SangPelangi

Dapatkan Dewan Sastera edisi Julai 2008

Semalam mendapat forwarded emel tahniah dari Bro Fahd Razy melalui GKLN. Ia berbunyi:

Salam! Nampaknya ada orang telah mula memeriahkan kempen “Jom Tembus Media” sempena cuti musim panas ini! Tahniah kepada Lailati (Mesir) dengan puisi “Kitab Pengalaman” dan Al Irfan Jindullah (Jepun) dengan puisi “Nafiri Sakti” dalam majalah Tunas Cipta Dewan Sastera Julai 2008! Moga banyak lagi menyusul! Jangan lupa nyatakan untuk ruangan Tunas Cipta! Jom Tembus Media. InsyaAllah, kita akan cuba serapkan nama mereka yang berjaya untuk antologi tahun depan (kalau ada) .

Alhamdulillah. Setelah menanti jawapan dari pihak editor sejak September 2007, “Nafiri Sakti” tersenarai akhirnya untuk edisi Julai 2008 dalam sisipan Tunas Cipta. Penantian yang sungguh menyeksakan, kini berbuah hasil. Walau dinyatakan tiga bulan adalah tempoh yang agak lama, inikan pula sebelas purnama.

Sesiapa di Malaysia, minta tolong ambilkan gambar “Nafiri Sakti” untuk aku. Seberat awanan yang menggendong harapan, terima kasih aku hujankan di tanah kalian.

Kepada sahabat yang lain,

Ayuh Tembus Media!!

p/s: Cadangan untuk usaha dakwah melalui URTV dan Mangga, jujur aku katakan ia tindakan yang bijak. Kita pusingkan antena stesen mereka 180 darjah. Aku sedang berkira-kira untuk ke sana pula. Gempur!!

Sekembali dari Jalinan Ukhwah, Asakusa 2007

Sungguh mengujakan, bila Ustaz Ariffin (kita memanggilnya Ariffin Sensei), membawa bersama beberapa orang muslimah Jepun yang Mualaf dari pelbagai lapisan umur. Memang ada bezanya wajah orang Jepun bila cahaya keimanan terpancar bersinar-sinar. Selamat kembali ke agama asalmu buat kalian.

Apakah cabarannya sebagai seorang Mualaf di bumi Jepun? Ternyata cabarannya bukan sedikit. Pandangan serong rakyat Jepun sendiri memberi kesan implikasinya tersendiri. Ini tidak hairan kerana mereka berpaksikan media yang berkiblatkan Barat. Bila ditanyakan tentang penerimaan keluarga sesudah bergelar Muslim, seperti biasa keluarga menolak keras pada asalnya. Itu sudah menjadi lumrah cabaran hidup bergelar Mualaf di mana-mana. Syahdu sungguh kisah yang diceritakan kepada kami, tentang perasaan, liku-liku hidup bila menanggung nama “Muslim” sepanjang di gurun kafir. Aku terbayang kisah-kisah penyeksaan sahabat Baginda, sedikit keawang-awangan.

Aku sedikit terjelepuk, bila ditanyakan,

Apakah pula cabaran mereka yang dilahirkan muslim?

Bukankah hebat dugaannya untuk mengekalkan, dan memperkasakan tahap keimanan sedia ada?

Di kepala, simbol tanda soal sudah berselirat erat. Itulah yang perlu dimuhasabahkan oleh diri. Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Promosi Jalinan Ukhwah: Mari Beriman Sejenak.

Saya memang tak dapat sabar lagi. Pengalaman bersua dengan Mualaf warga Jepun di Tokyo nanti pasti akan terlipat kemas sehingga nafasku yang terakhir. Mudah-mudahan Tuhan memudahkan urusan dan perjalanan kami untuk menggendong kenangan manis ini.

Pihak Ikatan Persaudaraan Islam Jepun tahun ini melakukan satu kejutan besar. Penganjuran Program Jalinan Ukhwah yang akan dilakukan di empat lokasi berbeza serentak di seluruh Jepun iaitu kawasan Kantou, Hokuriku, Tohoku dan Toukai; bertujuan menjalinkan ukhwah sesama kita, selain memberikan perkongsian jiwa dan rasa dalam memahami apakah sebenarnya cabaran sebagai seorang muslim dan apakah di sebalik persepsi orang Jepun terhadap agama kita yang dicintai ini.

