Archive for 2008

Harga Sebenar Barang Terpakai

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Teringat satu peristiwa ketika sesi ta’aruf di Winter Gathering tempoh hari, peserta disaran memperkenalkan diri, dengan satu soalan tambahan yang berbunyi,

Apakah dua perkara, yang orang lain tak tahu tentang kamu?

Soalan itu telah mengetik minda, membuatku sedar bahawa rupanya aku punya minat yang mungkin semua orang tidak mengetahuinya; iaitu membeli barangan terpakai, atau biasanya disebut second hand.

Membeli barangan terpakai pada aku memberi berjuta makna yang mendalam. Jangan tak tahu, aku selalu diperlekeh atau kadang-kala disoal mengapa mesti barangan terpakai yang menduduki carta utama. Walhal banyak lagi produk keluaran terkini, lebih canggih, yang ada kala harganya jauh lebih murah, bahkan tiada secalit calar. Nak baca lanjut, silalah klik di sini.

Azam tahun baru cuma ritual.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Bagaimana bisa kusimpulkan tajuk di atas dengan begitu total? Baiklah. Aku mengaku tiada satu azam pun yang aku persiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, aku berkongsi rasa dungunya aku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang, bersama semua rakan di Sahabat SangPelangi melalui emel di minggu yang lalu.

Mengejutkan. Berani kunyatakan angka ini, 98% daripadanya adalah sama sepertiku juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas mahjong lalu ditampal di dalam kamar). Dari semua maklum balas, rata-rata dapat aku simpulkan: Oh, kenalah klik sini untuk teruskan membaca.

Aku, kamu, kita dan wudhu’.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Ajarkan aku wudhu’, Ifan. Aku tidak pernah semarah ini.

Bermula perjalanan kisah makhluk yang paling ingkar diciptakan dari api, memanjat tujuan keturunannya dikekal hayat ke gerbang akhirat, aku cuba menyelongkar bagusnya wudhu’ dari perspektif kita kepada sahabatku yang ahli kungfu itu. Ditambah penjurusan minatnya pada hukum alam, dari binaan cas ion dan hingga segala teori manusia yang aku muntahkan, agar bualan kami bukan sekadar cakap kosong di warung kopi. Misinya mencapai maksud, bahawa wudhu’ bisa mengebah amarah.

Sepanjang keberadaanku di sini, berencam ilmu sempat kukutip yang berkait wudhu’, seperti khuf, tayamum dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada teman-teman, yang tidak membiarku bersama keasyikan dunia yang penuh nista. Seperti kata sahabatku, yuran pengalaman itu tidak ternilai walau dengan matawang asing. Mari baca lanjut dengan klik di sini.

Bakal terbit, cerpen sulungku.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Kelmarin, ketika beriktikaf di Masjid Fuji, aku tertidur di dalam sejuk. Ketika itu, aku dihampar sebuah layar mimpi ngeri.

Mujur ada pen dan kertas di sebelahku. Sebangkitnya dari tidur, segera kucoret semua rencam objek yang terlibat di dalamnya. Plot, watak, skrip, latar masa, dan segala rinci yang menonjol hingga tiada sepatah kata pun yang kusiakan. Terima kasih atas alamat yang Kau beri.

Setelah membaca semula contengan itu, aku merasakan mimpi yang ditulis semula ini punya  susunan plotnya yang sedikit lari dari streotaip perjalanan wayang biasa, dan mainan watak yang sungguh kontroversi. Menyentuh bermacam celah isu sensitiviti yang pasti mengesankan.

Aku persembahkan nanti, sebuah kisah bertajuk “Masjid Berdarah”. Bukan sekarang, atau masa terdekat. Juga bukan di sini. Nanti. Di lain hari, lain lokasi.

p/s: Usah kalian tertunggu-tunggu, kerana entri kali ini sekadar mengingatkanku agar tak lupa menyiapkan tugasan itu. Ya, aku memberi tugas kepada diriku sendiri. Itulah sebabnya mengapa aku perlu membayar sendiri apa yang aku tuliskan. Ia soal disiplin.:lol:

Sajak: Kedut Wajah Abah

posted by Al-Irfan in Habuk Sajak..

Sajak: Kedut wajah Abah.

