Archive for 2007

Berucap di khalayak elit

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Petang tadi aku terketar-ketar. Darah sederu kilat menerobos liang pembuluh membuat tubuh bergetar-getar. Di bawah penghawa dingin serasa bak di atas gurun. Berpeluh. Sedari tadi jiwa aku serba tak kena. Di luar dewan, kereta mewah berbaris-baris. Sudah membayangkan situasi yang bakal berlaku.

Aku senyum kelat. Bertentangan, kira-kira 100 orang Jepun berambut uban. Terbongkok-bongkok memegang tongkat. Rata-rata dari golongan pencen yang dulunya elit, kini hidup menghabis duit. Sudah bercucu-cicit, tetap jua gagah menuntut ilmu. Terpegun.

Aku membelek helaian konklusi bancian yang diberi seminggu lalu. Sedikit sebanyak membantu aku mencari data-data, bersedia dengan hujah perisai senjata, takut beku bila soalan pelik yang bakal ditanya. “Mengapa mesti melawat Malaysia?”, begitulah tajuk pembentangan yang dipinta oleh Persatuan Perhubungan Sosial Numazu, Shizuoka.

Selepas pengenalan diri, ada juga yang gatal bertanya, “Status Irfan?”, diselangi hilai tawa seluruh dewan. Entah makcik mana pengubah suasana. Terima kasih kerna beri pecutan emosi. Membuang gemuruh yang sedari tadi belenggu diri. Aku kini sedikit selesa. Sesekali aku hilang punca, beberapa patah kata yang tak dapat ku teka, mujur dibantu Tajikani San yang sejak seminggu lepas menghubungi aku.

Kepingan pamplet dari Pusat Pelancongan Malaysia, helaian poster dan macam-macam lagi. Seperti sedang mengajar kelas orang tua gamaknya. Satu jam aku berucap tanpa henti, diselang-seli soal jawab tak berapi-api. Dari Perlis hingga ke Sabah, satu-persatu keindahan Malaysia yang aku bongkarkan. More

Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah. (skop pengiklanan)

Salam pembaca SangPelangi.com.

Hari ini saya punya beberapa buah fikiran untuk dilontarkan tanpa selindung balik. Simpang siur jalan dakwah kini semakin mencabar, menuju ke era teknologi canggih dalam dunia kini yang kian tiada pemisahnya. Jalan dakwah perlu dinaik taraf seiring dengan letusan teknologi maklumat. Kebaikan dan keburukan sering bertumbuk terajang mendapatkan perhatian.

Sering kedengaran serak garau suara-suara mereka yang menyebut dakwah mesti diberi percuma. Walhal kita perlu sedar bahawa setiap gerakan dakwah perlukan dana yang pelu dijana. Ekonomi gerakan dakwah tidak boleh bersandar pada hasil sumbangan ikhlas semata-mata. Dakwah bukanlah percuma.

Selusurilah jalan-jalan sirah sepanjang dakwah Rasulullah SAW bersama sahabat. Baginda dan sahabat punya perniagaan mereka sendiri yang hasil keuntungannya diraih untuk memutar ekonomi, mendiri tangan dan kaki, menyuap tenaga menyebar risalah di atas jalan ilahi.. “Sembilan persepuluh keuntungan adalah dari perniagaan”, sudah sedia masyhur. Mereka punya strategi sistematik untuk tujuan ini.

Banyak cara menjana “kertas bernyawa” di alam maya. Sedia maklum, antara yang popular adalah keuntungan yang dicapai dari ruangan iklan-iklan. Jika saya senaraikan satu persatu, boleh memakan masa bertahun-tahun. Hampir setiap hari bakal lahir teknik-teknik baru. Bergelut dengan soal halal haram sangat meletihkan. Bahkan bisa meletupkan perdebatan di kalangan usahawan-usahawan siber dan ahli agama. Buah amal dari pohon ilmu perlu dituai. Kita belajar teknologi bukan untuk urusan dunia semata-mata. More

Selamat tinggal Ramadan.

Tinggalkan kebunan Ramadan,

bukan bererti membiarkan lelalang lebat menghijau.

Tapi menyemai benih kekacang,

untuk musim tuaian nanti.

Selamat tinggal Ramadan. ;_(

Al-Irfan

Shimonagakubo.

161007, 4Syawal1428

Siapa kata Hari Raya hari ceria?