Disebabkan saya berdekatan dengan pusat bandar Tokyo, jadi saya dan beberapa orang junior akan menyertai untuk program di Kantou pada 14 Jun 2008 bertempat di Masjid Asakusa.

Menariknya tema yang diangkat, adalah berbunyi “Mari Beriman Sejenak” yang dipetik dari ungkapan bahasa Arab “Hayya Nukmin Sa’ah“. Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sajak: Jerung Retak.

Jerung Retak.

Bilis Kayu membiduk selat,
“Kita ke hulu,” tempik nakhoda.
Sedang arus melawan lalu.

Di kuala temu,
bertempur hebat dengan Jerung Retak,
buangan dari si Paus Besi.

Kala menang,
sekocoh-kocoh nakhoda melompat;
ke Jerung Retak yang kian karam.

Apa lagi ingin dikejar?
Harta rampasan perang?
Peta tinggalan Qarun?
atau labu-labu balingan Luncai?

Biarkan Nakhoda yang bijak pandai.
naikkan sauh,
“Ke hulu misi kita!!”;
pemangku nakhoda menduga langkah.

Al-Irfan
Numazu 080601.

P/S: Ini bukan main ‘lompat-lompat’. Katanya ‘kepulangan’ semula nakhoda lama.

Hari ini hari aku.

Nun di hujung sana, menghadap anime. Seorang di sudut lain dengan dunia permotorannya. Yang berhias segak asyik mengikuti hal ehwal aliran fesyen. Ada juga dua tiga pasang rakan yang berbual hangat. Pendek kata, semuanya membuat kerja sendiri. Mereka tahu kerja rumah pengaturcaraan JAVA itu boleh diselesaikan tak kurang dari 15 minit, jadi ke mana pergi saki 75 minit lagi? Begitulah penyelesaiannya. Hari ini, secara alami seperti Hari Kebebasan Pelajar pula gamaknya. Kerja JAVA dicampak tepi, hal sendiri meraja hari.

Aku? Masih tergaru-garu di makmal komputer, apa yang hendak ditulis di atas kertas ini? Aku tinggal 30jam lagi sedari kini sebelum terlewat. Biasanya Katou-san di sebelah akan menghulur tangan. Apakan daya, dia lebih terpesona dengan lagu-lagu Ikimonogakari. Huh!! Aku tak suka lagu Jepun. Entah. Tunggu saja kemunculan album nasyid di bumi Jepun nanti. Haha. Read the rest of this entry »

Tutorial : Poligami Yahoo Messenger

Ok, setelah sekian lama saya tidak menulis sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk peminat tegar pembaca SangPelangi.com, hari ini saya kembali dengan beberapa lagi ilmu komputer untuk dikongsikan dengan kalian.

Tajuk sudah dinyatakan. Poligami , gandaan dari “Monogami” adalah bermaksud kahwin lebih dari seorang. Jadi, apa kaitannya dengan Yahoo Messenger ? Jangan terkejut. Teruskan bacaanmu.

Atas cadangan sahabatku, Kenkyu-kun di blognya, semalam saya telah menggunakan Yahoo Messenger versi sembilan. Walaupun masih bersiri BETA (percubaan), tapi setakat ini masih tidak mengecewakan. Boleh rujuk di laman Kenkyu-kun untuk tutorial asas di sana.

Tutorial lanjutan ini khas aku tulis, sebagai mewakili ahli Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ), memandangkan kami semua sangat memanfaatkan YM sebagai medan usrah, tadarus, mesyuarat dan sebagainya. Mungkin ada antara kami yang menggunakan beberapa akaun ID untuk mengelakkan campur-aduk emel persatuan dan urusan peribadi.

Kini (sebenarnya sejak dulu), kalian sudah bisa menyalakan dua atau lebih akaun Yahoo Messenger dengan serentak. Caranya bagaimana? Sungguh mudah. Sekacang NganYin.

Jadi, sebagai menghargai sumbangan IPIJ terhadap pembangunan dakwah di bumi Jepun, maka besarlah harapan saya supaya kalian dapat menyambungkan bacaan ke laman ini. Klik di sini.