Kutancap tajam wajahmu.
Menyelinap segenap dahi,
hingga menerobos sendi urat.
Kutemu luas amal akhirat,
ilmu dunia sebagai keringat.

Terkesima! Rupanya,
tiada garis-garis benci,
atau serpihan jalur keji. 

Kujalar ke bawah lagi.

Oh, ternyata!
Kedut tuamu di sudut mata.
Petanda Abah senantiasa ceria.
Kau, insan pemurah senyuman,
cantik sungguh rekaan Tuhan,
kan?

Irfan Jani,
2 Disember 2008,
Numazu.

p/s: Sajak ditujukan khas buat Abah di kampung. Kalau Abah membaca ini, ketahuilah anakmu ini sedang merindukanmu. Sajak untuk Ama, aku karang kemudian, ya? Hehe.

Bedah ebook. Million Dollar Wedding Photographer

posted by Al-Irfan in Bedah ebook

Sejak mengenali internet, aku boleh digelar hantu buku digital. Pantang kalau dijual di internet segala rencam spesis ilmu yang berkaitan perniagaan dan motivasi keusahawanan, aku pasti akan menyambarnya. Apatah lagi ditulis oleh anak watan kita sendiri. Dalam sejarah hidupku, ebook termahal pernah kubeli bernilai RM400 sebuah, mengajar aku menjadi seorang jurugrafik sambilan seperti sekarang. Aku kira, budaya membeli ebook di Malaysia masih lagi kurang menyengat jika dibandingkan di negara-negara maju yang lain.

Baiklah, kembali pada tujuan asal entri ini, ingin memberikan ulasan meleret (kira macam bedah buku juga) terhadap sebuah ebook bertajuk “Million Dollar Wedding Photographer” yang ditulis oleh Saiful Nang. Tahniah pertama sebab ia berbahasa Melayu. Kepada yang minat fotografi, sangat dialukan untuk meneruskan bacaan. Klik di sini.

Hobiku berbasikal malam.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Mengenderai makhluk beroda dua dalam simbahan neon jingga, terasa asyik bila muzik cengkerik bergemersik. Dada yang diurut santun dingin angin, keindahan malam jangankan dapat kujelmakan dengan tulisan, apatah dilakar keanggunannya di papan lukis. Biar semua rumah berselubung dengkur penghuni yang pasti esok pagi membanting tulang.

Sambil baca, sambil menyebut kuat dengan mulut. Klik hanya jika berminat menyambung bacaan. Aku tidak memaksa.

Aku dan sastera

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Sebenarnya aku juga tidaklah terlalu minat dengan sastera. Tapi, bilamana aku kesepian, aku terasa ingin menulis berat-berat. Aku gemar bercakap sendiri melalui tulisan. Di SangPelangi, tujuan asal adalah untuk bacaan sendiri.

Kamus bahasa Melayu begitu tebal, aku khuatir ada istilah yang bakal diluput zaman kalau tak diamalkan. Memanglah sesebuah perkataan tak berdampak besar terhadap manusia sejagat, tapi agak sayang bila ada satu istilah yang pupus. Sangat memalukan, bila ada orang asing yang menuntut di tanah kita dan menuturkan bait-bait indah dengan bahasa kita. (Ada orang asing menyanyikan lagu puisi Melayu di Youtube, pergilah cari.)

Selain buku-buku, sebenarnya aku dipengaruhi ibuku, Ama, yang bahasa Melayu sehariannya agak tinggi darjatnya. Tika dimarah, habis keluar segala patah kata pelik yang memeningkan. Kalau memuji pun begitu juga. (Kamus Dewan di rumah sudah lusuh. Alhamdulillah Al-Quran juga bernasib sama.) Panjang juga, tapi tak lari topik ya. Ecehhh.. Klik sini.

Mari bantu Megat.net

posted by Al-Irfan in Cinta

Kami berkenalan pun secara kebetulan. Awal tahun lepas rasanya, semasa aku masih berblog dengan enjin wordpress percuma yang serba kekurangan. Megat juga dengan enjin wordpress percuma tapi lagi terhormat di Blogmas. Ketika itu, kami berdua, bersama dunia blog sedang demam Teratak Nurani tulisan Azhar Ahmad.  (Nota: Blog Azhar Ahmad adalah penyumbang trafik dan ukhwah terbesar ke SangPelangi sewaktu ketika dulu. Tapi, itu dulu kerana Bro Azhar sudah berhenti menulis.)

