Adat bertemu dan berpisah..
Sekian lama aku tak menjengah ke sini. Rindu pada SangPelangi bertandang lagi. Benar kata seorang teman, andai sekali kau terjebak ke kancah persuratan, ia bakal menjadi candu dalam hidupmu. Warkah tetap berhantu. Walau nyawa direnggut, kenangan mungkin boleh dilupa, tapi tulisanmu kan tetap boleh dibaca.

Dalam gigil jemari mengetuk kekunci, aku terlihat helai-helai kertas yang tergantung di tepi. Angka 2008 seperti membawa semangat baru. Gelak tawa teman sehati rakan sejiwa masih berngiangan di benak otak. Seperti baru semalam kita bertemu, tapi kini mulai sepi, masing-masing menuju misi.
Sesungguhnya, aku benci adat ini. Mengapa diciptakan perpisahan, sedang pertemuan itu memang indah. Kita mungkin buta, dihijab dosa yang menghalang mata, dari melihat hikmahnya perpisahan ini. Tapi, percayalah, setiap suratan itu terlipat jua gulungan rahmatNya..
Rakan seperjuanganku, semoga berjumpa lagi.

















alirfan berkata,
January 6th, 2008 at 1:47 pm
Jumpe lagi, guys..
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
January 7th, 2008 at 9:26 am
Kamu mahu tinggalkan kami?
Balas komen ini.
aliff berkata,
January 9th, 2008 at 12:30 pm
Ke mana Sang Pelangi?
Balas komen ini.
suhaila samsuri berkata,
January 10th, 2008 at 6:07 pm
lama sungguh kamu tak update, selamat thn baru diucapkan, sy sudah bepindah ke wordpress ye
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 11th, 2008 at 7:04 am
Azhar Ahmad:
Eh tak la.. kat sini lagi la Har.. hehe..
aliff:
Tak kemana pun, Aliff, selamat tinggal tu untuk kawan2 yang baru berjumpa tempoh hari.. Sedih2.. kembali sunyi.. ;(
suhaila samsuri:
Wah.. welkam to de club.. mane link nye? bak sini aku update blogroll aku.. huhu..
Balas komen ini.
legendam berkata,
January 11th, 2008 at 8:53 am
aku selalu follow blog ni, tuan tanah lambat update, habis cair semangat aku,haha
Balas komen ini.
peon berkata,
January 11th, 2008 at 9:06 am
Eh,,ape maksud ‘Kami Otai’ kat train tu?. hehe
Balas komen ini.
ramzy0 berkata,
January 11th, 2008 at 11:05 am
seperti biasa, aku memang suke baca tulisan ko irfan. bahasa, perghhh, cantek giler. ^_^
p/s: kalu ko nak tahu, ni lah salah satu blog bm feverite aku..huhuhu
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 13th, 2008 at 12:56 pm
# legendam :
aice, lagendam, maaf sangat2 la, aku bkn takmo update, bizi skit ma.. amcam exam ko hari tu?
# peon:
maksud “Kami Otai” ?? Ekceli tu name tempat kat area Nagoya.. maksud spesifik tu xtau la, tp kalo direct translation, mksudnye “Atas Sawah Kecil
# ramzy0 :
Thanks la Ramzy sbb sudi bace blog tmpat aku mrepek2 ni.. hehe.. Eh, nape ko tak tinggalkan link ko?? bole org bace blog ko nnti..
Balas komen ini.
SoFF-OnE berkata,
January 14th, 2008 at 10:12 am
Agreed with ramzy0..
Akemashite omedetou!
Balas komen ini.
SoffOnE berkata,
January 15th, 2008 at 12:36 pm
ohh..baru perasan..sbolm ni bace komen smbil lalu je..ade gak eh name tmpat kami otai..
musti tgkap gmbar sbb terasa otai hahahah
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 15th, 2008 at 1:29 pm
# SoffOne :
Haha.. yaa btul.. best kan nama tempat tu? hehe..
Balas komen ini.
ramzy0 berkata,
January 15th, 2008 at 2:39 pm
alaa, fan..personal blog aku mana ler ade. kalu blog for business tu, ada ler..^_^
p/s: lor saffone, pekebender ko ckp tuh. mane ler den paham japan
Balas komen ini.
alirfan berkata,
January 15th, 2008 at 4:49 pm
# ramzy0 :
erm..terpulang la.. tapi, kalo ade link ko, readers kt cni bole pelbagaikan bahan bacaan pe? tol tak? banyak ilmu kt blog ko tu tau.. hehe..
(akemashte omedetou = Slamat Tahun Baru)
Balas komen ini.
yukidaruma berkata,
January 22nd, 2008 at 12:43 pm
dijadikan perpisahan supaya kita tahu erti pertemuan.agar kita menghargai erti sebuah persahabatan.
yalor.biler jauh baru reti nak amik tahu hal sahabat yang jauh.
right?
sesekali yukidaruma berfalsampah.
Balas komen ini.
naim berkata,
January 24th, 2008 at 10:24 pm
Bila dah berpisah, baru rasa manis bersahabat. Saikin aku takde idea nak menulis…
Balas komen ini.
kakok berkata,
February 10th, 2008 at 12:06 pm
setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. setuju sgt dgn yukidaruma [^^]..
Balas komen ini.