau dapat kongsi sesuatu bila berpeluang. Biar sedikit, tapi sangat bermakna kepada kami semua di sini.
Balas komen ini.
Hasanah membalas pada November 27th, 2008 10:44 am:
Hehe.. Keluarga SangPelangi bukan pelik, tapi unik. Insya-Allah kalau ada masa, saya akan cuba kongsi sesuatu.. Oh apa kata saya mula dari sekarang? Mari belajar bahasa Berunai (Brunei) Hee..
“Makin ari, makin siok membaca!”
“Semakin hari, semakin seronok membaca!”
‘Hari’ disebut ‘ari’ dan ’siok’ bermakna ’seronok’. Mungkin ada sedikit persamaan dengan bahasa Sabah, tapi saya akan cuba lagi dengan sesuatu yang baru..
Hasanah telah menulis tentang Revision Mode. Mari baca!!
Balas komen ini.
BaRuKisu berkata,
November 26th, 2008 at 12:10 am
Panjang pula, tapi tidak lari topik ya. Eceh..
Kamu perli saya, ya!
Kamu dan sastera. Ya, gayanya seperti tidak dapat dipisahkan.
Apa pun yang kamu tulis di sini, pasti ada pembaca, jadi tulis sahaja mengikut firasat hati kamu. Pembaca yang budiman akan cuba memahami hasrat hati kamu. Tetapi kalau mahu berlaku adil, boleh juga letak nota kaki seperti kata mula belajarhentimimpi;pembaca boleh membuat kamus sendiri nanti! Ahaks!
Membaca kisah kamu dan ibu kamu, teringat juga waktu kecil-kecil dahulu, kami juga sering ditegur ayah dengan bahasa yang kadang jarang terdengar. Antara yang masih segar di ingatan, “Nanti kalau ke rumah orang duduk tertib lendik, ya”. Entah ada atau tidak dalam kamus. Paling lucu apabila ayah masih menggunakan bahasa melayu lama seperti sa-buah, sa-orang, sa-suatu, sa-ingat etc. Kadang teguran ayah tak tersampai dek kami yang tertunduk senyum kambing kerana kelucuan dengan bahasa ayah. Aduahi, ayah!
Aku pasti bahagia kalau bahasa SMS dapat dikurangkan.
Wah, benar pecinta bahasa kamu ini SP!
Secara tidak langsung melatih para komentar di blog kamu ini menggunakan bahasa melayu sejati! Tahniah!
p/s : Kamu sedang mengemaskini blog kah? Banyak pautan di tepi sudah lesap
Yappari! Panjang juga komentar saya, sumimasen~
BaRuKisu telah menulis tentang Qurban, Tartar dan Terjemahan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:51 am:
Ayah kamu lahir tahun berapa? Wah, dia masih tetap dengan bahasa zamannya walaupun bahasa Melayu telah melalui penggubalan yang berperingkat. Seperti Abahku dan zaman vespanya. Huhu.
p/s: Ya. Aku sedang meningkatkan kelajuan SP semaksima mungkin. Untuk kemudahan pengunjung.
Balas komen ini.
BaRuKisu membalas pada November 26th, 2008 12:15 pm:
Ayah saya lahir tiga tahun selepas merdeka. Oh ya, terima kasih untuk pautan kamus-kamus tersebut. Kamus jepun itu tentunya lebih kepada mereka yang belajar bahasa Jepun, bukan? (kanji sangat susah untuk difahami !
). Apa pun, terima kasih!
BaRuKisu telah menulis tentang Terjemahan, Tartar dan Qurban!. Mari baca!!
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
November 26th, 2008 at 1:43 am
pandangan saya tak perlu dua blog..satu blog tetapi diezakan labelnya. tulis sahaja perkataan baru, sambil diletakkan maknanya di bawah spt sy buat selalu. sama2 boleh belajar.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:40 am:
Hmm. Dalam pertimbangan. Tak tahu mana yang biasa atau jarang didengar. Aku anggap semua istilah biasa-biasa. Tapi, aku ada idea nak hubungkan pada sebuah kamus.
Balas komen ini.
..islam_syumul berkata,
November 26th, 2008 at 3:46 am
salam…
harapnya sang pelangi akan jadi macam laskar pelangi =) insyaAllah….
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 6:37 am:
Entahlah. Tak mahu jadi macam siapa-siapa. Ingin jadi diri sendiri.
Balas komen ini.
rai membalas pada November 26th, 2008 7:16 pm:
salam
jadilah diri kamu sendiri,
jadilah insan yang bisa menggoncang dunia dengan rencah dan rempah
ciptaanmu……..