Aku dan Megat berkenalan dari sana. Megat melawat SangPelangi, dan aku melawat ke blognya. Setelah hampir lama kami berbalas lawatan dan berkongsi pendapat, entah kenapa kami semacam terputus hubungan. Bukan dengan Megat saja, tapi dengan blogger yang lain. Aku rasa, sejak Teratak Nurani itu berkubur, sudah hilang serinya dunia blog ini. Klik untuk menyambung bacaan

Awak dari negeri mana?

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Entri ini bukan berbau perkauman, tetapi adalah pewangi buat busuk batas-batas perbezaan antara kita. Ideologi kita mampu dipagar besikan. Harta dan tanah bisa ditembok batukan. Tapi, ada satu yang tak tahu boleh diapakan, iaitu semangat kenegerian.

Dengan rasa rendah dirinya, saya mengaku. Bahawasanya saya adalah rakyat yang berasal dari sebuah negeri lain, tidak anti dengan negeri lain. Tidak juga terlalu mengagungkan negeri sendiri. Jika ingin berkawan, saya tidak pernah bertanyakan dari negeri mana orang itu berasal. Bukan bermaksud saya tidak mahu kenal lebih dekat. Saya tahu, ia dapat membuahkan kemesraan antara kami.

Apatah lagi menyebut nama negeri dari mana saya berasal jika tidak ditanya. Bukanlah menunjukkan bahawa saya malu untuk menonjolkan identiti sendiri, atau sudah lupa di tanah negeri mana yang darahku tumpah dulunya. Kenapa ya? Kena klik untuk membaca habis.

Persampahkan alasanmu.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Ada satu ayat angker yang sering melandaku.

Apa layak alasan ini diterima di hadapan-Nya nanti?

Pernah sekali aku ingin menangguh solat kerana satu alasan. Aku benar pasti tiada kukuh melainkan sekukuh alasanku ini. Tapi, seperti ada satu suara sedang membisikkan kalimah itu di telinga. Ia memang suaraku sendiri. Tapi, bunyinya meregang roma. Klik di sini. Pendek saja.

Mahalnya sebuah ketakutan.

posted by Al-Irfan in Diari Lusuh..
comments off

Datang cepat! Tolong aku!

Telefon bimbit terlepas dari genggaman kiri dan tanganku bertindak memaut dada. Tulang rusukku seperti disentak dari belakang. Tak sampai seminit, bayang Wong Fei Hung pun muncul.

Ifan! Kenapa ni? Muka kau pucat!

Wong menderu dapatkan aku. Disorongnya kerusi yang kududuk rapat ke katil. Tanpa soal dia terus mengangkat tubuhku untuk memindahkannya ke situ. Klik sini untuk teruskan bacaan

Masalah cinta, masalah dunia.

posted by Al-Irfan in Cinta

Kerana pedasnya entriku kali ini, pasti bisa melarikan sebahagian besar pengunjung di sini (aku bersedia untuk itu). Kemaafan dipohon atas terlalu terbukanya aku memaparkannya, secara langsung menjadikan SangPelangi tersasar dari misi utama, iaitu sebagai catatan diari peribadi. Aku tahu wujudnya ruangan “Ada Masalah?” di atas itu adalah untuk membantu sesiapa yang dihambat kesusahan. Tapi aku masih tak mampu menjawab kerumitan tentang cinta.

Mulanya aku begitu malu. Sehinggalah aku terlalu bersetuju, lalu tergerak tangan menjawab entri Shairah Ahmad dari Leteran Hati, semata-mata untuk menunjukkan tanda sokonganku pada buah fikirannya. Berikut kusedut sikit coretannya (sumber):

Bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara tiga pilihan. Pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. Kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan-rakan terdekat. Ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali.

Rupanya Teori Shairah (kalau boleh kuanggap teori) inilah kunci segala jawapan. Entri penuh emosi. Jaga-jagalah. Klik sini untuk terus membaca.

Sejahtera itu, di mana manisnya?