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

“Lawa baju raya,Kak. Err..tambah sikit lagi lauk ya?” aku membodek. Almaklum, 1 Syawal bersamaan dengan ‘hari makan’ sedunia. Siapa tak juling tengok lauk berbesen-besen (baca: besen besi).

Selepas khutbah Aidilfitri, semua tetamu menjamu selera. Nasi minyak lauk ayam masak merah dan kari dalca. Ketupat sambal kacang menu wajib yang takkan dilupa. Turut sama kuih muih bermacam bentuk pelbagai warna rencam rasa. Jamuan beramai-ramai diselang gelak tawa senyum ceria. Begitu meriahnya suasana di pagi Syawal yang penuh bermakna.

Kami semua berkumpul di kedutaan besar Malaysia di Shibuya. Ada yang datang dari jauh beratus kilometer untuk meraikan hari mulia itu bersama. Dari penuntut, staf kerajaan, pekerja swasta sehinggalah ahli tentera. Hari bermakna disambut meriah tanpa kenal pangkat usia. Senyum mereka menjadi pengubat kerinduan orang tersayang yang di hujung sana.

Seusai makan dan sesi bergambar, masing-masing membawa haluan. Ada terus pulang menyambung kuliah (barangkali), ‘bowling raya’, ‘karaoke raya’ dan entah apa lagi yang raya. Aku turut serta rombongan menyerang rumah terbuka yang ada. Juadah utara lauk selatan tak perlu aku senaraikan lagi. Dari laksa utara hingga soto selatan, semua itu tak kami tinggalkan. Tapi bukanlah haloba yang jadi teman. Dengan akal waras masih terkawal. Cukup ala kadar setakat menjamah. Bimbang tak larat mengusung perut ketika pulang nanti. More

Aksi cemas di “Dunia gerabak”..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Gerabak keretapi itu berderu perlahan. Agak senyap tak berantakan. Sesekali suara operator mengucapkan salam tak sudah di setiap stesen. Cuaca panas bertukar sejuk mendadak. Ada juga sela batuk berselang seli bermacam versi.

Aku di sebelah cermin. Sedikit pening melihat pohonan satu persatu melepasi pandangan. Tak tahu kenapa tak mengantuk. Sedangkan jika aku mengira pokok-pokok itu, pastinya sekejap saja aku terlelap. “Jalan Jauh ke Ramallah” menjadi santapan.

Tak semena-mena, seorang tua di hujung sana memecah sunyi. Telapak kanan memegang dada mengerang pedih, “Arkhh.. Iteeii.. iteeeiii…. (sakit.. sakit..)”. More

Bila Allah di”bahan ketawa”kan..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Sudah lama aku nak letakkan kisah ni di SangPelangi. Namun, setiap kali menghadap ruangan menulis di WordPress, pasti cerita lain pula yang keluar. Otak aku ini sebetulnya telah padat dengan beribu cerita. Ada saja benda yang ingin ditulisnya. Kalau dilihat dari senarai “Drafts”, memang bersusun-susun tajuk yang kesemuanya ditulis sehingga berhenti di pertengahan. Ini disebabkan aku dilanda satu penyakit. Penyakit “Semua-Benda-Nak-Cerita” ini memang tak pernah lari dari dunia seorang penulis blog tegar. (aku cuma petanda awal saja, masih belum kritikal lagi kesannya).

Baiklah. Beginilah riwayatnya.

Siapa yang tidak kenal dengan Suguro Sensei di sini. Pensyarah yang sangat berumur dan ceria. Bertindak sebagai seorang ‘datuk’ kepada ‘cucu-cucu’nya menyebabkan beliau disenangi semua orang termasuk pekerja pembersihan. Walaupun telah pencen sejak lima tahun lepas, pihak kolej telah melanjutkan perkhidmatannya secara kontrak atas permintaan anak-anak murid yang tak mahu melepaskan pemergiannya. Bayangkanlah begitu akrabnya hubungan Suguro Sensei bersama “dunia perguruannya”.

