A..E..I..O..U.. Batang Kayu!
Tiba-tiba aku teringat satu permainan. Seorang akan membelakangkan peserta-peserta, sambil melafazkan ayat serapah yang berbunyi,
“A.. E.. I.. O.. U.. Batang Kayu”
Kemudian, cepat-cepat dia toleh ke belakang, terus tengok kalau-kalau ada peserta yang bergerak, walau seinci, akan dilabel kalah. Kemudian berganti tempat dengan yang tadi.
Aku tak pernah kalah dalam permainan ni. Caranya senang. Duduk. Duduk tak akan buat kita bergerak banyak.
Entah apalah sengalnya kawan aku, nak bertongkat kakilah, nak panjat pokoklah, nak berbongkoklah. Penat. Patutlah selalu kalah. Hua hua hua.
p/s: Sekian, edisi imbas nostalgia kanak-kanak 80an.






damai berkata,
January 30th, 2009 at 11:58 am
salam buat kamu yang tidak pernah kalah…
tidak mencabarlah kalau duduk semata….patutlah selalu menang pun ^^
kalau diingat2,memang rindu pada zaman kanak2…kadang2 bila bosan2 di kelas,masih lagi kami main ‘wawasan 2020′…seronok juga…kalau adik2 di rumah tahu,mesti kene gelak…sudah umur sebegini masih main permainan kanak2 itu ^^
apa2 pun…semoga ingatan ini terus kekal di benak fikiran ^^
damai telah menulis tentang katakan…saya sayang diri saya... Mari baca!!
Balas komen ini.
perokoksoleh berkata,
January 30th, 2009 at 4:21 pm
hahaha….best giler main bendalah nie,waaaAAAhhh…mmng la xpernah kalah sbb duduk jerk,xaci xaci,hahaaha
ps:andai cik ipan kawan aku,nescaya aku akan sekeh kerana tidak membuat aksi2x yang hebat dan dikategorikan bermain tipu,lalalaal
perokoksoleh telah menulis tentang kisah 10 point…??. Mari baca!!
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
January 30th, 2009 at 8:12 pm
Uhuhu. Kami dulu main lat ta li lat. Tapi lucah sikit la lagu dia. Ahahaha.
Balas komen ini.
Summer berkata,
January 30th, 2009 at 10:20 pm
saya pernah main permainan ni jugak!! hahahha
tapi rules dia lain….
sorang kawan kene buat org-org yg freeze tu gelak…
so….sape yang gelak , dia yg kalah!!
Summer telah menulis tentang Poem. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
January 31st, 2009 at 12:42 am
salam irfan..
apakah mimpi tuan hamba sehingga terimbas kenangan di zaman silam? biar patik imagine sedikit aksi tuan hamba di saat itu. ouhh…tidak aci namanya itu. tak patut tak patut..
p/s: design baru tuan hamba yang lepas menarik sekali. wake up muslims..go go go…
iliana telah menulis tentang COGITO ALLAH SUM – sambungan al-kisah. Mari baca!!
Balas komen ini.
cacimp0k0D0t berkata,
January 31st, 2009 at 2:31 pm
ayat serapah kitorang bunyinya lain sikit,
‘sapa lambat jadi patung !!’
nada dan lenggok boleh diubah ikut citarasa, heheh. tapi mestilah jadi patung yang bergaya baru kira menang. kene posing lebih-lebih sikit. kalau nasib tak baik, kelip mata pun dah kira kalah, huhu.
cacimp0k0D0t telah menulis tentang Kisah satu pagi tentang aku, lampu isyarat dan basikal. Mari baca!!
Balas komen ini.
anego berkata,
February 2nd, 2009 at 6:29 am
dari mana ler asalnya game tu ek? tapi fav anego dulu bola kaki tiga ( yg guna 3 selipar tuuu). agak2 budak2 numazu dulu2 ada game mcm kita ni tak?
anego telah menulis tentang alam. Mari baca!!
Balas komen ini.
fareezkario berkata,
February 2nd, 2009 at 9:48 am
zaman kanak-kanak memang zaman yang sangat bebas bagi aku..hehe
tapi aku selalunya main permainan ni kat sekolah je..aku x dibenarkan main sangat..kene study pulak..huhu
fareezkario telah menulis tentang hebatnya seorang guru. Mari baca!!
Balas komen ini.
he berkata,
February 2nd, 2009 at 11:25 am
A.E.I.O.U ..ni seperti Pukul Berapa Datuk Harimau kan?
tapi saya suka main balik slipar…
he telah menulis tentang Ke Hon Atsugi, Daerah Noritake di Kanagawa. Mari baca!!
Balas komen ini.
ashaf berkata,
February 2nd, 2009 at 11:26 am
Balas komen ini.
sakura berkata,
February 6th, 2009 at 9:10 am
oh, saya pernah main permainan ni dengan adik-adik saya..tapi syarat kami senang aje..sape2 sebut ‘tek’, lepas tu kami semua tak boleh bergerak..haha, time tu saya suka kenakan adik-adik saya..time depa tu tengah berjalan ke, saya cakap ‘tek’..hahaha..
tapi lepas tu bila ade sape sape yang cakap ‘tut’, kami boleh bergerak semula..kwang3..
*oh, masa kanak2 ialah masa yang amat indah*
Balas komen ini.