Segala permasalahan, komen, cadangan atau kritikan, bolehlah dinyatakan di dalam ruangan komentar di sini, atau berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat kita di sana.

Kita jumpa di sana, ya? Klik di sini, tau.

P/S: Kalau masih memerlukan pertolongan peribadi dari saya, jangan segan nyatakan di bahagian ‘Ada Masalah?‘ atau ruangan ‘Kontek‘ di kepala SangPelangi. InsyaAllah saya akan membantu kalian.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Siri Dialog Kritikal #2.

“Walla.. Huwalam”

Dia cuba mengulang sebut sambil mengangkat kening kirinya,

“Hu.. ‘Alam.. Kau tekan sikit di perkataan ‘alam’ itu”,

aku membetulkan sebutannya.

“Wallahu, ‘alam.. Yess.. dah boleh. Only God Knows. Huhu”

bukan main seronok dia hari itu.

Berani aku katakan, sepanjang jelajah basikal kami, Wong Fei Hung sudah melafaz zikir itu hampir ribuan kali. Sejak kami bertolak, singgah di bank, main boling, sehingga membeli-belah pun, tak pernah terputus ucapan zikir itu. Read the rest of this entry »

Doa yang tak dimakbul Tuhan.

Malam itu sujudku yang berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Melihat yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu. Aku tak punya cahaya lagi. Gelap.

“Mulakan dengan dua rakaat sujud taubat, diikuti dua belas rakaat hajat,”

pesan Ama, ibunda tercintaku yang lebih dulu merasa pahitnya hidup menanggung serangan psikologi. Berani ku kata, kisah hitam Ama yang berhadapan seorang manusia yang berlagak Tuhan di memori lalu, lebih dahsyat dari yang ini.

Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini.

Hari itu, tatkala tempoh makmal kian menuju hujung, Kawafune-san dan Sasaki-san mula berkemas awal. Melihat mereka terkocoh-kocoh, membuat punggungku terinjak-injak. Aku tak mahu ditinggalkan berdua-duaan bersama Funada Sensei. Jika tidak, pasti bertubi-tubi cacian dan makian yang menembak tepat ulu hatiku nanti. Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SangPelangi berwajah baru.

Sebentar ya. Saya sedang membetulkan beberapa plugin yang tidak berfungsi dengan baik. Nantikan kemaskini seterusnya.

Kes Murtad Fatimah: bersama Ustaz Ahmad Jailani

Alhamdulillah, usrah kami berempat melalui PalTalk berjalan dengan jayanya setelah dengan perkhidmatan emobile, aku dan Afiq menaiktarafkan kelajuan internet masing-masing. Aku, Afiq, Naim, dan Bro Jimi kini bebas mengutarakan pendapat masing-masing tanpa mengalami gangguan terputus koneksi. Cuma aku agak terlewat gara-gara nasi lemak yang jelantah. Haha.. Read the rest of this entry »

Tags: , , , , , , ,

SangPelangi © 2006 - 2008 Adalah Hak Milik Peribadi.
Pengisytiharan!
Blog SangPelangi tidak mempunyai pertalian apa-apa dengan mana-mana agensi/badan/persatuan/parti. Ia cuma sebuah pandangan peribadi yang tidak bersangkut paut dengan mana-mana pihak. Anda dinasihatkan untuk tidak mencerna 100% apa saja yang penulis sampaikan secara bulat-bulat. Anda perlu menggunakan pertimbangan yang wajar untuk menilai setiap pembawaan di dalam SangPelangi. Jika anda tidak merasa selesa, kurang selamat, atau tertekan ketika melawat SangPelangi, diharap dapat meninggalkannya serta menjauhkan diri dari SangPelangi. Ini kerana lawatan anda ke SangPelangi adalah di bawah hak kerelaan sendiri dan tanggungjawab masing-masing. Di atas pengakuan tersebut, maka, saya berhak, secara langsung, atau tidak langsung, untuk tidak diheret ke mahkamah di atas segala kenyataan saya. Di bawah akta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Perkara 19) : Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. Baca Lebih Lanjut...