Perhubungan aku dan Suguro Sensei juga tak kurang mesra. Selalu berutus surat melalui akaun mel kolej. Ada saja topik yang dibincangkan. Beliau menghantar artikel lalu aku mengulas. (baca: artikel ceduk dari laman berita dan lain-lain) Diikuti artikel kiriman aku pula untuk dikomen. Semuanya bermula dengan sebuah artikel bertajuk “Skop Kesihatan: Bukti Puasa itu Menyihatkan”. More

Puasaku dirai..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Lemah longlai aku menapak. Tingkat empat dirasakan seperti bertingkat-tingkat sebuah kondominium. Terasa aku seperti bukan menaiki tangga, tapi tangga itu seakan bergerak ke atas. Sesekali aku melihat jam di lengan. Ada sebelas jam lagi menjelang waktu berbuka.

Inilah akibatnya kalau tak bangun sahur. Bayangkanlah, segala juadah sahurku yang tersusun di atas meja. Roti, jem coklat, tin milo, epal, kurma dan entah apa lagi yang tak termasuk senarai. Bukan setakat dua biji jam loceng dah aku kunci, tak termasuk “alarm” di laptop dan dua biji telefon bimbit lagi.

Sayang sekali. Bunyi-bunyian itu cumalah sebagai lagu dodoian saja. Membuatkan lenaku bertambah asyik. Walaupun sedih tak dapat bangun sahur, aku mesti tetap bersyukur sebab Dia masih mahu membangunkan aku ketika waktu subuh. Dalam “kemeriahan” bunyian itu, tetap bunyi azan di laptop juga yang berjaya membangkitkanku. Aku tekad. Akan aku buatkan semua jam loceng dan telefonku melaungkan azan nanti. Tengoklah.. More

Azam Baru Ramadan.

posted by Al-Irfan in Agamaku..Hidupku..

Biasanya kita selalu mendengar ketika datangnya tahun baru, pasti ada yang menanam azam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun lepas. Tak lupa juga untuk kedatangan tahun baru hijriah. Mungkin dalam bulan ramadan, pasti ada yang sudah pun menanam cita-cita untuk melakukan ibadah puasa yang lebih baik daripada Ramadan yang lepas-lepas.

Aku secara peribadi, rasa malu untuk menceritakan apakah cita-citaku untuk Ramadan kali ini. Sejujurnya, ia bukanlah satu cita-cita, malah menjadi tanggungjawab bagi aku sebagai seorang mukmin untuk memahami maksud dan pengertian setiap bacaan dalam gerakan solat.

(Bayangkan, umur aku sekarang sudah 21 tahun, baru nak mula menghafalnya semula. Sedangkan ia sudah diajar sejak aku tadika lagi.)

Kepada yang belum menghafal (atau ingin mengingatkan semula), marilah sertai barisan di belakangku untuk memantapkan lagi kekhusyukan dalam solat.

Inilah keseronokan yang sebenar. YEAH!!!!

Mari kita mulakan. (bagi yang tiada kesempatan waktu, boleh muatturun fail WORD ini untuk dicetak. Klik kanan dan pilih “Save Link As..”)

kredit diberikan kepada: Iraz Syamil Mohd Zahari

.
Doa Iftitah:

“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”

. More

Syuru’

posted by Al-Irfan in Habuk Sajak..

Sedikit nukilan di waktu Syuru’. Waktu yang dikatakan haram untuk melakukan sebarang solat sunat. Hingga sekarang masih ada di antara “mereka” yang masih lagi dalam dilema. Yang terlajak subuh, masih menunggu waktu Syuru’ berakhir untuk menyelesaikan Qada’ Subuh (kira-kira 28 minit selepas tamatnya Subuh, atau ter”tumbuh”nya “tanduk syaitan” di bawah mentari).

—————————————————-

Syuru’

Raja Syaitan masih di kerusi,
gah bersemayam di bawah mentari,
tersenyum lebar melihatkan jajahan,
tanah taklukan penuh seksaan.
Puas, asyik, girang,
askarnya menang di medan perang,
terhangguk-hangguk ber”Pesta Syuru’”.

Diteliti wilayah kiri,
ada yang lemas dibanjiri mimpi,
ada yang dirantai tujuh belenggu,
ada yang dikarung kebarung khinzir.

Diteliti wilayah kanan,
ada yang berebut harta tawanan,
ada yang rakus menghadap santapan,
ada yang tenang nantikan petang.

Wahai rakan tentera,
bangkit dan genggamlah senjata!
Lupakan cinta dunia!
Abaikan kehendak loba!
Ini medan kita! Ini tanah kita!