Balas komen ini.
..islam_syumul membalas pada November 26th, 2008 9:28 pm:
maksud ana bukan jadi macam jalan cerita atau penulis laskar pelangi tapi mungkin satu hari nanti blog ni juga mungkin boleh dibukukan…sebabnya tulisan-tulisan dalam blog ni bagus sekali tuk…….
Balas komen ini.
chika berkata,
November 26th, 2008 at 6:56 am
salam.
sungguh-sungguh saya baca enry ni.
bahasa sedap
chika telah menulis tentang Ayat-ayat murni. Mari baca!!
Balas komen ini.
mollek berkata,
November 26th, 2008 at 7:07 am
Aku fikir, lebih baik jika blog kau mempunyai kombinasi entri yang agak berat dan yang biasa-biasa. Bukan apa, kadang kala seronok juga memeningkan kepala cuba memahami perkataan yang jarang atau tak pernah didengar tu. Sekurang-kurangnya dapat belajar perkara baru.
mollek telah menulis tentang Kaset Rosak. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 7:42 am:
Oh, ada juga yang berminat dengan bentuk begini, ya? Huhu. Boleh dipertimbangkan.
Balas komen ini.
adibah abdullah berkata,
November 26th, 2008 at 8:47 am
Salam.
Bagaimana kita bercakap, begitulah kita menulis.
Itu gaya akulah (kepada pembaca blog aku – kalau ada yang masih ingat, memandangkan dah berkurun aku tak menulis, sibuk periksa orang kat hospital sehari-hari, hehe – rasanya boleh percaya tak kenyataan ini?)
Aku pernah cuba menukar gaya – menulis dengan maksud spesifik supaya orang tidak akan dapat menduga penulis itu adalah aku daripada lenggok penulisannya – tapi setakat ini, rasanya belum berjaya, terutamanya apabila menulis bahan-bahan yang kontemplatif. I guess I just have too much identity, or I am simply narcissistic.
Tentang bahasa dan ‘kadar kerumitan vs mesra pembaca’ – aku rasa Irfan dah cukup masak dengan diskusi kita beramai-ramai di milis GKLN. Satu imbangan yang sihat perlu dicapai antara ‘menawarkan keunikan dan pengetahuan kepada pembaca’ dengan ‘memenuhi selera dan tuntutan umum’.
Secara peribadi, sastera tidak bermakna sukar difahami. Sastera untuk seni atau sastera untuk rakyat – sometimes, a pointless argument. Sastera adalah seni untuk rakyat. Sastera harus mesra dengan realiti, murni serasi dengan fitrah, dan anggun mencabar kepintaran, seperti selayaknya untuk manusia yang mengaku bijak dan dipertanggungjawabkan sebagai pentadbir alam.
Kalau anda tidak suka sesuatu yang baik, tidak mahu berusaha memperluas horizon, sedangkan kami pengarang telah berusaha menghampiri anda tanpa menggadaikan sastera kami, maka pergilah kepada apa yang anda sukai. Saya berlepas diri daripada anda. Jujur, saya malas melayan pembaca yang malas.
Semakin jujur sesuatu karya – tanpa kalimat bombastik dan struktur ayat yang berbelit-belit, berpusing-pusing (mata yang berpengalaman seringkali dapat melihat apabila pengarang ’saja-saja menempel’ bombastika dan bunga-bunga ayat tanpa keperluan untuk karya dan kemahiran yang sebenar), semakin indah ia akan menjadi.
Seperti rama-rama yang terbang dari kuntum ke kuntum atau aliran anak sungai di celah batu-batu, terlihat indah kerana kejujuran dan keikhlasan pergerakan itu, untuk mencapai tujuan yang tertentu dan tidak dibuat-buat apatah lagi ditambah-tambah secara wewenang. Beauty is simplicity, and I prefer grandiose without lavishness.
Satu tip untuk bersastera tanpa bombastika yang lewah dan belit-belit ayat yang tidak perlu adalah dengan menyampaikan sesuatu konsep atau gambaran dengan cara yang paling tuntas, paling padat, tetapi paling ekspresif. Perbendaharaan kata yang besar dan kebiasaan dengan pembacaan bahan-bahan yang baik akan menambahkan kecekapan penulis dalam mencapai penulisan sedemikian.
Allah Maha Mengetahui =)
meow~
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 26th, 2008 10:07 am:
Hoho. Seperti biasa, Adibah dengan penanya. Aku tak tahu mata tintamu itu diasah dengan apa hingga setajam lidah.
