Archive for August, 2010

Berapa Pantaskah Kita Dicampak ke Neraka. [AUDIO]

posted by Al-Irfan in Podcast

Disebabkan saya tiada berani menuliskan entri ini, jadi saya rakamkan saja buat ingatan pada diri saya, dan kawan-kawan. Selamat mendengar, ya.

Download MP3

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

Bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)

Terapi Bercakap Seorang Diri [AUDIO]

posted by Al-Irfan in Podcast

Baiklah. Kepada pembaca SangPelangi yang pernah membaca entri Terapi Menulis Bercakap Seorang Diri tempoh hari, kalian bolehlah memahami apa yang saya repekkan di entri ini.

Buat pertama kali, kalian mendengarkan suaraku. Hari ini dalam sejarah. Haha.

Selamat mendengar, dan mengunyah buah fikiranku.

Eksperimen Mengurus Si Pemalas dalam Pasukan.

posted by Al-Irfan in Motivasi Inovasi

Siapakah Sebenarnya Si Pemalas?

Di sekolah, di tempat kerja, atau dalam mana-mana gerakan organisasi sekalipun, kita pasti menghadapi orang begini, Si Pemalas (kalau boleh kugelar begitu, agak kasar juga). Bagiku orang begini bukanlah berlaku jahat ataupun nakal. Mari kita pandang diri mereka ini dari sisi yang satu lagi, iaitu sisi putih. Semangat tidak berikan kerjasama dalam pasukan rupanya adalah datang dari sumber yang hebat, dijadikan oleh Sang Pencipta kepada dirinya yang unik.

Memang ada jenis insan yang cepat bosan dengan dan sukar fokus pada satu titik perhatian. Mereka juga suka melakukan kerja bersendirian, dan berpendapat lebih lama dan sukar sesuatu kerja itu kalau banyak tangan yang mencampurinya. Orang begini biasanya lebih kreatif daripada orang yang banyak bercakap, kerana sebahagian masa yang digunakan olehnya adalah berfikir. (Yang banyak bercakap pula, boleh jadi sekadar ‘tin kosong’)

Persoalannya sekarang, manusia yang suka bersendirian dan tidak serius dalam sesebuah pasukan, tidak layak hidup di dunia ini. Kerana sudah menjadi fitrah, Hawa diciptakan demi hidup berpasukan dengan Adam. Mana mungkin di zaman batu dulu, manusia dapat hidup keseorangan di tengah-tengah hutan. Pasti akan dibaham hidupan buas. Begitu juga hidup di zaman ini.

Eksperimen: Hadapi Si Pemalas dengan Melelongnya.

Baru-baru ini, aku ditemukan oleh Allah dengan seorang pensyarah yang amat dedikasi, sewaktu membantu Tuan Ahmad Naim Jaafar mengendalikan Seminar Revolusi Bakat di Fakulti Sains Komputer UTM Skudai. Pensyarah yang berprinsip “Aku hidup untuk mendidik” ini, berkongsi kepada kami satu teknik yang diamalkan olehnya secara turun-temurun. Nama pensyarah ini ialah Puan Hazinah Kutty Mammi.

Menurut beliau, Si Pemalas tidak boleh dimarah secara terus kerana memang tiada impaknya. Mereka akan buat bodoh saja dengan muka yang tidak berperasaan. Jadi, Si Pemalas harus dihukum dengan cara yang positif, di mana semua ekosistem akan mendorong Si Pemalas ini menjadi lebih proaktif. Bagi menghadapi situas begini, beliau akan menggunakan satu format kerja berpasukan yang dikenal sebagai, “Lelong Si Pemalas.”

1.  Sebelum tugasan pertama diberi, setiap orang akan diberikan dengan markah yang sama.

2.  Setelah selesai sesi tugasan berpasukan pertama, setiap ahli akan menilai ahli kumpulan masing-masing. Sama ada perlu menambah atau menolak markah yang diperoleh ahli yang lain. Tambah satu markah, atau tolak satu markah.

3.  Jumlah markah individu dirumuskan. Ditambahkan kesemuanya menjadi markah kumpulan.

4.  Setiap kumpulan WAJIB menamakan SATU ahli paling merosot, untuk dilelong kepada kumpulan lain. Kita namakan orang ini Si Pemalas.

5.  Kumpulan yang bersedia mengambil ahli paling merosot itu, perlu mengorbankan markah kumpulan mereka untuk ‘membeli’ Si Pemalas. Kumpulan yang bersedia ‘membeli’ Si Pemalas harus bersedia melatihnya supaya berprestasi.

6.  Jumlah markah akhir kumpulan akan dibawa ke sesi tugasan seterusnya.

Bagaimana? Pada hematku, teknik begini hampir menuju sempurna, perfect kata orang Jowo. Pasti kalian ada banyak persoalan yang ingin dihujahkan, bukan? Mari aku jawabkan bagi pihak Puan Hazinah. Hehe.

Terapi Menulis dan Bercakap Seorang Diri.

posted by Al-Irfan in Aku Sang Editor Gila

Menulis tidak sama dengan bercakap. Kedua-dua terapi ini jauh berbeza sama sekali. Dari segi gaya melakukannya, keadaan rohani fizikal spiritual, dan dari segi kadar impak.

Aktiviti bercakap seorang diri, kita tidak akan mengedit semula apa yang kita cakapkan. Jadi, kita akan bercakap saja tanpa ada ‘dinding-dinding kebodohan’ yang menghalangnya. Kita tidak khuatir, kerana kita bercakap seorang diri. Namun, terapi ini kurang efektif jika ada orang lain di depan kita. Kerana orang Melayu lebih tahu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’” Itulah dinding kebodohan. Baca lagi.

Kepercayaan Adalah Matawang

posted by Al-Irfan in Aku Sang Editor Gila

Pernahkah kalian alami satu kegembiraan yang memuncak? Waktu itu, saat menggenggam stereng kereta masih dikerubung getar, nafas keluar masuk bagai dipam dengan pemadat udara. Biarpun di perut kesesakan jalanraya, senyum masih tidak serik menguntum. Apa yang dilihat di depan, bukan lagi asap berkepul atau abjad angka di punggung kereta. Seronok. Puas.

Hari ini adalah hari paling bertuah bagi diriku. Saat diserahkan kunci, dihulurkan cek puluhan ribu dengan satu amanah dan kepercayaan tertinggi, kepada aku bernama Irfan, insan yang tiada punya apa-apa melainkan bertan-tan semangat dan kemahuan memarak. Sebuah perjalanan hidup yang pernah kulakarkan dalam perancangan hidup, moga-moga sepadan dengan apa yang direncanakan Tuhan. Baca lagi.

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.