Adakah kau lupa,
bukankah sudah diasah parang kalian,
dengan airmata di sepertiga malam?

Adakah kau lupa,
bukankah sudah dilatih dengan ketat,
dengan senaman ribuan rakaat?

Adakah kau lupa,
janji-janji hadiah kemenangan nanti?
Tanah misteri itu bakal kita diduduki,
yang luasnya tak bertepi,
yang sungainya berjuta rasa,
yang bidadari jelita tiada tara,
yang usia kita kan selamanya muda,
apakah itu tak cukup lagi?

Wahai rakan tentera,
usah dinanti bayang sekaki.
Tewas tika di fajar tadi,
jadikan motivasi pembakar diri.
Kini,
peganglah peranmu,
yang sudah dilantik Si Pesuruh,
yang sudah diarah Si Pengarah.
Kerna hakikatnya,
senjata askar insan,
terbina dari besi iman,
lebih tajam dari tanduk si syaitan.

Al – Irfan,
0655, 12 Ogos 2007,
Pasir Gudang,Johor

—————————————————-

Firman Allah swt :- More

Mu’adz, melagukan hadis.

Jika suatu hari kita tercari-cari pengganti Mawi atau Hattan, aku tanpa segan silu akan melaungkan nama Mu’adz.

Kali pertama diperkenalkan kepada album Xifu oleh senior-seniorku di Jepun, satu perkataan yang boleh kuungkapkan.

“PERKHH…” “MAKAN DALAM BEB..!!!” (terlebih perkataan plak ek? haha)

Lagu-lagu hadis beliau telah membuatkan aku membuka halakah “hadis 40″ sehelai demi sehelai untuk dihayati semula. Beberapa hadis lain mengenai persaudaraan (hadis 35), halal haram (hadis 6), islam iman (hadis 2) dan lain-lain. Hadis pertama (berkaitan niat) sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telingaku, turut dilagukan bersama beberapa penyanyi lain termasuk Nash.

Mu’adz, pengasas Al-Masaar yang bertapak di Kuwait, telah lama berkecimpung dalam gerakan nasyid “bawah tanah” di mana album-albumnya dijual sesama rakan. Turut dibantu Xifu Naseer (pensyarah UIA) yang banyak membantu dalam melagukan hadis-hadis.

album terbarunya, Al-Asr.. A Moment,
mempertaruhkan Tautan Agung (full star) yang kurasakan agak unik. Kali pertama mendengarkan lagu ini, rasanya tak melampau sekiranya ku katakan Mu’adz layak mewariskan bakat HATTAN dengan banyak keunikan.

Album ini sudah lama aku tunggu sejak kemunculan Muadz di beberapa buah album mini bersama Xifu Naseer & Algebra dan album-album lain seperti Sirah Junjungan dan sebagainya.

Khalifah Merdeka, sungguh patriotik, sering dimainkan di corong-corong radio seperti Era dan IKIM serta stesen-stesen lain. Dengarkan lagu Khalifah Merdeka di bawah ini.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=n8nBkZilNMk[/youtube]

Walaupun begitu, lagu Amrullah(Baitulmaqdis) di dalam album ini yang dilagukan semula, kurasakan kurang menyengat berbanding lagu asal yang dinyanyikan bersama Xifu Naseer yang diselangi dengan terjemahan Bahasa Melayu yang di”puisi”kan.

Dengarkan lagu BaitulMaqdis di sini

Tapi, masih ada kelainan yang ditampilkan di dalam Al-’Asr..A Moment..

Dengarkan lagu “The Wayfarers”berunsur pop (potensi global), dan “Sejahtera di Perjalanan” (doa menaiki kenderaan).

Mu’adz boleh dihubungi melalui blognya. Klik di sini.

P/s: Hadis dilagukan secara strings. Apa pandangan anda?

Ulasan untuk Antologi Cerpen dan Puisi GKLN

posted by Al-Irfan in Ulasan

Akhirnya dua buah buku comel ini sudah pun dilancarkan. Setelah mengharungi beberapa proses yang agak rumit, hasil kerja keras ahli-ahli Grup Karyawan Luar Negara, terutamanya penggerak projek ini, Fahd Razy, buku ini telah di”realiti”kan.

Sayangnya karyaku tak berkesempatan untuk turut serta kerana kesibukan yang maha dahsyat. Namun begitu, sempat juga aku membantu proses persembahan kulit hadapan untuk buku-buku ini.