Ya aku ingat lagi. Berbalik pada perbincangan di GKLN tempoh hari, isunya “Rumit VS Mesra”. Tak akan menjadi isu, kalau sastera berat jadi keluhan. Sangat memelikkan. Ada insan yang kononnya ingin mencedok ilmu, tapi meraung sakitnya jiwa mencerna karya, istilah pelik dan perumpamaan janggal.
Jadi, aku agak menyokong leteranmu itu (opps..
) Mereka yang tidak sepadan jiwa, dipersilakan mencari apa yang dekat di hati. Sastera itu seni yang lembut, maka jangan menuduh kejam.
Aku ada juga mengikuti diskusi penulisan tertentu dari jauh (terbaru, Bila Nysrah Kata Tak Mahu), dikritik habis-habisan kerana penulisnya menyorot kisah secara tulus, sedangkan ada agenda lain di baliknya. Nilai dan pengajaran bukanlah tersorok, tapi dengan bacaan jiwa yang kosong bisa membutakan mata yang celik menjamu karya. Padahal, yang mengawal mata itu, tidak menggerak minda. Dalam isu ini, siapa yang malas sebetulnya?
Tidak hairan, bila ditanya pada pemecut baca, apa kau dapat? Jawapannya cuma gelengan.
Karya sastera yang melewah memang ada di mana-mana. Tapi, aku masih menganggap ia cuma eksperimental. Mungkin sedang menjejak identiti dan gaya penulisan tersendiri. Lagi satu yang buat kuhairan, kenapa gaya bahasa yang dicari-cari, tapi bukan pada pokok bicara yang ingin diketengahkan? Sebab itu, kita boleh perasan dengan mudah, ada ayat berbunga lebat, tapi dengan isi yang tidak hebat.
Contoh pilihan, SM.Zakir, atau Ahadiat Akasyah. (Maaf kerana tidak menyebut nama yang lain). Matang atau tidak bukan masalahnya. Kepada semua yang punya mata, celikkanlah ia, atau mengelak buta, pilihan di tangan kamu.
p/s: Oh, aku teringat kata-kata seorang teman, “Ah, aku benci tulisan sastera. Ingin katakan apa sebenarnya? Terus terang sajalah!”. Aku menjawab begini, “Kalau pedih, usah dirintih. Berhindar dari situ. Itu bukan untukmu.”
Balas komen ini.
En Kid berkata,
November 26th, 2008 at 10:26 am
Alhamdulillah…
Menarik..penyampaian jelas dan kita perlukan lebih ramai orang-orang yang menghargai bahasa. Pernah suatu ketika apabila seorang rakan mempertikai kepentingan bahasa. Aduh..sayangnya.
Menggunakan laras bahasa tinggi atau rendah rasanya tidak perlu dibeza-bezakan kerna kita semua perlu tahu maksudnya bak kata Irfan, bimbang segalanya akan lapuk dan akhirnya pupus ditelan zaman. Mungkin dalam entri yang sama dimuatkan kedua-dua unsur dan dijelaskan dengan baik maksud dan penggunaan bahasa tersebut. Sangat kagum bila yang meninggikan martabat bahasa bukan orang sastera semata-mata..
Irfan..
Teruskan madah perjuangan memartabatkan bahasa di samping berkongsi ilmu duniawi dan ukhrawi. Insya Allah.. Usaha anda diberkati-Nya..
En Kid telah menulis tentang Jaga Amanah Itu. Mari baca!!
Balas komen ini.
xanax berkata,
November 26th, 2008 at 1:34 pm
salam perkenalan.
Saya jarang meninggalkan komen di sini dan hampir tidak pernah rasanya walaupun sudah (baru?) setengah tahun menjadi pembaca senyap. Terpanggil untuk meninggalkan ‘jejak’ di artikel ini kerana saya mahu menyatakan sokongan penuh buat SP supaya kekal dengan gaya bahasa SP selama ini.
Hehz~ *terasa demand pula*
Segan untuk menyatakan diri ini pencinta bahasa Melayu kerana vocab BM saya yang tak se’meriah’ dan se’molek’ pencinta sastera yang lain. Dan kadang-kala saya suka memanipulasikan kosa kata bahasa sesedap rasa sesuka hati. *kesalahan serius bukan?*
Namun, tetap uniknya bahasa adalah pada lenggok susun katanya. Dan sememangnya SP ada keunikannya sendiri yang mampu membuatkan saya (dan pembaca SP yang lain) terus membaca dan setia menunggu update dari tuan tanah.
Walau apa pun keputusan akhir(?!) nanti, InsyaAllah~ selagi SP ceria dengan coretannya, pembaca SP akan setia melawat!
