Archive for January, 2008

Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah (skop-pengiklanan) #2

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang, Tip Komputer

Semalam seorang sahabat saya, Encik Aku (pelabur maya BSKL), mengutarakan sebuah pandangan yang agak serupa, iaitu melahirkan agen pengiklanan internet yang lebih bercirikan Islam.

#Disalin daripada kata-kata Encik Aku. Diubahsuai untuk memenuhi ciri-ciri tatabasa semaksima mungkin.

Terlebih dulu, mari kita fahami apa itu PPC.

Quote:
Pay per click (PPC) is an advertising model used on search engines, advertising networks, and content websites/blogs, where advertisers only pay when a user actually clicks on an ad to visit the advertiser’s website. Advertisers bid on keywords they predict their target market will use as search terms when they are looking for a product or service. When a user types a keyword query matching the advertiser’s keyword list, or views a page with relevant content, the advertiser’s ad may be shown.Sumber:
Pay per click – Wikipedia, the free encyclopedia

Sekiranya anda orang baru, PPC ni konsepnya seperti di bawah: More

Mencintai Suami Orang.

Berfikir aku setanak otak. Tidaklah cuak isu ini membuak-buak. Tapi secubit rasa, lontaran idea dari kalian (pencorak SangPelangi), bisa merungkai rantaian ribut sebelum bencana.

Aku bukanlah tabib cinta. Apatah lagi pakar motivasi hubungan keluarga. Dari sekecil masalah cinta hingga belenggu hidup keluarga, entah kenapa ditembak tembus ke dalam telinga. Aku seperti sebuah pondok telefon. Tempat bergayut sang perjaka meluah masalah tentang cinta.

Terkadang bimbang tutur kata ini menambah duka. Tapi, demi kawan, siapa mahu lihat mereka derita? Tangan ini masih kuat untuk dipaut, teman. Paling tidak, hati kau nanti sedikit tenang. Nanti, kau carilah mereka, “penikmat garam” yang lebih usia.

Maaf, entri ini bukan ku tujukan pada pembenci “madu”. Jika anda antara di kalangan mereka, jauhkan diri dari entri ini, bukan dari SangPelangi. Hehehe.. More

Video Klip Pilihan Januari.. Kumpulan Da’i Nada

Anda minat dengan lagu Indonesia? Jika suatu masa dulu, Malaysia digegarkan dengan kumpulan nasyid acapella dari Indonesi, Snada, kini lahir lagi sebutir permata di tanah Firaun. Da’i Nada diberi nama.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=iToqEPbtJmc[/youtube]

Dianggotai 7 angkatan pejuang nasyid iaitu Nur Akhyari sebagai vokalis solo, Ulil Amri sebagai Backup 1, Samsuri Supardi sebagai Backup 2, Muhammad Ma’shum sebagai backup 3, A. Syaikhu sebagai suara Trebles, Rafi’sebagai suara 1,2,3 dan gendang, serta Risyan Nur Hakim sebagai suara Base. Terbentuk sejak 2003 ketika masing-masing sedang menuntut dari pelbagai pengajian di Universiti Al-Azhar.

Bintang perjalanan juang nasyid mereka semakin gemerlapan setelah digilap seorang produser musik Mesir ketika melihat persembahan mereka secara `bawah tanah’ di sana. Akhirnya, mereka dipinang untuk merakam sebuah album perdana berbahasa arab yang kini disiarkan di beberapa stesen TV Music Arab. Album berjudul Maa Lii Rabbun Siwaahu (Tiada Bagiku Tuhan Selain Dia) telah siap pembikinan video klipnya pada awal 2007.

They are Indonesian ambassadors! Don’t you be proud of them! I’m…! Kata-kata prodesur itu membuatkan nama mereka semakin terserlah.

Bacaan lanjut di sini. Semoga terhibur.

P.S: Bila lagi kita nak lahirkan Raihan kedua dan ketiga?

Nasib seekor anjing.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Lampu merah menyala. Kaki sebelah kiri ku tongkat senget, jemari tangan masih menggenggam hulu. 1654. Agak sibuk juga mereka di waktu petang begini. Yang gagah ada berlarian. Tua membongkok masih lagi kuat menyorong roda. Yang muda berbaju sekolah di sana sini. Tak kurang juga yang seperti aku, mengayuh basikal menyedut udara senja.

Aku asalnya mahu mengejar mesin berhantu itu. Entah kenapa dari dulu nombornya asyik menurun. Cuma sebulan sekali menaik. Itupun nantinya kan turun lagi. Mesin itu kali ini lebih angker. “Tiada dalam perkhidmatan”. Arkhh.. Tekanan.. Tekanan.. Terpaksalah lupakan saja niat berbelanja dapur hari itu.

3 batang nasi gulung yang ku sambar tadi. (kalau mesin puaka tu elok, pastinya tujuh.. Hoho..). Ketiga-tiganya berperisa *Natto. Kalian kenal Natto? Kalau kau bukan anak Jawa, aku beri amaran, jangan sesekali kau sentuh Natto. Apatah lagi nak memandangnya. Rupanya yang agak meloyakan bisa membuat kalian terluah belalah. Namun,sebab rasanya seenak Tempe mentah, aduhai.. nikmatnya Natto mencair dalam tenggorokan. Rindu pada Tempe terubat jua. More

Erti Perjuangan.

Lambungan ombak api menyimbah cakaran-cakaran langit itu. Semuanya tenggelam ditimang bahang cairan logam pekat. Aku panik. Aku panjat tangga ke tingkat atas dan memijak keping-keping bumbung. Bangunan itu meruntuh laju. Aku berlari ke hujung genting, lompat ke bangunan lain. Arakian gugur jua ia seperti lainnya. Dan di bangunan terakhir, aku terduduk. Pasrah. Tersedu-sedu aku menangis berdoa meminta petunjuk untuk menyelamatkan diri.

Aku terbangun.

Istighfar sepanjang nafas bersedut hembus. Habis lecun bantalku dengan air mata dan tubuh bermandi peluh. Aku bermimpi rupa-rupanya. 0230. Sepertiga malam. Sesejuk wudhu’ masih belum membilas peluh. Sepanjang minggu aku termangu termenung. Apa gerangan semua ini? Apa sebenarnya yang ingin Kau tunjuk Ya-Rabbi? More

Adat bertemu dan berpisah..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Sekian lama aku tak menjengah ke sini. Rindu pada SangPelangi bertandang lagi. Benar kata seorang teman, andai sekali kau terjebak ke kancah persuratan, ia bakal menjadi candu dalam hidupmu. Warkah tetap berhantu. Walau nyawa direnggut, kenangan mungkin boleh dilupa, tapi tulisanmu kan tetap boleh dibaca.

kamiotai1.jpg

Dalam gigil jemari mengetuk kekunci, aku terlihat helai-helai kertas yang tergantung di tepi. Angka 2008 seperti membawa semangat baru. Gelak tawa teman sehati rakan sejiwa masih berngiangan di benak otak. Seperti baru semalam kita bertemu, tapi kini mulai sepi, masing-masing menuju misi.

Sesungguhnya, aku benci adat ini. Mengapa diciptakan perpisahan, sedang pertemuan itu memang indah. Kita mungkin buta, dihijab dosa yang menghalang mata, dari melihat hikmahnya perpisahan ini. Tapi, percayalah, setiap suratan itu terlipat jua gulungan rahmatNya..

Rakan seperjuanganku, semoga berjumpa lagi.

kami2kecil.jpg
Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.