Ulasan untuk “Jalan Jauh ke Ramallah.” (Antologi Cerpen)

Susun galur jalan cerita cerpen mereka membuatkan aku terpegun. Sungguh teliti dan kemas seolah-olah disusun oleh pemikir strategi perang. Di pertengahan jalan pembacaan, aku kadangkala terhenti sejenak untuk membayangkan keberadaanku di alam khayal. Memimpin aku ke ceruk gurun panas, sesekali dibawa ke salji sejuk. Hasil karya yang mantap dan tak boleh dientengkan.

Ulasan untuk “Wilayah Cinta.” (Antologi Puisi)

—-dalam proses pembacaan—- nantikan ulasanku sedikit masa lagi.

NOTA: Buku ini sangat terhad dan tidak terdapat di pasaran terbuka. Untuk memiliki buku ini, sila hubungi penulis-penulis untuk membelinya. CEPAT SEBELUM TERLAMBAT. (www.GKLN.blogspot.com)

Jalan Jauh ke Ramallah..

posted by Al-Irfan in Ulasan

Selepas antologi puisi ‘Al Andalus Menangis’ pada tahun 2006, ahli-ahli GKLN meneruskan lagi kesungguhan mereka dalam berkarya dengan kemunculan antologi cerpen JALAN JAUH KE RAMALLAH yang dijangka terbit pada Julai/Ogos 2007.

Antologi ini menampilkan sekitar 20 buah cerpen yang menyentuh pelbagai isu semasa dan sejarah samada yang berlaku di tanah air, atau antarabangsa. Kesemua cerpen-cerpen yang terkandung cuba memaparkan nilai-nilai islami termasuklah dari aspek perjuangan, sejarah tamadun silam, politik, sosial, kekeluargaan, isu perbezaan mazhab, kemasyarakatan dan lain-lain. Antara cerpen-cerpen yang dijangka terkandung termasuklah Jalan Jauh Ke Ramallah, Izrail Sibuk di Gaza, Cinta Menyala di Constantinople, Sedingin Rabat, Amaan Yuda, Petisyen, Raja Segala Ketam, Hati Yang Memilih, dan banyak lagi! More

Tertekan!! Aku ditangkap polis.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Deruan “tren peluru” sebaris dua yang sangat bingit; desingan suara interkom berdesibel 4 kilo barangkali, sedikit pun tak mengganggu perasaanku. Bondongan manusia yang berbaris dan berborak sesama mereka, aku rasakan suara mereka seperti bisikan semut pada gajah. Aku seakan di tengah lapang yang sunyi dan bertemankan lalang-lalang yang ditiup angin.

Aku termenung sendirian sambil menunggu ketibaan tren yang sebenar. Hati ini masih berkecamuk. Aku tahu, dan memang aku pasti aku masih lagi waras. Aku tak sebodoh lembu untuk melakukan itu.

Aku masih ingin bersendiri. Emosi sedikit terganggu. Memohon padaNya agar menunjukkan alamat dan hikmah disebaliknya.

———–Siri flashback————–

Entah kenapa, kaki ini terasa diikat bertan-tan besi sewaktu melangkah. Dalam masa yang sama, hati ini meronta-ronta kehendak untuk berjumpa dengan sahabatku. Sesekali melihat fail-fail laporan yang masih terbengkalai, toleh pula pada petak-petak jadual yang semestinya padat. Di tengah-tengahnya adalah wallpaper wajah-wajah sahabat rapatku. More

Video Klip Pilihan Jun.. Kalau Tuhan Dikenali, Mawaddah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=lQsfnQOlpLM[/youtube]

Tajuk lagu, Bila Tuhan Dikenali. Dirakamkan di stesen Indonesia, TVRI.

Kumpulan Mawaddah.. kalau sesiapa yang masih belum kenal lagi kumpulan ini, saya memberikan sedikit penerangan. Kumpulan ini dianggotai bekas pelajar-pelajar Malaysia di Jordan dan asalnya ditubuhkan di sana. Apa yang membanggakan, sebelum kelahiran album mereka di Malaysia, nama mereka sudah terkenal di beberapa negara sekitar nusantara dan Asia Barat. More

Dua Dunia Berbeza -oleh Ultralan

posted by Al-Irfan in Ulasan

Cerita ini hasil penulisan seorang sahabatku yang terkenal dengan jolokan nama penanya Ultralan (Ultra+Alan). Sejak akhir-akhir ini, beliau semakin aktif di blognya dengan beberapa hasil karya yang tersembunyi di ceruk sana.