*baca: updatela selalu ye jika punya kesempatan. hehe~*
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:37 am:
Setengah tahun itu sudah agak lama pada pandanganku. Tak sangka kau masih bisa terus membaca. Kesudian meninggalkan jejak kali ini sudah cukup buatku terharu.
Kalau ada yang tak senang di mata, teruskan saja di ruangan “Kontek” atas itu, ya xanax. Semoga SP terus ceria, begitu jua hari-harimu yang berlalu.
Balas komen ini.
Abqori berkata,
November 26th, 2008 at 2:50 pm
Salam Kenal.
Baru pertama kali baca blog anta ni. Lepas ni, Insya Allah, akan terus membacanya.
Deras? Mak anta orang Pahang kot.
Aku dan Sastera, Ana dan Sastera, Anta dan Sastera, semua orang akan rasa koneksinya dengan perkara ini, sebab mereka tiap-tiap hari menuturkannya. Hari-hari mendengarnya. Kiranya bahasa ini memang selalu jadi topik utama dalam kotak pemikiran seseorang manusia itu. Tak dapat lari. Cuma setiap orang itu ada kemampuan yang berbeda-beda dalam mengolah bahasa. Dari situlah wujudnya anggapan bahawa orang itu lebih mahir sasteranya dari aku.
Betul ke apa yang saya tulis ini?
Abqori telah menulis tentang Mati Hidup Semula. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:40 am:
Deras itu bahasa Pahangkah? Baru hari ni tahu.
Err.. betullah agaknya tu apa yang kamu tulis itu. Mainan bahasa memang berlegar di kotak pemikiran. Disusun cantik, seperti apa yang kita tuturkan nanti.
Balas komen ini.
cucutokjanggut@hafizah berkata,
November 26th, 2008 at 6:50 pm
Apa salahnya kita sebagai pembaca bersusah2 sedikit membaca hasil karya yang bukan picisan..
Aku terasa rimas bila dikatakan orang Melayu itu malas, mahu yang mudah2 dan suka bergelak ketawa…
Takkan bila membaca pun perlu ada unsur malas, yang mudah2 dan yang bisa mengundang tawa?
cucutokjanggut@hafizah telah menulis tentang sesal malam semalam. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:41 am:
Ya. Mungkin sesetengah manusia ada yang begitu. Jenaka mungkin perlu, tapi tak boleh selalu, kan?
Balas komen ini.
en_me berkata,
November 26th, 2008 at 7:57 pm
hi abang alirfan sang pelangi ittewww.. salammz
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:43 am:
Hi. Eeww. Bro, tak macam lelakilah. Haha.
Balas komen ini.
yazid husain berkata,
November 26th, 2008 at 10:03 pm
good work
semoga berjaya dan terus berkarya
yazid husain telah menulis tentang Terus Terang. Mari baca!!
Balas komen ini.
AsadulQalb berkata,
November 27th, 2008 at 1:01 am
Salah satu komponen Bahasa Melayu(Malaysia?9 yang paling diminati adalah Peribahasa dan Simpulan Bahasa.
Sekarang suka mengkaji tentang kedua-dua komponen tersebut.Bukan sahaja dari segi makna,tapi asal usul,kaitan dan asal makna perkataan dalam peribahsa tersebut.
Sebgai contoh, bagai melepaskan batuk di tepi tangga.Perkataan batuk itu sebenarnya bukan batuk penyakit yang biasa kita dengar yang akan membawa kepelikan dalam susunan serta penceritaan asal usul peribahasa tersebut.Tapi makna batuk yang dimaksudkan adalah gayung atau cedok.Maka boleh bayangkan,apa kaitan melepaskan batuk ditepi tangga dan buat kerja sambil lewa?Fikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan peribahasa,diakui tajam pengamatan dan pemerhatian orang-orang lama terhadap alam dan tabiat manusia.Sesungguhnya hanya bagi mereka yang mahu berfikir.
AsadulQalb telah menulis tentang Sang Murabbi. Mari baca!!
Balas komen ini.
nihonkoukaikei berkata,
November 27th, 2008 at 4:58 am
aku tak terase nak memuji…tp kenapa ntah,aku rasa aku patut juga bagitahu..
sejak aku bace sang pelangi,aku semakin suka bahasa melayu…maksud aku,bahasa melayu yg betul2 la..bukan yang selama ni aku guna..hehehe
tapi kalau aku ber msg,bahasa aku masih lagi pasar.cuma ketika menulis blog(private),walaupun tiada sesiapa yang baca,aku tulis denagn bahsa melayu yang penuh—aku cuba.tp setakat ini masih penuh shortform huhuh
sebab bila aku baca dengan bahasa melayu yang elok,perasaan tu hadir..lain betul ngn entry yang aku tulis dengan bahasa pasar hehee
terima kasih cikgu!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:47 am:
Kita kan sudah selalu dengan bahasa pasar. Takkanlah dengan diri sendiri pun begitu, betul tak? Kalau berikan segala keistimewaan seperti ini untuk diri kita dulu, memang bisa mengalir perasaan itu.