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Harus kukenal apa maknanya sejahtera. Sejahtera itu aman dan sentosa. Keselesaan bukanlah tika menikmati enaknya tilam atau sejuknya penghawa dingin. Sejatera adalah rasa senangnya hati bila dijulang semarak jiwa yang menjerang merdeka. Akhirnya mengalunkan sepoi-sepoi bahasa lenggok udara kesyukuran. Mengasyikkan. Lantas melemahkan segala sendi siku dan kaki, untuk berlutut sendiri, kerana berterima kasihnya aku pada yang memberi perasaan ini. Maaf, aku terpaksa memancung artikel ini, semata-mata untuk menapis pembaca berkualiti. Sila baca dengan sepenuh perasaan.

Terima kasih dan minta maaf.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun, Tip Komputer

Di perut makmal, sekejap-sekejap kalih dari skrin ke kamus, atau sebaliknya hingga tengkuk serik membengkok. Tanpa menoleh kertas, tangan masih bisa berlari sendirian mencalit patah kanji dan hiragana. Tulang yang berjiran laluan nadi di pergelangan tangan, makin mengeras dan menghitam, sehitam dahi mereka yang rajin bersujud di sepertiga malam.

Tiga ratus helaian tulisan tangan. Angka yang agak mustahil, ternyata berbunyi lucu di telinga sahabat bermata sepet. Semuanya pasti tertawa bila dapat tahu aku dibuli sebegitu. Alang kepalang biji mata menjojol bila dapat tahu aku semakin hampir melunaskannya. Mestilah, sebulan leherku bertelengan.

Sedang berbulat hati dengan sisa-sisa kemasan jilid laporan,

“Tidak! Aku tak terima!”

Terhenti rentak jantung, terperanjat. Klik untuk sambung bacaan.

Kisahku sebagai karyawan jalanan.

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

“Pakcik tak mampu nak upah orang. Tak boleh!”

Bertegas pakcik itu. Terawangan wajah arwah atok, ‘keras’ juga sifatnya.

-”Pakcik, saya sanggup tanpa upah.”

Aku bermuka sepuluh sen, mengemis simpati. Terpacak menghadap duduk si pakcik tua.

Pelik. Aku disuruh menurunkan tandatangan di atas sekoyak kertas, kemudian digumpal dan dicampak ke tong sampah. Betul-betul di depan mata. Lalu diterima bekerja. Sungguh rasa terhina. Tapi aku betul tahu, jalan hidupnya pasti jauh beribu batu. ‘Orang tua’ punya tujuan di balik laku. Itulah ‘sesuatu’ yang aku mahu. Klik sini untuk membaca lanjut.

Siri Dialog Kritikal #4

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

-”Alamak, Wong. Kita cerita keburukan orang ni, bukanlah aku bagus sangat.”

Tanpa terkesan apa, terpana antena kepala. Jarang sekali isyarat umpat dapat dikesan.

Kadang-kala, tanpa sedar telah membuka aib orang tanpa malu. Adakala, terpetik di bibir. Walau sekelumit, telinga sendiri memicu desing. Andai awanan bisik syaitan dapat dilihat, sekacang NganYin boleh ditepis. Sungguh aku tak tahu kaedah terbaik menghindar umpat. Ada petua, jangan disebut nama, tapi ciri yang dilafaz sangat tepat, masih terbayang wajah serupa. Aduh, bantu aku.

“Oh. Yalah, Irfan. Tapi, itu bukan keburukan. Kejam bunyinya. Sebutlah ‘ketidak sempurnaan’.”

Wong Fei Hung juga sepertiku, pasti resah. Cuba mencari jalan keluar. Entri pendek saja. Boleh klik di sini.

Betulkah Bahasa Jiwa Bangsa?

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Mengapa aku bermati-matian memperjuangkan bahasa Melayu, adalah kerana pengalamanku sendiri di bumi Jepun. Aku melihat anak-anak Jepun sangat bersahaja dalam membaca buku bertema berat seperti nuklear, satelit, psikologi dan sebagainya sambil bergolek-golek di atas katil. Aku merasakan alangkah indahnya kalau anak-anak kita di desa nun jauh di sana bisa menikmatinya bersama.

Aku pernah menyatakan ayat itu di dalam entri sebelum ini untuk menjawab pertanyaan melalui emel dari sahabat SangPelangi. Hari ini, aku nyatakan sekali lagi, demi memberi respon terhadap penulisan seniorku, Ibnu Alwi di blognya.