Aku sedikit terkesan dengan cara penulisannya yang seakan bibliogiorafi dan dicampur-adukkan dengan sedikit monolog manusia secara selingan. Jika kita baca sedari awal, seakan-akan sebuah karangan berkisar di alam fantasi (di planet pelik misalnya) tapi berakhir dengan kehidupan insan biasa.

Walaupun agak ringkas, tapi ia membawa sedikit pembaharuan dalam seni cerpen. Pendek kata, beliau berbakat menulis cerpen sesuai dengan penghayatan kanak-kanak.

Baiklah, itu dari segi pujian “mengangkat”. Ini ada sedikit kritikan membina untuk memantapkan lagi cara penulisanmu. Pertama, kalau kau tulis dengan tatabahasa sempurna, sudah pasti bisa terjual di toko-toko buku tempatan.

Mari kita susuri jalan cerita karya Ultralan. More

Hapuskan Virus2 Benci (Salinan dari FaizBesh)

posted by Al-Irfan in Tip Komputer, Tutorial Berguna

Ayat di bawah bukan hasil tulisan ku, kepada pejuang Bahasa Kebangsaan , harap maaf. Untuk perkongsian ilmu, tidak berbataskan soal bahasa semata-mata. Teruskan membaca. Saya sudah mencuba, dan ia sangat berkesan. (Boleh ajukan pertanyaan kepada penulis asalnya.)

Harini aku nak share dengan kalian semua pasal virus-virus benci yang sering menghantui dan merasuki PC dan laptop kalian semua. Kate orang tua2 sharing is caring kan=)Bukan ape, ramai gak la member2 dan bukan member2 yang hangat memperkatakan isu virus ini<–ayat skema.
Cara yang aku nak bagitau ni cara2 nak remove virus2 benci secara registry. Haa..macam penah dengar perkataan registry tu kan?Tapi sori kepala lori aku taknak diskas pasal registry sekarang,mungkin di post akan datang. Oklah marila bergoyang bermula.

Sebelum itu,ikut step by step ni betul2 sebab cara ni melibatkan registry. Tapi jangan takut..tak meletup punya PC korang.hehe. Mula-mula masokkan garam biar aku terangkan apa step2 dia:

1. Update the Virus Definition
2. Disable System Restore
3. Delete virus from registry
4. Run a full scan, and delete infected file
5. Enable System Restore

Hehe.Saje jek poyo2 nak tulis dalam English. Kalau salah tolong gelakkan tunjukkan eh sbb aku buat ayat sendiri nie, bukan copy + paste.hehe. Ok, lets begin

1. Update the Virus Definition

Firstly, you must have an antivirus software installed in your PC. If you don’t have yet, please do. There are many antivirus company that offer the PC user the most effective antivirus. (Klik sini untuk sambung bacaan)<< kredit oleh www.Faizbesh.blogspot.com

p/s: Komen dan pertanyaan boleh ajukan kepada penulis asal. Terima kasih.

Dasar Pandang ke India (atau Rahsia Negara India?)

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Awas: Artikel saya bukan untuk bacaan ringan. Kepada sesiapa yang tidak gemar (atau Anti) artikel ilmiah yang panjang berjela, diharapkan tidak meneruskan pembacaan. Anda dinasihatkan untuk beralih ke entri yang lain seperti Video Klip dan sebagainya).

—————————————————————————————————————————

Bila kita bercakap mengenai negara India. Apa yang sedang anda bayangkan? Tubuh sasa segagah Shah Rukh Fhan (Shah Rukh + Irfan)? Adakah tarian-tarian di kaki bukit dan gunung? Atau seragam coklat Inspektor Shabab? Atau ratusan penumpang di atas gerabak keretapi? Atau…. cukuplah ya?

Itu cuma pandangan kita yang telah di”buta”kan oleh demam Bollywood yang melanda di negara kita sejak zaman 60-an lagi. Tapi, tahukah anda negara India merupakan salah satu negara kuasa dunia selepas China? Dengan jumlah lembu yang sama banyak dengan manusia, mengapa India mampu menjadi begitu?