Heh kamu ni. Bila pula aku bergelar guru. Tapi akan ada kemungkinan. Kalaulah ibu mengizinkan aku menjadi guru. Seronoknya. Hihi.
Balas komen ini.
Intan Sheffie berkata,
November 27th, 2008 at 2:48 pm
Salam,aah, interesting entry. Yes, you’ve reminded me of the good ol’days where at times, (usually during dinner because that’s the only time where everyone gathers together) my family will also ‘lawan-lawan pantun’ ,which the purpose was really towards ‘menyakat’ . Buah rambutan buah manggis, kena sakat jangan menangis.
Thanks for this entry-you’ve made my day
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:49 am:
Yeah. Kita geng! Tak adalah nampak pelik pun, kan?
Balas komen ini.
irshadian berkata,
November 27th, 2008 at 10:29 pm
kepelikan aku pada ibu bapa yang mengasuh anak-anak dengan penggunaan bahasa yang baik ditambah pula unsur sastera, cantik sekali..
irshadian telah menulis tentang Sang Murabbi. Mari baca!!
Balas komen ini.
Faiz Sulaiman berkata,
November 28th, 2008 at 12:52 am
Rupe2nye..ramai lagi yang mempunyai cerita seperti ko ye fan..Banyak gak perkataan pelik2 kat atas tu..kalau diorg ckp depan aku, mesti aku gelak..
Ade penah sekali tu, ade org TNB datang umah aku nak repair meter letrik, pastu die boleh layan borak ng aku, pergh..ayat die sume penuh dgn perbendaharaan kate..aku takleh blah dow tahan gelak..nak gelak depan muke die, kang die ketok kepale aku dgn screwdriver die..tp lepas die balek je, aku terus bantai gelak dgn bue..tak ingatla plak ape ayat manis die ckp aritu..kelakar dow ayat die..
Faiz Sulaiman telah menulis tentang How Powerful The “FREE” is?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:53 am:
Tengok! Ingat aku seorang saja yang macam tu? Kau tu yang pelik, kot? Hihihi.
Cis. Bilalah kau nak insaf gelakkan bahasa macam tu. Hoh. Siap berkomplot dengan Bue. Piirah.
Nasib baik aku tak ada situ. Kalau aku ada, sah-sah aku dengan dia borak sampai pagi. Wakaka.
Balas komen ini.
hanekaseyo berkata,
November 28th, 2008 at 9:56 am
Assalamualaikum.
semoga cita-citamu tercapai.kadang kala,kata-kata tadi,seakan-akan ada bisikan sebak dan harapan.arigatou teman.
doakan ana selalu.moga tautan kita atas dasar kerana Dia.
Aku akan terus memperbaiki diri.jua kuharapkan pada dirimu.
hanekaseyo telah menulis tentang Aku bukan budak baik. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:55 am:
Waalaikumsalam.
Ingat pesan aku, ya dik. Nanti aku pergi, jangan kau menangis berseorangan. Rajinkan berhubungan dengan sesiapa yang kau selesa.
Balas komen ini.
ashaf berkata,
November 28th, 2008 at 12:13 pm
aku suka cara penulisan mu ni. insyaAllah, ada kesempatan, pasti aku akn menjenguk sangpelangi…kerna hati ku udah terpaut pada penulisan mu. teruskan apa yg terbaik pada pertimbangan mu. aku pasti akn terus menjadi pengunjung.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 29th, 2008 4:57 am:
Terima kasih. Tiada benda yang mampu kuhadiahkan selain itu.
Balas komen ini.
diana berkata,
November 29th, 2008 at 9:47 am
saya sedang mencari orang mengajar saya untuk menjadi seorang yang puitis dalam blogging.harap sedia membantu
diana telah menulis tentang Salam dari SALAM. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 5:01 am:
Selamat mencari.
Balas komen ini.
muFFin berkata,
December 15th, 2008 at 11:46 pm
Saya mencadangkan agar kamu teruskan menulis sastera… Tidak perlu dua blog. Tetapi cukup dengan ‘label’. Teruskan menulis!!!! =)
Balas komen ini.