Ilmu teknologi mesti melalui asas pemahaman yang tegap. Ini memang kelemahanku di sini. Bahasa Jepun kejuruteraan agak lain dengan bahasa Jepun sehari-hari. Aku perlu bekerja lebih untuk memahami ilmu kejuruteraan mereka. Membuka kamus Jepun-Inggeris, kemudian Inggeris-Melayu pula jika istilah Inggeris itu jarang didengari, sungguh membebankan. Walhal dalam masa yang sama, kami pelajar asing mesti berlari sama pantas dengan orang Jepun lainnya. Setiap hari adalah setiap kamus baru untuk kita, pelajar Malaysia di sini.

Kita sudah lali dengan perbandingan Malaysia dengan negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan beberapa negara lain yang maju melalui bahasa mereka. Mereka itu adalah negara penjajah. Negara mereka tidak berbilang kaum dan tidak perlu memikirkan kesepaduan rakyat kerana ia lahir sendiri atas kesamarataan bangsa. Entri penuh sinis dan sindiran. Perlu kawalan emosi untuk membacanya. Sila klik jika sudah bersedia.

Pemberi Komentar = Sahabat

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Pada asalnya saya ingin memberi komentar pada entri terbaru Ustaz. Memandangkan terlalu panjang dan bakal menyesakkan nafas para pengunjung di sana, saya memutuskan untuk jadikan ia sebagai entri baru.

Ustaz Hasrizal ada menulis:

Dulu-dulu, ada banyak nama yang menjadi pemberi komen setia. Biar pun sebahagian besarnya saya tidak pernah bersemuka, namun disebabkan oleh perkongsian yang berterusan, mereka terasa dekat di hati saya. Dek kerana sering bertukar-tukar pandangan dan banyak keserasian fikiran, hilangnya nama-nama itu menjadi suatu kehilangan yang terkesan kepada diri saya.

Mungkin asbab tarikh kelahiran kita yang sama, saya juga berkongsi perasaan itu. Seperti ustaz, saya juga sangat menghargai, malah menyayangi kepada mereka yang sudi memberi pandangan di dalam SangPelangi. Sehinggakan di satu tahap, ada yang saya anggap sebagai sahabat di alam maya. Buah fikiran dari komentar kalian sungguh memberikan informasi, inspirasi, motivasi dan bermacam lagi ~si ~si yang ada kepada diri malah kepada semua yang ada.

Sahabat saya, Ainohikari ada membalas di sana:

Ustaz, ana fikir ramai student Jepun sentiasa datang menjenguk blog ustaz, tetapi sekadar pembaca senyap je lah. (macam ana). Begitu juga mungkin pelajar-pelajar di negara yang ustaz pernah pergi buat program. Semoga Allah memberikan kekuatan istiqamah pada ustaz.

Saya sangat bersetuju dengan beliau.

Tapi, masalah mungkin muncul pada penulis blog, bilamana penulis sangat memerlukan tindak balas pembaca mereka. Penulis perlu menilai semula kualiti penulisan. Adakah sampai objektif penulisan itu kepada pembaca? Itu misi utama.

Sahabat di alam maya datang dan pergi, itu mungkin bermusim. Bila seseorang itu terikat dengan komitmen lain (yang menghalang akses internet dan sebagainya), menyebabkan nama blog seperti Saifulislam pasti terpadam di dalam kepala. Itu lumrah, boleh jadi juga masalah. Sedangkan, proses “memberi” perlu dilakukan berterusan kepada pembaca yang sama, berulang-ulang. Barulah bisa mendatangkan pembaca yang baru pula.

Penjenamaan.

Itu cadangan saya buat ustaz. Sudah sampai masanya pengunjung perlu mengingat nama “Saifulislam” sebagai satu jenama dalam dunia berblog. Model penulisan ustaz boleh dianggap satu bentuk penjenamaan. Susun letak dan logo juga begitu. Cuma cara teknikalnya ustaz saja yang boleh memikirkannya (kerana ustaz lebih kenal dengan trend pengunjung).

Sekian, begitulah sedikit buah fikiran saya buat ustaz.

*****

Tambahan di dalam entri ini. Klik sini untuk teruskan bacaan.

Panduan SMS oleh DBP.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Berikut adalah sebuah buku laporan yang disediakan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sebagai rujukan untuk penggunaan singkatan di dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Selamat membaca. (boleh download di sini)

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.