Jadi, teruskan membaca (Diulangi, ini bukan untuk bacaan ringan) More

Balada orang-orang kalah..

posted by Al-Irfan in Habuk Sajak..

Satu lagi karya Indonesia yang buat aku terkedu sebentar.

Mengapa karya dari seberang yang jadi bacaanku sejak akhir-akhir ini? Jawapannya kerana aku terbawak-bawak dengan penghayatan kamus Wak Jaman yang aku pernah sebutkan dulu.

Mari kita hayati apakah moral disebaliknya.

Balada Orang-orang Kalah

oleh Taufik Ismail, 2003

 

Barangkali kita cuma lelah setelah berabad berdebat,

Melihat pohon dan gunung bertumbangan satu-satu,

Lembah dan kali bertumpukan batu-batu,

Dan hujan yang enggan turun ke tanah

 

Barangkali kita cuma lelah setelah berabad marah,

Melihat sungai dan laut menghitam oleh oli tumpah,

Kapal ikan yang tak henti menebar jala,

Mengusir perahu-perahu nelayan ke tepian

 

Barangkali kita cuma lelah kehabisan daya,

Menghirup asap mobil yang memadati udara,

Bau busuk menyengat dari sampah berserakan,

Parit mampat di seluruh pelosok kota.

 

Barangkali kita lelah hampir menyerah,

Pada hukum alam yang mulai berubah,

Barangkali kita lelah karena cahaya api telah padam,

Dihembus angin kencang tanpa halangan.

 

Barangkali kita lelah karena kita sudah lelah,

Kehabisan tenaga kehabisan darah.

Moral: —-hmm.. boleh la fikir-fikirkan bersama———-

Bila akhbar cuma indah khabar dari rupa…

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Sejak akhir-akhir ini, satu persatu pembongkaran pelaburan internet palsu dilakukan. Sehinggakan ada kakitangan kerajaan sendiri yang terlibat dalam pelaburan tersebut. Segala jenis manusia terlibat sama tidak kira yang bergelar doktor, jurutera, apatah lagi yang bekerja biasa-biasa.

Pelbagai reaksi dari pelbagai pihak yang kita dengar. Beberapa ulasan dari ahli ulama’ berkenaan hal itu sudah cukup menjernihkan keadaan. Ada yang sedih, kerana kerugian melampau, malu pada saudara kerana telah terjerat sama. Bagaimana pula keadaan tokey-tokey yang mengaut untung? Cuma dibiarkan terlepas berpesta di luar negara (barangkali), tanpa kita sedar, “orang kita” yang menjadi dalangnya.

Namun, apa yang membuatkan aku bising hari ini, bukanlah aku antara mangsanya, atau aku yang menjadi pengikir duit mereka. Tetapi kerana fungsi akhbar pada hari ini yang “cuma indah khabar dari rupa” itu yang sedikit mengecewakan aku.

Mereka lantang bersuara menindas dan menolak skim-skim seperti ini. Skop kupasan isu itu dipampang berhelai-helai untuk mengatakan “tidak” pada skim pelaburan internet yang meragukan.

Tetapi malang sekali, tanpa mereka sedar (atau mungkin buat tak nampak), More

Nostalgia Pizza “Love” untuk Mama.

posted by Al-Irfan in Cinta, Keluarga

Semalam selepas menyiapkan laporan makmal, aku meniarap di atas katil. Cuma beralas selimut berlapiskan *futon (tilam ala Doraemon), melepaskan penat dan lelah. Cukup sejuk ditolak anginan Fuji yang sepelaung jaraknya.

Aku merasakan diri ini, tiba-tiba di alam lain. Sekelilingku tiada apa. Sesekali aku menjerit, melantun-lantun bunyi itu berbalik. Aku di dalam sebuah bangunan kosong. Sepertinya aku ada misi yang perlu diselesaikan, tapi tak terungkap di alam realiti. Aku tau aku perlu lakukan sesuatu, tapi tak ketahuan apa kerjanya.

Aku berjalan ke arah tangga luas. Sungguh mewah buatannya. Berlantai marmar, berkilat, bersinar dipantul cahaya mentari dari atas bumbung. Pegangan tangga dari kayuan jati. Terasa janggal diriku di tengah istana megah. Sangat asing.

Aku menapak setingkat anak tangga. Tiba-tiba, langkah ini terhenti sejenak. More

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.